Top Ad 728x90

Pendidikan Vokasional & Teknikal Bukan Kelas Kedua - Nor Mohamed

by
Pendidikan vokasional dan teknikal tidak lagi boleh dianggap sebagai pendidikan kelas kedua, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Beliau berkata ibu bapa dan pelajar perlu mengubahkan persepsi negatif terhadap pendidikan vokasional dan teknikal yang menjanjikan pekerjaan dan gaji lumayan di merata dunia ketika ini.

"Kerajaan sedang berusaha menjadikan pendidikan teknikal dan latihan vokasional sebagai pilihan utama pelajar terbaik negara seperti yang diamalkan oleh negara-negara maju.

"Ia bukan lagi pendidikan kelas kedua, ia sudah menjadi aliran pendidikan utama terutamanya di negara-negara maju. Kerajaan mahukan lebih ramai pelajar mengikuti pendidikan teknikal dan vokasional," katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) fasa kedua di Putrajaya.

Nor Mohamed berkata kerajaan menyediakan peluang yang lebih luas kepada lepasan latihan kemahiran untuk meningkatkan tahap kemahirannya setaraf dengan kelayakan ijazah, sarjana dan doktor falsafah. Beliau berkata pelajar mula didedahkan asas mata pelajaran vokasional dan boleh memilih jurusan kemahiran seawal usia 13 tahun iaitu semasa berada di tingkatan satu.

"Kajian menunjukkan hanya 10 peratus daripada jumlah pelajar negara ini mengikuti pendidikan vokasional iaitu agak kecil, jika dibandingkan dengan negara lain seperti Jerman sebanyak 59 peratus, Australia 62 peratus, Belanda 68 peratus, Indonesia 51 peratus, Thailand 41 Peratus dan Korea Selatan 28 peratus," katanya.

Dalam ucapannya sebelum itu, beliau berkata seramai 3,000 graduan sedang mengikuti program SL1M yang dikendalikan oleh 26 syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti Telekom, TNB, Sime Darby dan Bank Negara.

Nor Mohamed berkata sambutan menggalakkan dalam fasa pertama membawa kepada cadangan pelaksanaan fasa kedua yang akan diperluaskan kepada syarikat-syarikat swasta.

"SL1M fasa kedua melibatkan penyertaan 2,200 graduan dengan penglibatan 31 syarikat iaitu lapan syarikat GLC dan 23 syarikat swasta," katanya.

- BERNAMA

Pelaksanaan Hukum Hudud Bukan Gambaran Keseluruhan Negara Islam – Dr Asri

by
Hukum hudud hanyalah satu mekanisme untuk mengatasi jenayah-jenayah tertentu dan bukannya gambaran keseluruhan tentang sebuah negara Islam, kata bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Menurutnya, bukan hudud sahaja undang-undang yang merangkumi semua jenayah.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai isu pelaksanaan hukum hudud yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan PAS Kelantan.

“Banyak lagi jenayah yang tidak tersenarai di bawah hudud. Peratusan besar jenayah yang pelbagai, terutama di zaman ini berada di bawah takzir.

“Mekanisme ini pula memerlukan suasana yang kondusif untuk pelaksanaannya,” kata beliau dalam entri terbaru di blognya pada Khamis.

Beliau yang juga pensyarah di Universiti Sains Malaysia berkata, dalam melaksanakan hudud, pemerintah hendaklah mendidik rakyat agar dapat mengelakkan sikap suka mengangkat kes hudud kepada pihak mahkamah.

“Sebaliknya, hendaklah digalakkan memaafkan sesama manusia dan diselesaikan di luar mahkamah.

“Gambaran negara yang islamik sebagai negara yang sibuk mencari pesalah untuk dihukum dengan undang-undang hudud adalah gambaran yang silap yang ada di fikiran sesetengah pihak yang kurang memahami Islam,” katanya.

Tegas Dr Asri, sebagai orang Islam, kewujudan hukum hudud tidak boleh dinafikan kerana ia termaktub di dalam al-Quran dan Sunnah Nabi.

“Cumanya, perincian hudud itu memerlukan ijtihad yang mengambil kira soal perubahan zaman dan tempat. Umpamanya kadar barang curian memerlukan ijtihad yang baru kerana fuqaha sejak dahulu berbeza dalam hal ini.

“Cara potongan; penggunaan alatan moden dan ubatan moden juga perlu diambil perhatian atas sifat ihsan Islam dalam semua perkataan. Demikian juga suasana masyarakat juga hendaklah diambil kira,” katanya.

Justeru, Mohd Asri berkata ruangan taubat dalam hudud juga hendaklah diluaskan dengan memakai mazhab yang luas dalam hal ini.

“Mereka yang bertaubat sebelum tangkapan patut digugurkan hukuman hudud dan boleh diganti dengan takzir,” katanya.

Malah, dalam mesyuarat pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat pada malam Rabu turut memutuskan pakatan pembangkang tidak akan melaksanakan hukum hudud yang dicadangkan PAS kerana ia tidak menepati dasar bersama, Perlembagaan Persekutuan dan agenda Buku Jingga.

Bagaimanapun, PR menegaskan bahawa mereka menghormati pendirian kerajaan PAS Kelantan untuk melaksanakannya.

- MSTAR

Lebuh Raya Segamat-Tangkak-Muar Mula Dibina November 2011

by
SEGAMAT: Lebuh raya empat lorong Segamat-Tangkak-Muar sepanjang 63 kilometer yang dianggarkan bernilai antara RM750 dan RM770 juta akan mula dibina November depan, kata Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Mansor kepada pemberita selepas melawat tapak laluan projek itu di Jalan Muar di sini, Khamis.

Turut hadir ialah Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam, yang juga Ahli Parlimen Segamat, dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kemelah Ayub Rahmat.

Shaziman berkata di samping menaik taraf jalan yang dilaksanakan dalam lima pakej itu, Jabatan Kerja Raya akan menaik taraf lima daripada 14 jambatan di sepanjang laluan berkenaan.

Katanya tender bagi pakej pertama ditutup sebulan lalu dan JKR telah menerima peruntukan sejumlah RM100 juta untuk membiayai pakej daripada Kementerian Kewangan.

Dalam perkembangan lain, kementerian berharap Bajet 2012 yang akan dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, di Dewan Rakyat 7 Oktober ini akan turut mempertimbangkan peruntukan membaik pulih jalan raya dan jambatan di seluruh negara.

Ini kerana kos membaik pulih atau menyelenggara kemudahan asas itu adalah lebih murah daripada membina yang baru.Beliau bagaimanapun enggan menyebut jumlah peruntukan yang dipohon Kementerian Kerja Raya dalam belanjawan tersebut.

- BERNAMA

Keimanan benteng kukuh hindar diri daripada syaitan

by
Oleh Lokman Ismail

SYAITAN ialah musuh manusia sepanjang hayat. Peringatan ini dinyatakan Allah dalam al-Quran mendedahkan sumpah syaitan ingin memperdayakan manusia supaya dimasukkan bersama ke dalam neraka.

Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu. Kerana itu hendaklah kamu memusuhinya. Syaitan hanya bermaksud mengajak golongan yang terpedaya supaya sama-sama menjadi penghuni neraka.” (Surah Fathir, ayat 6)
Syaitan tidak menetapkan siapa menjadi musuhnya dan tidak seorangpun terlepas daripada digoda syaitan. Hanya mereka memiliki tahap ketakwaan dan keimanan tinggi sukar dipengaruhi oleh syaitan.

Untuk menghasut manusia yang memang sudah berperangai seperti syaitan, maka syaitan yang ditugaskan adalah yang berkedudukan rendah. Tugas itu mudah kerana dengan sedikit bisikan, manusia mudah terpengaruh. Malah, perbuatan jahat sudah jadi kebiasaan.

Syaitan bijak menjalankan niat jahat malah syaitan diberi kelebihan oleh Allah dapat hidup lama. Jadi, syaitan mempunyai pengalaman luas menyesatkan manusia sejak dari satu generasi ke satu generasi.

