Top Ad 728x90

, , , ,

Jawatan Kosong Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah di Institusi-institusi Pendidikan MARA (IPMa) Pensyarah / Guru MARA - September 2011

Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) mempelawa individu-individu yang berkelayakan, inovasi, berfikiran dinamik, berkeyakinan tinggi, berdisiplin dan berdedikasi serta boleh menyumbang ke arah kecemerlangan MARA untuk mengisi jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah di Institusi-institusi Pendidikan MARA (IPMa) - Pensyarah / Guru MARA.

Calon mestilah mempunyai keperibadian yang sesuai dan sedia berkhidmat sebagai pendidik yang berpengetahuan, berkemahiran dalam mengajar dan mendidik,serta menyerlahkan kebolehan berfungsi sebagai guru berkualiti dan terbaik.

Pemohon mestilah mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pengkhususan yang tepat dan sesuai dengan subjek/bidang yang dipohon :-

Bidang /Subjek :
• Bahasa Melayu
• Bahasa Inggeris
• Bimbingan & Kaunseling
• Bahasa Mandarin
• Sejarah
• Bahasa Perancis
• Geografi
• Bahasa Russia
• Matematik
• Bahasa Jepun
• Perakaunan
• Kemahiran Hidup
• Biologi
• Sains Komputer
• Fizik
• Pendidikan Jasmani & Kesihatan
• Kimia
• Pendidikan Islam/Tassawur
• Pendidikan Senireka/Reka Grafik
• Islamic Economic
• Pengajian Hafazan (Tahfiz)
• Media

Setiap permohonan jawatan akan disemak dan ditapis mengikut kelulusan yang bersesuaian dengan subjek pengajaran yang ditawarkan di Institut Pendidikan MARA (IPMa).

Sila rujuk syarat- syarat permohonan jawatan di lampiran.

Jika berminat sila lengkapkan permohonan jawatan secara online di laman web MARA : www.mara.gov.my

TARIKH TUTUP : 7 OKTOBER 2011

KLASIFIKASI: PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
SKIM PERKHIDMATAN: PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH


CARA PELAKSANAAN:

Saringan I

Semua permohonan yang diterima akan ditapis dan disaring berasaskan kepada kriteriakriteria tertentu yang telah ditetapkan mengikut kelayakan yang sesuai dengan bidang pengajaran / subjek yang dipohon. Hanya permohonan yang mengikut dan menepati syarat-syarat lantikan sahaja akan diproses.

Permohonan yang berjaya dikehendaki menduduki Ujian Kecenderungan Keguruan dan Yuran peperiksaan akan dikenakan kepada calon.
 
Sila semak laman web www.mara.gov.my  dari semasa ke semasa bagi mengetahui status permohonan yang berjaya.

Saringan II

 Calon - calon yang melepasi Ujian Kecenderungan Keguruan dan berkelayakan sahaja akan dihubungi melalui laman web untuk sesi penilaian amali pengajaran dalam kelas (micro teaching) dan sesi temuduga

Mereka yang tidak dihubungi dalam masa tempoh enam (6) bulan dari tarikh iklan di keluarkan hendaklah menganggap permohonan mereka sebagai tidak berjaya.

Calon memohon sebagai Guru Pengajian Hafazan, hendaklah mempunyai kelayakan Sijil Hafazan/Tahfiz dari Institut Pengajian yang diiktiraf.

A. SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a. Warganegara Malaysia;
b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c. Kelayakan
i. ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi – institutsi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya ; atau
ii. ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi–institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: P1T4) RM1967.20 ; atau
iii. ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi– institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: P1T6) ; atau
iv. ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi–institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: P1T10: bagi ijazah Sarjana Muda Perakaunan serta menjadi ahli Penuh Badan – badan Iktisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan : P1T11: dan Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia:P1T12):
d. Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu ( termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
e. Calon-calon yang tidak memiliki ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan atau Diploma Pendidikan tetapi memiliki kelayakan pengkhususan seperti yang dinyatakan di atas boleh memohon. Calon-calon yang berjaya sahaja akan dilantik secara perkhidmatan Sementara/Kontrak atas lantikan Gred DC41.

