Top Ad 728x90

PTPTN Saman 104, 083 Peminjam Ingkar

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah memfailkan saman di mahkamah terhadap 104,083 peminjam yang ingkar membayar balik pinjaman bagi tempoh 2007 sehingga 30 September lepas.

Anggota Lembaga Pengarahnya Datuk Tajul Urus Md Zain berkata daripada jumlah itu, sebanyak 69,573 saman telah mendapat perintah penghakiman bersih daripada mahkamah.

"PTPTN terpaksa mengenakan tindakan penguatkuasaan saman yang dihantar ini kepada peminjam-peminjam tersebut memandangkan mereka tergolong dalam kategori tegar yang ingkar bayar balik pinjaman," katanya kepada pemberita, di sini, Jumaat.

Beliau berkata PTPTN hanya menerima balik bayaran pinjaman sebanyak RM2.7 bilion daripada 725,000 peminjam bagi tempoh 1997 sehingga bulan lepas, berbanding jumlah yang patut diterima sebanyak RM 5.6 bilion.

"Ini menunjukkan peminjam yang bayar balik pinjaman adalah sebanyak 77 peratus sahaja daripada jumlah keseluruhan sebanyak 937,000 peminjam yang patut bayar," katanya. Beliau berkata untuk tahun ini iaitu sehingga 30 Sept lepas PTPTN meluluskan pembiayaan pendidikan sebanyak RM4.16 bilion kepada 172,134 penerima biaya.

"Daripada jumlah itu PTPTN telah mengeluarkan pinjaman pendidikan sebanyak RM2.35 bilion," katanya selepas merasmikan Program Kemasyarakatan Anjuran Pejabat Penyelaras Parlimen Merbok dengan kerjasama PTPTN, Universiti Utara Malaysia dan Universiti Teknologi Mara.

Tajul Urus turut meminta peminjam yang mempunyai kesulitan membuat pembayaran balik agar berhubung dengan PTPTN bagi menyelesaikan mereka, bukan melarikan diri.Sementara itu, Pengurus Kanan Pelaburan PTPTN Tuan Din Tuan Mat yang turut hadir berkata PTPTN menerima reaksi positif selepas pelancaran semula Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dua bulan lepas.

Katanya kutipan menerusi akaun pendeposit, SSPN mencatatkan peningkatan sebanyak 100 peratus.

"PTPTN meletakkan sasaran RM60 juta dapat dikutip daripada SSP Nuntuk tempoh tahun ini berikutan kutipan memberangsangkan sepanjang minggu lepas iaitu sebanyak RM3.6 juta," katanya.

- BERNAMA

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90