Namun, manusia beriman tidak mudah terpengaruh dengan hasutan syaitan selagi berpegang kepada al-Quran dan hadis. Biar apapun tipu daya dilakukan syaitan, keimanan menjadi benteng yang kukuh menghindarkan diri menjadi hamba syaitan.

Sesungguhnya tidak ada kebaikan yang diperoleh daripada janji syaitan yang membawa kesesatan dan keburukan. Bagaimana janji syaitan dapat membawa kepada kebaikan, sedangkan syaitan itu sendiri sudah sesat dan dijanjikan pembalasan pedih di akhirat nanti.

Allah berfirman yang bermaksud: “Syaitan itu memberi janji dan membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka, walhal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain tipu daya belaka.” (Surah an-Nisa, ayat 120)

Antara tipu daya syaitan paling berkesan ialah usia. Syaitan berjaya mempengaruhi kebanyakan orang muda untuk melakukan perbuatan ditegah. Faktor usia dan kecetekan pengalaman hidup menjadikan golongan muda mudah terpengaruh hasutan syaitan.

Syaitan mempengaruhi golongan muda melakukan perkara menyeronokkan berbentuk maksiat, melalaikan dan kebebasan menjadi ikutan golongan muda. Alasannya, usia muda hanya sekali dan rugi jika melepaskan peluang itu.

Masa muda sepatutnya diisi dengan menuntut ilmu dan mempersiapkan diri menghadapi alam dewasa penuh cabaran. Masa depan negara dan ummah bergantung kepada golongan muda hari ini. Jika rosak golongan muda hari ini, maka hancurlah negara pada masa depan.

Golongan muda perlu ditarbiah dan dibina jati diri supaya terhindar pengaruh syaitan. Ketika muda inilah peluang yang tidak boleh dilepaskan untuk menuntut ilmu, mempersiapkan diri dengan kemahiran dan membina kekuatan diri.

Mereka yang terpengaruh ajakan syaitan hendaklah sedia bertaubat dan berusaha mengelak daripada terjebak hasutan dengan melakukan suruhan Allah. Malang bagi mereka yang terus lalai dan dilembutkan hatinya menurut ajakan syaitan.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan syaitan bermaksud menyesatkan manusia dengan sesat yang sejauh-jauhnya.” (Surah an-Nisa, ayat 60).

- BERITA HARIAN

MPP Pakatan Rakyat tidak akan laksana hukum hudud

by
KUALA LUMPUR 29 Sept. — Majlis Pimpinan Pakatan (MPP) pembangkang tidak akan melaksanakan hukum hudud seperti yang dicadangkan Pas kerana ia tidak menepati dasar bersama, Perlembagaan Persekutuan dan agenda Buku Jingga.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pakatan pembangkang menghormati pendirian Pas dalam hal itu tetapi pada masa yang sama menerima perbezaan pendirian DAP yang menentang pelaksanaannya.

“Kita tak boleh nafikan hak mana-mana pihak untuk mengemukakan pendirian tetapi kita terikat dengan dasar bersama dan Perlembagaan Persekutuan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pakatan pembangkang selama tiga jam di Kuala Lumpur malam tadi.

Turut hadir Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pengerusi DAP, Karpal Singh, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Ketika ditanya sama ada isu hudud akan terus diketepikan pada masa akan datang, Anwar yang juga Penasihat PKR berkata, gabungan itu tidak ada masalah untuk membincangkan tentangnya kerana berpegang pada prinsip demokrasi dan kebebasan bersuara.

— BERNAMA

Paip gas punca letupan di Empire Gallery

by
SUBANG JAYA 28 Sept. - Letupan kuat dari saluran gas memasak yang disangka bom di pusat beli-belah Empire Gallery, di sini awal pagi ini menggemparkan penghuni pangsapuri studio dan hotel di kompleks bangunan itu.

Kesan letupan dalam kejadian pukul 3.45 pagi itu menyebabkan enam tingkat bangunan tersebut rosak teruk, tiga buah kereta terseret beberapa meter manakala cermin di bangunan berdekatan pecah.

Kerosakan paling teruk dikesan berlaku di tingkat bawah yang menempatkan restoran dan premis perniagaan. Sepasang kekasih yang sedang berjalan berdekatan restoran itu turut tercampak beberapa meter.

Pemeriksaan pihak berkuasa mengesahkan ia berpunca daripada paip gas memasak yang meletup di sebuah restoran.

Bagaimanapun hanya empat orang cedera iaitu dua pegawal keselamatan dan sepasang kekasih dikenali sebagai Tan Wern Fang, 24, dan Chua Chin Hong, 27. Mereka dirawat sebagai pesakit luar di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Pengawal keselamatan yang cedera ialah warga Nepal, Chhriy Dawak dan K. Surendran Kris, 33, yang patah kaki akibat tersepit di bawah timbunan barangan yang berkecai.

Puluhan binatang peliharaan yang berada di sebuah premis di dalam bangunan tersebut turut dilihat dibawa keluar oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegan berkata, letupan dipercayai berpunca daripada saluran gas memasak di sebuah restoran yang terletak di tingkat paling bawah.

"Tetapi siasatan sama ada letupan berlaku kerana kecuaian atau disengajakan sedang dijalankan. Pasukan Bomba dan Penyelamat juga akan mengenalpasti jika letupan berpunca daripada litar pintas yang bertindak balas dengan gas.

"Perkara yang perlu ditegaskan dalam kejadian ini ialah tiada unsur jenayah atau keganasan dikesan kerana ia berlaku akibat letupan paip gas," katanya kepada pemberita ketika melawat lokasi kejadian.

Beliau memberitahu, kawasan pusat beli-belah Empire Gallery akan ditutup sementara waktu sehingga siasatan dan kerja baik pulih selesai.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan Mammoth Empire Holding yang merupakan pemilik bangunan, Datuk J. Y. Cheah berkata, kerja-kerja membersihkan bangunan akan dilakukan secepat mungkin.

"Bagi mengenalpasti kerugian, kami akan menunggu tafsiran kerugian oleh 180 penyewa premis di bangunan itu," katanya.

Dalam pada itu, Penolong Pengarah Kanan Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Subang Jaya, Asfarizal Abd. Rashid menyangkal dakwaan pusat beli-belah Empire Gallery tidak memiliki sijil layak menduduki (CF).

"Ketika siap dibina, bangunan tersebut hanya diberi CF sementara kerana perlu melakukan pengubahsuaian mengikut pelan, tetapi selepas CF tetap diberikan, baru operasi di situ dijalankan sehingga kini.

"Dakwaan mungkin timbul kerana pernah diberi CF sementara, namun masalah ketiadaan CF sebenarnya tidak berlaku kerana bangunan itu beroperasi mengikut peraturan," katanya ketika dihubungi.

- UTUSAN

Calon Peperiksaan PMR 2011 Diingatkan Rujuk Jadual Peperiksaan

by
Lembaga Peperiksaan mengingatkan semua calon Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) agar merujuk jadual waktu peperiksaan bagi mengetahui masa peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung.

Menurut kenyataan lembaga tersebut, jadual waktu peperiksaan PMR telah diedarkan ke sekolah dan boleh juga dimuat turun dari laman sesawang Lembaga Peperiksaan, http://www.moe.gov.my/lpm.

Pada tahun ini, seramai 481,147 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan bertulis PMR yang akan berlangsung pada 4,5,6,10 dan 11 Okt.

Seramai 35,190 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan peperiksaan tersebut berjalan lancar manakala 3,521 pusat peperiksaan akan dibuka di seluruh negara.

Lembaga Peperiksaan juga mengingatkan calon agar membawa kad pengenalan masing-masing ketika peperiksaan tersebut berlangsung bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan dengan lancar.

- BERNAMA

Hanya Logo Halal JAKIM Boleh Digunakan Mulai 1 Januari 2012

by
Mulai 1 Januari 2012, hanya logo halal yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) boleh digunakan dan diiktiraf.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata langkah itu susulan penguatkuasaan Akta Perihal Dagangan 2011 yang diluluskan Parlimen Julai lepas dan akan berkuatkuasa 1 Nov.

