Rabu, Ogos 31, 2011

Isnin, Ogos 29, 2011

Ahad, Ogos 28, 2011

Jadual Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2011

BERIKUT adalah jadual rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2011 orang kenamaan di Malaysia:

Hari Raya Pertama

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara, (10 pagi-1 petang)

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, di Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya, Wilayah Persekutuan. (1 petang – 6 petang)

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Dataran Bagunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor. (11 pagi – 3 petang)

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan di perkarangan Dewan Undangan Negeri, Wisma Negeri Sembilan. (10 pagi- 1 petang)

Yang Dipertua Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob, Istana Bukit Beruang, Melaka. (10 pagi – 3 petang)

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, di Pusat Konvensyen Borneo, Sejingkat, Kuching, (BCCK) Sarawak. (11 pagi – 5 petang)

Hari Raya Kedua

Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, Pusat Konvensyen Borneo (BCCK), Sejingkat, Kuching. (10 pagi – 3 petang)

3 September Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan di No.1, Kampung Tanjung, Rantau. (10 pagi- 6 petang)

6 September

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan yang juga Anggota Parlimen Jelebu Datuk Seri Dr Rais Yatim di Terminal Air Hitam, Jempol. (8 -11 malam)

10 September

Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor di Padang Serbaguna Tampin, Negeri Sembilan. (2- 6 petang)

- MSTAR

Puduraya Kini Pudu Sentral

Terminal Bas Puduraya di Kuala Lumpur yang mula beroperasi pada 1976 dan baru sahaja dinaik taraf, kini dikenali sebagai Pudu Sentral, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkannya pada Sabtu.

Perdana Menteri berkata penukaran nama terminal bas itu selaras dengan wajahnya yang moden dan baru, setaraf dengan sebuah lapangan terbang.

Beliau berkata keputusan itu dibuat berikutan cadangan seorang pengikut twitternya, selepas beliau tweet setelah bersahur awal pagi tadi bahawa beliau akan melawat Hentian Puduraya.

"Ramai yang memberi maklum balas dan saya terima cadangan supaya nama hentian bas ini ditukar supaya mencerminkan terminal yang tinggi kualitinya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan wajah baru bas terminal itu di sini, Sabtu.

"Selepas berbincang dengan pihak pengurusan tadi, kita telah bersetuju untuk menukar namanya kepada Pudu Sentral," katanya.

Terminal Puduraya ditutup sementara pada Mac tahun lepas, setahun selepas kerajaan mendapati terminal itu perlu sangat dinaik taraf dan ubahsuai untuk memperbaiki perkhidmatan dan mengambilkira keselamatan awam setelah ia beroperasi lebih tiga dekad.

Ia kini dilengkapi dengan pendingin hawa, kemudahan eskalator dan sistem pengumuman awam untuk mengumumkan ketibaan dan pelepasan bas dan disediakan dengan 296 kamera litar tertutup (CCTV).

CCTV dipasang di semua tempat strategik yang dipantau oleh 48 kakitangan keselamatan untuk memastikan keselamatan dan keselesaan pelawat dan penumpang.

Najib turut meluangkan masa melawat sekitar terminal baru tersebut dan berinteraksi dengan para pengguna serta memberikan sumbangan kuih raya kepada penumpang bas eskpres yang pulang ke kampung sempena Aidilfitri.

Ini merupakan lawatan kali ketiganya ke terminal bas tersebut sejak menjadi Perdana Menteri pada 3 April 2009, di mana tiga minggu selepas itu, Najib turun padang melawat tiga kawasan di tengah-tengah bandar raya, termasuk Hentian Puduraya.

Berikutan dengan lawatan itu beliau mengarahkan supaya Hentian Puduraya dinaik taraf dengan segera, memandangkan keadaan bangunannya yang daif serta tidak memberi keselesaan sama sekali kepada para pengguna.

Kerja-kerja menaik taraf itu dijalankan oleh UDA Holdings Berhad dalam dua fasa dengan kos RM52 juta.

Najib berkata beliau amat berpuas hati dengan kerja-kerja menaik taraf yang dilakukan yang telah mencapai taraf kualiti yang tinggi. "Kebetulan saya berjumpa dengan dua orang pelancong dari Jerman dan saya telah bertanyakan reaksi mereka. Mereka cakap ia seperti sebuah lapangan terbang, begitu juga dengan reaksi daripada pengguna lain. "Saya sangat bangga dengan pembangunan ini. Ini apa yang ada di fikiran saya untuk rakyat. Saya suka bahawa rakyat menikmati kemudahan seperti itu," tambah beliau.

Dalam pada itu, Perdana Menteri juga menggesa pengguna Pudu Sentral untuk turut membantu menjaga kebersihan terminal itu bagi keselesaan bersama.

Sementara itu tinjauan Bernama di terminal bas turut mendapati para pengguna sangat berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan yang sangat mesra pengguna.Seorang warga emas, K.P Lim, 66, berkata persekitaran di Pudu Sentral sekarang sangat berbeza berbanding dahulu memandangkan ia kini dilengkapi dengan pendingin hawa dan tidak bising.

"Dahulu (Puduraya) sangat panas, sangat bising. Macam Pak Cik, orang tua sangat tidak selesa keadaan seperti itu. Pak Cik sangat berpuas hati dengan penambahbaikan kemudahan di sini. Memang sangat berbeza kalau dibandingkan dengan yang dulu," katanya. Bagi Maimunah Ahmad Pardi, 55, kini persekitarannya yang bersih dan nyaman membolehkan orang ramai menunggu bas dalam keadaan yang selesa walaupun terpaksa menunggu lama.

Sementara itu Nurul Huda Helmy, 22, yang membantu ibunya berniaga di terminal bas itu berkata wajah baru Puduraya sedikit sebanyak membantu meningkatkan perniagaan ibunya yang telah beroperasi di terminal itu sejak 26 tahun lepas.

"Kalau dulu hendak dapat RM200 sehari pun susah. Sekarang dalam satu hari saya boleh mendapat RM500. Dengan persekitaran yang baru ini, terminal ini lebih dikunjungi dan mereka akan datang membeli di kedai, dan kamipun seronok berniaga," katanya.

Turut sama pada majlis itu ialah Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar dan Pengerusi UDA Holdings Berhad Datuk Nur Jazlan Mohamed.

- BERNAMA

Ganjaran Puasa Ramadan

Hadith:

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata: "Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku. "Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk."

Riwayat Bukhari & Muslim

Huraian Hadith:

Pengajaran Hadis:

i) Puasa merupakan perkara ˜dharuriah' dalam agama di mana sesiapa yang mengingkari wajibnya puasa maka ia menjadi kufur, manakala sesiapa yang meninggalkan puasa tanpa uzur syarie, hendaklah ia dihukum.

ii) Puasa memaksa kita meninggalkan nafsu syahwat walaupun pada perkara yang telah dihalalkan untuk melakukannya (sebelum Ramadan). Dengan itu puasa sebenarnya dikatakan sebagai pendidik untuk kita menjadi lebih tegas, berdisiplin dan sabar dalam berhadapan dengan sebarang godaan sepanjang Ramadan berlangsung.

iii) Bulan Ramadan dikenali juga sebagai bulan prestasi, di mana Allah memberikan kesempatan kepada orang-orang yang beriman untuk memperbaiki darjatnya di sisi Allah S.W.T bahkan di bulan ini semua aktiviti yang harus di sisi syarak dikira sebagai suatu ibadah kepada Allah S.W.T.

iv) Puasa yang dilakukan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata akan bernilai sepuluh kebajikan (atau lebih). Oleh itu orang yang puasa di bulan Ramadan dan diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal dinilai sama dengan puasa sepanjang tahun. Hal demikian disebutkan dalam hadis Rasulullah s.a.w.

v) Ramadan adalah bulan ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah seperti yang dilakukan oleh para salafus-soleh. Dengan itu kita hendaklah benar-benar berusaha agar tidak ada waktu berlalu tanpa amal soleh sepanjang Ramadan ini kerana bulan Ramadan adalah bulan permohonan, munajat, hidayah dan meraih petunjuk kebenaran daripada Allah S.W.T.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Jumaat, Ogos 26, 2011

Peperiksaan Khas sesi Kedua untuk calon Pegawai Tadbir Diplomatik M41 pada 10 September 2011

Adalah dimaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Pegawai Tadbir & Diplomatik pada 16 Julai 2011 yang dijangka diumumkan pada 24 Ogos 2011 akan ditangguhkan pengumumannya pada 23 September 2011.

Ini bagi membolehkan pelarasan keputusan peperiksaan kerana pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam akan mengadakan satu lagi Peperiksaan Khas untuk calon Pegawai
Tadbir Diplomatik M41 pada 10 September 2011 (untuk mereka yang tidak terlibat
dengan peperiksaan sebelum ini).

Kepada calon yang dipanggil ke peperiksaan pada 10 September ini, anda boleh mendapatkan panduan dan tips peperiksaan tersebut di:
http://www.tipsptd.com/hop.php?ref=my



Rabu, Ogos 24, 2011

Tarikh hari raya tidak sama kerana perbezaan matlak - JAKIM

Perbezaan penentuan tarikh hari raya di antara negara Islam berlaku kerana wujudnya perbezaan matlak iaitu perbezaan terbit dan terbenamnya hilal atau anak bulan.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Othman Mustapha, berkata perkara itu juga bergantung kepada pihak berkuasa agama di negara terbabit sama ada menggunakan kaedah rukyah (cerapan) atau hisab sahaja, atau kedua-duanya.

"Brunei misalnya menentukan awal Syawal berpandukan rukyah semata-mata, katanya dalam satu kenyataan," di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata tidak timbul isu Sabah dan Sarawak tidak akan menyambut Syawal bersama dengan negeri di Semenanjung.

"Penetapan bermulanya Syawal juga tertakluk kepada pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia," katanya.

Othman yang juga pengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam berkata, di negara ini penentuan Syawal adalah melalui cawangan Falak dengan menggunakan kaedah rukyah dan hisab berpandukan kriteria imkanur rukya (kebolehnampakan).

Katanya, dua stesen rujukan yang digunakan ialah di Tanjung Atiam, Sabah serta Tanjung Chincin di Langkawi dan pemilihan kedua-dua stesen itu berdasarkan kesesuaian kedudukan geografi.

"Tanjung Chincin berada pada rujukan paling barat sementara Tanjung Atiam berada pada rujukan paling timur merangkumi seluruh Malaysia," katanya.

Sehubungan itu, JAKIM meminta rakyat di negara ini yang beragama Islam agar mematuhi keputusan pengumuman Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia bagi rujukan dalam menentukan awal Syawal.

- BERNAMA

Kuota haji 2011 dinaikkan kepada 28,000 - Jamil Khir

KUOTA jemaah haji dari negara ini dinaikkan kepada 28,000 pada tahun ini, berbanding 26,000 pada tahun-tahun sebelumnya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, Malaysia mengemukakan permohonan untuk menambah kuota tersebut kepada Menteri Haji dan Wakaf Arab Saudi dalam mesyuarat yang lalu dan ia diluluskan berdasarkan pertambahan rakyat di negara ini.

"Pada masa yang sama kita juga sedang memohon kuota tambahan bagi membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia menunaikan haji,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran projek Kompleks Pentadbiran Islam Putrajaya, di Presint 3, di sini hari ini.

Dari segi kos, Jamil Khir berkata tiada sebarang pertambahan dan ia kekal RM9,980.

Pada masa ini, lebih 400,000 daripada 5.7 juta pendeposit Tabung Haji layak untuk menunaikan ibadah itu berdasarkan jumlah simpanan yang mencukupi, katanya.

— BERNAMA

Tabung bantu mangsa krisis kemarau Somalia dilancar

KUALA LUMPUR 24 Ogos — Kerajaan telah menggerakkan Tabung Bencana Kementerian Luar Negeri bagi mengutip sumbangan daripada orang ramai untuk disalurkan kepada mangsa krisis kemarau di Somalia.