Jadual Gaji : P1T1 RM 1598.44 – P1T10 RM 2354.05
Gaji Permulaan :
Ijazah Sarjana Muda Kepujian - Gred DC41: P1T5 RM 1901.80
Ijazah Sarjana Muda Am - Gred DC41: P1T3 RM 1720.90
f. Pemohon mestilah mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pengkhususan yang tepat dan sesuai dengan bidang atau subjek yang dipohon.

C. TARAF JAWATAN: Tetap / Sementara / Kontrak

D. CARA MEMOHON:

i. Permohonan hendaklah dibuat secara online/ dalam talian yang boleh dilayari melalui laman web MARA iaitu www.mara.gov.my .
ii. Tarikh tutup permohonan pada 7 Oktober 2011.
iii. Calon-calon yang terdiri daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) hendaklah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan terlebih dahulu dan mendapat surat pengesahan perlepasan sekiranya pegawai ditawarkan ke jawatan yang dipohon. Sila bawa bersama dokumen Kenyataan Perkhidmatan, Laporan Prestasi Tahunan terkini dan Pengesahan Bebas Kesalahan Tatatertib semasa sesi temu duga.
iv. Bagi kakitangan yang sedang berkhidmat dengan MARA semua salinan sijil-sijil kelulusan yang disahkan dan lain-lain keterangan peribadi beserta LAPORAN SULIT KHAS yang dimeteri oleh Ketua Jabatan masingmasing hendaklah dibawa semasa temuduga.
v. Pemohon yang mempunyai kelayakan Sijil / Diploma / Ijazah dari Institusi Luar Negara dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) hendaklah membuat semakan pengiktirafan kelayakan melalui laman web JPA iaitu : www.jpa.gov.my  dan hendaklah mengemukakan salinan pengiktirafan tersebut semasa temu duga nanti.

E. PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN:
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syaratsyarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

F. UMUR :
i. Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ditutup.
ii. Pegawai sedang berkhidmat yang layak hendaklah berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

G. UJIAN KHAS:
i. Hanya calon – calon yang telah disenarai pendek yang menepati syarat – syarat permohonan sahaja akan dipanggil untuk menduduki ujian kecenderungan keguruan.
ii. Calon yang berjaya akan dimaklumkan melalui laman web bagi mengetahui tempat menduduki ujian tersebut yang akan diadakan di Institusi Pendidikan MARA (IPMa).
iii. Calon yang berjaya dikehendaki membayar yuran peperiksaan. (Kaedah pembayaran dan jumlah yuran akan dimaklumkan dalam tawaran menduduki ujian)

H. PERTANYAAN:
Sebarang pertanyaan dan masalah mengenai permohonan jawatan ini, boleh dimaklumkan ke Unit Pengambilan &; Penempatan dengan menghubungi talian utama MARA 03 26132000 sambungan 34425/34434/39041.

IKLAN PENGAMBILAN:
http://www.ziddu.com/download/16481917/PengambilanPegawaiSiswazahMARA2011.pdf.html

BORANG PERMOHONAN ONLINE:
http://online.mara.gov.my/vacancy/

24 Comment:

  1. salam... nape xleh bukak link pmohonan?...

    BalasPadam
  2. sedih la pulak...xdpt nak mohon...blacklist MARA..huhuh mcm mana nk byr hutang pinjaman keje pun takder.....

    BalasPadam
  3. ade plak kne byr yuran peperiksaan..mengarut btul...ade je nk kaut untung....

    BalasPadam
  4. kalo harga RM6 mcm beli pin KPM tu aku tak kesah..

    BalasPadam
  5. yuran tu brp ringgit? kl hundred over..kene standby awal2 jg..

    BalasPadam
  6. saya guru sekolah swasta,mempunyai ijazah tp bkn bidang pendidikan..sya mgajar matapljran kmahiran hidup..jadi sya mmohon utuk perkhidmtn pswazah ni..adakh sya layak?biapun sya x mpyai diploma pndidkn?

    BalasPadam
  7. Boleh. Tak ada diploma pendidikan pun boleh memohon. Pengalaman mengajar itu satu kelebihan.