"Bermakna premis makanan, restoran, hotel dan pihak-pihak lain yang sebelum ini menggunakan logo halal bukan dikeluarkan Jakim, perlu membuat permohonan baru kerana selepas tarikh 1 Jan, logo halal sedia ada adalah terbatal.

"Mana-mana pihak lain juga tidak boleh lagi memperakukan atau mengeluarkan sijil halal ataupun membuat pengisytiharan sendiri berhubung status halal," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Ismail Sabri berkata selepas tarikh itu mereka yang masih menggunakan logo halal lain boleh didenda sehingga RM250,000 bagi pertubuhan perbadanan dan sehingga RM100,000 bagi orang perseorangan atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Ismail Sabri berkata bagi pihak industri pula, tempoh setahun diberikan untuk menukar semua produk keluaran mereka dengan logo halal Jakim.

Bagi barangan yang diimport pula, pihak yang memasarkan barangan itu boleh mendapatkan perakuan atau sijil halal melalui 53 badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf Jakim.

"Semua pihak terbabit dinasihat membuat permohonan awal menerusi Majlis Agama Islam negeri masing-masing kerana Jakim sudah memberi kuasa kepada semua majlis agama Islam negeri bagi melicinkan proses permohonan," katanya.

Dianggarkan 1,500 termasuk premis perniagaan seperti restoran, gerai, hotel dan pihak industri seperti kilang tidak menggunakan logo halal daripada Jakim.

- BERNAMA

Kemalangan Di Tempat Kerja Menurun 50 Peratus

by
Kes kemalangan di tempat kerja di negara ini mencatatkan penurunan lebih 50 peratus dalam tempoh 10 tahun iaitu daripada 75,386 kes pada tahun 2000 kepada 35,616 kes tahun lepas.

Sambil menyifatkannya sebagai perkembangan yang baik, Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (Niosh) Tan Sri Lee Lam Thye bagaimanapun mahu statistik itu diturunkan lagi.

"Tumpuan kita ialah mengurangkan kadar kemalangan dalam industri hospitaliti termasuk pelancongan, perhotelan dan industri sokongan. Untuk itu pekerja di sektor itu akan diberi pendedahan mencukupi mengenai aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan," katanya kepada pemberita.

Beliau yang ditemui selepas merasmikan Bengkel Kesedarana Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan untuk Industri Hospitaliti di sini, berkata usaha itu penting kerana turut melibatkan tetamu termasuk pelancong asing.

"Sebarang kemalangan yang menimpa khususnya ke atas pelancong asing akan memberi imej dan gambaran kurang baik ke atas industri hospitaliti negara," katanya.

Dalam pada itu, Niosh katanya bimbang dengan peningkatan kes kemalangan membabitkan pekerja yang dalam perjalanan ulang alik ke tempat kerja bagi tempoh yang sama.

Lee berkata pada tahun 2000, sebanyak 19,620 kes kemalangan ulang alik ke tempat kerja dilaporkan dan meningkat kepada 22,040 kes tahun lepas.

"Kebanyakan kes melibatkan penunggang motosikal dan bagi mengatasi perkara ini kursus pemanduan berhemah khususnya kepada penunggang motosikal perlu dilakukan menerusi inisiatif majikan," katanya.

- BERNAMA

Keputusan Perlawanan Piala Malaysia 2011 (Peringkat Kumpulan) - 27/09/2011 (Selasa)

by
KEPUTUSAN PERLAWANAN PIALA MALAYSIA - 27/09/2011 (SELASA)

Kumpulan A
Kedah 1 - 1 Perak
Johor 1 - 4 Sabah

Kumpulan B
Terengganu 0 - 0 N.Sembilan
Sime Darby 0 - 1 PKNS

Kumpulan C
Kelantan 2 - 0 Felda United
Johor FC 3 - 1 Sarawak

Kumpulan D
Selangor 2 - 1 Kuala Lumpur
PDRM 0 - 6 T-Team

* Perak, Sabah, Negeri Sembilan, Terengganu, Kelantan, Felda United, T-Team & Selangor layak ke Suku Akhir

SUKU AKHIR (10 & 14 Oktober 2011)
Perak lwn Selangor
T-Team lwn Sabah
Kelantan lwn Terengganu
Negeri Sembilan lwn Felda United

* Perlawanan secara timbal balas & kalah mati.

Pemilih Berdaftar Kini Berjumlah 12.3 Juta, 69,293 Nama Dikeluarkan

by
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 69,293 nama daripada rekod pemilih berdaftar antara Julai hingga 15 September lalu setelah disahkan meninggal dunia.

Selain itu, dalam tempoh berkenaan, SPR juga telah memotong 1,068 nama pemilih berdaftar yang disahkan telah dilucutkan kewarganegaraan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria dalam kenyataan hari ini berkata tindakan itu diambil dalam proses semasa pembersihan senarai Daftar Pemilih membabitkan jumlah pemilih berdaftar terkini seramai 12.3 juta orang.

Katanya, SPR juga sedang membuat siasatan lanjut terhadap 50,000 nama pemilih berdaftar.

Kamaruddin berkata, dalam proses pembersihan itu, SPR membuat semakan rekod pemilih dengan kerjasama JPN, Jabatan Arah rekod dan Pencen (JRP), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurutnya, semakan rekod pemilih melalui proses pembersihan Daftar Pemilih adalah secara berterusan sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Katanya, hasil semakan itu mendapati ada nama-nama pemilih berdaftar dikeluarkan atas pelbagai sebab seperti pelucutan kewarganegaraan, meninggal dunia atau bersara daripada perkhidmatan polis atau tentera.

Selain itu, Kamaruddin berkata semakan Daftar Pemilih juga melibatkan pertukaran status pengundi dan perubahan status pemilih awam kepada pemilih pos dan sebaliknya.

Beliau berkata, SPR juga menyediakan kemudahan memuat turun borang pendaftaran pemilih (Borang A) melalui laman web di alamat www.spr.gov.my.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan orang ramai bahawa pendaftaran sebagai pemilih tidak boleh dibuat atas talian tetapi sebaliknya perlu menghantar Borang A itu ke kaunter pendaftaran pemilih SPR.

Katanya, borang berkenaan tidak boleh dihantar melalui pos, faks ataupun e-mel.

"Ianya bertujuan memastikan pembawa borang berkenaan adalah pemohon yang sebenar," tambah beliau.

Katanya langkah tersebut adalah selaras dengan tuntutan Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 yang menghendaki pemilih hadir sendiri ke kaunter pendaftaran pemilih.

- BERNAMA

Lagi kereta Nano terbakar

by

NEW DELHI - Pengeluar kenderaan India, Tata Motors mengarahkan satu siasatan dibuat semalam selepas sebuah lagi kereta kompak buatannya, Tata Nano yang dilabel kereta termurah di dunia terbakar secara tiba-tiba.

Dipuji pada 2008 sebagai kereta pencetus revolusi pengangkutan di India, penjualan kereta Nano mengalami kemerosotan ekoran kebimbangan berhubung tahap keselamatan kenderaan itu, masalah pengeluaran serta kelembapan dalam pertumbuhan ekonomi.

"Sebuah kereta Nano terbakar di sini kelmarin. Kami telah menghantar pasukan jurutera untuk melakukan siasatan. Kami memerlukan masa untuk menyiasat kes berkenaan," kata jurucakap Tata Motor, Debasis Ray.

Menurutnya, pengeluar kereta berkenaan akan menghubungi pemilik kereta terbabit.

Terdahulu, akhbar tempatan The Times of India melaporkan bahawa dua adik beradik lelaki sempat melarikan diri selepas kereta terbabit tiba-tiba terbakar.

Pada tahun lalu, Tata Motor terpaksa menawarkan peningkatan ciri keselamatan percuma selepas beberapa kereta Nano terbakar dalam pelbagai insiden tetapi firma itu tetap bertegas bahawa kereta berkenaan tidak mengalami masalah.

Model asas kereta Nano dijual pada harga semurah AS$2,500 (RM7,956).