Dalam satu kenyataan hari ini, Wisma Putra berkata Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) telah mengisytiharkan krisis kemarau di timur laut Afrika telah mencapai tahap yang runcing serta menjejaskan kehidupan masyarakat di sana.

Krisis kemarau yang berlarutan sedekad lamanya dan paling buruk dalam tempoh 60 tahun ini telah mengakibatkan kematian puluhan ribu warga Somalia dengan ratusan ribu lagi terdedah kepada ancaman kebuluran yang sangat teruk.

"Jika krisis ini tidak ditangani dari sekarang, ia dikhuatiri boleh merebak ke kawasan lain di timur laut Afrika,” kata kenyataan itu.

PBB turut merayu bantuan antarabangsa agar menghulur bantuan kewangan kerana sebanyak RM3.6 bilion lagi diperlukan bagi bantuan kemanusiaan untuk menyelamatkan lebih banyak nyawa di kawasan yang terlibat.

Wisma Putra berkata, kerajaan mengalu-alukan penglibatan dan penyertaan orang ramai menghulurkan sumbangan bagi membantu mangsa.

Sumbangan boleh disalurkan melalui cek ke Kementerian Luar Negeri atas nama

“Tabung Bencana Kementerian Luar Negeri” dan dialamatkan kepada:Ketua Akauntan, Kementerian Luar Negeri, Tingkat 2, Bangunan WP2 No. 1, Jalan Wisma Putra, 62602 Putrajaya atau boleh menghubungi talian 03-88874251 atau 03-88892924.

Sumbangan secara tunai pula boleh dihantar terus di dalam sampul surat ke kaunter khas bersebelahan Seksyen Konsular di Wisma Putra atau ke Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri di Jalan Wisma Putra.

Penyumbang layak dipertimbangkan untuk pengecualian cukai di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 dan resit rasmi akan dikeluarkan.

— BERNAMA

Kerajaan Kelantan lulus Jom Heboh 2011

KOTA BHARU: Kerajaan PAS Kelantan meluluskan permohonan Media Prima Berhad mengadakan Jom Heboh 2011 di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu, selama dua hari bermula 28 Oktober depan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata kelulusan itu diberikan selepas kerajaan negeri berpuas hati dengan penganjuran Jom Heboh pada 2009 yang memenuhi syarat ditetapkan.

- BERITA HARIAN

Rumah Terbuka Najib Di Seri Perdana Hari Pertama Aidilfitri

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan ahli Jemaah Menteri akan mengadakan rumah terbuka pada Hari Raya pertama di kediaman rasmi beliau di Seri Perdana, Putrajaya.

Rumah Terbuka itu adalah dari tengah hari hingga 6 petang, menurut satu kenyataan Pejabat Perdana Menteri, Rabu.

Bagi memastikan kelancaran trafik di kawasan Seri Perdana, orang ramai diminta supaya menggunakan perkhidmatan bas Nadi Putra yang disediakan secara percuma.

Sebanyak 12 buah bas akan beroperasi dari 11 pagi hingga 7.30 malam dari empat lokasi iaitu Putrajaya Sentral, Park & Ride Presint 1, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, dengan kekerapan bas selang 15 minit setiap satu.

Najib, yang juga Anggota Parlimen Pekan, akan juga mengadakan rumah terbuka di Taman Tasik Sultan Abu Bakar, Pekan, pada 18 Sept dari 10 pagi hingga 2 petang.

- BERNAMA

Kerajaan Tawar Lebih Sejuta Jawatan Kosong

PUTRAJAYA: Sejumlah 1,051,427 jawatan kosong disenaraikan oleh lapan kementerian dan agensi berkaitan untuk diisi rakyat tempatan sebelum bakinya diberikan kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi Program 6P.

Kekosongan jawatan itu membabitkan lima sektor utama iaitu perkilangan, pembuatan, perladangan, pertanian dan pembinaan.

Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Alwi Ibrahim berkata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyenaraikan jumlah paling tinggi iaitu 275,723 kekosongan.

Kekosongan lain dicatatkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, KDN, Kementerian Pelancongan, Kementerian Pengangkutan dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan.

Katanya, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menawarkan 237,700 kekosongan diikuti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (220,000), CIDB (165,000), Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (140,000), KDN (10,000), Kementerian Pelancongan (2,041) dan Kementerian Pengangkutan (963).

"Statistik itu merupakan sebahagian daripada hasil maklum balas semua kementerian dan agensi berkenaan kepada KDN dalam Mesyuarat Taklimat Proses Pemutihan Program 6P yang dipengerusikan Ketua Setiausaha KDN, Tan Sri Mahmood Adam pada Isnin.

"Lima sektor yang disenaraikan itu memang menggunakan khidmat pekerja asing dalam skala besar." katanya.

Alwi berkata, kekosongan itu akan diiklankan di beberapa akhbar tempatan secara berperingkat bermula Khamis.

"Kekosongan itu akan terlebih dahulu ditawarkan kepada rakyat Malaysia sebelum bakinya dibuka kepada pekerja asing.

"Rakyat tempatan khususnya yang masih menganggur digesa supaya merebut peluang selain menyokong usaha kerajaan mengurangkan kadar kebergantungan terhadap tenaga kerja asing.

Jelas beliau, selepas proses ini, peringkat seterusnya ialah pemadanan antara permintaan keperluan majikan dengan senarai PATI yang berdaftar dengan Program 6P untuk mengisi kekosongan yang tidak diisi penduduk tempatan.

Dalam perkembangan lain, Alwi berkata, sehingga Selasa, seramai 2,210,235 pekerja asing sah dan PATI berjaya didaftarkan menerusi program tersebut.

Alwi berkata daripada jumlah itu 1,215,004 adalah PATI dan menggesa mereka yang masih belum mendaftar supaya berbuat demikian sebelum program itu berakhir pada 31 Ogos ini.

"Kementerian turut ingin menegaskan bahawa PATI yang sudah mendaftar dalam program itu tidak akan ditangkap," katanya.

- MSTAR

Air garam penawar racun

BAZAR Ramadan tidak pernah gagal menarik pengunjung dengan variasi juadah buka puasanya. Namun, seorang murid perempuan di Meru, Klang, Selangor, Nurdini Mohamad Ali, 11, meninggal dunia akibat keracunan makanan selepas makan makanan yang dibeli di sebuah bazar Ramadan di situ.

Selain Nurdini, ahli keluarganya yang lain turut mengalami simptom keracunan makanan setelah menikmati hidangan berbuka puasa yang sama.

Makanan yang dijual di tempat terbuka seperti bazar Ramadan dan pasar malam adakalanya mendedahkan pengguna kepada keracunan makanan lebih-lebih lagi apabila peniaga kurang mementingkan kebersihan dan kesegarannya.

Justeru, Pakar Gastroenterologi, Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Wendy Lim menasihatkan orang ramai agar berhati-hati memilih makanan yang dibeli di luar.

“Saya tahu apabila berdepan dengan pelbagai hidangan yang lazat kadang-kadang kita terlupa untuk memeriksa tahap kebersihannya.

“Sebenarnya tidak susah untuk menilai kualiti sesuatu makanan berdasarkan bau dan rasanya. Jika ia berasa dan berbau masam, elakkan memakan makanan tersebut.

“Sebahagian makanan yang dijual di bazar Ramadan selalunya dimasak dan dijual lebih awal dari waktu berbuka puasa dan ia mudah rosak,” ujarnya kepada Jurnal.

Menurut Wendy, keracunan makanan adalah disebabkan oleh beberapa jenis virus, bakteria dan parasit yang akhirnya menjadi toksik berbahaya kepada perut.

Virus

“Organisma tersebut mudah merebak melalui cecair dan makanan yang kotor.

“Antara jenis virus, bakteria dan parasit yang terlibat termasuklah rotavirus, adenovirus, E. Coli, salmonella, shigella dan giardia,” ujarnya.

Disebabkan organisma tersebut mudah merebak melalui minuman dan air, Wendy menyarankan agar pengguna memilih gerai minuman yang mengamalkan kebersihan.

“Contoh makanan yang kurang bersih adalah minuman air tebu. Selalunya batang tebu yang dilonggokkan itu akan terus diperah bersama-sama kulitnya untuk mendapatkan jus.

“Cuba bayangkan bagaimana ia dihidangkan dalam keadaan begitu sedangkan virus dan bakteria mudah merebak?

“Selain itu, air batu juga sering menyebabkan masalah keracunan makanan kerana kebanyakannya disediakan dengan air yang tidak dimasak terlebih dahulu,” katanya lagi.

Jelas Wendy, antara golongan berisiko kepada kematian setelah mengalami keracunan makanan adalah kanak-kanak berusia di bawah lima tahun, golongan warga emas dan mereka yang mengalami pelbagai masalah kesihatan.

“Golongan itu sangat berisiko untuk mengalami dehidrasi yang melampau akibat keracunan makanan. Kanak-kanak mudah mengalami dehidrasi berbanding orang dewasa,” jelas Wendy.

Justeru apabila berdepan dengan simptom keracunan makanan seperti cirit-birit, muntah dan keletihan akibat dehidrasi selepas beberapa jam menikmati juadah, Wendy menyarankan agar pesakit menjalankan rawatan sendiri sebelum berjumpa doktor.

Jelasnya, minum air bergaram mampu mengembalikan keseimbangan bendalir badan yang terhidrat akibat muntah dan cirit-birit.

“Garam penting kerana ia dapat mengembalikan kandungan sodium dan potasium dalam tubuh.

“Anda boleh melakukannya sendiri. Campurkan sedikit garam dan gula bersama air sejuk untuk diminum. Tidak salah untuk meletakkan sedikit perasa kepada minuman itu.

“Namun, sebaik-baiknya anda harus bersedia dengan ubatan berkaitan seperti larutan garam dehidrasi yang boleh didapati di farmasi dan minum banyak air masak,” katanya sambil menambah, kaedah tersebut tidak mengubati keracunan makanan sebaliknya bagi mengembalikan kandungan garam dalam badan.

- KOSMO!

Pembinaan MRT Mungkin Bermula Januari 2012

Pembinaan MY Rapid Transit (MRT)yang bernilai berbilion ringgit kemungkinan dimulakan menjelang Januari tahun depan dan siap pada 2016, kata Ketua Jabatan Pengurusan Pemerolehan MRT Prasarana, Abdul Malik Azman.

"Tender pertama bagi pakej V5 dan V6 akan diberikan pada Januari atau Februari tahun depan. Berasaskan rancangan kami, menjelang akhir tahun depan, kesemua 18 pekej kerja akan diberikan," katanya.

Pakej V5 adalah bagi laluan dari Taman Bukit Ria ke Plaza Phoenix di Cheras beserta empat stesen. Pakej V6 adalah laluan dari Plaza Phoenix hingga ke Bandar Tun Hussein Onn beserta tiga stesen, katanya kepada pemberita selepas mengadakan taklimat pertama pratender MRT kepada para kontraktor di sini.

Katanya, Prasarana akan mengumumkan senarai pendek kontraktor terowong bawah tanah menjelang awal bulan depan.

"Kami sedang memuktamadkan prakelayakan pembida," katanya. Prasarana telah menerima 15 permohonan sehingga ini.

Seksyen bawah tanah bermula dari Semantan hingga Maluri.

Ketika ditanya mengenai kriteria bagi para kontraktor untuk mendapat kerja MRT itu, Abdul Malik berkata mereka mesti menunjukkan keupayaan untuk melaksanakannya berasaskan keperluan Prasarana.

"Kami akan memeriksa peralatan dan keupayaan kewangan mereka. Kami juga mempunyai anggaran sendiri. Jika kontraktor menawarkan harga termurah tetapi tidak realistik, kami tidak akan menerimanya," katanya.

Prasarana telah menyenarai pendek 28 syarikat individu dan usahasama (JV)yang layak membida projek itu.

Pada majlis itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Sutinah Sutan mengingatkan para kontraktor menggunakan amalan yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa bagi memastikan ketelusan di dalam pelaksanaan projek itu.

