Top Ad 728x90

,

Piala Malaysia 2011 : Tiket Perlawanan Akhir RM50 di Stadium Shah Alam


BAYAR harga tiket RM50 seorang. Mungkin ada yang merasakan ia agak mahal tetapi itulah harga yang perlu dibayar oleh peminat fanatik Terengganu dan Negeri Sembilan tidak kira tempat duduk biasa ataupun grandstand (tempat duduk utama) ketika aksi final Piala Malaysia 2011 di Stadium Shah Alam, Sabtu ini, 29 Oktober 2011.

Harga tiket bagi kanak-kanak berusia bawah 12 tahun pula dijual pada harga RM5 seorang bagi kesemua tempat duduk. Selain di Stadium di Terengganu dan Negeri Sembilan, tiket juga boleh dibeli secara online di: http://www.tickethotline.com.my/

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin (gambar) berkata, keputusan itu dibuat hasil perbincangan bersama wakil kedua-dua pasukan semalam.

Menurut beliau, selain membanteras kegiatan 'ulat' tiket, pihaknya juga mengambil kira lokasi tempat duduk penonton yang dilihat tidak banyak perbezaan di Stadium Shah Alam serta ketiadaan ganjaran wang tunai sebagai hadiah untuk edisi kali ini.

"Saya akui harga tiket agak mahal berbanding final sebelum ini, iaitu lazimnya berharga RM30 bagi tempat duduk biasa dan RM50 untuk grandstand (tempat duduk utama).

"Namun, saya yakin ia tidak akan menjejaskan jumlah penonton kerana hasil penjualan tiket akan dibahagikan sama rata kepada kedua-dua pasukan, oleh itu penonton harus faham jika mereka sayangkan pasukan masing-masing," katanya kepada pemberita semalam.

Turut hadir pada mesyuarat tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Tiket dan Pintu FAM, Datuk S. Sivasundram; Timbalan Setiausaha Agung FAM, Ahmad Fuad Daud; jurulatih Negeri Sembilan, Mohd. Azraai Khor Abdullah dan penolong pengurus Terengganu, Sheikh Ahmad Tajuddin Sheikh Yusof.

Hamidin berkata, hanya 65,000 keping tiket sahaja yang dicetak untuk final kali ini, yang mana sebanyak 30,000 tiket akan diagihkan sama rata kepada kedua-dua pasukan untuk dijual di lokasi masing-masing bermula hari ini.

Jika habis dijual katanya, sebanyak 30,000 lagi keping tiket akan diagihkan sama rata kepada kedua-dua pasukan, manakala baki 5,000 tiket lagi akan dijual di Stadium Shah Alam pada Sabtu ini.

Menurutnya, tiket juga dijual secara online menerusi www.tickethotline.com, manakala seramai 2,000 anggota keselamatan juga akan bertugas di stadium ketika final nanti.

"Selain itu, pasukan Terengganu juga akan turun selaku tuan rumah pada perla- wanan itu, dan penyokong pasukan tersebut dinasihatkan meletak kereta di kawa- san letak kereta N (berhampiran Giant dan Tesco), manakala penyokong pasukan Negeri Sembilan boleh meletak kenderaan mereka di kawasan W (berhampiran tapak go-kart).

"Penyokong Terengganu juga dinasihatkan masuk ke stadium menerusi pintu masuk C, manakala penyokong Negeri Sembilan masuk melalui pintu masuk A, yang mana kita akan memperketatkan kawalan pintu masuk dengan mengadakan pemeriksaan menyeluruh," katanya.

- KOSMO!

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90