- AFP

Polis lebih stres berbanding guru

by

Lambakan beban kerja dan kerap mendapat tugasan di luar waktu pejabat atau on call menyebabkan ramai anggota polis mengalami tekanan atau stres, berbanding penjawat awam di sektor lain, iaitu doktor, jururawat, guru serta bomba.

Lambakan beban kerja termasuk kerja lebih masa yang perlu mereka lakukan kerana menyertai pelbagai operasi dan serbuan yang kebiasaannya dilakukan di luar waktu pejabat, iaitu antara jam 5 petang sehingga 6 pagi.

Hasil kaji selidik Jabatan Kesihatan Masyarakat Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) juga mendapati responden merasai tekanan apabila dihantar ke sesuatu lokasi untuk mengawal keselamatan dan ketenteraman serta menyertai pasukan pengaman di luar negara atau sering diarahkan bertugas ketika cuti umum, termasuk musim perayaan.

Kajian pada tahun 2007 hingga 2009 itu mendapati 53.7 peratus daripada 453 sampel kajian di enam balai polis di Wilayah Persekutuan, dipercayai mengalami stres di tempat kerja. Angka itu menunjukkan polis berada di kedudukan teratas mengatasi enam organisasi lain, iaitu bomba (47.3 peratus), guru (45.8 peratus), jururawat (42.3 peratus) serta doktor (40.7 peratus).

Hasil kajian juga menunjukkan 61.1 peratus anggota polis berpangkat sarjan ke atas mengalami kadar stres lebih tinggi berbanding anggota pangkat rendah, iaitu koperal dan konstabel dengan peratusan masing-masing 56 peratus dan 51.3 peratus.

Pakar Kriminologi, Datuk Akhbar Satar yang juga penganalisis jenayah, berkata stres yang dihadapi anggota polis berpunca daripada tiga sebab utama, iaitu profesion kepolisan, peraturan atau polisi dalam organisasi serta masalah individu.

Bekerja tanpa ketentuan masa atau 24 jam sehari dengan panggilan on call pada bila-bila masa, selain perlu mengikut arahan pegawai lebih tinggi boleh mengganggu kesihatan dan kehidupan anggota polis. Malah, sesetengah kes yang disiasat seperti kes bunuh atau yang membabitkan golongan berpengaruh ada kalanya memberikan tekanan terutama tahap kerisauan yang harus diterima serta risiko ancaman terhadap diri dan keluarga, katanya.

Akhbar berkata, anggota polis yang mengalami stres boleh menghadapi masalah sakit jiwa berpanjangan dan mengakibatkan banyak perkara tidak diingini berlaku, termasuk pembunuhan sesama rakan atau bunuh diri serta salah guna kuasa sehingga menyebabkan nyawa orang lain terancam.

Malah, dikhuatiri, jika tahap tekanan yang dihadapi begitu kritikal, senjata yang dimiliki digunakan sebagai alat untuk melakukan ugutan atau sebarang aktiviti jenayah termasuk rasuah, katanya.

Namun, katanya, stres dalam kerjaya kepolisan juga boleh berlaku kerana mereka sering dilabel sebagai perasuah dan prasangka negatif masyarakat terhadap mereka.

Sedangkan mereka menjalankan tugas, tetapi tuduhan sesetengah pihak kononnya pasukan polis korup sama sekali tidak berasas kerana jumlah yang terbabit adalah kecil. Di Malaysia, masyarakat jarang memuji polis, sedangkan merekalah yang menjaga keselamatan sehingga kita selesa untuk bergerak ke mana-mana. Jika dibandingkan di Amerika Syarikat, ia tidak sama seperti apa pasukan polis kita nikmati di negara ini.

Walaupun tidak dinafikan masih ada jenayah kecil berlaku di negara ini, keseluruhannya masih terkawal, mungkin disebabkan banyak rondaan polis di kebanyakan lokasi, termasuk yang menjadi tumpuan penjenayah, katanya yang pernah menginap dua tahun di Detroid, Amerika Syarikat, iaitu bandar yang mempunyai kadar jenayah tertinggi di negara itu.

- BERITA HARIAN

Terengganu Bakal Miliki Hospital Universiti

by
KUALA TERENGGANU: Terengganu bakal mempunyai hospital universitinya yang pertama - Hospital Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza).

Mengumumkan demikian, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata Kerajaan Persekutuan baru-baru ini meluluskan permohonan untuk hospital itu dan ia akan dibina di atas tanah 100 ekar (40 ha) di sebelah kampus utama universiti itu di Gong Badak. Fasa pertama projek pembinaan hospital itu yang bermula tahun depan, dijangka menelan belanja kira-kira RM800 juta, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan e-book kepada pelajar-pelajar sekolah rendah di sini Ahad.

Hospital tersebut akan dipastikan setaraf dengan hospital berkaliber yang lain seperti Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di Kuala Lumpur dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian, Kelantan, katanya.

- BERNAMA

Jangan bergaduh kerana wang

by
Oleh NOOR FAZRINA KAMAL

Dalam konteks kehidupan suami isteri sememangnya wang memainkan peranan yang penting. Cuba fikir sejenak agak-agaknya bila kali terakhir anda suami isteri bergaduh disebabkan wang?

Pertengkaran mengenai wang adalah sebahagian daripada asam garam dalam rumah tangga.

Apabila membincangkan tentang masalah kewangan ia seharusnya bukan dijadikan satu medan perdebatan untuk membuktikan siapa yang benar atau siapa yang salah.

Sebaliknya ia memerlukan perhatian suami isteri dalam menemukan jawapan yang sebenar berkaitan masalah kewangan tersebut.

Di ibu kota keadaan suami isteri bekerja adalah satu perkara yang lumrah. Memiliki lebih daripada satu sumber kewangan adalah salah satu cara untuk suami isteri menikmati kehidupan ini dengan lebih bermakna.

Walaupun usia perkahwinan anda menjangkau dua dekad, itu sebenarnya bukan jaminan anda telah mengenali pasangan anda 100 peratus dalam perkara berkaitan wang.

Mungkin adakalanya anda tersentak dengan kebiasaan atau pandangan pasangan mengenai wang yang amat berbeza antara anda dan pasangan.

Komunikasi yang baik antara suami isteri adalah faktor utama untuk berjaya menguruskan kewangan keluarga tanpa menimbulkan banyak masalah di kemudian hari.

Paling penting untuk menghindari sifat mahu menyembunyikan masalah kewangan yang anda hadapi daripada pasangan dan jangan pandang ringan atau menunda jalan penyelesaian terhadap masalah yang timbul membabitkan kewangan keluarga.

Dari mana mahu memulakannya? jawapannya sekarang! Anda berdua harus meluangkan masa berbicara dengan tenang masalah ini.

Sebaiknya masalah kewangan suami isteri dibincangkan secara intim kerana keterlibatan orang yang tidak bertauliah dalam perkara ini hanya akan mengusutkan keadaan sahaja.

Namun jika anda suami isteri telah berhadapan dengan jalan buntu, jangan risau kerana ada orang bertauliah seperti Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) atau perancang kewangan yang layak memberikan anda jalan penyelesaian.

Tentang anda suami isteri, dari mana mahu memulakannya pertama sekali buat gambaran tentang kedudukan kewangan anda ketika ini.

Untuk tujuan tersebut buat catatan jumlah kewangan yang anda ada. Lihat risiko dan kemungkinan di masa hadapan.

Dengan cara ini anda berdua akan rasa bertanggungjawab untuk memelihara apa yang anda ada supaya ia tidak berkurangan di masa hadapan.

Tindakan kedua yang boleh diambil ialah membuat gambaran tentang sumber pendapatan dan pengeluaran anda berdua.

Catat atau kertas dan lihat adakah jumlah pendapatan mengatasi jumlah pengeluaran atau sebaliknya. Jika ada lebihan sebaiknya disimpan terlebih dahulu sebelum dibelanjakan.

Setelah semua punca kewangan dan harta anda telah dikenalpasti dan tahu perjalanannya setiap bulan barulah anda tentukan siapa yang akan bertanggung jawab untuk menguruskan hal-hal kewangan tersebut.