Katanya, suruhanjaya itu dan Ketua Audit akan mengawasi Perjanjian Integriti (IP) yang digunakan bagi projek MRT itu bagi memastikan amalan tadbir urus yang betul.

IP itu ditandatangani antara Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat dan rakan projek MRT, MMC-Gamuda pada Julai.

Projek pembinaan MRT diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak semasa membentangkan Rancangan Malaysia Ke-sepuluh (RMK10) pada Jun tahun lepas.

Projek itu dijangka bukan sahaja meningkatkan ketidakcukupan rangkaian rel sekarang ini, malah juga mengurangkan kesesakan trafik yang buruk di kawasan metropolitan Greater KL.

- BERNAMA

Ahli falak ramal Aidilfitri pada 30 Ogos 2011


Beberapa orang ahli falak yakin umat Islam akan menyambut hari raya Aidilfitri pada Selasa, 30 Ogos ini berdasarkan kajian dan perkiraan hisab serta kedudukan anak bulan Syawal.

Menurut Yang Dipertua Persatuan Falak Syarie Malaysia, Tuan Syed Kamaruzaman Syed Kabeer, andaian itu dibuat kerana penentuan awal Syawal 1432H menggunakan kaedah rukyah (cerapan) dan hisab berpandukan kriteria imkanur rukyah (kebolehnampakan).

“Berdasarkan perkiraan itu, anak bulan dijangka sudah cukup syarat untuk memulakan bulan baharu (Syawal) pada 30 Ogos ini,” jelasnya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau bagaimanapun menjelaskan, tarikh sebenar hari raya tetap tertakluk kepada perisytiharan Penyimpan Mohor Besar Majlis Raja-Raja.

Menurutnya, perkiraan hisab di negara ini turut diamalkan di negara serantau seperti Indonesia dan Singapura.

Di Melaka, Ketua Bahagian Falak Syarie Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Dr. Kassim Bahali juga sependapat dengan Syed Kamaruzaman bahawa hari raya diramalkan jatuh pada Selasa kerana berdasarkan hisab, kedudukan bulan pada 29 Ogos ini bersamaan 29 Ramadan memenuhi kriteria Imkarnur Rukyah (kebolehnampakan).

“Hilal iaitu anak bulan dijangka memenuhi syarat minimum yang ditetapkan iaitu umur anak bulan sudah melebihi lapan jam.

“Anak bulan ialah cahaya bulan yang mula-mula kelihatan selepas ijtimak iaitu kedudukan bumi, bulan dan matahari berada dalam satu garisan,” katanya ketika dihubungi di Melaka semalam.

Beliau menjelaskan, berdasarkan faktor ini, 1 Syawal 1432 Hijrah dijangka jatuh pada Selasa, 30 Ogos ini.

- KOSMO!

Lihat anak bulan Syawal 1432 H pada 29 Ogos 2011

PEJABAT Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semalam mengumumkan sebanyak 30 tempat ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal pada 29 Ogos ini bagi menentukan tarikh Aidilfitri tahun ini.

Majlis Raja-Raja juga mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Aidilfitri adalah berdasarkan rukyah dan hisab dan pengisytiharan tarikh akan diumumkan pada malam Isnin itu menerusi radio dan televisyen.

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja di sini, kawasan yang ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal ialah di Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu Tanjung Bidara, Melaka; Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Pulau Angsa dan Bukit Jugra dan Balai Cerap Selangor di Selangor; Pantai Pasir Panjang, Manjong; Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang; dan Kampung Pulau Sayak, Pemandangan Indah Langkawi dan Menara Alor Setar di Kedah.

Di Terengganu ialah di Bukit Besar Kuala Terengganu, Bukit Kemuning, Kemaman, Pulau Perhentian dan Balai Cerap KUSZA, Setiu; Bukit Peraksi Pasir Putih, Bukit Kampung Tembeling Kuala Krai dan Menara Bangunan SEDC Kota Baharu di Kelantan; dan Bukit Tanjong Batu Nenasi, Gunung Berincang Cameron Highlands dan Bukit Pelindong, Kuantan di Pahang.

Tempat melihat anak bulan Syawal di Perlis ialah di Kuala Sungai Baru; Menara Kuala Lumpur di ibu negara; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di Putrajaya; Tanjong Lubang, Miri, Teluk Bandung, Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu di Sarawak; Balai cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil dan Menara Universiti Malaysia Sabah di Sabah.

- KOSMO!

Pandu secara berhemah elak tragedi

FAKTOR kemalangan jalan raya khususnya setiap kali pada musim perayaan seakan tiada penghujungnya.

Biarpun pelbagai kempen keselamatan jalan raya dilakukan pelbagai pihak sebelum ini, namun kemalangan dan angka korban yang dicatatkan terus meningkat saban tahun.

Sebagai perbandingan statistik kematian akibat kemalangan jalan raya pada tahun 2010 ialah sebanyak 6,260, meningkat sebanyak 42 orang berbanding tahun 2009.

Begitu juga peningkatan kadar kemalangan yang meningkat kepada 414,421 berbanding 397,330 pada tahun yang sama.

Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Gerald Leslie Leon berkata, peningkatan kenderaan di atas jalan raya pada musim perayaan antara punca kepada peningkatan kadar kemalangan yang dicatatkan.

"Apabila bilangan kenderaan bertambah sehingga dua hingga tiga kali ganda di atas jalan raya, ia pasti meningkatkan risiko kemalangan," katanya semasa pelancaran Kempen Keselamatan Proton 1Malaysia baru-baru ini.

Katanya, usaha untuk mengatasi masalah ini tidak seharusnya terletak di bahu kerajaan semata-mata sebaliknya harus dipikul semua pihak.

Tambah beliau lagi, berdasarkan statistik Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), terdapat tiga faktor yang menyumbang kepada kemalangan jalan raya.

"Pertama ialah sikap manusia iaitu sebanyak 67 peratus, faktor jalan raya (28 peratus) dan kenderaan (lima peratus).

"Jelas sekali sikap manusia menjadi faktor utama. Oleh yang demikian, pengguna jalan raya yang ingin pulang ke kampung semasa musim perayaan ini dinasihatkan supaya mengamalkan sikap berhemah dan tidak terburu-buru untuk tiba ke destinasi," ujarnya.

Katanya, beliau memuji beberapa usaha yang dilakukan oleh pihak pengeluar kenderaan yang mengadakan kempen keselamatan jalan raya terhadap pengguna sempena ketibaan Aidilfitri nanti.

- KOSMO!

Tiga sumber pastikan sahih hadis

KITA sering mendengar dan membaca teks hadis Rasulullah SAW sama ada di surau, masjid serta media massa. Penyampaian itu sama ada secara teks asal atau terjemahan sangat baik dan digalakkan.

Namun, suatu perkara yang selalu diambil ringan dalam proses penyampaian sesuatu hadis adalah berkaitan sumber dan kesahihannya daripada Nabi SAW. Oleh itu, sewajarnya penceramah, penulis atau pengkhutbah Islam berhati-hati dalam memilih dan menyebarkan hadis Rasulullah SAW.
Usaha menjadikan hadis sebagai sumber sandaran hujah amat dialu-alukan tetapi ada beberapa disiplin ilmu hadis diabaikan oleh mereka yang menggunakan hadis. Antaranya memastikan hukum hadis itu sahih atau tidak.
Ini boleh dilakukan dengan mengutip hukum klasifikasi hadis oleh pengarang, pengtahqiq (pengulas) atau melalui kajian sanad oleh pengguna hadis sendiri. Namun, ada beberapa perkara penting dalam membuat penilaian hukum hadis dalam sesuatu karya.

Mereka yang mengutip hadis dalam karya sahih al-Bukhari dan sahih Muslim tidak perlu membuat kajian sanad hadis itu kerana hukum semua hadis kedua-duanya adalah sahih. Al-Bukhari dan Muslim hanya meriwayatkan hadis sahih dengan sanad yang baik.

Kewujudan hadis dalam salah satu karya sahih itu sudah memadai untuk menghukum hadis sahih dan tidak perlu membuat kajian sanad lagi kerana matlamat kajian sanad adalah untuk mengetahui sahih atau tidak sesuatu hadis.

Al-Nawawi menjelaskan, perbezaan antara karya sahih (al-Bukhari dan Muslim) dengan karya lain adalah kedua-duanya tidak perlu diteliti lagi, bahkan wajib beramal dengan hadisnya. Karya lain perlu diteliti dan didapati memenuhi syarat sahih. Pendapat ini adalah mazhab ahli hadis, bahkan Ibn al-Salah menyatakan hadis dalam kedua-dua karya tersebut adalah sahih secara qat’i (muktamad).
Pengkaji hadis perlu menyatakan hukum hadis dalam karya selain sahih al-Bukhari dan sahih Muslim kerana hadis dalam karya lain ada yang sahih dan ada yang tidak.

Pernyataan hukum boleh dimasukkan daripada tiga sumber iaitu menyatakan hukum hadis yang dinyatakan oleh pengarangnya; menyatakan hukum hadis yang dinilai oleh pengtahqiq atau penilaian kendiri oleh pengguna hadis melalui pengkajian sanad.

Penyataan hukum hadis terutama dalam penulisan perlu kerana tidak semua karya hadis selain karya sahih al-Bukhari dan sahih Muslim mengandungi hadis sahih.
Adalah tidak memadai sesuatu hadis itu dikatakan sahih hanya semata-mata kewujudannya dalam kitab seperti Sunan Abi Dawud, Sunan al-Tirmidhi, Sunan al-Nasa’i kerana pengarang karya ini tidak meriwayatkan hadis sahih saja.

Justeru, menjadi kewajipan pengkaji hadis membuat penelitian sanad dan menghukum hadis dalam karya itu. Selain itu, hukum sesuatu hadis sama ada sahih atau daif (lemah) mempunyai pertalian yang rapat dengan perawi sanad.

Perlu diingatkan sesuatu hadis yang sanadnya dinilai sebagai daif tidak bermakna matan (teks) hadis itu juga daif. Kita jangan terlalu pantas menghukum sesuatu hadis itu sahih kerana semua perawi sanadnya sahih.

Daif sanad tidak bererti matannya juga daif. Hadis yang sanadnya daif boleh menjadi sahih dengan kewujudan sanad lain bagi matan itu. Begitu juga sanad sahih tidak bermakna hadis juga sahih kerana mungkin terdapat syadh (keganjilan) atau ‘illat dalam matan.

Satu aspek yang sering diperhatikan dalam kalangan pelajar dan pencinta hadis yang memberi hukum hadis berdasarkan pandangan seorang penulis karya biodata rawi.

Contohnya, oleh kerana perawi disebut daif dalam satu karya perawi, maka ia dianggap daif dan hadisnya ditolak. Kita perlu berhati-hati dan jangan lekas menghukum.

Al-Laknawi menjelaskan: “Wajib ke atas kamu untuk tidak tergesa-gesa menghukum jarh terhadap seorang perawi hanya semata-mata kerana penilaian sebahagian pengkritik sanad, melainkan engkau mesti meneliti kebenaran hal itu. Masalah ini amat penting dan banyak justifikasinya.

“Kamu tidak berhak menerima penilaian seluruh orang yang mengkritik terhadap perawi yang mana pun. Kerap kali terdapat suatu hal yang menghalang diterima suatu kritikan, antaranya pengkritik itu sendiri kadang-kadang seorang yang dikritik. Oleh yang demikian, penilaian pengkritik sanad tidak boleh diterima begitu saja sehingga terdapat penilaian yang sama daripada orang lain.”

Oleh kerana kelainan persepsi pengkritik sanad membicarakan seseorang perawi, pengkaji perawi hadis dianjur cermat dan tidak melulu menghukum seseorang perawi sebagai daif dengan hanya berpandukan kepada penilaian sesetengah ahli pengkritik sanad.

