CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN / EXAM ONLINE PENGUASA KASTAM GRED W41

Kepada calon yang akan menghadapi Peperiksaan Online Jawatan Penguasa Kastam Gred W41 pada 6 September 2014 boleh mendapatkan Pakej Lengkap Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam W41 di : http://jvsecurepay.com/access/81he/28?camp_id=1713



Wanita datang bulan - proses buang darah, mukus, sel mati

on Monday, May 9, 2011

Oleh NORAINON OTHMAN

Ramai wanita berbeza pendapat mengenai kedatangan haid. Ada yang seboleh-bolehnya cuba menyembunyikan proses itu daripada pengetahuan orang sekeliling, terutama lelaki, kerana menganggap ia hal perempuan.

Isu haid jarang dibincangkan, apalagi secara terperinci, oleh wanita. Kedatangan haid dialami wanita sihat berusia belasan tahun hingga mereka mengalami menopaus kecuali ketika hamil dan menyusukan anak. Kitaran haid bermula dari hari pertama haid hingga hari terakhir sebelum haid berikutannya bermula.

Proses haid ialah membuang keluar darah, mukus dan sel mati. Proses ini berlaku dalam tempoh tetap dari masa akil baligh hinggalah menopaus (putus haid) kecuali ketika mengandung dan penyusuan.

Permulaan haid banyak bergantung kepada beberapa faktor seperti kaum, genetik, suhu persekitaran dan pemakanan. Putus haid berlaku pada purata umur 47 tahun (julat umur antara 45 hingga 55 tahun).

wanita berbeza pendapat mengenai kedatangan haid. Ada yang seboleh-bolehnya cuba menyembunyikan proses itu daripada pengetahuan orang sekeliling, terutama lelaki, kerana menganggap ia hal perempuan.

Isu haid jarang dibincangkan, apalagi secara terperinci, oleh wanita. Kedatangan haid dialami wanita sihat berusia belasan tahun hingga mereka mengalami menopaus kecuali ketika hamil dan menyusukan anak. Kitaran haid bermula dari hari pertama haid hingga hari terakhir sebelum haid berikutannya bermula.

Proses haid ialah membuang keluar darah, mukus dan sel mati. Proses ini berlaku dalam tempoh tetap dari masa akil baligh hinggalah menopaus (putus haid) kecuali ketika mengandung dan penyusuan.

Permulaan haid banyak bergantung kepada beberapa faktor seperti kaum, genetik, suhu persekitaran dan pemakanan. Putus haid berlaku pada purata umur 47 tahun (julat umur antara 45 hingga 55 tahun).

Tempoh kitaran haid yang normal ialah 28 hari. Bagi sesetengah individu, kitaran mungkin lebih pendek iaitu 21 hari dan sebilangannya pula boleh mencecah sehingga 35 hari. Tempoh haid yang normal antara dua hingga tujuh hari dan purata tempoh datang haid ialah tiga hingga lima hari.

Pakar Obstetrik & Ginekologi, Dr Natasha Ain Mohd Nor berkata, ramai wanita menganggap pengaliran haid yang banyak sebagai aliran normal.

Bagaimanapun, kehilangan darah bulanan yang banyak akan membawa kepada anemia yang menyebabkan kelemahan atau keletihan.

Menurutnya, jumlah darah dan cecair yang hilang dari badan akibat haid biasanya antara empat hingga 12 teh sudu bagi setiap kitaran.

Tubuh lazimnya melepaskan bahan anti gumpal untuk memastikan darah haid tidak berketul apabila keluar. Bagaimanapun, apabila haid mengalir dengan banyak, bahan anti gumpal tidak cukup masa untuk bekerja menyebabkan darah haid yang keluar berketul.

Jika banyak ketulan darah berbanding pada waktu haid yang biasa, anda patut berjumpa doktor untuk mengesan penyebab ketidaknormalan kedatangan haid berkenaan.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, adakah normal jika darah haid yang keluar berwarna gelap atau kehitaman. Ia perkara normal yang berlaku apabila darah lebih lama tidak keluar dari tubuh dengan cepat. Aliran haid kadangkala banyak dan kadangkala sedikit.

Warna darah haid ialah hitam, perang, coklat, merah gelap, merah terang dan merah jambu. Darah haid berbau kurang enak selepas terdedah kepada udara dalam tempoh tertentu.

