Top Ad 728x90

,

Dua selebriti terima ijazah UPM


SERDANG 18 Okt. – Kehidupan glamor sebagai selebriti tidak pernah memadamkan impian pelakon Rashidi Ishak dan pengacara Nor Azzura Azizul Azman untuk menggenggam segulung ijazah.

Hari ini, impian mereka tercapai apabila masing-masing dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi pada Konvokesyen Ke-35 Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang.

Bagi Rashidi, 39, sokongan isterinya yang juga pelakon, Vanidah Imran serta dorongan rakan-rakan menjadi penguat semangat untuk meneruskan pengajian luar kampus sehingga tamat.

“Walaupun sibuk dengan urusan kerja malah terpaksa ke luar daerah untuk menjalani penggambaran sehingga terpaksa ponteng kuliah, saya tetap mencuri masa untuk menyiapkan tugasan yang diberi oleh pensyarah.

“Saya amat bersyukur kerana tenaga pengajar amat memahami bidang lakonan yang saya ceburi,” katanya yang bercita-cita menyambung pengajian peringkat sarjana dalam jurusan kewangan Islam.

Vanidah pula berharap kejayaan suami memberi motivasi kepada anak-anak mereka untuk belajar sehingga berjaya seterusnya menjamin masa depan.

Sementara itu, pengacara Wanita Hari Ini, Nor Azzura, 27, berpendapat semangat dan minat yang mendalam untuk menyambung pelajaran harus ada dalam diri setiap individu.

“Jika ada minat yang mendalam untuk sambung pelajaran, Tuhan akan sentiasa membantu kita ketika menghadapi setiap kesulitan,” katanya.

- UTUSAN

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90