- BERITA HARIAN

Selasa, Ogos 23, 2011

Jawatan Kosong di Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) - Ogos 2011

JAWATAN:
- PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)

IKLAN JAWATAN KOSONG
http://www.felda.net.my/feldav3/attachments/article/311/Pembantu%20Tadbir%20N17%202011.pdf

BORANG PERMOHONAN ONLINE
http://e-jobs.felda.net.my/

Tarikh Tutup : 9 September 2011




Jawatan Kosong di Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) - Ogos 2011

JAWATAN:
- PEGAWAI TADBIR (PENGURUSAN SISTEM KUALITI) GRED N41
- EKSEKUTIF EDITORIAL
- PENYUNTING
- EKSEKUTIF JUALAN

IKLAN JAWATAN & CARA MEMOHON
http://www.bernama.com/bernama/misc/vacancy/job_ads.html

Tarikh Tutup : 29 Ogos 2011

Jawatan Kosong di Universiti Teknologi MARA (UiTM) - Ogos 2011

JAWATAN:
1. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
2. PEGAWAI REKOD PERUBATAN
3. WARTAWAN/PENULIS SKRIP
4. PEMBANTU REKOD PERUBATAN
5. KERANI
6. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)
7. PEMBANTU AM PEJABAT

IKLAN JAWATAN KOSONG
http://iapps.uitm.edu.my/epengambilanstaf/iklan/IklanPerjawatanPentadbiranKontrakUiTM20113.pdf

BORANG PERMOHONAN ONLINE
http://iapps.uitm.edu.my/epengambilanstaf/

Tarikh Tutup : 27 Ogos 2011



Isnin, Ogos 22, 2011

Jangan tertipu kurma RM1


Permintaan tinggi buah kurma semasa bulan Ramadan menyaksikan ada segelintir peniaga mengambil kesempatan dengan menjual buah kurma yang dicampur dengan bahan pemanis.

Kebiasaannya, cara ini diamalkan oleh peniaga yang menjual buah kurma secara pukal atau timbang dengan harga yang lebih rendah.

Difahamkan, peniaga atau pemborong ini mengimport buah kurma yang berkualiti rendah secara pukal sebelum diproses bagi membolehkan buah kurma ini dijual semula.

Kosmo! diberitahu, buah-buah kurma ini digaul dengan gula merah dan disimpan beberapa lama untuk sebati sebelum dicampur semula dengan buah kurma kualiti sederhana.

“Hasilnya, buah kurma kualiti rendah ini akan terasa manis seperti kurma sebenar (buah kurma yang berkualiti baik) tapi sebenarnya ia telah dicampur gula merah.

“Buah kurma jenis ini dijual secara timbang dan banyak dijual di kedai-kedai runcit atau gerai kaki lima sepanjang Ramadan,” ujar sumber yang memberitahu pernah mempraktikkan kaedah tersebut.

- KOSMO!

Dosa mengundang bencana

ALLAH memberi peringatan kepada umat manusia agar tidak melakukan dosa dan maksiat yang boleh menimbulkan kekacauan serta fitnah dalam masyarakat.

Umat Islam diseru supaya saling bekerjasama dan bantu membantu dalam usaha mencegah kemungkaran daripada terus berleluasa.

Tatkala Allah turunkan bala bencana akibat perbuatan berdosa itu, ia bukan sahaja menimpa orang yang melakukan dosa itu tetapi juga kepada masyarakat seluruhnya.

Ini bermakna kita bukan sahaja diwajibkan menjauhi diri dari perbuatan yang dilarang oleh Allah tetapi juga berkewajipan mencegah perbuatan itu daripada merebak dalam masyarakat.

Berjuang membanteras maksiat dan menentang kezaliman bukanlah suatu yang mudah untuk dilakukan. Ia memerlukan kesungguhan, kekuatan diri serta pengorbanan yang bukan sedikit.

Ingatlah bahawa orang yang tidak menghalang kezaliman dan kerosakan dengan membiarkannya terus berleluasa tanpa sebarang pencegahan mereka ini wajar dipersalahkan kerana Islam merupakan satu sistem hidup yang tidak membenarkan kezaliman, kerosakan, kemungkaran itu berkembang.

Lebih-lebih lagi jika didapati mereka hanya berpeluk tubuh dan berdiam diri mengharapkan Allah menyelamatkan mereka dari bala bencana dengan alasan mereka adalah orang yang baik-baik.

Marilah kita bersama-sama menghindari dan mencegah perbuatan mungkar yang berdosa di sisi Allah kerana orang yang melakukan dosa, maksiat dan kezaliman adalah mereka yang mengundang bencana dan malapetaka.

Perbuatan mereka bukan sahaja Allah balas ke atas dirinya sahaja tetapi juga kepada kaum kerabat serta masyarakatnya. Ketika di dunia mereka ditimpa bencana sebagai balasan perbuatan ingkar mereka sedang di akhirat apatah lagi berat azab seksanya.

Kesimpulan

Setiap perbuatan dosa akan dihitung dan mendapat balasan daripada Allah sama ada balasan ketika hidup di dunia mahupun di akhirat nanti.

Bentuk balasan atau musibah yang mereka terima pula bukan sahaja menimpa individu yang melakukan dosa tersebut bahkan orang yang tidak melakukannya juga terpalit sama ditimpa bencana.

Bagi mengelak berlakunya perbuatan dosa yang mengundang bencana kepada masyarakat umumnya hasil daripada dosa yang dilakukan oleh orang tertentu, maka umat Islam telah dipertanggungjawabkan dengan turut sama berganding bahu mencegah dan membanteras perkara fasiq dan mungkar daripada berlaku.

Sesungguhnya umat yang menggalakkan kemungkaran berleluasa maka umat itu akan menanggung dosa.

Elak Wi-fi diguna orang lain

SOALAN:

BAGAIMANAKAH cara untuk melindungi sambungan Internet Wi-fi di rumah daripada digunakan oleh orang lain yang tidak sepatutnya?

JAWAPAN:

Pertama, pastikan modem router yang anda gunakan mempunyai kata laluan. Perlu ditukar kata laluan sedia ada atau default yang disetkan pada modem router seperti admin, 12345 atau apa-apa sahaja kepada kata laluan yang lebih selamat.

Ia akan menyukarkan untuk sesiapa sahaja meneka dan memecah masuk kata laluan tersebut. Kalau perlu naik taraf kepada modem router yang lebih baik lagi.

Kedua, setkan pada modem router anda untuk nyahkan fungsi Broadcast SSID. SSID (Service Set Identifier) merupakan perimeter bagi nama rangkaian anda dalam persekitaran rangkaian tanpa wayar.

Dengan ini, nama SSID tersebut disembunyikan daripada diketahui dan dicapai oleh pihak lain menerusi rangkaian tanpa wayar.

Ketiga, laksanakan fungsi enkripsi kepada rangkaian tanpa wayar anda.

Terdapat banyak fungsi enkripsi yang disediakan untuk rangkaian tanpa wayar ini seperti WEP (Wired Equivalent Privacy), WPA (Wi-fi Protected Access) dan WPA2. Penggunaan fungsi enkripsi WPA2 dengan teknik enkripsi AES (Advanced Encryption Standard) di cadangkan untuk talian tanpa wayar anda. Elak daripada menggunakan teknik enkripsi WEP kerana terdapat banyak program untuk menggodamnya dan ia mudah untuk digodam.

Keempat, hadkan capaian rangkaian tanpa wayar kepada alamat-alamat MAC tertentu sahaja seperti alamat MAC yang terdapat pada komputer anda.

Alamat MAC merupakan alamat fizikal bagi antara muka kad rangkaian yang digunakan oleh sesebuah komputer. Ia boleh dicapai dalam Windows dengan menaip perkataan ipconfig /all dalam program Command Prompt.

Kelima, seperti biasa sentiasa kemaskini sistem pengoperasian yang digunakan seperti Windows atau Linux, perisian anti virus dan perisian keselamatan yang lain seperti perisian Personal Firewall dan lain-lain. Pastikan kesemuanya berfungsi dengan baik dan menjalankan fungsi keselamatannya.

Elakkan daripada menggunakan rangkaian tanpa wayar anda secara terbuka kerana ia boleh mengundang sesiapa sahaja untuk menggunakan Internet menerusinya. Antara masalah yang timbul adalah ia akan menyebabkan capaian Internet anda menjadi perlahan. Ini kerana berkemungkinan ramai yang mencapai dan menggunakan rangkaian tersebut. Dengan itu, kadar capaian jalur lebar rangkaian anda akan dibahagi-bahagikan mengikut jumlah pengguna.

Seterusnya, rangkaian tanpa wayar secara terbuka ini juga boleh mengundang seseorang menggunakan talian Internet anda untuk melakukan pelbagai perkara yang tidak baik seperti perbuatan jenayah, fitnah, provokasi, penggodaman, melanggar undang-undang negara dan lain-lain. Jadi, berhati-hatilah.

- UTUSAN

Ahad, Ogos 21, 2011

Merokok jejas kesihatan bayi

Pelbagai faktor menjadi punca dan penyebab kepada pertambahan golongan hawa ini merokok. Faktor fizikal merupakan penyebab utama. Alasannya yang tidak munasabah di kalangan wanita yang menganggap bahawa merokok dapat mengurangkan berat badan. Ada antara mereka percaya bahawa merokok juga boleh mengawal selera makan.

Selain itu, faktor psikologi yang dikaitkan dengan merokok ialah dapat menangani perasaan rendah diri dengan cara mengasingkan diri dari orang ramai dan menjadikan rokok sebagai teman di kala diri gundah gulana. Manakala faktor lain pula ialah faktor persekitaran dan sosial. Golongan muda lebih terpengaruh dengan pengaruh luar dan rakan sebaya yang menyumbang untuk merokok.

Ada juga yang mengikut arus semasa yang berpendapat golongan wanita hari ini mempunyai persamaan taraf dengan golongan lelaki. Mereka percaya dengan merokok, taraf mereka sama dengan golongan lelaki. Bagi mereka, adalah menjadi suatu kebanggaan dan kehebatan jika seseorang wanita boleh melakukan apa sahaja yang dilakukan oleh kaum lelaki.

Merokok bukan sahaja memberi kesan yang buruk kepada wanita itu sendiri. Malahan ia juga dapat memudaratkan bayi yang dikandung. Kepentingan gaya hidup ibu-ibu yang hamil seperti merokok tidak boleh dipandang remeh. Wanita hamil yang merokok lebih banyak melahirkan bayi yang meninggal dunia bila dibandingkan dengan wanita hamil yang bukan perokok. Seandainya bayi itu lahir normal, maka bayi wanita perokok lebih sering meninggal pada bulan-bulan pertama kehidupannya.

Dalam daun tembakau umumnya terdapat 1-3 peratus dadah nikotin. Bayangkanlah apa yang mampu dilakukan oleh nikotin terhadap janin. Asap daripada setiap batang rokok mengandungi tar asapdan apabila meluap mengandungi pelbagai bahan kimia, termasuk sesetengah yang menyebabkan penyakit kanser. Nikotin akan menyebabkan ketagihan dan karbon monoksida sejenis gas yang mampu membunuh dengan mengurangkan keupayaan darah membawa oksigen.

Tambahan lagi, nikotin juga boleh berpindah kepada bayi secara langsung melalui susu badan. Bahaya merokok boleh memberi kesan kepada pertumbuhan janin disebabkan oleh penurunan aliran darah ke dalam plasenta, peningkatan kadar kematian janin (semasa peringkat perinatal), kecacatan kepada bayi seperti kecacatan kepada bibir dan lelangit (cleft lip dan palate), peningkatan risiko untuk mengalami sawan, kelahiran sebelum tempoh matang (atau tidak cukup bulan), keguguran, penurunan berat badan bayi sebanyak 150-200 gram dan perkembangan sistem saraf yang tidak normal.

Bayi juga berisiko tinggi untuk mendapat asma dan sindrom kematian bayi mengejut (cot death). Kesemua risiko di atas lebih besar kemungkinan berlaku ke atas wanita atau ibu yang merokok berbanding dengan yang tidak merokok. Alangkah tidak adilnya jika wanita yang merokok yang memilih untuk menderita juga ‘mendera’ bayi dalam kandungannya. Jika bayi ini terus hidup, tempoh penderitaan bayi tersebut mungkin akan berpanjangan.

