Top Ad 728x90

PTPTN Buka Semula Peluang Peminjam Bertukar Kepada Kaedah Ujrah Januari 2012

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan membuka semula peluang kepada peminjam untuk menukar pinjaman pendidikan mereka kepada sistem pinjaman Islam atau Ujrah bermula 1 Januari 2012.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata peluang itu wajar digunakan sepenuhnya oleh peminjam, memandangkan tawaran bertukar kepada sistem Ujrah tersebut sepatutnya berakhir 30 September lepas.

"Walau bagaimanapun, ia berasaskan hutang semasa dan tidak backdated kepada 1 Jun 2008," katanya kepada pemberita, selepas perhimpunan bulanan kementerian itu, di sini Isnin. Sehingga bulan lepas, seramai 55,546 peminjam PTPTN memilih bertukar kepadasistem Ujrah yang menawarkan bayaran upah satu peratus setahun berkuat kuasa 1Jun 2008, berbanding sistem konvensional yang menetapkan kadar tiga peratus.

Terdahulu ketika berucap, Khaled berkata PTPTN juga masih membuka peluang kepada peminjam yang berhasrat mendapatkan penurunan kos pentadbiran daripadatiga dan lima peratus kepada satu peratus untuk membuat pembayaran penuh hutang,tanpa perlu bertukar kepada Ujrah.

"Mereka yang membuat penyelesaian penuh sebelum 31 Disember ini, akan dilaraskanakaun mereka secara backdated mulai 1 Jun 2008 dan PTPTN akan mengembalikanapa-apa lebihan kepada peminjam," kata beliau.

Katanya sehingga bulan lepas, seramai 1,518 peminjam telah membuat penyelesaian penuh dan layak diberikan bayaran balik dengan jumlah keseluruhan RM1.2 juta.

Pada majlis itu, 10 pelajar cemerlang dari pelbagai program dan institusi pengajian tinggi yang mewakili keseluruhan penerima ijazah kelas pertama atau setaraf pada atau selepas Januari 2010, menerima surat pelepasan bayaran balik PTPTN.

Tahun lepas seramai 2,091 peminjam dikecualikan daripada membuat pembayaranbalik PTPTN berjumlah RM58 juta, manakala tahun ini seramai 97 peminjam layak dengan jumlah bayaran RM2.7 juta yang dijangka bertambah pada hujung tahun ini.

Seorang penerima, Ng Tong Lip, 24, berkata beliau berasa bertuah kerana dikecualikan daripada membayar balik pinjamannya berjumlah RM58,000 bagi membiayai pengajian Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia di Universiti Tunku Abdul Rahman. Ng yang memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.88 berkata sepanjang empat tahun pengajian, beliau bergantung sepenuhnya kepada pinjaman PTPTN tanpa mengharapkan bantuan bapa yang hanya bekerja sebagai mekanik.

Raja Norazilawati Raja Omar, 26, pula berkata beliau bersyukur dan dapat menarik nafas lega kerana tidak perlu membayar balik pinjaman pendidikan itu seperti rakan-rakannya.

Justeru beliau yang memperolehi CGPA 3.5 menasihatkan mereka yang masih belajar agar memastikan pencapaian cemerlang agar berpeluang menukar status pinjaman PTPTN kepada biasiswa.

- BERNAMA

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90