Boleh dilakukan bersama tapi lebih baik memberikan tugas masing-masing supaya senang.

Dengan ini apabila berlaku sesuatu kesalahan yang boleh menimbulkan masalah dalam kewangan keluarga adalah lebih mudah untuk mengenalpasti puncanya dan tidak menyalahkan satu sama lain hingga menjejaskan keharmonian rumah tangga anda berdua.

- UTUSAN

Kayap melibatkan urat saraf

by
Mengalami gatal-gatal di badan pasti merimaskan tambahan pula kesakitan yang mencucuk-cucuk sehingga timbul bintik-bintik kemerahan di bahagian berkenaan.

Kemunculan bintik-bintik tersebut biasanya berlarutan selama dua atau tiga hari sebelum menggelembung dan pecah mengeluarkan cecair dengan bau kurang menyenangkan.

Malah ada juga yang mengeluarkan nanah di bahagian yang gatal itu, disusuli pula dengan sakit yang menyengat.

Bagi yang memandang remeh, pasti menganggap bintik-bintik tersebut sebagai masalah gatal biasa tetapi sebenarnya ia adalah sebahagian daripada simptom penyakit kayap.

Menurut Pakar Runding Sakit Kulit, Dr. Mohd. Noh Idris, jika terdapat simptom tersebut segeralah berjumpa dengan doktor untuk rawatan dengan segera.

"Serangan kayap ini sangat sakit kerana ia melibatkan urat saraf selain membahayakan kesihatan,'' ujarnya ketika ditemui di kliniknya baru-baru ini.

Katanya lagi, keadaan ini jika tidak diberikan rawatan awal akan menjejaskan kesihatan lebih-lebih lagi jika ia menyerang pada bahagian-bahagian sensitif seperti mata.

Ular dalam tubuh

"Sebab itu, bagi pesakit yang terkena kayap di bahagian mata, kita akan rujuk kepada pakar mata untuk memastikan tidak ada perkara-perkara serius yang berlaku kepada pesakit tersebut. Kayap boleh membuatkan seseorang itu buta jika tidak dirawat," katanya.

Menurut Dr. Mohd. Noh, serangan kayap biasanya dikesan melalui kesan tompokan kemerah-merahan pada kulit dan menggelembung serta berisi air.

Bagaimanapun terdapat juga yang mengandungi nanah serta menyebabkan kulit menjadi hitam-kehitaman serta menjalar berselerak ke bahagian badan yang tertentu.

Menurutnya, pesakit yang mendapat kayap akan mengadu sakit yang mencucuk-cucuk atau kebas di atas lingkaran tersebut.

Malah pesakit juga boleh merasai mereka seperti diserang sakit jantung jika lingkaran itu merebak.

Beliau memberitahu, gelembung-gelembung berair juga akan timbul di atas lingkaran tadi.

Dalam tempoh seminggu gelembung itu akan pecah dan kering lalu mengeruping.

Terang beliau lagi, kayap adalah sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh jangkitan virus Varicella Zoster dan bertindak menyerang seseorang yang mempunyai daya ketahanan badan yang lemah.

"Kebiasaannya golongan warga emas menjadi sasaran utama penyakit ini kerana golongan ini lazimnya mempunyai sistem imuniti yang agak lemah.

"Bagaimanapun terdapat juga golongan kanak-kanak yang dijangkiti kayap biarpun peratusannya terlalu rendah iaitu sekitar lima peratus,'' ujarnya .

Katanya lagi, serangan kayap biasanya berlaku pada bahagian pinggang ke atas bagaimanapun ia kadangkala juga berlaku pada bahagian sulit.

Malah kajian membuktikan sebanyak 55 peratus kejadian kayap berlaku di bahagian pinggang ke atas, manakala 20 peratus di bahagian muka serta 15 peratus berlaku di bahagian bawah pusat ke bawah manakala lima peratus berlaku di bahagian sulit dan punggung.

Ditanya mengenai rawatan, beliau memberitahu, pesakit yang datang bertemu akan diberikan ubat mematikan kuman serta ubat tahan sakit.

"Biasanya ubat anti virus perlu dimakan selama tujuh hari bagi memastikan kuman tersebut betul-betul hilang ,'ujarnya yang mempunyai pengalaman selama 25 tahun dalam bidang perubatan kulit.

Tegasnya lagi, sekiranya pesakit dalam keadaan yang kritikal ia akan diberikan suntikan, bagaimanapun, yang penting ialah diagnosis penyakit harus dipastikan terlebih dahulu.

Rawatan segera sangat diperlukan bagi mengurangkan kesan buruk kayap khususnya yang terkena pada mata dan mengurangkan kesan sakit.

Ditanya mengenai kepercayaan bahawa penyakit ini disebabkan oleh ular dalam tubuh pesakit, beliau menjelaskan adalah tidak benar, begitu juga kepercayaan kononnya bila lingkaran bertaut pesakit akan mati.

"Semua itu adalah karut, hakikatnya keadaan itu berlaku kerana ia berpunca daripada urat saraf yang terdapat di badan pesakit tersebut," katanya.

- UTUSAN

Bezakan keupayaan komputer

by
BAGAIMANAKAH untuk kita tahu Windows yang digunakan tersebut versi 32 bit atau versi 64 bit? Apakah yang dikatakan versi 32 bit dan 64 bit tersebut?

Kebiasaannya, bagi Windows XP, ia menggunakan versi 32 bit manakala bagi Windows 7 atau Windows Vista berkemungkinan besar ia menggunakan versi 64 bit.

Ini penting untuk diketahui apabila kita mahu memasang perisian pemacu untuk sesebuah perkakasan atau mana-mana program aplikasi pada sesebuah komputer.

Sekiranya tersilap versi, program komputer tersebut tidak dapat berfungsi dengan baik atau boleh menyebabkan komputer bermasalah.

Bagi mengetahui sama ada Windows yang digunakan adalah versi 32 bit atau 64 bit, sila dapatkan maklumat pemasangan sistem pengoperasian atau Windows yang terdapat dalam program Control Panel>System and Maintenance>System.

Ia juga boleh diperoleh menerusi program System Information yang terdapat di dalam Windows.

Namun begitu, tiada Windows versi 64 bit bagi edisi Windows 7 Starter, Windows Vista Starter, Windows XP Home dan Windows XP Media Center.

Pengkomputeran 32 bit atau 64 bit merupakan cara bagaimana pemproses komputer atau Unit Pemprosesan Pusat (CPU) mengendalikan data dalam sesebuah komputer.

Ia mempengaruhi saiz maksimum bagi sesebuah memori atau Random Access Memory (RAM) bagi sesebuah komputer.

Sebagai contoh, komputer 32 bit mempunyai saiz RAM yang maksimum bersamaan dengan 232 bersamaan 4GB berbanding komputer 64 bit iaitu 8GB ke atas bersamaan dengan 264.

Ia juga bergantung kepada keupayaan sistem komputer yang ada.

Begitu juga satu masa dahulu, kita menggunakan komputer 8 bit yang mempunyai had maksimum saiz RAMnya pada 28 bersamaan 256 MB.

Bila ditambah saiz RAM kepada 512 MB, komputer akan menjadi bertambah perlahan kerana komputer atau pemproses tidak berupaya untuk memproses lebihan saiz RAM tersebut.

Perbandingan komputer 32 bit dengan komputer 64 bit ini boleh diibaratkan seumpama sebuah lebuh raya yang mempunyai 32 laluan dan lebuh raya yang mempunyai 64 laluan. Manakah yang lebih baik, cepat dan berkesan?

Jadi, pengkomputeran 64 bit atau 32 bit ini adalah berasaskan kepada keupayaan pemproses atau CPU bagi sesebuah komputer.

Sekiranya menggunakan komputer 64 bit, penggunaan sistem pengoperasian, perisian-perisian pemacu dan aplikasi-aplikasi komputer pada komputer tersebut mestilah berasaskan 64 bit.