- MINGGUAN MALAYSIA

Angkasa Nafi Kejadian Bulan Kelilingi Kaabah

Agensi Angkasa Negara (Angkasa) hari ini menafikan dakwaan blog dan laman sosial Facebook yang mengatakan kejadian pelik bulan mengelilingi Kaabah dan langit bertukar menjadi biru terang akan berlaku di Mekah Jumaat malam.

Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa Mohd Fairos Asillam berkata tiada yang istimewa atau ganjil dari segi pergerakan, jarak, keterangan dan fasa bulan pada malam ini.

"Bulan sekadar melintasi Kaabah dan tidak mengelilinginya seperti yang disebarkan kerana ia seperti biasa akan terbit di sebelah timur dan terbenam di sebelah barat," katanya ketika dihubungi Bernama.

Fairos turut berkata dakwaan bahawa kenyataan itu diedarkan oleh bekas Ketua Pengarah Angkasa Prof Datuk Dr Mazlan Othman adalah tidak benar memandangkan Mazlan tidak pernah berbuat perkara sedemikian.

Beliau berkata kedudukan bulan dan bumi awal pagi esok adalah 404,738km.

Fairos menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan pengesahan terlebih dahulu di laman sesawang yang boleh dipercayai seperti Angkasa bagi mengelakkan kekeliruan mengenai perkara itu.

Blog dan laman sosial Facebook hari ini menyebarkan maklumat kononnya pada jam 3.25 pagi di Mekah bulan akan mengelilingi Kaabah dan langit akan bertukar menjadi biru terang dan ini hanya berlaku 10 juta tahun sekali, dan menyebut maklumat itu dari bekas ketua pengarah Angkasa.

- BERNAMA

Bayi baru lahir ada gigi


NEWCASTLE, Britain - Tangisan seorang bayi beberapa minit selepas dia dilahirkan mengejutkan sepasang suami isteri apabila mereka melihat dia memiliki dua batang gigi kacip, lapor sebuah akhbar semalam.

Biasanya, gigi pertama hanya tumbuh apabila bayi mencapai usia di antara enam bulan hingga setahun.

Namun, Summer Whelan dilahirkan dengan dua gigi kacip yang lengkap pada geraham bawahnya.

Bayi perempuan milik Andy Whelan, 35 dan isterinya yang berusia 31 tahun, Karen itu dilahirkan dengan berat 3.1 kilogram di sebuah hospital di sini, tenggara England pada 20 Julai lalu.

"Sejurus selepas Summer dilahirkan, dia menangis dan saya menjerit 'dia memiliki dua gigi depan'," katanya.

"Dia berada dalam keadaan baik,'' tambah wanita tersebut.

- Agensi

Cantik dengan berpuasa

Oleh Dr. Siti Mariam Yusof
marissaestheticbangi@gmail.com

BERPUASA merupakan ibadah yang sangat banyak manfaatnya . Meskipun umat Islam diwajibkan berpuasa sebagai melaksanakan salah satu Rukun Islam namun puasa juga boleh meningkatkan kecantikan dan kesihatan seseorang.

Apabila seseorang berpuasa perutnya rehat dari sebarang beban. Perut mula mengempis dan fungsi perut menjadi lebih baik lagi.

Obesiti morbid merujuk kepada mereka yang mempunyai ukur lilit pinggang melebihi 35 inci bagi wanita dan 40 inci bagi lelaki.

Kumpulan ini mempunyai risiko tiga kali ganda mengidap masalah kolestrol tinggi dan empat kali ganda risiko kencing manis. Bagi pengidap obesiti morbid banyak halangan dilalui bagi menurunkan berat badan. Ini kerana kerosakan hormon dan enzim yang teruk. Namun sepanjang bulan puasa mereka akan mendapat penurunan berat badan.

Bagi memastikan penurunan berat badan yang ketara dan berkesan sewaktu berpuasa beberapa perkara perlu diambil berat.

1) Jangan minum minuman manis sewaktu berbuka.

Oleh kerana sewaktu berbuka kita dihidangkan dengan sajian kuih muih yang pelbagai maka minuman manis harus dielakkan. Terdapat banyak gula dalam kuih muih tersebut. Kurma baik dimakan kerana mempunyai gula semula jadi yang banyak di dalamnya. Pengambilan kurma sudah tentu lebih baik daripada air manis.

2) Kurangkan kuih manis

Pengambilan kuih manis perlulah sekadar sahaja dan tidak berlebihan. Kalori tinggi disebabkan kandungan gula yang tinggi membuatkan tubuh tidak mampu melepaskan lemak yang dikandung. Mereka yang gemar makan banyak kuih sewaktu berbuka sukar kurus.

3) Makan nasi nasi sedikit sahaja

Nasi haruslah diambil dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Pengambilan nasi yang banyak akan membuatkan seseorang menjadi semakin lapar dan sukar menyekat nafsu makan. Ini kerana nasi menyebabkan insulin dirembes dengan banyak dari kelenjar pankreas. Peningkatan insulin ini membuatkan kandungan gula turun dengan cepat dan kita kembali lapar. Insulin juga meningkatkan lemak berkumpul pada perut kita.

4) Banyakkan pengambilan sayur-sayuran

Mengambil banyak sayur-sayuran boleh meningkatkan serat dalam perut kita. Serat yang tinggi membantu membuang lemak melalui najis. Serat juga merupakan karbohidrat yang baik dan merangsang penurunan insulin sekali gus mengurangkan lemak daripada berkumpul di perut.

5) Tingkatkan pengambilan buah-buahan

Pengambilan buah-buahan yang banyak boleh meningkatkan vitamin dalam tubuh kita dan mencantikkan kitaran tenaga dalam tubuh kita.

Ini menjadikan kita segar dan bertenaga semasa puasa.

6) Bersenam setengah jam setiap hari

Meskipun berpuasa, amalan bersenam haruslah diteruskan. Berpuasa dan bersenam setengah jam setiap hari merupakan amalan menurunkan berat badan yang paling berkesan. Apabila kita berpuasa kadar metabolik semula jadi tubuh akan menurun. Ini membuatkan pembakaran lemak menjadi perlahan. Bersenam pda bulan puasa menigkatkan metabolik, menjadikan kita cepat membakar lemak.

7) Pengambilan protein yang tinggi

Mengambil makanan berprotein tinggi seperti ikan, daging merah dan telur membantu menaikkan metabolik tubuh kita. Protein akan merangsang pembakaran lemak dengan meningkatkan glukargon iaitu hormon pembakar lemak dalam darah kita.

8) Suplemen

Suplemen yang sangat perlu sewaktu puasa ialah kalsium, potasium dan zink. Pengambilan makanan suplemen ini akan menjadikan kita lebih bertenaga. Ia juga membantu fungsi hormon dan enzim yang lebih baik lagi.

Meskipun berpuasa kecantikan kulit dan keceriaan wajah haruslah dititikberatkan. Seseorang boleh meningkatkan kecantikan wajah sewaktu berpuasa dengan mengamalkan tip di bawah.

1) Pelembap wajah

Amalkan memakai pelembap wajah bagi memastikan kulit wajah tidak kusam dan kering sewaktu puasa

2) Solekan sederhana

Bersolek dengan sederhana akan menyerlah kecantikan seorang wanita dalam bulan puasa. Memakai gincu, pelembab bibir dan celak sudah mencukupi.

3) Jangan banyak tidur

Banyak tidur di bulan puasa menjadikan wajah tampak sembap dan lesu. Oleh itu lakukan aktiviti bagi mengelakkan banyak tidur.

Amalan sebegini sudah tentu akan menjadikan anda lebih jelita menjelang hari raya. Anda kini boleh tampil dengan imej yang lebih langsing dan wajah yang lebih berseri di pagi raya. Sudah tentu ini akan menjadi satu bonus buat anda yang berpuasa.

- UTUSAN

James Patterson penulis paling lumayan dunia


NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Penulis novel penyiasatan AS, James Patterson merupakan penulis berpendapatan tertinggi di dunia dengan perolehan AS$84 juta (RM250.5 juta) sepanjang tahun lalu.

Patterson, 64, yang popular menerusi buku penyiasatan Alex Cross, mengungguli senarai tahunan penulis buku yang memperoleh pendapatan tertinggi di dunia oleh majalah Forbes.

Selain novel penyiasatan, bapa tunggal itu banyak menulis buku cerita kanak-kanak selain menulis ulasan filem pada lapangnya.

Lebih 10 juta buku tulisannya dijual pada tahun lalu dengan lebih 20 tajuk bukunya menduduki tempat pertama carta buku terlaris di AS.

Senarai tahunan Forbes kali ini didominasi penulis AS melainkan Ken Follett yang berada di tempat ke-11 manakala penulis buku Harry Potter, JK Rowling pula berada di tangga ke-13 setelah dia tidak menulis sebarang buku pada tahun lalu.

Tempat kedua senarai berkenaan menjadi milik penulis novel cinta ghairah, Danielle Steel yang berpendapatan AS$35 juta (RM104.3 juta) diikuti di tempat ketiga oleh penulis seram terkenal, Stephen King dengan perolehan AS$28 juta (RM83.5 juta).

Turut berada dalam senarai sama dari tempat keempat hingga ke-10 ialah Janet Evanovich AS$22 juta (RM65.6 juta), Stephenie Meyer AS$21 juta (RM62.6 juta), Rick Riordan AS$21 juta (RM62.6 juta),

Dean Koonz AS$19 juta (RM56.6 juta), John Grisham $18 juta (RM53.6 juta), Jeff Kinney AS$17 juta (RM50.7 juta) dan Nicholas Spark AS$16 juta (RM47.7 juta).

- Agensi

Maut kena petir waktu guna telefon


TANAH MERAH – “Saya mahu tidur puas-puas.” Itu ungkapan aneh yang diucapkan Siti Munirah Nordin, 13, pada cuti Nuzul Al-Quran Rabu lalu kepada ibunya sebelum remaja itu maut dipanah petir di bangsal berhampiran rumahnya dipercayai sedang menggunakan telefon bimbit di Kampung Belimbing di sini kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 5.50 petang itu, Siti Munirah meninggal dunia di tempat kejadian dengan kecederaan pada muka sebelah kanan dan kesan terbakar pada telinga, rambut dan punggung.

Mayat mangsa ditemui abangnya, Mohd. Firdaus, 16, pada pukul 9 malam setelah ahli keluarganya keluar mencarinya selepas tidak pulang ke rumah untuk berbuka puasa sejak keluar pada pukul 4.30 petang.

Telefon bimbit milik ibunya yang dipinjam mangsa pula ditemui di atas tanah di bawah bangsal tersebut.

Mangsa merupakan pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Belimbing di sini.

Ibunya, Rosnah Dollah, 49, berkata, pada mulanya dia menyangka Siti Munirah pergi berbuka puasa di rumah kawannya tetapi terkejut apabila mendapat tahu kawan anaknya itu pulang ke kampungnya di Salor dekat sini.

“Sebelum kejadian, Siti Munirah sedang menggunakan telefon bimbit saya di dalam rumah dan apabila saya menegurnya kerana berbual terlalu lama, dia terus keluar dari rumah.

- KOSMO!

RM4 bilion pinjaman PTPTN tahun 2011

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyediakan pinjaman RM4 bilion untuk 206,938 penuntut yang layak pada tahun ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pinjaman itu diharap tidak disalahgunakan penerima dan dibelanja sepenuhnya untuk menampung kos pengajian mereka.

"Kita harap para penerima akan memanfaatkan pinjaman untuk tentukan kejayaan mereka di universiti dengan menguruskan perbelanjaan secara berhemah.

"Penerimanya berasal daripada keluarga berpendapatan bawah RM4,000 sebulan," katanya selepas majlis penyerahan borang PTPTN di Dewan Raya Seri Alam, Pasir Gudang, Johor Bahru.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas, Datuk M. Munusamy; ADUN Johor Jaya, Tan Cher Puk dan Pengurus Bahagian Pinjaman PTPTN, Abd. Ghaffar Yusop.

