Top Ad 728x90

Guru Sekolah Agama Rakyat - SAR berpeluang ikuti kursus perguruan

Guru-guru di sekolah agama rakyat (SAR) berpeluang mengikuti kursus perguruan lepasan ijazah dan diploma di bawah Kementerian Pelajaran bermula awal tahun depan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia bagi membantu golongan tersebut untuk menambah pendapatan serta meningkatkan kemahiran dalam pengajaran.

Beliau berkata, bagaimanapun kurikulum untuk kursus tersebut perlu disusun terlebih dahulu oleh pihak kementerian agar ia selari dengan kehendak sistem pendidikan.

“Saya fikir kalau bersetuju awal tahun depan boleh mula, kita ada banyak tempat dan juga di Kelantan ada empat sekolah kita tempatkan pensyarah, tetapi yang penting kurikulum untuk kursus ini.

“Sekiranya pentadbir SAR bersetuju, kementerian akan turut memberi latihan kemahiran kepada guru-guru untuk meningkatkan kualiti pengajaran,” katanya pada sesi dialog bersama pendidik pada Majlis Perjumpaan Khas Bersama Timbalan Perdana Menteri di Pusat Dagangan Kelantan di Kota Bharu.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan yang diajukan oleh salah seorang pendidik yang meminta Kementerian Pelajaran memberi peluang kepada guru-guru SAR menyertai kursus lepasan ijazah dan diploma bagi meningkatkan gaji golongan tersebut yang kini di bawah RM2,000 sebulan.

- UTUSAN

1 Comment:

  1. alhamdulillah klo apa yang diperkatakan itu betul menjadi kenyataan...saya salah seorang guru sek agama rakyat yang mempunyai ijazah dr IPTA tempatan...gaji guru SAR mmg rendah sgt2...harap2 diberi peluang utk samb buat diploma pendidikan walaupun pihak pentadbiran SAR tidak bersetuju....

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90