Top Ad 728x90

Yes sasar 100,000 pelanggan di Pantai Timur menjelang akhir tahun


KUANTAN 23 Okt. - YTL Communications Sdn. Bhd., pengendali rangkaian Internet mudah alih bersuara generasi keempat (4G) atau Yes menyasarkan seramai 100,000 orang pelanggan di seluruh Pantai Timur Semenanjung akan menggunakan perkhidmatan Internet syarikat itu menjelang akhir Disember ini.

Syarikat itu hari ini mengumumkan pengembangan rangkaian jualannya ke tiga negeri di Pantai Timur iaitu Pahang, Kelantan dan Terengganu.

Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communications, Wing K. Lee berkata, usaha tersebut bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk perkhidmatan Internet mudah alih di rantau ini.

"Rangkaian jualan Yes yang terdiri daripada 37 peruncit dan pengedar yang dilantik akan membantu meningkatkan penembusan jalur lebar di bandar-bandar dan kawasan terpencil di tiga negeri Pantai Timur itu.

"Selain bertujuan meningkatkan kesedaran dan permintaan untuk Internet, terutama kepada jalur lebar mudah alih berprestasi tinggi, pasaran di Pantai Timur adalah amat penting kepada kami.

"Kami lihat banyak potensi jika meluaskan perkhidmatan Internet kami di ketiga-tiga negeri itu," katanya dalam taklimat media sempena pelancaran Yes untuk pasaran Pantai Timur dan perasmian cawangannya di pusat beli-belah East Coast Mall, di sini.

Sementara itu, K. Lee berkata, sehingga ke hari ini, seramai 380,000 pelanggan telah menggunakan rangkaian Internet mudah alih syarikat tersebut sejak mula dilancarkan November tahun lalu.

"Daripada jumlah itu, sebanyak 86 peratus atau kira-kira 326,800 orang pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan Internet kami," katanya.

Beliau berkata, Yes sehingga kini telah mempunyai 2,000 buah menara telekomunikasi berbanding hanya 1,200 semasa ia dilancarkan.

"Sesuatu yang cukup hebat apabila Yes sehingga ke hari ini telah mencatatkan kira-kira tujuh juta minit panggilan suara, dua juta khidmat pesanan ringkas (SMS) dan 825 TeraBait (TB) data trafik," katanya.

Laman web Yes : http://www.yes.my/

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90