Kebanyakan aplikasi komputer yang dibangunkan berasaskan 32 bit biasanya boleh digunakan oleh komputer 64 bit tetapi aplikasi komputer 64 bit tidak boleh digunakan oleh komputer 32 bit.

Bagi aplikasi pemacu pula, ia perlu mengikut jenis komputer sama ada 32 bit atau 64 bit.

Komputer 64 bit juga tidak boleh mengoperasikan program komputer 16 bit.

Bagi mengetahui had maksimum saiz bagi sesebuah memori atau RAM ini ialah dengan melakukan formula, 2 kuasa dengan bit pengkomputerannya.

Sebagai contoh, bagi komputer 8 bit, 28 bersamaan dengan 256 MB saiz RAM-nya dan komputer 32 bit pula, 232 bersamaan dengan 4.3 ribu juta atau bilion atau 4GB saiz RAM-nya.

Ini kerana komputer hanya boleh membaca dua nombor sahaja iaitu 0 dan 1 bagi mewakili bit-bit tersebut.

Kelebihan pengkomputeran 64 bit ini adalah keupayaan pemproses atau CPU dapat digunakan dengan optimum yang mungkin dan komputer berupaya mendapatkan saiz memori RAM yang besar.

Ini dapat meningkatkan prestasi dan kecekapan komputer dalam memproses arahan-arahan yang diberikan terutama aplikasi-aplikasi multimedia dan keselamatan.

Masalahnya ialah masih terdapat kekurangan aplikasi-aplikasi komputer yang ditulis untuk pengkomputeran 64 bit buat masa kini.

Namun demikian, ia akan terus berkembang untuk masa akan datang.

- UTUSAN

Pengguna Sanggup Berbelanja Mewah Untuk Status

by
Walaupun kos sara hidup semakin tinggi, pengguna di Malaysia ligat membelanjakan duit untuk barangan berjenama mahal, demikian menurut Persekutuan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Paul Selvaraj berkata, pengguna tidak membeli barangan yang berharga lebih murah sebaliknya memilih barangan berjenama yang biasanya lebih mahal.

"Hal ini menunjukkan bahawa kita telah menjadi masyarakat yang materialistik," katanya.

Beliau berkata sedemikian di perbincangan meja bulat bertajuk "Pertahankan Poket Anda" yang membincangkan isu kos sara hidup yang tinggi, anjuran akhbar The Star, baru-baru ini.

Katanya, masyarakat negara ini menjadi obses dengan barangan berjenama sehingga mamandang sepi barangan dengan harga lebih murah yang dianggap mereka kurang berkualiti.

"Rupa luaran telah menjadi lebih penting berbanding kegunaan. Mereka membeli kereta bukan untuk membawa mereka dari satu tempat ke satu tempat yang lain tetapi untuk membuat mereka berasa hebat.

"Ia mengenai sistem nilai kita. Contohnya seseorang membeli sebuah kereta Honda City walaupun hanya mampu memiliki Perodua Kancil," kata Selvaraj.

Antara ahli panel lain dalam perbincangan tersebut termasuklah Setiausaha Agung Persatuan Rangkaian Peruncit Malaysia, Valeri Choo, Pengarah Komunikasi Pemasaran Carrefour(Malaysia dan Singapura), Low Ngai Yuen, Pengarah NKRA/NKEA Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan JPM (Pemandu), D. Ravindran, Pengurus Kanan Pemandu, Philip See dan Pengarang Eksekutif The Star, Datuk Wong Sai Wan.

Wong pula menambah bahawa hukum asas tentang fahaman penggunaan bijak adalah berbelanja mengikut kemampuan dan beringat ketika berbelanja.

"Anda boleh keluar dengan pelbagai formula, tetapi anda mesti berbelanja kurang daripada jumlah yang anda perolehi.

Setiap orang juga perlu memperuntukan 30% daripada pendapatan mereka untuk hal kecemasan," katanya. "Perancangan kewangan adalah lebih daripada sekadar keupayaan untuk menguruskan wang tetapi adalah nilai yang dipupuk pada usia muda." kata Choo bersetuju dengan Wong.

Beliau menambah bahawa ibu bapa memainkan peranan penting sebagai contoh untuk anak-anak mereka mengetahui tentang kepentingan menyimpan wang.

- mSTAR

KPDNKK Perkenal Kaedah 'Basket Of Brands' Banteras Jualan Barang Tiruan

by
SHAH ALAM: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) kini melaksanakan kaedah 'basket of brands' (BOB) bagi memudahkannya membantu syarikat-syarikat pembuat melindungi barang-barang keluaran mereka yang sering berdepan dengan barang tiruan.

Ini meliputi pakaian, minuman keras, alat ganti kereta dan ubatan yang dikenalpasti popular di kalangan pengguna, kata Ketua Pengarah Bahagian Penguatkuasa KPDNKK Mohd Roslan Mahayudin.

Beliau berkata, dalam usaha memerangi barang tiruan, kementerian akan memberi tumpuan terhadap barang-barang yang tergolong dalam BOB.

Sehingga kini, kira-kira 20 syarikat yang mempunyai 40 cap dagangan telah bersetuju untuk menyertai program itu, katanya dalam sidang media selepas menutup Program Rakan Gerak Gempur Cetak Rompak (Rakan GGCR) di sini Ahad.

Seramai 34 penuntut dari 13 Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di negara ini menyertai program selama tiga hari anjuran KPDNKK dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pengajian Tinggi.

Mohd Roslan berkata kaedah BOB diperkenalkan berikutan KPDNKK tidak mampu membanteras kesemua barangan tiruan yang terlalu banyak di pasaran tempatan.

"Sebab itu kita masukkan dalam satu basket dan kalau kita boleh banteras (barangan tiruan) dalam BOB, dah cukup baik dah," katanya.

Beliau berkata program BOB akan dilancarkan pada konvensyen penguatkuasaan hak ke atas harta intelek (IPR) di seluruh negara yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 20 Okt depan.

Mengulas mengenai program Rakan GGCR, Mohd Roslan berkata ia diadakan bagi memberi pendedahan dan memperkasakan kesedaran di kalangan penuntut IPT agar lebih peka terhadap tanggungjawab dalam membanteras kegiatan cetak rompak dan penjualan barang tiruan.

"Pelajar-pelajar yang dipilih menjadi Rakan GGCR akan diberi kursus bagi meningkatkan pengetahuan tentang kempen membanteras cetak rompak.

"Pelajar ini juga berperanan menjadi perantara di IPT dan KPDNKK dengan memberi maklumat, cadangan serta komen dalam usaha menangani kegiatan cetak rompak dan barangan tiruan di negara ini," katanya.

- BERNAMA

KSSR: Guru, Ibu Bapa Beri Maklum Balas Positif

by
PUTRAJAYA: Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang dilaksanakan tahun ini menerima maklum balas positif daripada para guru dan ibu bapa, yang antara lain menyatakan ia berjaya meningkatkan minat para pelajar untuk belajar bahasa Inggeris.

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Dasar) Prof Dr Khair Mohamad Yusof berkata ini kerana pendekatan KSSR tidak lagi berbentuk kaedah tradisi pengajaran di bilik darjah (chalk and talk) tetapi menumpukan kepada kaedah pengajaran yang menyeronokkan dalam pembelajaran bahasa Inggeris.

"KSSR ini bukan sahaja menekankan kepada kefasihan bahasa tetapi juga komunikasi antara pelajar. Ia menggunakan kaedah-kaedah lain seperti permainan dan muzik," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan lawatan 35 guru dari Selangor yang menyertai konvoi bermotosikal 1Malaysia dari Shah Alam ke kementerian di sini.

Konvoi itu singgah di beberapa tempat sepanjang perjalanan mereka untuk menyerahkan bendera Jalur Gemilang dan risalah 1Malaysia kepada orang ramai.

Mengulas kenyataan Presiden Persatuan Pengajaran Bahasa Inggeris Malaysia (Melta) Prof Madya Dr S. Ganakumaran, yang dilaporkan sebagai berkata bahawa kurikulum pengajaran bahasa Inggeris di sekolah ketinggalan zaman, Khair berkata kurikulum yang diperkatakan persatuan berkenaan mungkin kurikulum lama.

