CONTOH SOALAN EXAM / PEPERIKSAAN PTD 2014

Kepada calon yang akan menduduki peperiksaan PTD pada 1 November 2014
Daftar sekarang! --> http://jvsecurepay.com/access/116rg/28?camp_id=2264

Wang Bantuan Persekolahan RM100 Dibayar Serta Merta - Muhyiddin

on Friday, November 11, 2011


Bayaran bantuan persekolahan sebanyak RM100 kepada setiap pelajar di negara ini seperti yang diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2012, akan disalurkan kepada akaun sekolah masing-masing serta merta.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata bagi pelajar di Sabah dan Sarawak, bayaran akan dibuat selewat-lewatnya minggu depan.

Bagaimanapun bantuan persekolahan itu akan disalurkan kepada pelajar Tahun Satu hingga Tahun Lima, dan dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Empat bagi sesi persekolahan 2011.

Sementara pelajar Tahun Satu dan Tingkatan Satu sesi persekolahan 2012, pembayaran bantuan persekolahan akan dibayar pada Januari tahun depan bagi memastikan pelajar sudah mendaftar di sekolah masing-masing bagi memudahkan pembayaran, kata Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran.

"Bila (pelajar Tahun Satu dan Tingkatan Satu) sudah masuk sekolah, baru bayar. Kalau bayar awal, takut ada perubahan sekolah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis "Menteri Pelajaran bersama warga pensyarah dan pelajar matrikulasi Kolej Matrikulasi Selangor" di kolej itu di Kuala Langat, Khamis.

Muhyiddin berkata pembayaran bantuan itu dibuat terus kepada akaun sekolah masing-masing melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN), dan bagi sekolah yang tidak ada akaun BSN mereka bersetuju untuk buka akaun sementara.

Beliau berkata sekolah akan menguruskan pengagihan wang itu kepada ibu bapa atau pelajar. Katanya lebih lima juta pelajar akan menerima bantuan itu, termasuk 5,061,574 pelajar Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan dan 313,373 pelajar sekolah agama rakyat dan sekolah agama negeri.

Seramai 125,465 pelajar sekolah persendirian dan 32,235 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Maktab Tentera Diraja (MTD) akan menerima bantuan itu.

Muhyiddin berkata semua pelajar layak mendapat bantuan persekolahan RM100 seorang tanpa mengira latar belakang keluarga bagi membantu mengurangkan beban ibu bapa dalam membuat persiapan anak-anak mereka masuk sekolah.

Menyentuh mengenai elaun bulanan pelajar matrikulasi yang kini hanya RM250 sebulan, Muhyiddin berkata kerajaan sedang meneliti cadangan untuk menaikkan elaun tersebut.

Beliau berkata perkara itu telah dibincangkan, dan pada dasarnya sudah dipersetujui selepas mengambil kira kenaikan kos sara hidup pada masa kini.

"Kalau kita hendak ikut bayaran yang dibayar di sesetengah pra-sekolah lain iaitu kira-kira RM400 (dan) kita perlukan peruntukan sebanyak RM50 juta.

"Ini kita akan teliti kalaupun tidak naikan ke kadar yang sama tetapi kita akan tingkatkan (elaun) dan jumlahnya kita akan tetapkan tidak berapa lama lagi," katanya.

Ditanya mengenai jaminan pelajar lepasan matrikulasi mendapat tempat di universiti berikutan universiti juga mempunyai program pra-universitinya sendiri, Muhyiddin mengakui wujudnya persaingan kerana kewujudan program pra-universiti tidak dimaklumkan kepada Kementerian Pelajaran.

Beliau memberi jaminan untuk membincangkan perkara itu dengan Kementerian Pengajian Tinggi bagi memastikan perancangan lebih teliti dibuat dalam usaha memastikan lepasan matrikulasi mendapat tempat di universiti dan mendapat kursus yang diingini.

Muhyiddin dalam pada itu turut mengucapkan takziah kepada keluarga pelajar Malaysia, Adrian Jay Pereira yang maut akibat ditetak di luar rumah sewanya di Malang, Jawa Timur, Indonesia pada Isnin lepas.

Beliau berkata pihaknya telah meminta wakil Malaysia di Indonesia supaya mendesak pihak berkuasa Indonesia melakukan siasatan menyeluruh sehingga tertangkapnya penjenayah yang bertanggungjawab atas kematian pelajar itu.

Adrian, 23, mahasiswa Fakulti Perubatan, Universiti Brawijaya, Malang, Jawa Timur mati disebabkan luka parah pada leher sebelah kanan akibat ditetak dengan objek tajam oleh orang yang tidak dikenali.

Pekeliling dan Garis Panduan Bantuan Persekolahan RM100 : http://myadha.blogspot.com/2011/11/garis-panduan-bantuan-persekolahan.html

- BERNAMA
Ranking: 5

{ 2 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

Askum.Saya JUMLIANI MOHD. YUSUF adalah ibu kepada pelajar tingkatan 3 di SMK Jalan Apas Tawau, pada hari pengagihan wang bantuan saya hanya membawa mykad asal dan salinan sijil lahir dan mykad anak saya disebabkan anak saya sedang menjalani kursus dikuala lumpur dan dokumen asal dibawah bersama. Malangnya pihak sekolah tidak ingin menyerahkan wang bantuan dan meminta saya untuk mengemukakan saksi kenal untuk memastikan bahawa saya adalah benar-benar ibu kepada pelajar berkenaan dan meminta saya untuk berurusan dilain hari setelah anak saya pulang.Persoalan saya adalah apakah dengan hanya membawa mykad asal, ibu tidak layak untuk menuntut wang berkenaan.tk


Monday, December 12, 2011 at 4:05:00 PM GMT+8
Anonymous said...

askum,saya putriadiella adalah kakak kepada pelajar sekolah sk rpr kuching sarawak ingin bertanyakan soalan,menagapa bantuan rm100 untuk pelajar tahun 1 sesi 2012 belum lagi mendapat wang tersebut? sedangkan sudah nak masuk bulan 3.bila saya bertanya kepada pihak sekolah,pihak sekolah kata tunggu pihak pendidikan keluarkan arahan baru mereka dapat bayar wang rm100 itu.untuk pengetahuan pihak yang berkenaan,banyak golongan ibu bapa yang kurang berkemampuan.saya pun rasa kurang wajarlah jika wang tersebut lambat diagihkan memandangkan keadaan pendapatan keluarga yang kurang mampu.jika bantuan segera diagihkan..dapatlah ibu bapa pelajar membeli keperluan persekolahan anak-anak mereka.bilakah lagi ibubapa pelajar hendak memperoleh wang bantuan tersebut?minta pihak yang berkenaan beri jawapan dan respon dengan kadar segera kerana saya mewakili ibubapa pelajar sekolah ini.terima kasih.


Wednesday, February 15, 2012 at 1:51:00 PM GMT+8

Post a Comment

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© MY ADHA - Jawatan Kosong dan Info Pegawai Tadbir Diplomatik PTD | Hakcipta Terpelihara 2008 - 2014
D.I.Y Themes ByBelajar SEO