RAHSIA LULUS TEMUDUGA KERJA

Kepada calon yang sedang mencari kerja boleh mendapatkan Pakej Rahsia Lulus Temuduga Kerja.
Klik di sini --> http://www.ashadee.net/go/50249/myadha?tid=myadha

Daftar Perkahwinan di Jabatan Pendaftaran Negara bagi orang bukan Islam di Malaysia

on Monday, June 27, 2011


Mulai 1 Mac 1982, setiap pasangan bukan Muslim yang ingin berkahwin perlu berkahwin di mana-mana cawangan JPN atau di kuil, gereja atau tokong yang berdaftar dengan JPN.

Pasangan yang ingin berkahwin bebas memilih tarikh perkahwinan, mengikut kekosongan tarikh dan kuota yang ditetapkan JPN.

Upacara perkahwinan berlangsung selama 20 minit.

Bagi tarikh tertentu seperti Hari Kekasih dan perayaan Chap Goh Mei, JPN akan melangsungkan lebih banyak perkahwinan daripada hari biasa.

Ramai pasangan India memilih berkahwin pada hari Selasa.

Pasangan dibenarkan membawa ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat ketika upacara perkahwinan.

Pasangan yang ingin berkahwin perlu berpakaian sopan ketika upacara perkahwinan.

Namun, ramai pasangan yang ingin berkahwin datang dengan pakaian lengkap pengantin/pakaian tradisi masing-masing.

Walaupun pasangan telah/akan melangsungkan majlis pernikahan di luar JPN mengikut adat, mereka wajib mengesahkan perkahwinan di JPN bagi mendapatkan sijil perkahwinan yang sah.

- Oleh IZRA ABD RAHMAN (MSTAR)
Ranking: 5

{ 2 comments... read them below or add one }

Ruby said...

Bagaimanakah prosedur perkahwinan di antara warga malaysia dengan warga filipina..kedua-duanya bukan islam..apakah yang perlu disediakan? Rubie Trance


Tuesday, April 3, 2012 at 1:27:00 PM GMT+8
Ruby said...

apakah prosedur & syarat bagi warga malaysia bukan islam yang ingin berkahwin dengan warga filipina bukan islam? -ruby trans


Tuesday, April 3, 2012 at 1:31:00 PM GMT+8

Post a Comment

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© MY ADHA - Jawatan Kosong dan Info Pegawai Tadbir Diplomatik PTD | Hakcipta Terpelihara 2008 - 2014
D.I.Y Themes ByBelajar SEO