Top Ad 728x90

,

Terengganu tubuh akademi bola sepak tahun 2012

KUALA TERENGGANU: Sebuah akademi bola sepak akan ditubuhkan di Terengganu bagi melahirkan pemain berkualiti sekaligus meningkatkan mutu sukan popular itu di negara ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri Rozi Mamat berkata sebanyak RM1 juta diperuntukkan kerajaan negeri bagi tujuan itu.

"Nama sebenar akademi bola sepak ini akan diumumkan apabila majlis perasmiannya dibuat awal tahun depan," katanya kepada pemberita hari ini.

Akademi seumpamanya pernah diwujudkan di negeri ini dari 1995 hingga 2007 yang dinamakan Akademi Bolasepak FAM Terengganu dan berjaya melahirkan ramai pemain berkualiti seperti Shamsuri Mustapa, Haris Safwan Kamal, Zairo Anuar Zalani, Mohd Sharbinee Allawee, Muslim Ahmad dan Manaf Mamat.

Mengulas lanjut, Rozi berkata akademi itu bakal diletakkan di bawah Majlis Sukan Negeri Terengganu dan di peringkat permulaan, seramai 25 hingga 30 pemain bawah umur 21 tahun akan ditempatkan di akademi berkenaan serta dibimbing Cheku Marzuki Cheku Mohd Nor.

Beliau berkata perintis akademi akan dipilih menerusi pertandingan liga bawah 21 yang akan diadakan di setiap daerah di negeri itu.

- BERNAMA

1 Comment:

  1. Muhammad Najmi Bin Nor Affandi,,
    su berumur 18 tahun..adakah sy layak menyertai akademi bola sepak ini?
    sy amat meminati bola sepak dan sedang mencari akademi bola sepak agar sy dpt bermain utk kelab dan berjaya menjadi pemain yg diminati..

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90