Menukar tuala wanita dua kali sehari kerana pengaliran haid yang banyak ialah perkara normal. Namun, jika anda terpaksa menukar tuala wanita sehingga lima atau enam kali sehari, ia bukan perkara yang perlu dipandang remeh.

“Ramai wanita biasa berdepan aliran haid yang banyak pada setiap bulan dan menganggap ia perkara normal. Kehilangan darah secara berlebihan sewaktu haid boleh menyebabkan anemia yang membuatkan anda rasa lemah dan pucat.

“Anda perlu berjumpa doktor jika kedatangan haid yang banyak menyebabkan tubuh lesu, pening lalat dan pucat. Selain itu, perhatikan warna kuku jari.

“Jika warnanya pucat iaitu tidak merah jambu seperti normal, ia tanda ada masalah dengan haid anda. Haid yang tidak sekata iaitu selalu keluar dalam aliran yang banyak juga petanda yang sepatutnya disedari wanita itu bahawa dia perlu bertemu doktor bagi menangani masalah itu. Banyak faktor yang menyebabkan masalah haid,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membincangkan isu bertajuk Tubuh Anda dan Haid di bengkel media anjuran Bayer Healthcare, di Port Dickson, baru-baru ini.

Masalah atau perubahan kitaran haid berpunca daripada beberapa faktor, antaranya stres, emosi melampau (suka atau sedih), perubahan berat badan, aktiviti fizikal yang keterlaluan atau makan angin.

Sebab bagi masalah haid

Keguguran — mungkin berlaku keguguran tetapi wanita terbabit menyangka dirinya datang haid disebabkan tidak tahu dia mengandung akibat haid yang tidak teratur

Fibroid — wanita berkenaan mungkin mempunyai fibroid iaitu ketumbuhan bukan kanser yang tumbuh pada rahim. Lazimnya wanita yang mempunyai fibroid akan mengalami aliran haid yang lebih banyak

Endometriosis — wanita terbabit mungkin mempunyai endometriosis iaitu tisu yang tumbuh di luar uterus (peranakan). Ia sukar dikesan kerana mempunyai tanda sangat minimum

Perubahan hormon — tubuh membebaskan hormon progesteron dan estrogen. Hormon ini mengawal pengeluaran dan menggugurkan lapisan pada uterus. Apabila keseimbangan diganggu, ia boleh menyebabkan lapisan pada uterus semakin tebal. Ketebalan itu boleh menyumbang lebih banyak pendarahan berbanding biasa. Ia mungkin juga disebabkan darah haid berketul apabila lapisan berkenaan gugur.

Perubahan hormon berlaku apabila menopaus atau perubahan berat badan secara mendadak. Perubahan hormon mungkin juga diakibatkan kesan sampingan daripada pengambilan ubat, termasuk steroid, atau uterus yang besar.

Jika uterus meregang sepanjang kehamilan dan tidak kembali kepada saiz asal, ia mungkin besar yang kekal. Dengan pembesaran saiz uterus, darah haid mungkin berkumpul dan berketul sebelum dibebaskan daripada tubuh. Ia juga menyebabkan darah berwarna gelap atau banyak sepanjang haid.

Perubahan hormon berlaku disebabkan:

sebarang halangan aliran darah haid daripada uterus menerusi servik dan keluar dari vagina mungkin menyebabkan masalah ketulan, warna atau pekat

Ujian untuk mengesan masalah pendarahan haid:

ultra bunyi pelvis — ujian menggunakan gelombang bunyi untuk mengambil gambar di dalam vagina dan peranakan

MRI — prosedur untuk menyediakan imej pertumbuhan seperti fibroid, yang mungkin menyumbang masalah pendarahan haid

Ujian darah — doktor mengadakan ujian darah untuk mengesan sama ada darah berketul. Ujian juga membantu memastikan anda tidak menderita kerana anemia, kekurangan zat besi akibat daripada kehilangan darah

Biopsi tisu daripada lapisan peranakan — doktor akan mengambil sampel tisu daripada lapisan peranakan untuk dianalisis

Dilatasi dan kuretaj — pembedahan di mana leher uterus dikembangkan menggunakan dilator dan pengalas uterus digores dengan kuret. Pembedahan ini membantu mengurangkan pengaliran darah keterlaluan atau mengambil sampel tisu untuk dianalisis.

FASA DALAM KITARAN HAID

Fasa haid — haid juga dikenali sebagai datang bulan atau uzur. Pendarahan haid ialah tanda seseorang wanita tidak hamil.