    BalasPadam
  8. salam,saya husni...
    saya lepasan graduat uitm ,saya ambik kursus seni halus ,Adakah saya layak tok dapat bahgian pendidikan senireka tu.. atau just tok kursus seni reka grafik saje....

    BalasPadam
  9. salam saya nak tya. agak2 bila keputusan utk semak permohonan ini brjaya atau tidak kelaur jika ada infor.TQ-shazan

    BalasPadam
  10. salam bila kuar result semakan permohonan mara......brpa yuran dikenakan

    BalasPadam
  11. knape mara tak bagi satu tarikh yang tetap bila boleh buat semakan permohonan cam kpli...cam nie susah la takkan tiap-tiap hari nk tngk internet, silap-silap terlepas trikh ujian.

    BalasPadam
  12. erm, bila agak2nya kuar keputusan untuk ke ujian keguruan mara eh? sy dah tepon ibu pejabat mara, dorang cakap awal bulan november, tp still x kuar2 lagi resultnyer..berdebarnya..thun lepas sy dpt g ujian keguruan tu tp x lepas ke microteaching erm...sedihnyer....harap2 tahun ni ade la rezeki..amin Ya Allah..

    BalasPadam
  13. Waalaikumsalam.

    Husni - Tiada masalah kerana bidang yang sama.

    Buat masa ini belum tahu bila Ujian Kelayakan MARA. Tunggu pengumuman pihak MARA.

    BalasPadam
  14. btul la.... hari hari kna p bkak page mara... tgk2 xder pon kuar...klu x tgk tkut terlepas.. kna la jgak Tunggu pengumuman pihak MARA.

    BalasPadam
  15. salam semua..keputusan ni dah keluar ke..takut terlepas la..skrg dah 14 Nov..n check tadi kt mara pn xde..hmm..bile la agak nye ye...sape2 yg tahu tu tolong inform kat cni jugak..

    BalasPadam
  16. ok2..nanti if dahkuar sy inform.haritu masa g jobyouthbn fair tu pun, sy dah tnya kt booth mara, tp dorang kata x kuar lagi..huhu..sabar je la menanti yer..moga penantian kite akan berhasil dengan kejayaan.amin

    BalasPadam
  17. salam kawan2....harap2 kuar result 6hb ni kite berjaya....masuk kali ni dah kali ke 4 aku mohon guru/pensyarah MARA ni...harap2 dgn izin ALLAH berjaya la kali ni..amin...korang pun sama....

    BalasPadam
  18. esok la ni..tadi try bukak home page diaorg..tapi laen plak..tgh kemas kini agak nya..semoga kita dapat melepasi menjadi guru mendidik anak bangsa..tq for d info..semoga kita berjaya..amin..tq jugak kt blog ni... ^^

    BalasPadam
  19. i dah penah isi sekali dulu...lulus sampai dapat posting MUKAH..tapi tolakk...now i isi semula..tunggu result dapat x...

    BalasPadam
  20. SALAM, saya Nurul Ain Joyanee.. saya ingin bertanya, adakah tawaran kerja untuk jawatan pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah bagi jawatan penayarah/ guru di institusi-institusi pendidikan MARA akan di siarkan setiap tahun? jika ada, bilakah tarikh penyiaran tersebut? bagi pengetahuan pihak tuan/puan, saya merupakan graduan pendidikan semester 8 di UPSI yang bakal menamatkan pengajian pada awal januari 2012, layakkah saya membuat permohonan?

    BalasPadam
  21. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  22. wsalam ain..mengikut pengalaman saya yang dah dua kli mohon mara ni, tarikh iklan tu akan kuar pada bulan 8 pada thun 2010. pada 2011 pula, iklan kuar lepas raya dalam bulan 9.alert je kat website myadha.com.. fiona duk tunggu result ujian mara ni. haritu dah g ujian..risaunyer,harap2 kali ni dpt g ke microteaching.amin Ya Allah..

    BalasPadam
  23. assalamualaikum,
    saya maisarah, nak tny en adha tahu x bila result temuduga ni akan keluar? huuu rasa mcm dah lama sgt tunggu...

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90