"Kami telah memperkenalkan kurikulum baru dan setakat yang saya tahu dan saya juga telah ke sekolah-sekolah dan para guru gembira dengan kurikulum baru dan kaedah baru yang diperkenalkan," katanya.

- BERNAMA

Doa Intipati Segala Ibadah

by
Hadith:

RASULULLAH s.a.w bersabda yang maksudnya: "Tiadalah di atas dunia ini seorang Muslim yang berdoa melainkan akan diperkenankan Tuhan atau dipalingkan daripadanya kejahatan selama dia tidak berdoa perkara-perkara yang berdosa atau membuat perkara yang memutuskan tali persaudaraan. Lantas seorang lelaki berkata: Kalau begitu kita perbanyakkan doa? Jawab baginda: Di sisi Allah (penerimaan) lebih banyak."

Riwayat at-Tirmizi

Huraian Hadith:

Pengajaran hadith:

i) Setiap umat Islam dituntut supaya berdoa kerana doa adalah inti pati kepada segala ibadah. Orang yang enggan berdoa dianggap sebagai orang yang sombong, takbur dan bongkak.

ii) Ketika berdoa, kita hendaklah peka kepada apa yang didoakan (dipohon), janganlah berdoa dengan mulut sahaja sedangkan hati kita lalai. Sebaliknya hadirkan hati serta hayati apa yang dipohonkan itu serta yakin bahawa Allah akan menerima doa tersebut kerana sesungguhnya Allah S.W.T tidak akan memperkenankan doa orang yang hatinya lalai dan alpa.

iii) Supaya doa dimakbulkan, hendaklah kita mematuhi adab-adab berdoa serta memilih masa dan tempat yang sesuai kerana Allah dengan sifat-Nya yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang tidak akan mensia-siakan doa hamba-Nya selama mana apa yang diminta itu merupakan perkara-perkara yang baik. Begitu juga Allah yang sifat-Nya yang Maha Pengampun tidak akan menolak doa hambanya yang beristighfar dan berdoa memohon keampunan dari segala dosa yang telah dilakukan.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Pengambilan Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah j-QAF (KPLI SR - j-QAF) Ambilan Januari 2012

by

IKLAN Pengambilan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) Ambilan Januari 2012.

Pembelian no. pin dan borang permohonan online juga akan dibuka mulai 26 September 2011 (Isnin) selepas jam 9.00 pagi.

Nota : Ini adalah pengambilan KPLI j-QAF untuk bidang Bahasa Arab, Pendidikan Islam dan Pendidikan Khas j-QAF sahaja dan bukan KPLI biasa. TARIKH TUTUP : 9 OKTOBER 2011

* Sila klik imej untuk melihat dengan saiz yang lebih besar.

A. IKLAN PERMOHONAN

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) di Institut Pendidikan Guru(IPG), KPM.




1. KETERANGAN PROGRAM


1.1 Nama Program : Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) j-QAF


Mod Latihan : Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS)


Tempoh Pengajian : 1 1/2 Tahun (18 Bulan)








2. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN ASAS



Calon-calon hendaklah:

2.1 Warganegara Malaysia.

2.2 Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.

2.3 Berumur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2012 iaitu lahir pada atau selepas 1 Januari 1977.

2.4 Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau al-Quran atau bidang yang berkaitan yang setaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Pemohon perlu merujuk laman sesawang JPA di alamat berikut : http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp

2.5 Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM atau SPM(V) serta lulus ujian lisan atau Prinsipal Bahasa Melayu di peringkat STPM.




3. KEUTAMAAN

3.1
Calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK 2.75 ke atas.

3.2
Calon yang memiliki ijazah yang bertepatan dengan bidang pengkhususan.

3.3
Calon yang memiliki pengalaman mengajar dalam bidang pendidikan .

3.4
Calon yang aktif dalam kegiatan kokurikulum.

3.5
Calon yang bersedia dilatih di mana-mana kampus IPG, KPM dan bersedia ditempatkan di mana-mana sekolah termasuk di kawasan pedalaman seluruh negara.




4. CALON TIDAK LAYAK MEMOHON

4.1
Calon yang telah memiliki kelayakan ikhtisas perguruan seperti Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan, Diploma dengan Pendidikan, Diploma Pendidikan, Diploma Perguruan atau Sijil Perguruan.

4.2
Calon yang masih terikat dengan Kontrak Perkhidmatan Agensi Kerajaan termasuk yang sedang mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Mod Latihan Perguruan Kursus Dalam Cuti (KDC) atau Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia.

4.3
Calon yang pernah meletakkan jawatan dalam perkhidmatan kerajaan.

4.4
Calon yang pernah dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan atau dalam latihan.

4.5
Calon yang pernah atau sedang disabitkan dalam kesalahan penyalahgunaan dadah atau jenayah.





5. BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN






Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR)j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS)

5.1 Bidang pengajian yang ditawarkan adalah seperti berikut:


(i) Bahasa Arab


(ii) Pendidikan Islam


(iii) Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran j-QAF)




6. CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN


6.1 Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat: http://www.moe.gov.my mulai 26 September 2011 mulai jam 9.00 pagi.



6.2 Permohonan dalam talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh negara dengan bayaran RM6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) melalui saluran kaunter, mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS Banking). Pembelian nombor PIN melalui saluran mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS Banking) adalah bagi pemohon yang mempunyai akaun dengan Bank Simpanan Nasional.

6.3 Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.

6.4 Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja.

6.5 Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan.

6.6 Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.




7. MAKLUMAN DAN PERHATIAN


7.1 Calon yang memenuhi syarat-syarat kelayakan asas untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) ini diwajibkan menduduki Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (Malaysian Teacher Selection Test – MTeST) dan menghadiri temu duga yang akan ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

7.2 Keutamaan akan diberi kepada calon yang mempunyai ijazah yang tepat dan bersesuaian dengan bidang yang dipohon. (Sila rujuk senarai kesesuaian ijazah di Bahagian Kesesuaian Ijazah – KESESUAIAN IJAZAH DENGAN BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN untuk maklumat lanjut).

7.3 Calon yang dipanggil menduduki MTeST dikehendaki mencetak Tiket Panggilan Ujian daripada laman web Kementerian Pelajaran Malaysia dan dibawa bersama semasa ujian.

7.4 Calon yang layak dipanggil temu duga dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Lembaran Pernyataan Hasrat, dan Borang Butiran Diri daripada laman sesawang. Borang Butiran Diri dan Lembaran Pernyataan Hasrat yang telah diisi dan dilengkapkan hendaklah dibawa bersama-sama dengan dokumen-dokumen lain pada hari temu duga. Bahagian Pendidikan Guru tidak akan mengeluarkan makluman secara bersurat kepada calon.

7.5 Calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia atau badan berkanun dikehendaki membawa Surat Pengesahan Ketua Jabatan semasa temu duga.

7.6 Calon yang berjaya ditawarkan kursus akan menerima surat tawaran rasmi semasa melaporkan diri di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan.

7.7 Calon adalah dinasihatkan supaya terlebih dahulu membuat semakan kepada status kelayakan ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan dengan melayari portal di alamat berikut : http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp

7.8 Maklumat permohonan yang tidak lengkap atau tidak benar, boleh mengakibatkan permohonan ditolak.



8. PENDAFTARAN


Calon yang ditawarkan mengikuti kursus ini akan mendaftar di Institut Pendidikan Guru yang ditentukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tarikh yang akan ditetapkan. Calon yang telah ditemu duga dan tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran di Institut Pendidikan Guru dianggap tidak berjaya. Bahagian ini tidak akan mengeluarkan maklumat secara bersurat kepada calon.



9. IKATAN PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU


Calon yang ditawarkan mengikuti kursus di Institut Pendidikan Guru adalah tertakluk kepada ikatan Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk dilatih di mana-mana kampus IPG, KPM dan bersedia ditempatkandi mana-mana sekolah termasuk di kawasan pedalaman seluruh negara seperti yang diarahkan oleh pihak kerajaan setelah tamat berkursus.