Menurutnya, hingga kini, sebanyak RM39.87 bilion telah diberikan kepada 1.8 juta penuntut universiti sejak PTPTN diperkenalkan.

Beliau berkata, kerajaan akan meneruskan subsidi yuran pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) antara 85 peratus hingga 90 peratus bagi meringankan beban rakyat.

"PTPTN juga hanya mengenakan caj satu peratus untuk pinjaman yang boleh juga dihapuskan jika pelajar memperoleh keputusan peperiksaan akhir yang cemerlang," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, seramai 41,267 orang akan diambil memasuki IPTA bagi sesi 2011/2012 bermula September ini.

Katanya, daripada jumlah itu, seramai 35,479 orang menerima pinjaman PTPTN berjumlah RM53.2 juta dan pendahuluan RM1,500 akan diberi untuk pendaftaran masuk iaitu pada 3 September dan 9 September ini.

- UTUSAN

Jaminan tingkap kuasa kereta Proton


ISU persepsi negatif mengenai kualiti tingkap kuasa atau 'power window' kereta Proton yang sebelum ini menjadi perbualan hingga ke Parlimen, bakal selesai apabila Proton Holdings Bhd akan mengumumkan langkah menanganinya tidak lama lagi.

Ia berikutan pengeluar kereta nasional itu kini sedang merangka pelan jaminan pemberian kualiti seumur hidup khusus bagi menjamin kegunaan harian tingkap kuasanya.

Pengarah Urusannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata rangka kerja itu pada peringkat akhir dan pengumuman mengenainya akan dibuat tidak lama lagi.

Beliau berkata, menerusi pengenalan pelan jaminan itu, ia sekali gus akan melenyapkan terus tanggapan negatif sesetengah pihak terhadap kualiti tingkap kuasa kereta Proton.

Katanya, meskipun kualiti kenderaan Proton, khususnya membabitkan tingkap kuasa itu sudah ditangani sebelum ini, persepsi negatif pengguna terhadap perkara itu masih tidak berubah.

“Sebelum ini, ramai pemilik Proton sering mengadu akibat mengalami masalah tingkap kuasa kenderaan mereka. Namun begitu, menerusi beberapa penambahbaikan teknologi dan kualiti dalam beberapa tahun lalu, tingkap berkuasa kereta Proton kini sudah jauh lebih berkualiti.

“Justeru, sebagai langkah menangani persepsi negatif, selain menunjukkan komitmen Proton yang sentiasa mengutamakan kualiti kereta keluarannya, kami berani mengatakan bahawa kini tidak ada sebarang kecacatan terhadap tingkap kuasa Proton.

“Diharapkan dengan pengenalan jaminan itu tidak lama lagi, ia dapat melenyapkan komen sinis berkenaan,” katanya ketika ditemui Berita Harian di Kuala Lumpur.

Penganalisis automotif ketika dihubungi bagi mengulas pemberian jaminan itu, melihat Proton bergerak dalam landasan yang tepat dan kini mampu memberikan saingan sengit dengan pengeluar kereta jenama antarabangsa lain.

“Sebelum kumpulan itu diterajui oleh Syed Zainal, Proton sudah menggerakkan bahagian penyelidikan dan pembangunannya (R&D) agar menjadi pengeluar sebenar automotif yang berdaya saing dengan model Waja diikuti dengan Gen2.

“Bahagian kualiti dan produksi menjadi keutamaan apabila Proton diambil-alih Syed Zainal yang mana beliau menggabungkan teknologi pengendalian Lotus dengan Proton, sekali gus berupaya menangani masalah kualiti dan mampu mengeluarkan model seperti Persona, Saga dan Exora yang hangat dijual di pasaran,” katanya.

- BERITA HARIAN

Tiga kaedah permudah urusan kerja harian

Oleh Sharifah Hayaati
Pensyarah Jabatan Siasah Syar’iyyah
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

BIJAK pandai menyebut, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Maksudnya jika ada tumpuan, kesanggupan dan motivasi tinggi, pasti apa juga kerja dan cita-cita dapat dilunaskan. Melalui hari sebagai pekerja, tidak semua yang kita hadapi itu mudah atau sukar sentiasa.

Roda cabaran bekerja sentiasa berputar dan putaran itulah yang mengindahkan alam pekerjaan, apabila dihayati penuh hikmah, kita pasti akan menemui pelbagai manfaat, pengalaman dan pengajaran sama ada untuk diperbaiki mahupun disyukuri.

Persoalannya, bagaimana untuk kita menghadapi putaran itu dengan tenang dan bijaksana supaya kita benar-benar mendapat manfaatnya walau di mana roda berhenti berputar.

Sudah tentu sebagai pekerja mahupun pelanggan, kita mahukan yang terbaik daripada urusan kita. Tetapi ingatlah bahawa yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Tiada yang terhasil secara automatik kecuali dengan usaha.

Setiap usaha atau kerja kita juga tidak boleh dibiarkan hasilnya seperti nasib sabut dan batu. Untung yang ringan akan timbul dan berat akan tenggelam. Dengan sebab itulah, maka beberapa prinsip syariah digariskan ulama sebagai panduan pelaksanaannya.

Ia boleh dijadikan panduan atau manual prosedur dalam kerja seharian kita. Antaranya ialah prinsip memilih yang memudahkan dalam berurusan. Firman Allah yang bermaksud: “Dan sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesusahan.” (Surah al-Hajj, ayat 78).
Malah, Islam itu sifatnya adalah mudah sebagaimana sabda Baginda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya agama itu (Islam) adalah mudah.” (Riyawat Imam Ahmad).

Gambaran kepada prinsip mudah dan kaedah memudahkan itu boleh dilihat melalui beberapa tindakan Rasulullah SAW. Sunnah nabi sebagaimana diriwayatkan Saidatina Aisyah ialah Baginda akan memilih yang paling mudah antara dua perkara selagi mana ia tidak berdosa.

Rasulullah SAW juga pernah menasihati sahabatnya Muaz bin Jabal untuk memudahkan ibadat solat berjemaah dengan cara memendekkan bacaannya ketika mengimamkan solat apabila ada dalam kalangan makmum itu orang yang lemah, orang tua dan mempunyai hajat. (Riwayat Imam al-Bukhari).

Bahkan Nabi sendiri mempercepatkan solat Baginda apabila mendengar tangisan bayi di belakang. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Mudahkanlah dan jangan menyusahkan, gembirakanlah dan jangan membuatkan orang lain lari (dari agama kamu).” (Riwayat al-Bukhari).

Sabda ini bertitik tolak daripada hukum mandi hadas bagi sahabat yang cedera sehingga menyebabkan kematiannya. Cara ini bertujuan jangka pendeknya, untuk meringankan makmum dan sekali gus menyebabkan amalan berjemaah dapat dilakukan dengan khusyuk dan tenang oleh semua golongan selain menjauhkan daripada kemudaratan.

Bagi tujuan jangka panjangnya pula adalah sebagai dakwah bagi membolehkan ajaran Islam itu disenangi serta mudah diikuti dan diamalkan. Dalam konteks perkhidmatan hari ini, memudahkan sesuatu urusan di tempat kerja menjadi suatu keperluan dan boleh mengurangkan kerenah birokrasi.

Kerenah seperti kelewatan kelulusan, kesukaran mendapatkan perakuan, kerumitan mengisi borang permohonan kerana jumlah halaman yang banyak dan proses menunggu giliran di kaunter sudah banyak diperbaiki dan dipermudahkan.

Contohnya, Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan atau ringkasnya PEMUDAH adalah antara usaha murni ke arah pencapaian matlamat itu. Laporan PEMUDAH 2009 menunjukkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengurangkan masa untuk meluluskan persijilan halal daripada 60 hari kepada 30 hari selepas proses pengaturan semula.

Jabatan Imigresen telah mengurangkan masa meluluskan permohonan Pas Pekerjaan daripada 14 kepada tujuh hari bekerja untuk kelulusan perjawatan.

Apabila sesuatu urusan itu dipermudahkan, ia memberi keselesaan kepada pelanggan dan sekali gus membina keyakinan mereka terhadap kemampuan organisasi berkenaan.

Jika tidak, mereka yang berkemampuan akan memilih perkhidmatan lain yang lebih berkualiti dan meninggalkan persepsi negatif di fikiran serta imej kurang baik kepada organisasi.

Semua contoh ini menunjukkan nilai kasih sayang dan toleransi yang terkandung dalam kaedah memudahkan sesuatu urusan.

Justeru, jika prinsip dan kaedah ini diamalkan dalam pekerjaan dan apa juga urusan seharian, semua urusan itu juga menjadi cepat.

Hasilnya, pelanggan berasa selesa dan gembira. Bertepatan sekali dengan tujuan syariat untuk memberikan kebahagiaan, ketenteraman dan kejayaan, Saidina Umar bin al-Khattab menyatakan: “Kami dilarang daripada membebani (berlebih-lebihan) pada diri.” (Riwayat Imam al-Bukhari).

Bagi memudahkan tugas seharian, seseorang perlu memiliki tiga syarat utama iaitu mudahkan terlebih dulu cara kita berfikir dengan maksud membetulkan paradigma yang sering menganggap kerja itu sukar atau rumit untuk dilaksanakan.

Kedua, mudahkan sikap dengan sifat tolak ansur, empati, mementingkan kebajikan dan sensitif terhadap masalah atau kehendak pelanggan.

Ketiga, mudahkan sistem kerja dengan maksud menyediakan sistem bersifat mesra pelanggan iaitu mudah diakses dan tidak rumit.

Sering berdoa mendapatkan petunjuk Allah seperti doa Rasulullah SAW bermaksud: “Ya Allah tidak ada kemudahan kecuali jika Engkau menjadikannya mudah. Sesungguhnya jika Engkau menghendaki, Engkau berkuasa untuk menjadikan sesuatu yang susah itu mudah.” (Hadis riwayat Imam Muslim).

- BERITA HARIAN

Donald Trump ada Boeing RM298.2 juta


NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Taikun hartanah dan hos program realiti The Apprentice, Donald Trump menyiarkan satu klip video untuk memperkenalkan pesawat peribadinya yang baru iaitu sebuah Boeing 757 berharga AS$100 juta (RM298.2 juta), lapor sebuah akhbar semalam.

Dihoskan oleh bekas peserta The Apprentice, Amanda Miller, klip video selama tiga minit itu disiarkan di Internet kelmarin.

Ia membawa penonton menyoroti kabin pesawat berkenaan yang dihias mewah lengkap dengan beberapa televisyen skrin besar, bilik air dengan sinki bersalut emas 24 karat.

Pesawat berkenaan turut memiliki sebuah suite presiden yang didiami oleh Trump.

Usahawan berusia 65 tahun itu sebelum ini memiliki sebuah Boeing 727 yang jauh lebih kecil berbanding pesawat peribadinya yang baru.

Beliau membeli pesawat Boeing 757 itu daripada bekas pengasas bersama Microsoft, Paul Allen pada February lalu.

Boeing 757 yang digunakan oleh beberapa syarikat penerbangan di dunia, boleh membawa sehingga 289 orang.

- Agensi

Sabtu, Ogos 20, 2011

Kempen PETRONAS "Coffee Break" 2011 Dilancar

PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) pada Jumaat melancarkankempen PETRONAS Coffee Break yang bertujuan untuk mendidik serta menggalakkan para pemandu mengamalkan langkah-langkah keselamatan jalan raya pada musim balik kampung sempena sambutan Aidilfitri ini.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Amir Hamzah Azizanberkata, kempen buat kali ke-12 itu akan dijalankan dalam dua peringkat.

Katanya, peringkat pertama adalah antara 26 hingga 28 Ogos ini manakala peringkat seterusnya bermula dari 2 hingga 4 September.

"Adalah diharapkan orang ramai yang pulang beraya ataupun bercuti supaya dapat mengingati apa yang dipelajari dalam kempen ini.

"Kempen ini adalah bagi memastikan orang ramai dan keluarga mereka tiba di destinasi masing-masing dengan selamat," katanya semasa pelancaran kempen tersebut di sini, Jumaat.

