Top Ad 728x90

,

Pesakit, kakitangan gempar sangka Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu terbakar

Gambar ehsan : Greenboc / TokoBakso

KUALA TERENGGANU - Pesakit, kakitangan dan orang ramai di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini gempar apabila hospital berkenaan diselubungi asap tebal selama kira-kira 30 minit semalam.

Kejadian itu yang berlaku kira-kira pukul 4 petang menyebabkan semua yang berada di dalam hospital berkenaan diarah keluar.

Seorang pengunjung hospital, Wan Hamidah Harun, 65, memberitahu, dia datang ke HSNZ untuk melawat anaknya yang baru sedar daripada koma akibat kemalangan jalan raya.

"Sewaktu di dalam wad, tiba-tiba asap tebal muncul dan jururawat arahkan saya segera bawa anak keluar dari bangunan hospital," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Jelasnya, selepas turun dari bangunan hospital berkenaan, barulah dia tahu bahawa asap tebal itu datang dari bangunan baharu yang sedang dibina terletak bersebelahan hospital itu.

- KOSMO!

1 Comment:

  1. hmmmm apa nak jadi ler pekerja kontrak....quality dah sampai tahap negatif dah....

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90