Ramai wanita turut menyedari penyingkiran lapisan endometrium yang kelihatan sebagai tisu bercampur darah. Enzim dipanggil plasmin — terkandung dalam endometrium — cenderung menghalang darah daripada membeku. Disebabkan kehilangan darah ini, wanita mempunyai keperluan diet bagi besi berbanding lelaki bagi menghalang kekurangan besi. Ramai wanita mengalami kekejangan uterus dalam tempoh ini (kekejangan teruk atau simptom lain dikenali sebagai senggugut (dysmenorrhea)

Fasa folikel — melalui pengaruh peningkatan dalam hormon penggalak folikel (FSH), lima sehingga tujuh tahap folikel ovari disediakan bagi kemasukan dalam kitaran haid akan datang. Folikel ini yang membesar bagi sebahagian besar tahun itu dalam proses yang dikenali sebagai folliculogenesis, bersaing sesama sendiri bagi dominan. Di bawah pengaruh beberapa hormon, semua kecuali satu folikel akan mengalami atresia, sementara satu (atau kadangkala dua) folikel dominan akan terus matang. Ketika matang, folikel merembes estradiol dalam jumlah meningkat, iaitu sejenis estrogen.

Estrogen yang dirembes oleh folikel memulakan pembentukan lapisan baru endometrium dalam uterus, histologikal dikenali sebagai proliferative endometrium. Estrogen turut merangsang kamar dalam pangkal rahim bagi menghasilkan lendir subur pada pangkal rahim yang mungkin disedari oleh wanita yang mengamalkan sedar kesuburan (fertility awareness).

Ovulasi — ovari hampir membebaskan telur. Apabila telur matang, ia merembes estradiol yang mencukupi bagi memulakan pembebasan hormon luteinizing (LH) akut. Dalam kitaran purata peningkatan LH bermula sekitar hari ke-12 dan mungkin berterusan selama 48 jam.

Pembebasan LH mematangkan telur dan melemahkan dinding folikel di ovari. Proses ini mendorong kepada ovulasi: pembebasan ovum yang kini matang, sel terbesar dalam badan (dengan keratan rentas sekitar 0.5 mm).

Dari ovari sama ada kiri atau kanan, ovum muncul pada asasnya secara rawak. Telur itu ditolak masuk ke dalam tiub fallopian oleh fimbria iaitu cebisan tisu pada hujung setiap tiub fallopian. Sekiranya persenyawaan berlaku, ia akan berlaku dalam tiub fallopian.

Pada sesetengah wanita, ovulasi menyebabkan ciri kesakitan yang dikenali sebagai senggugut mittelschmerz yang mungkin berlangsung beberapa jam. Pertukaran mengejut hormon pada tempoh ovulasi turut menyebabkan pendarahan ringan tengah — kitaran bagi sesetengah wanita. Telur yang tidak disenyawakan akhirnya lerai atau larut.

Fasa luteal — sepanjang fasa ini, cebisan folikel membebaskan telur ke dalam tiub fallopian yang terus membesar dan membahagi seketika. Selepas ovulasi, sisa folikel bertukar membentuk corpus luteum dengan sokongan hormon pituitari. Corpus luteum ini akan menghasilkan progesteron sebagai tambahan kepada estrogen untuk dua minggu berikut.

Progesteron memainkan peranan penting dalam menukar proliferative endometrium menjadi lapisan penerima rembesen bagi pembenihan dan sokongan untuk awal hamil.

Jika persenyawaan telur berlangsung, ia akan mengembara sebagai blastocyst awal melalui tiub fallopian ke rongga uterus dan terbenam pada lapisan ovari selama enam hingga 12 hari selepas ovulasi.

Tidak lama selepas pembenihan, embrio yang membesar akan memberi isyarat kepada sistem keibuan. Satu isyarat terawal membabitkan human chorionic gonadotropin (hCG), hormon yang dapat diukur oleh ujian kehamilan.

Isyarat ini penting bagi mengekalkan corpus luteum dan membolehkannya terus menghasilkan progesteron. Jika kehamilan tidak berlaku dan tanpa hCG, corpus luteum mati dan aras inhibin dan progesterone merosot. Ini akan menyediakan keadaan bagi kitaran selanjutnya.

- HARIAN METRO
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© INFO PENGUASA KASTAM & JAWATAN KOSONG TERKINI @ MY ADHA | Hakcipta Terpelihara 2008 - 2014
D.I.Y Themes ByBelajar SEO