Kempen PETRONAS Coffee Break menggalakkan para pemandu berhenti di 32 stesen servis PETRONAS yang terlibat untuk berehat dan menyegarkan diri sebelum meneruskan perjalanan mereka ke destinasi masing-masing.

PETRONAS akan menyediakan minuman kopi Old Town serta jus buah-buahan, Tropicana Twister dan snek Julie serta Zess Wafer secara percuma untuk para pemandu.

Amir Hamzah memberitahu, kempen tersebut turut menawarkan pemeriksaan lima poin pada kenderaan pengguna PETRONAS.

Katanya, rakan kongsi syarikat minyak itu, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) menyediakan perkhidmatan percuma di dua buahstesennya di PSS Bentong dan PSS Rawang.

Tambahnya, Petrosains menerusi pasukan PETRONAS Streetsmart akan berkongsi tip keselamatan jalan raya melalui permainan interaktif yang melibatkan pemandu dan ahli-ahli keluarga mereka.

Amir Hamzah berkata, setakat ini, kempen tersebut telah mencapai lebihlapan juta pengguna jalan raya.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, layari www.mymesra.com.my

Produk Kosmetik Derma-Rx Arbutin-R Cream Dilarang Dijual Kerana Beracun

Pengguna dinasihatkan tidak menggunakan krim jenama Derma-Rx Arbutin-R Cream yang didapati mengandungi racun yang berbahaya kepada kulit.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Datuk Eisah Abdul Rahman berkata produk keluaran Sepanyol itu tidak lagi dibenarkan dijual diMalaysia setelah ujian menunjukkan ia mengandungi racuan berjadual, tretinoin dan hydroquinone.

"Penggunaan tretinoin dan hydroquinone adalah tidak dibenarkan dalam produk kosmetik. Produk yang mengandungi bahan-bahan itu boleh membawa pelbagai kesansampingan kepada pengguna dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan," katanya dalam satu kenyataan, Jumaat.

Tretinoin boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, kulit mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.

Hydroquinone juga boleh menyebabkan kemerahan pada kulit, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif.

Eisah berkata syarikat yang bertanggungjawab terhadap produk itu telah diarah memberhentikan penjualan dan pembekalannya serta merta selain memanggilbalik kesemua stok dari pasaran dalam temph 72 jam.

- BERNAMA

CVT pada Proton baru lebih jimat dan lancar


UNTUK kekal relevan, sesebuah entiti mesti bersikap dinamik. Berubah mengikut zaman dan keperluan semasa. Jika tidak, kita akan ketinggalan dan tidak akan mampu lagi mengejar pesaing yang bertambah maju.

Contohnya, ketika orang lain sudah ada aplikasi iPad dan laman web kita masih dikemaskini secara sambil lewa, jadi memang layaklah kalau kita dianggap sebagai kelas kedua dalam industri.

Pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Berhad (Proton) sejak sekian lama cuba untuk menjadi dinamik. Namun, bersaing dalam industri automotif yang teknologinya berubah pantas, nyata itu bukan satu kerja mudah.

Apabila sesebuah model keluar, pelbagai penambahbaikan dibuat. Semuanya demi meletakkan dirinya sebaris dengan pengeluar kereta yang lain. Dalam kes Proton, Saga sering dilihat sebagai model yang kerap menjadi tikus makmal.

Jangan salah sangka, semua 'ujikaji' itu dibuat bagi menjadikan Saga sebuah kereta rakyat yang terbaik dalam segala segi.

Kenapa CVT?

Tidak percaya? Sebagai sebuah sedan entry level, Saga dalam proses penyempurnaan. Kalau sebelum ini ia dipasang dengan enjin lebih berkuasa (1.6 liter Campro), sekarang Saga dilengkapi dengan transmisi CVT (Continuously Variable Transmission) pula!


Tindakan itu sememangnya satu anjakan yang besar buat Proton. Iyalah, sampai bila mahu bergantung kepada transmisi lama milik Mitsubishi itu, sedangkan orang lain sudah bertahun-tahun menggunakan teknologi transmisi lebih cekap seperti CVT atau dual clutch.

Mungkin ramai yang bertanya, kenapa CVT dan bukannya dua clutch atau transmisi automatik konvensional dengan lima atau enam kelajuan? Transmisi CVT pun tidaklah semurah mana dan Proton perlu mendapatkannya daripada pihak ketiga.

Saya yakin Proton mempunyai alasan tersendiri kenapa CVT dipilih. Antaranya, CVT memiliki kelebihan dari aspek penjimatan minyak dan kurang emisi. Di samping menjanjikan penukaran gear yang lancar.

Lebih ringan

Untuk makluman, transmisi CVT itu dihasilkan oleh pihak Punch Powertrain dari Belgium. Sementara transmisi lima kelajuan manual pula adalah daripada pihak Getrag. Sebagai permulaan, transmisi CVT atau manual tersebut ditawarkan untuk varian Standard dan Executive.

“Disebabkan oleh transmisi CVT yang 25 peratus lebih ringan dan tiada senggukan ketika transisi gear, penggunaan minyak oleh Saga FLX turun sebanyak empat peratus jika dipandu di bandar dan sepuluh peratus ketika di lebuh raya.

“CVT juga membolehkan enjin beroperasi pada tahap optimum. Hasilnya, enjin kurang terbeban dan meningkatkan jangka hayatnya,” jelas Pengarah Urusan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir,

Minggu terakhir sebelum puasa, saya berpeluang memandu uji Saga yang dilengkapi transmisi CVT di litar ujian Proton di kilangnya di Shah Alam, Selangor.

Dikenali sebagai Saga FLX, unit yang diuji itu hadir dengan warna baru, coklat cerah atau nama popularnya Elegant Brown. Bagi merasai perbezaan yang ditawarkan, Saga FL bertransmisi automatik empat kelajuan juga disediakan.

Integrasi CVT dan Campro


Unit yang dipandu uji ialah model Saga berenjin 1.3 liter. Tipikal transmisi CVT, anda akan melihat jarum rpm bermain di sekitar 5,000 rpm dengan bunyi enjin melahu kedengaran agak jelas di dalam kabin. Dalam tempoh itu, kuasa enjin seakan-akan sedang mencari 'gear' untuk dilekatkan (engage).

Integrasi antara enjin Campro dan CVT agak bagus. Tanpa rasa senggukan gear ditukar, sedar-sedar sahaja kelajuan yang dicapai sudah melepasi takat 120 kilometer sejam (km/j). Di sebelah tuil gear, ada butang SAT atau Stepped Automatic Transmission. Ia berfungsi untuk memberikan pemandu merasai pertukaran gear seperti transmisi automatik enam kelajuan konvensional dengan lebih ketara.

Saya menekan punat kecil itu. Tetapi, saya boleh katakan bahawa perubahan karakter enjin dan transmisi itu tidak jauh bezanya ketika butang SAT tidak ditekan. Dalam erti kata lain, pertukaran gear tidak terasa sebagaimana yang boleh dirasai jika dilakukan secara manual menerusi ciri Tiptronic atau paddle shifter.

Bagi memanfaatkan sepenuhnya kelebihan transmisi CVT, pandulah secara santai. Biarkan gear ditukar secara natural tanpa dipaksa dan pedal minyak tidak ditekan keras. Anda bukan sahaja akan merasai pemanduan yang lancar, malah penjimatan minyak juga lebih mudah direalisasi.

Mengenali sebuah Proton, anda boleh mengharapkan kualiti pengendalian yang memuaskan hati. Pengendalian oleh Lotus itu bukan sekadar gimik pengiklanan. Saga sememangnya stabil ketika memandu laju di atas trek.

Talaan gabungan suspensi topang MacPherson (roda hadapan) dan suspensi jenis torsion beam memang mampu menyerap ketidaksempurnaan permukaan jalan dengan baik. Tidak melantun-lantun atau bergegar jika terlanggar lubang atau sebagainya. Stereng hidraulik itu juga berasa sedikit berat, sekali gus membuatkan pemandu yakin untuk menguji Saga menuju ke tahap maksimanya.

Ruang dalaman Saga FLX mendapat sedikit penambahbaikan. Paling ketara ialah konsol tengah yang menerima warna perak. Saya sebenarnya kurang gemar dengan rekaan papan pemukanya yang nampak terlalu asas. Bagaimanapun, paparan meternya mendapat rekaan grafik baru berbanding model sebelumnya.

Rim 13 inci


Dari segi penampilan pula, Saga FLX meneruskan rupa Saga FL yang menerima perubahan ketara terutama pada bahagian bampar hadapan. Selain lampu utama yang lebih nipis dan perumahnya dihitamkan (smoked). Lampu belakang dengan butiran LED itu juga menyerlahkan elemen moden kepada Saga.

Cuma, saya rasa penggunaan rim besi bersaiz 13 inci (varian standard) membuatkan rupa Saga FLX nampak cacat. Rim itu kelihatan terlalu kecil, biapun untuk sebuah sedan kompak. Saya tahu, alasannya mungkin kerana kos dan ia merupakan antara saiz terbaik untuk penjimatan. Masalahnya pembelian juga banyak dipengaruhi oleh faktor kecantikan atau estetiknya.

Bukan sekadar transmisi CVT, Saga FLX kini juga semakin selamat. Varian Executive memiliki ciri tambahan iaitu dua beg udara, selain Anti-lock Braking System (ABS) dan Electronic Brake-force Distribution (EBD). Agak impresif untuk sebuah sedan yang berharga kurang RM45,000 seunit.

Saga FLX ditawarkan pada harga sekitar RM38,598 hingga RM44,998 seunit bergantung kepada varian. Jika anda tidak suka Elegant Brown, warna-warna lain seperti hitam, putih, biru dan perak boleh dijadikan sebagai alternatif. Saga FLX kini sudah boleh diteliti dan ditempah di semua bilik pameran Proton di seluruh negara.

- KOSMO!

6,000 guru prasekolah dilatih 2012

KUALA LUMPUR 18 Ogos - Seramai 6,000 guru prasekolah akan dilatih pada tahun depan bagi merealisasikan hasrat kerajaan menjadikan taman asuhan kanak-kanak dan prasekolah di negara ini bertaraf dunia.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jumlah tersebut adalah tambahan kepada 14,000 guru prasekolah sedia ada, yang telah diberi latihan sejak setahun lalu melibatkan kos RM39.5 juta.

Menurutnya, daripada sejumlah 14,000 guru prasekolah tersebut, seramai 6,580 dilatih pada 2010 yang melibatkan kos RM19 juta manakala baki 7,420 guru dilatih pada tahun ini dengan kos RM20.5 juta.

"Kemudahan fizikal yang canggih semata-mata tidak memberi jaminan ke arah merealisasikan impian kita untuk menjadikan taman asuhan kanak-kanak dan prasekolah mencapai tahap kelas pertama dan bertaraf dunia.

"Kita sebaliknya memerlukan pengasuh dan guru prasekolah yang berkaliber. Tenaga pengajar ini mesti berpengetahuan, berkemahiran, mempunyai sifat pengasih serta memiliki minda terbuka," katanya.

Beliau berucap merasmikan Majlis Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Malaysia (ECCE) di Auditorium Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SSM) di sini hari ini.

Hadir sama Menteri di Pejabat Ketua Menteri Sarawak, Datin Fatimah Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk Azmi Ariffin.

Dalam pada itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kerajaan sedang mengkaji untuk mewujudkan satu skim khas bagi membantu kanak-kanak daripada keluarga miskin mengikuti kelas taska dan prasekolah swasta.

Bagaimanapun katanya, ketika ini bantuan khas RM150 sebulan untuk setiap kanak-kanak memang sudah diberi kepada setiap keluarga miskin yang menghantar anak mereka ke kelas taska dan prasekolah swasta.

"Kita berharap skim khas yang sedang dikaji ini bukan sahaja mampu memberi manfaat kepada kanak-kanak daripada keluarga miskin tetapi turut meringankan beban keluarga yang berpendapatan sederhana rendah," katanya.