10. TARIKH TUTUP PERMOHONAN



Permohonan bagi Ambilan Januari 2012 ditutup pada 9 Oktober 2011 (AHAD).



11. ALAMAT BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan permohonan :

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E
KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
( u.p : Unit Pengurusan Pengambilan Pelajar )
Nombor Telefon :
03-88841260
03-88841254
03-88841259
03-88841280
03-88841256





BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan
Sabah
d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
Peti
Surat 10491
88805
Kota Kinabalu, Sabah
Nombor Telefon : 088–236804





BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sarawak
Jalan College

93259 Kuching, Sarawak
Nombor Telefon : 082 – 258045

B. KESESUAIAN IJAZAH DENGAN BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN
Berikut adalah kesesuaian ijazah dengan bidang pengkhususan yang ditawarkan:




1. Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS)

Bil
Kod Bidang Pengkhususan
Bidang Pengkhususan Kesesuaian Ijazah
1.
Bahasa Arab

Pendidikan Islam

Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran j-QAF)
A210A0000L
A215A0000L

A217A0000L
1
Aqidah dan Dakwah
2
Aqidah dan Falsafah
3
Bachelor Of Economics (Honours) UIAM
4
Bachelor Of Human Sciences (History & Civilization) (Honours) UIAM
5
Bachelor Of Human Sciences (Political Sciences) (Honours) UIAM
6
Bachelor Of Islamic Revealed Knowledge And Heritage (Honours) & Bachelor Of Economics (Honours) UIAM
7
Bachelor Sastera (Bahasa Asing) UPM
8
Bahasa Arab
9
Bahasa Arab dan Peradaban
10
Bahasa Arab dengan Pendidikan
11
Bahasa dan Kesusasteraan Arab
12
Dakwah dan Pembangunan Insan
13
Dakwah dan Pembangunan Sumber Manusia
14
Dakwah dan Pengurusan
15
Fakultas Dakwah & Ilmu Komunikasi (UNIVERSITAS ISLAM NEGERI SULTAN SYARIF KASIM RIAU)
16
Fiqh Dan Pengajian Islam
17
Fiqh Dan Usul Al-Fiqh
18
Hadis
19
Ijazah Sarjana Hukum Islam (S.H.I) Dalam Bidang Jurusan Ahwal Syakhshiyyah (INSTITUT AGAMA ISLAM NEGERI SUNAN AMPEL)
20
Ijazah Sarjana Hukum Islam (S.H.I) Dalam Bidang Perbandingan Mazhab Dan Hukum (INSTITUT AGAMA ISLAM NEGERI SULTHAN THAHA SAIFUDDIN JAMBI)
21
Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam (Alam Sekitar) (Kepujian) UM
22
Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam (Bioteknologi) (Kepujian) UM
23
Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam (Ekologi Dan Biodiversiti) (Kepujian) UM
24
Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam (Genetik Dan Biologi Molekul) (Kepujian) UM
25
Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam (Teknologi Maklumat) (Kepujian) UM
26
Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Antropologi Dan Dakwah) Dengan Kepujian (UNiSZA)
27
Ilmu Wahyu
28
Ilmu Wahyu Dan Warisan Islam
29
Pendidikan Islam
30
Pengajian Al-Quran Dan As-Sunnah
31
Pengajian Al-Quran dan Qiraat
32
Pengajian Arab & Tamadun Islam
33
Pengajian Dakwah & Kepimpinan
34
Pengajian Islam
35
Pengajian Islam (Dakwah)
36
Pengajian Islam (Syariah)
37
Pengajian Islam (Usuluddin)
38
Pengajian Islam dan Bahasa Arab
39
Pengajian Islam dan Pendidikan Bahasa Arab
40
Pengajian Islam dan Pengajian Melayu
41
Pengajian Islam dan Sejarah
42
Pengajian Islam dengan Teknologi Maklumat
43
Pentadbiran Muamalat (USIM)
44
Perbandingan Mazhab Dan Hukum
45
Perundangan Islam/Syariah
46
Qiraat
47
Sarjana Sosial Islam (S.Sos.I) (UNIVERSITAS ISLAM NEGERI SULTAN SYARIF KASIM RIAU)
48
Siasah Syar’iyah (Syariah Politik)
49
Syariah Dan Ekonomi
50
Syariah Dan Pengajian Islam
51
Syariah dan Pengurusan
52
Syariah dan Politik
53
Syariah dan Undang-Undang
54
Tafsir
55
Tafsir dan Hadis
56
Tafsir dan Ulum Quran
57
Tafsir Hadis (Usuluddin) (INSTITUT AGAMA ISLAM NEGERI SUMATERA UTARA, MEDAN)
58
Tahfiz Al-Quran dan Qiraat
59
Takhasus Qiraat
60
Tarbiah
61
Usuluddin
62
Usuluddin & Falsafah
63
Usuludin dan Perbandingan Agama


C. STRUKTUR PROGRAM
KPLI-SR j-QAF MOD LPBS
1. Tempoh Pengajian

Tempoh pengajian bagi program ini ialah lapan belas bulan iaitu tiga semester. Calon yang berjaya terpilih akan ditempatkan di mana-mana Iinstitut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia di seluruh negara.


 2. Komponen dan Mata Pelajaran

Komponen dan mata pelajaran KPLI j-QAF Mod LPBS Ambilan Januari 2012 adalah seperti berikut:

 KOMPONEN
 MATAPELAJARAN

Pengajian Asas 1. Bahasa Melayu Komunikasi
2. Bahasa Inggeris Komunikasi
3. Seni Dalam Pendidikan
4. Pengurusan Sumber
5. Penyuburan Diri Insan Guru



Pengajian Profesional 6. Ilmu Pendidikan
Pengajian Kurikulum Persekolahan 7. Major
8.
Minor 1
9.
Minor 2
Kokurikulum 10. GERKO
Praktikum 11. Latihan Amali



D.
KALENDAR AKTIVITI PERMOHONAN KPLI SEKOLAH RENDAH (KPLI-SR) j-QAF MOD LPBS

AMBILAN JANUARI 2012

Bil
Aktiviti
Tarikh
1
Iklan akhbar permohonan KPLI-SR j-QAF Ambilan Januari 2012.
25 September 2011
2
Permohonan secara online dibuka & Nombor PIN boleh didapati di Bank Simpanan Nasional seluruh negara.
26 September 2011
3
Permohonan ditutup.
(Pindaan atau perubahan maklumat permohonan boleh dibuat sehingga tarikh tutup).
09 Oktober 2011
4
Semakan online nama calon yang berjaya menduduki Ujian MTeST.
18 Oktober 2011
5
Ujian MTeST seluruh negara (Sila bawa Tiket Panggilan Ujian).
22 Oktober 2011
6
Semakan online nama calon berjaya temu duga.
(Pemohon yang berjaya dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Borang Butiran Diri dan Helaian Pernyataan Hasrat melalui Internet).
04 Disember 2011
7
Temu duga KPLI-SR j-QAF Ambilan Januari 2012.
(Sila bawa bersama Surat Panggilan Temu Duga , Borang Butiran Diri dan Helaian Penyataan Hasrat yang dicetak melalui Internet yang telah dilengkapi).
12 hingga 16 Disember 2011
8
Semakan Tawaran calon berjaya ke Institut Pendidikan Guru (IPG).
(Calon boleh mencetak surat tawaran sementara melalui internet. Surat Tawaran Rasmi boleh didapati selepas melapor diri di IPG).
17 Januari 2012
9
Pendaftaran calon di Institut Pendidikan Guru.
(Calon yang melapor diri boleh mendapatkan Surat Tawaran Berkursus di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan selepas mendaftar).
30 Januari 2012

  Perhatian : Aktiviti dan Tarikh yang dinyatakan tertakluk kepada perubahan semasa.



APLIKASI PERMOHONAN ON-LINE KPLI-SR j-QAF AMBILAN JANUARI 2012
http://apps.moe.gov.my/kpli/mohon_kpli_jqaf2012/





Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90