Top Ad 728x90

Caltex Biodiesel B5 kini di 100 stesen servis


Pengguna produk biodiesel B5 yang dikendalikan Chevron Malaysia Limited (Chevron) kini boleh didapati di 100 stesen servis Caltex Wilayah Tengah termasuk Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.

Pengerusi Chevron Malaysia, Jeremy Oh berkata, Caltex Diesel (Bio) with Techron®D dihasilkan mengikut piawaian keutuhan produk paling ketat dalam proses pengadunan, penyimpanan dan pengendalian operasi terminal.

Jeremy berkata, langkah memperkenalkan biodiesel memerlukan usaha untuk menetapkan piawaian keutuhan produk yang lebih ketat bagi menangani ciri hidrofilik adunan biodiesel.

“Empat ujian awal dilakukan bagi memeriksa pencemaran semasa penerimaan Metil Ester Sawit B100 daripada pengeluar dan pemeriksaan harian bagi mengesan kehadiran air serta prosedur pengaliran air keluar khusus semasa penyimpanan.

“Kakitangan stesen Caltex telah dilatih untuk memastikan prosedur pengurusan biodiesel yang sewajarnya dilaksanakan sebagai keutuhan produk dan memberi keyakinan kepada pengguna,” katanya di majlis pelancaran B5 di Caltex Taman Kinrara, Puchong.

Majlis anjuran bersama Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia itu dirasmikan Timbalan Menterinya, Datuk Hamzah Zainudin.

Menurutnya, Caltex Diesel (Bio) with Techron®D memenuhi Spesifikasi Piawaian Malaysia bagi Minyak Diesel (MS123) dan PME Malaysia MS2008:2008 sebanding piawaian bio-bahan api Eropah (EN14214).

Katanya, Caltex B5 juga mengandungi bahan tambah Techron®D berasaskan teknologi serba canggih untuk mengawal enapan, membantu mengekalkan kebersihan penyuntik dan menyokong prestasi enjin optimum.

“Biodiesel B5 adalah adunan 95 peratus diesel berasaskan petroleum dan lima peratus metil ester sawit yang boleh digunakan dalam enjin diesel kenderaan biasa tanpa sebarang perubahan.,” katanya.

- SINAR HARIAN

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90