- UTUSAN

Menghidupkan 10 malam terakhir Ramadan

Oleh Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

MASA berlalu begitu pantas. Sama ada sedar ataupun tidak, hari ini genaplah 19 hari kita menjalani ibadah puasa. Dalam tempoh itu, sudahkah kita berjuang habis-habisan untuk mencapai tahap takwa dalam erti kata sebenar atau sebaliknya?

Jika tempoh itu belum mampu memperlengkapkan diri kita dengan takwa, masih belum terlambat untuk berusaha ke arah itu. Justeru, saki-baki hari-hari terakhir Ramadan perlu direbut dan digunakan sebaik-baiknya agar kita tidak ketinggalan mendapat manfaat yang berganda dalam meniti pemergiannya.

Jika 10 hari terakhir Ramadan merupakan saat di mana Rasulullah SAW memperbanyakkan amalan dengan berjaga malam, beriktikaf, dan mengejutkan ahli keluarga bersama melaksanakan ibadah sunat, bagaimanakah pula kita?

Sesungguhnya pedoman yang ditunjukkan Rasulullah SAW jelas mencerminkan kepada kita betapa tinggi dan bernilainya detik-detik terakhir Ramadan. Alangkah malangnya jika kita semakin lalai dalam melaksanakan ibadah pada saat-saat Ramadan yang kian melabuhkan tirainya.

Sedangkan kita seharusnya menghidupkannya dengan meningkatkan amalan-amalan sunat bagi meraih pahala berlipat ganda yang dijanjikan oleh Allah SWT. Lebih manis lagi apabila Allah SWT turut menjanjikan kehadiran malam Lailatulqadar (yakni malam yang lebih baik daripada seribu bulan) pada 10 terakhir Ramadan.

Sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah al-Qadr (ayat 1-5) yang bermaksud: “Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam Lailatulqadar, dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatulqadar? Malam Lailatulqadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun Malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!"

Dalam ayat di atas, Allah SWT menerangkan bahawa Dia telah menurunkan al-Quran pada malam al-Qadar. Ini adalah bukti yang jelas tentang keutamaan, kemuliaan, keberkatan dan keistimewaan malam Lailatulqadar.

Malah, jika dihitung; seribu bulan adalah bersamaan 83 tahun dan empat bulan, ini bermakna satu malam ini saja adalah lebih baik daripada seluruh umur seseorang.

Malam Lailatulqadar merupakan malam yang sengaja dirahsiakan Allah SWT sebagai ujian kepada umat Islam dalam mencari rahmat dan kasih sayang-Nya. Oleh itu, bagi mereka yang benar-benar beriman kepada Allah SWT, maka mereka akan lebih ghairah mencari keredaan dengan memperbanyakkan amalan dalam meraih ganjaran pahala berlipat kali ganda daripada Allah SWT di penghujung Ramadan.

Justeru, umat Islam dianjurkan agar mencari dan merebut Lailatulqadar. Hal ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Carilah malam Lailatulqadar pada 10 malam terakhir” (hadis riwayat al-Bukhari).

Dalam satu riwayat lain, dinyatakan juga Rasulullah SAW melakukan solat pada malam Ramadan dan membaca al-Quran dengan tertib. Baginda tidak akan melalui ayat rahmat kecuali berharap agar Allah memberikan rahmat itu dan tidak melalui ayat azab kecuali memohon perlindungan daripada Allah daripada azab itu.

Solat berjemaah juga sangat diutamakan pada malam-malam terakhir Ramadan. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh secara berjemaah pada waktu malam, maka dia juga telah menghidupkan seluruh malam itu” (hadis riwayat Abu Dawud).

Di sini bermaksud, sesiapa yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh sahaja dianggap telah mendapat sebahagian daripada apa yang dimaksudkan dengan Lailatulqadar.

Antara amalan yang boleh dilakukan bagi menghidupkan sepuluh hari terakhir Ramadan ialah menghidupkan malam-malam itu dengan memperbanyakkan solat sunat seperti tahajjud, hajat, taubat dan berzikir kepada Allah SWT.

Selain itu, amalan beriktikaf juga wajar diteruskan di penghujung Ramadan yakni dengan memperbanyakkan duduk di masjid untuk beribadah kepada Allah SWT. Iktikaf merupakan sunah dianjurkan oleh Baginda SAW demi memperolehi kelebihan dan ganjaran Lailatulqadar.

Malah, menjelang 10 akhir Ramadan secara rutinnya Rasulullah SAW mengisi waktu-waktunya dengan beriktikaf di masjid.

Di samping itu, kita juga turut dianjurkan memperbanyakkan doa, khasnya dengan memohon keampunan kepada Allah SWT. Dalam konteks ini, para ulama bersepakat bahawa doa yang paling utama pada malam Lailatulqadar adalah doa memohon keampunan atau maghfirah daripada Allah SWT.

Dalam satu hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah dan dikeluarkan oleh al-Tirmidzi, Aisyah diajar oleh Rasulullah SAW membaca doa pada malam Lailatulqadar yang bermaksud: “Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengampun, yang suka mengampun, maka ampunilah aku” (hadis riwayat al-Tirmidzi, 5:535).

Rasulullah SAW turut berdoa yang bermaksud: “Ya Allah, jadikan sebaik-baik umurku adalah penghujungnya. Dan jadikan sebaik-baik amalku adalah penutupnya. Dan jadikan sebaik-baik hari-hariku adalah hari di mana aku bertemu dengan-Mu kelak” (Musannaf Ibn Abi Syaibah 6: 65).

Begitulah teladan yang ditunjukkan Rasulullah SAW kepada seluruh umat Islam dalam menjalani ibadah puasa. Persoalannya, sejauh manakah kita mencontohi keperibadian Baginda dalam melaksanakan ibadah puasa dan menghidupkan malam-malam terakhir Ramadan?

Mudah-mudahan, dalam menghitung hari-hari terakhir Ramadan kita dapat bermuhasabah diri dan merenung pengisian yang kita laksanakan sepanjang tempoh 19 hari yang telah berlalu.

- UTUSAN

Khamis, Ogos 18, 2011

Segera ketatkan jualan asid

KEADAAN mangsa serangan simbahan asid, Mohd Raffie Abdul Latiff, 28 (gambar kecil) ketika menerima kunjungan Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Muhd Khairun Aseh di Hospital Kuala Lumpur (HKL), hari ini. Raffie disimbah asid oleh seorang lelaki yang tidak dikenali ketika berada dalam keretanya berdekatan Wisma Bumi Raya, Jalan Raja Laut pada 8 Ogos lalu. - Foto BERNAMA

Kerajaan digesa segera melaksanakan cadangan untuk memperketatkan penjualan asid kepada orang awam bagi mengekang kejadian simbahan asid yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Datuk Mohd. Khairun Aseh memberitahu, langkah itu wajar dilakukan segera dan sekiranya tidak, lebih ramai khususnya wanita dan kanak-kanak akan menjadi mangsa.

Beliau turut mencadangkan agar hukuman ke atas jenayah simbah asid ditambah bagi menakutkan pelaku.

“Sebagai contoh, satu kes simbah asid di Bangsar baru-baru ini, pesalah dihukum mengikut Seksyen 352 Kanun Keseksaan yang membawa kepada tiga tahun penjara atau denda RM1,000 sahaja.

“Jika dibandingkan dengan kesengsaraan dan kesan kekal pada anggota badan mangsa yang melecur, hukuman itu terlalu ringan,” katanya ketika ditemui semasa melawat seorang mangsa simbahan asid di Unit Rawatan Rapi, Hospital Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Mangsa, Mohd. Rafie Abdul Latiff, 27, disimbah asid oleh seorang lelaki tidak dikenali, ketika berada di dalam keretanya, di kawasan tandas awam berhampiran Wisma Bumi Raya, Jalan Raja Laut dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi, 8 Ogos lalu.

Menceritakan kembali kejadian itu, Mohd. Rafie berkata, semasa insiden dia berada di tempat duduk penumpang dan sedang menunggu seorang rakannya yang ingin menggunakan tandas awam.

“Seorang lelaki tidak dikenali secara tiba-tiba membuka pintu kereta sebelah pemandu lalu menyimbah cecair dipercayai asid ke arah saya.

“Mujurlah rakan saya yang mendengar jeritan mengambil air dari tandas dan menyimbah untuk meringankan kesan,” katanya lagi.

Mohd. Khairun memberitahu, sebuah jawatankuasa tabung amanah telah ditubuhkan bertujuan untuk mengumpul dana dan sumbangan orang ramai bagi membiayai kos perubatan Rafie.

“Seperti dua kes yang sama, kos perubatan mangsa simbah asid agak tinggi dan mengambil masa yang panjang,” katanya.

Sementara itu, bapa Rafie, Abdul Latiff Kassim, 61, meluahkan rasa sedih dengan nasib yang menimpa anak ketiganya yang masih bujang itu.

“Saya mencadangkan lebih banyak kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di lokasi tumpuan yang diharap dapat membantu mengesan suspek dengan lebih mudah,” jelasnya.

Pada 14 Mei lalu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyarankan peraturan penjualan asid diperketatkan agar ia tidak sewenang-wenangnya dibeli oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

- UTUSAN

PlayStation 3 turun harga

NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Syarikat Sony Corp. menurunkan harga konsol permainan video PlayStation 3 keluarannya sebanyak AS$50 (RM148.80) dalam usaha untuk meningkatkan permintaan terhadap mesin permainan itu.

Konsol permainan tersebut kini dijual pada harga AS$249 (RM741), turun 17 peratus berbanding AS$299 (RM890).

Kali terakhir Sony merendahkan harga PlayStation 3 ialah pada 2009 apabila ia melancarkan konsol permainan video itu yang lebih ringan dan nipis.

Pengumuman penurunan harga di seluruh dunia itu dibuat kelmarin kurang sebulan selepas pesaing Sony, Nintendo Co. memotong harga konsol permainan video tangan, Nintendo 3DS.

Pemotongan harga itu diharapkan dapat meningkatkan jualan PlayStation 3 seperti yang berlaku pada 2009.

"Bukan lagi satu rahsia bahawa PlayStation 3 sukar menyaingi konsol permainan video Xbox 360 di rantau Amerika Utara walaupun jualannya lebih baik di Eropah," kata seorang penganalisis, Jesse Divnich.

- Agensi

24 Kedai Rakyat 1Malaysia dibuka akhir tahun ini


MELAKA - Kerajaan dijangka membuka 24 Kedai Rakyat 1Malaysia di sekitar Lembah Klang sebelum akhir tahun ini.

Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd. (Mydin), Datuk Ameer Ali Mydin berkata, daripada jumlah tersebut, empat buah kedai akan dibuka sebelum hari raya ini iaitu di Gombak, Selangor selain Cheras, Pantai Dalam dan Bandar Tun Razak masing-masing di Kuala Lumpur.

Menurutnya, baki daripada jumlah tersebut akan dibangunkan sebelum akhir tahun ini.

Kedai Rakyat 1Malaysia akan diurus oleh Mydin dan ia berkonsepkan pasar mini yang menjual barangan keperluan harian pada harga terendah dan berpatutan.

"Kerajaan dijangka membuka 60 Kedai Rakyat 1Malaysia pada tahun depan," katanya kepada pemberita selepas majlis taklimat mengenai kedai berkenaan di sini semalam.

Turut hadir ialah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Sementara itu, empat buah Kedai Rakyat 1Malaysia bakal dibuka di negeri ini bagi memudahkan orang ramai membeli barangan buatan tempatan pada harga yang murah dan berpatutan.

Mohd. Ali menjelaskan, kedai itu akan diwujudkan di Kota Fesyen Melaka International Trade Centre (MITC) Ayer Keroh, Selandar, Jasin dan Masjid Tanah di sini.

"Empat buah kedai itu akan dibuka dalam tempoh terdekat ini yang mana ia terlibat dalam rancangan pengembangan bagi fasa pertama," ujarnya.

Mohd. Ali menjelaskan, dengan adanya kedai tersebut ia akan mengurangkan beban rakyat dalam berbelanja sekali gus memberi manfaat besar kepada pembekal tempatan.

- KOSMO!