Top Ad 728x90

,

27,935 Pegawai Lantikan Kontrak, Sementara Berkhidmat Dalam Sektor Awam Persekutuan

Seramai 27,935 pegawai lantikan kontrak dan sementara sedang berkhidmat dalam perkhidmatan awam persekutuan sehingga 1 Disember tahun ini, persidangan Dewan Negara diberitahu pada Khamis.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata, faedah yang diterima oleh pegawai yang bertaraf kontrak adalah sama dengan skim perkhidmatan pegawai tetap merangkumi gaji, elaun serta ganjaran setelah pegawai memenuhi tempoh kontrak perkhidmatan ke satu ketika dan memberi perkhidmatan yang memuaskan.

"Pegawai lantikan kontrak juga diberikan kemudahan perubatan percuma di hospital dan klinik kerajaan semasa dalam tempoh perkhidmatan," katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Chiw Tiang Chai mengenai jumlah kakitangan kontrak, sambilan dan sementara dalam perkhidmatan awam.

Sementara itu, Liew berkata kerajaan tidak bercadang mengurangkan jumlah kakitangan awam sedia ada melalui penamatan atau pembuangan pekerja.

Bagaimanapun, beliau berkata saiz dan sumber manusia dalam sektor awam akan disusun untuk mencapai penggunaan tenaga yang optimum melalui pelaksanaan Dasar Perkhidmatan Awam.

Menurutnya tenaga kerja sedia ada akan digembleng melalui beberapa strategi termasuk kawalan saiz, semakan skim perkhidmatan, kajian pertindihan fungsi agensi, penjajaran fungsi utama perkhidmatan, peluasan perkhidmatan yang boleh dialih daya dan 'reengineering' proses kerja.

- BERNAMA

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90