Top Ad 728x90

,

Borang Permohonan Bantuan RM500 Rakyat 1Malaysia - BR1M dan Senarai Lokasi Menghantar Borang

Borang Permohonan Bantuan RM500 Rakyat 1Malaysia - BR1M dan Senarai Lokasi Menghantar Borang

Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M RM500 Nota : Borang hendaklah dicetak dengan cetakan yang baik di muka depan dan belakang (sehelai sahaja). Salinan Kad Pengenalan dan Salinan Slip / Penyata Gaji hendaklah disertakan bersama. Jika bekerja sendiri, tidak perlu slip gaji.



Mekanisma dan Syarat-Syarat Bantuan Rakyat RM500 1Malaysia BR1M

SENARAI LOKASI KAUNTER CAWANGAN BR1M UNTUK MENGAMBIL & MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN BANTUAN RM500 (MENGIKUT NEGERI)

http://www.treasury.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=2051&Itemid=160&lang=my

BIL
CAWANGAN
1.
Ibu Pejabat
2.
Johor
3.
Kedah
4.
Kelantan
5.
Melaka
6.
Negeri Sembilan
7.
Pahang
8.
Perak
9.
Perlis
10.
Pulau Pinang
11.
Sabah
12.
Sarawak
13.
Selangor
14.
Terengganu
15.
WP Labuan
16.
WP Kuala Lumpur

1. Syarat Permohonan
Syarat Asas:
  • Warganegara Malaysia
  • Isi rumah berpendapatan kasar RM3,000 dan ke bawah sebulan
2. Dokumen yang diperlukan
Dokumen wajib:
  • Borang Pendaftaran BR1M
  • Salinan MyKAD / Kad Polis / Kad Tentera
  • Salinan Gaji (jika berkenaan)
*Nota – Penerima bantuan e-Kasih layak menerima bantuan


2. Kelayakan dan Definisi Ketua Isi Rumah

Kelayakan:
Bantuan ini diberikan kepada ketua isi rumah atau ketua keluarga

Definisi ketua isi rumah:
- Adalah seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga.

Ini merangkumi individu yang:
  • Berkahwin; 
  • Ibu atau Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan;
  • Bujang yang mempunyai tanggungan; dan
  • Warga Emas sebatang kara
* Setiap anak yang berkahwin dikira satu isi rumah yang berlainan (walaupun tinggal serumah dengan ibu bapa) dengan syarat jumlah pendapatan suami isteri mesti RM3,000 dan ke bawah.
    Individu yang TIDAK LAYAK :
    • Bujang lelaki atau bujang wanita yang tidak mempunyai tanggungan (berseorangan)



      3. Ketua isi rumah yang berkerja sendiri juga adalah LAYAK untuk memohon walaupun tanpa slip gaji.


      Penjelasan mengenai pendapatan kasar isi rumah

      • Pendapatan kasar isi rumah merujuk kepada pendapatan suami, isteri dan tanggungan yang masih bujang dan bekerja yang tinggal serumah

      Dokumen-dokumen yang perlu dibawa bersama

      • Ketua isi rumah
      - Borang permohonan BR1M :
      - Salinan kad pengenalan pemohon
      - Slip gaji terkini (jika berkenaan)
      - Salinan kad pengenalan tanggungan (sama ada suami/ isteri/ anak)

      Tanggungan:
      • Kesemua dokumen di atas, perlu dikepilkan bersama borang permohonan bagi mempercepatkan proses dan mengelakkan sebarang kesulitan

      4. Kerajaan memutuskan, pendaftaran permohonan Bantuan Tunai RM500 dibuat mulai hari Sabtu, 10 Disember 2011 untuk tempoh satu bulan. Borang-borang pendaftaran boleh didapati secara percuma, di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta agensi-agensi Kerajaan.

      5. Borang yang lengkap di isi berserta salinan Kad Pengenalan hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat-pejabat cawangan LHDNM (senarai seperti di atas).

      6. Pembayaran Bantuan RM500 akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari 2012.

      7. Bantuan ini dijangka dapat memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah di negara ini. Pemberian ini melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM2.6 bilion. 

      Talian hotline: 1-800-222-500 (Bebas Tol)
      Waktu operasi: 9.00 pagi hingga 5.00 petang (hari bekerja)
      Emel: belanjawan2012@treasury.gov.my
      Laman Web: www.treasury.gov.my

      Bilik Operasi Bajet
      Aras 10, Blok Tengah
      Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia
      1-800-222-500 (Hotline)
      03-8882 3786 (Faks)

      Link Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) Cetak Emel

      Sumber : Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)

      Berita Terdahulu - Ketua Keluarga layak terima Bantuan RM500

       Berita Terdahulu - Permohonan Bantuan Rakyat RM500 kepada isirumah pendapatan bawah RM3,000 dibuka mulai Januari 2012

      17 Comment:

      1. Dari Nur.

        Kalau penganggur boleh apply tak??..Memang tak ada tanggungan tapi ada tanggungan hutang belajar :|

        Nak keje, nak keje.

