Top Ad 728x90

38 set tren EMU mula operasi Jun 2012


IPOH – Sebanyak 38 set tren Electric Multiple Unit (EMU) bernilai RM1.89 bilion, dijangka memulakan operasi perkhidmatan secara sepenuhnya pada Jun 2012.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, berkata, pembelian 38 set EMU itu, dilihat keperluan bagi meningkatkan kapasiti Kereta api Tanah Melayu (KTM) Komuter selain selaras dengan inisiatif kerajaan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk menambah baik pengangkutan awam.

Menurutnya, kerajaan menandatangani perjanjian dengan Zhuzhou Electric Locomotive Co. Ltd China pada 19 Mei 2010 berkaitan perolehan 38 set EMU terbabit.

“Melalui perolehan tersebut, KTMB dijangka mendapat meningkatkan kapasiti perkhidmatan KTM Komuter daripada 95,000 penumpang sehari kepada 150,000 hingga 200,000 penumpang pada 2012,” katanya selepas meninjau perkembangan Pengujian dan Pentauliahan set pertama T1, EMU, di Akademi Kereta api Malaysia, Batu Gajah, di sini semalam.

Beliau berkata, set pertama tren sampai dari China pada 22 September lalu dan kini melalui proses keperluan pengujian statik.

“Sementara bagi tren kedua sampai di Akademi Keretapi Batu Gajah pada 19 Oktober lalu, juga telah menjalani pengujian statik.

“Malah bagi pengujian dinamik perjalanan, ketika ini berada pada tahap lima peratus dan kedua-dua pengujian ini, dijangka selesai pada pertengahan bulan Disember 2011,” katanya.
Jelasnya, tren ketiga dan keempat ketika ini dalam perjalanan dari Pelabuhan Shanghai dan dijangka tiba di Pelabuhan Klang penghujung November ini.

“Manakala bagi set kelima dan keenam pula dalam perjalanan ke Pelabuhan Shanghai dan dijangka tiba sebelum penghujung Disember depan.

“Selain ini semuanya menjalani proses pengujian dan pentauliahan bagi memastikan tren diterima memenuhi spesifikasi teknikal dan keselamatan, sebelum diluluskan untuk beroperasi pada tahun hadapan,” katanya.

Cho Ha berkata, baki selebihnya akan dihantar secara berperingkat dan KTM Komuter dijangka menerimanya keseluruhan set EMU pada bulan Mei 2012.

- SINAR HARIAN

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90