Top Ad 728x90

,

Audit 2010: Kerajaan Bayar Pampasan RM2.38 Bilion

Pampasan berjumlah RM2.38 bilion telah dikemukakan terhadap 12 kementerian dan Jabatan Perdana Menteri dalam tempoh lima tahun sehingga akhir tahun lalu.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 menyatakan jumlah keseluruhan tuntutan ganti rugi tersebut adalah berdasarkan 42 permohonan.

Sehingga akhir tahun lalu, sebanyak 16 tuntutan pampasan berjumlah RM666.98 juta melibatkan sembilan kementerian telahpun diluluskan.

Daripada jumlah itu, sebanyak 91.5 peratus atau RM610.56 juta telah dibayar kepada kontraktor yang berkaitan.

Jumlah berkenaan adalah termasuk dua tuntutan yang dibuat sejak 1997 dan 2005 iaitu bagi projek membina sekolah di Felda Palong 8 di Negeri Sembilan berjumlah RM1.01 juta dan tuntutan berjumlah RM4.56 juta bagi projek membina jalan raya menghubungkan laluan Durian Tunggal-PayaRumput-Sungai Udang Melaka.

Berhubung bayaran pendahuluan kepada kontraktor, laporan audit itu menyatakan bahawa jumlah berkenaan menurun sebanyak RM465.44 juta pada 2010 iaitu RM1.28 bilion.

Pada 2009, jumlah wang pendahuluan yang dibayar kepada kontraktor adalah sebanyak RM1.75 bilion.

Bagaimanapun analisis audit terhadap baki wang pendahuluan kepada kontraktor bagi 2010 mendapati sejumlah RM62.20 juta masih belum dikutip daripada 23 syarikat walaupun projek berkenaan telah ditamatkan, terbengkalai atau tahap kerja mencapai lebih 75 peratus siap.

Kerajaan Alami Kekurangan Dana RM5 Bilion Pada 2010

Kerajaan Persekutuan mengalami kekurangan dana berjumlah RM5.95 bilion berikutan perbelanjaan melebihi dana asal iaitu sebanyak RM519.99 bilion pada 2010.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 berkata, Kerajaan Persekutuan membelanjakan dana sebanyak RM525.93 untuk membiayai pembiayaanmengurus, pembangunan, Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI), modal, bayaran balik pinjaman dan amanah ataupun deposit.

"Kekurangan dana ini dibiayai dengan wang tunai menjadikan baki wang tunai pada akhir tahun 2010 berkurangan kepada RM21.57 bilion," kata Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang.

Selain itu menurut laporan tersebut, nisbah hutang Kerajaan Persekutuan kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada akhir tahunlalu adalah 53.1 peratus iaiti melebihi 50 peratus dalam tempoh dua tahun berturut-turut.

Sementara jumlah hutang negara pada 2010 berjumlah RM407.1 bilion iaitu menyaksikan peningkatan daripada RM362.39 pada 2009.

Bagaimanapun jumlah kutipan cukai pada tahun lalu meningkat sebanyak RM1.01 bilion iaitu RM159.65 berbanding RM158.64 pada 2009.

Peningkatan Hutang Negara Masih Terkawal

Peningkatan jumlah hutang negara yang tinggi pada 2010masih berada pada had yang boleh diterima serta tidak membimbangkan.

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang berkata, berdasarkanperatusan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada akhir tahun lalu,peningkatan berkenaan bukan sesuatu yang serius kerana pinjaman yangdibuat bertujuan untuk projek pembangunan.

"Memang ada peningkatan jumlah hutang, tapi pinjaman kerajaan itudibuat untuk projek pembangunan.

"Dari segi dasar, kerajaan tidak meminjam untuk biaya kos operasi seperti membayar gaji kerana ia dibuat menggunakan hasil cukai dan dana lain," katanya kepada pemberita ketika ditemui di bangunanParlimen di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai laporan jumlah hutang negara pada 2010 yang berjumlah RM407.1 bilion iaitumenyaksikan peningkatan daripada RM362.39 pada 2009.

Menurut laporan Ketua Audit Negara 2010 juga, nisbah hutang Kerajaan Persekutuan kepada KDNK pada akhir tahun lalu adalah 53.1 peratus iaitu melebihi 50 peratus dalam tempoh dua tahun berturut-turut.

Mengulas lanjut Ambrin berkata, jumlah KDNK pada 2010 perlu dilihat seiiring dengan peningkatan pinjaman negara.

"Bila kita tengok peratusan tersebut (hutang), kita perlu lihat jugaKDNK. Pada saya secara keseluruhannya ia tidak ada masalah.

"Kalau bercakap soal hutang, orang berniaga pun ada hutang. Asalkan ada keupayaan untuk bayar balik pinjaman, tak ada masalah," katanya.

- MSTAR

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90