        BalasPadam
      2. Bagi seorang OKU( ada kad oku) , Adakah beliau berkelayakan memohon walaupun gajinya mencapai RM 3000? Sekian , terima kasih! Kenapa warga OKU tidak tergolong dalam kategori dalam bantuan RM500? Sedangkan penerima e-kasih berkelayakan memohon/mendapat bantuan tersebut?

        BalasPadam
      3. tanbeechin - Tidak kira apa kategori pemohon samaada orang biasa atau OKU, syaratnya mesti jumlah pendapatan RM3,000 dan ke bawah. Itu paras pendapatan yang telah ditetapkan.

        BalasPadam
      4. Nur - Kalau bujang dan tiada tanggungan memang tak layak, walaupun tak bekerja.

        BalasPadam
      5. Nur Sarah Abd Rahim
        saya tidak bekerja,house wife.hanya suami sahaja yang bekerja.saya mempunyai seorang anak OKU.adakah saya/anak saya menerima bantuan rm500?

        BalasPadam
      6. Assalamualaikum...jika memenuhi syarat kelayakan,adakah wajib bagi penyerahan salinan tanggungan?kerana sesetengah tempat tidak memerlukannya,was-was permohonan tersebut ditolak.Sebagaimana syarat dokumen yg diperlukan di atas,terima kasih.

        BalasPadam
      7. kalau pendapatan isi rumah rm3200 (termasuk saya, ibu,bapa,suami) tetapi pendapatan suami dan bapa saya tidak tetap kerana bekerja sebagai kontraktor (jika ada kerja baru ada gaji jika tidak menganggur tunggu pekerjaan) adakah permohonan ini di pertimbangkan?
        tanggungan adik 2org ank 1 org..

        BalasPadam
      8. Puan Juliawati - Boleh. Bapa puan boleh buat permohonan dan suami puan boleh buat permohonan berasingan. Keluarga puan dan keluarga bapa dikira dua isirumah yang berbeza.

        BalasPadam
      9. FATIN IZZATI ABD AZIZ
        bila bole semak senarai orang yang dapat??

        BalasPadam
      10. Sabarlah. Baru saja tutup. Borang sedang diproses. Tunggu pengumuman di media. :)

        BalasPadam
      11. SEHARUSNYA PEMASTAUTIN TETAP YANG DAH LAMA TINGGAL DALAM NEGARA DAN PENDAPATAN KURANG DPD rm3000 SEISI RUMAH HARUS DIPERTIMBANGKAN UNTUK MENERIMA BANTUAN rm500 INI SEBAB MEREKA INI ADALAH GOLONGAN YANG TELAH BERTUNGKUS LUMUS MEMBANTU PERTUMBUHAN EKONOMI NEGARA DENGAN BEKERJA SEBAGAI PEKERJA SEKTOR LADANG,INDUSTRI DAN LAIN-LAIN PERKHIDMATAN KRITIKAL, ADA ANTARANYA TELAH BEKERJA SELAMA 35 TAHUN ATAU LEBIH.TIDAK ADA KEMUNGKINAN GOLONGAN MEREKA YANG SUDAH UZUR DAN TUA INI BALIK KE TANAH AIR MEREKA.(rajendran@klang)

        BalasPadam
      12. apa yang dimaksudkan dengan pendapatan kasar???adakah semua termasuk dengan OT skali??

        BalasPadam
      13. Pendapatan kasarr hanya gaji tetap dan imbuhan tetap yang dinyatakan di dalam slip gaji. Kerja lebih masa (OT) tidak termasuk.

        BalasPadam
      14. ROHANI AHMAD

        SAYA BELUM ISI BORANG MOHON BANTUAN RM500\ MASEH ADA LAGI KE NK MOHON ..BILA HABIS TEMPOH MINTA MOHON BANTUAN ITU....

        BalasPadam
      15. oo pendapatan kasar, gaji pokok campur semua elaun tetap la ye??sy ingat gaji pokok sahaja..

        BalasPadam
      16. pemastautin tetap layak menerima bantuan atau tidak ?

        BalasPadam
      17. Malar Begini Encik Mohd Adha. Saya sekarang ni duduk rumah jaga suami saya. Dia ditimpa kemalangan tahun lepas dan tidak dapat jalan sampai sekarang kerana kaki kanannya patah 4 tempat. Kami tahun lepas bulan 12 ada memohon tetapi telah direjectkan. Sekarang hanya saya sahaja memohon. Boleh tak suami saya pun memohon dengan melampirkan medical report. Ataupun ada tak cara lain untk mendapatkan dia bantuan itu. Sekian

        BalasPadam

      Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


      Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

      Top Ad 728x90