Pelakon Aimi Jarr Meninggal Dunia

HULU KLANG: Pelakon veteran dan penulis, Aimi Jarr atau Omar Puteh, 72, yangjuga bekas wartawan hiburan meninggal dunia di rumahnya di Taman Melawati, pagi Selasa.

Allahyarham disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira pukul 7.30 pagi tadi.

Anak Bongsunya, Romy Jarr, 34 berkata Allahyarham tidak menunjukkan sebarang petanda dan sakit sebelum ini.

"Ketika ingin mengejutkannya pagi tadi, badan arwah sejuk dan mulut berbuih.

"Saya ingin membawanya ke hospital tetapi melihat keadaan tersebut kami hanya memanggil doktor untuk buat pemeriksaan," katanya ketika ditemui di Masjid Klang Gate Baru di sini.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Noriah Ishak, 74, dan tiga cahaya mata iaitu Norimy Jarr, 44, Norlisda Jarr, 40 dan Romy Jarr, 34.

Dalam pada itu, Romy berkata, Allahyarham merupakan seorang yang aktif dan tidak pernah jatuh sakit.

"Sebelum ini dia memang menghidap kencing manis dan Parkinson tetapi dia tidak pernah jatuh sakit sehingga ditahan di hospital.

"Walaupun kelihatan uzur tapi dia tetap bergerak ke pejabat dan melakukan tanggungjawabnya," katanya.

Katanya, sebelum ini, Allahyarham sempat berpesan agar memikultanggungjawab untuk menjaga keluarga.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan selepas Zuhur di Tanah Perkuburan Klang Gate Baru, Hulu Klang.

- MSTAR
Next Post Previous Post
2 Comments
  • Rahsia Kelamin Suami Isteri
    Rahsia Kelamin Suami Isteri Selasa, 10 Mei 2011 pada 4:03:00 PTG SGT

    Takziah buat kelurga arwah Omar puteh

  • Ayah Man
    Ayah Man Selasa, 10 Mei 2011 pada 5:08:00 PTG SGT

    Satu ketika kami begitu rapat dgn arwah.Ketika itu kami di Singapura. Beliau menerbitkan majjalah Mustika Filem.
    Dari saorang budak pencuci kereta mula2 sampai di Singapura dari Trengganu, beliau berusaha dlm bidang penulisan sahingga berjaya menghasilkan sabuah novel serta karya2 penulisan yg lain.
    Beliau saorang yg berbakat dalam lapangan seni. Ceria, mesra,jujur,setia dan intelektual.
    Kami akan sentiasa mengingati beliau, dari kami Dr Rahman dan Puan Sri Surayah. Semoga Tuhan mencucuri rahmat keatas rohnya.

Add Comment
comment url