Top Ad 728x90

Keistimewaan air herba


Insiden melibatkan seorang ahli keluarganya menghidap masalah jantung menjadi pendorong kepada Prof. Datuk Badaruddin Nordin mencari ramuan mengubati penyakit itu menggunakan bahan berasaskan herba.

Meskipun pada mulanya dia buntu untuk mencari penyelesaian, namun usaha tanpa henti akhirnya 'memberikan cahaya di hujung terowong' selepas berjaya menghasilkan minuman kesihatan herba yang diproses secara organik.

Demikian liku-liku getir yang dilalui Badaruddin ketika menceritakan pengalamannya menghasilkan minuman tersebut.

Katanya, ahli keluarga terbabit perlu menjalani prosedur angioplasti dan ballooning tetapi gagal kerana saraf kecil untuk prosedur tersebut.

Selepas itu, keluarganya memilih mencuba kaedah alternatif terlebih dahulu sebelum membuat keputusan melakukan pembedahan.

Beliau mencuba ramuan herba dan menemui sejenis buah tempatan iaitu castella yang diproses menjadi minuman kesihatan dan membantu merawat pesakit terbabit.

"Kajian bermula tiga tahun lepas di salah sebuah universiti swasta tempatan sebelum diuji ke atas 300 pesakit untuk menentukan keberkesanannya.

"Pada peringkat permulaan, ramuan hanya dihasilkan secara mudah dan hanya menggunakan botol biasa untuk tujuan penyimpanan," katanya ketika ditemui.

Namun katanya, selepas hampir tiga tahun, ia berjaya menghasilkan ramuan tersebut yang diberi jenama Bio-Jantung (Bio-J) menggunakan buah castella sebagai bahan asas.

Ramuan tersebut katanya dihasilkan tanpa menggunakan sebarang bahan kimia dan buah castella menjadikan minuman herba itu berfungsi sebagai asid gallic yang membantu memecahkan kolesterol dan juga antioksidan.

"Ramuan tersebut membantu mereka yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi, sakit jantung, diabetes, kolesterol, strok, sumbatan jantung dan asma.

"Mereka yang mempunyai masalah sesak nafas dan mudah penat disyorkan mengambil air herba Bio-J itu dengan dos dua cawan kecil setiap pagi dan malam sebelum makan," katanya.

Bio-J telah dilancarkan pada tahun lepas yang mana Syarikat Top Professor Sdn. Bhd. bertindak sebagai penyelidik dan syarikatnya, Nasar Teguh Trading bertanggungjawab memasarkan produk berkenaan dalam dan luar negara.

Selepas kejayaan menghasilkan Bio-J itu, Badaruddin tidak menoleh ke belakang lagi dalam bidang penyelidikan herba tempatan.

Berdasarkan fakta ramai wanita menghidap fibroid atau endometrosis, beliau mencipta satu lagi minuman herba asli menggunakan buah kumango dan campuran herba tempatan.

Badaruddin menamakan minuman tersebut sebagai Bio-99.

Selain itu, beliau turut menghasilkan produk Bio-Prof dengan menggabungkan ramuan kedua-dua jenama tersebut dan telah menjalani ujian di universiti luar negeri.

Bio-Prof adalah produk terbaru yang dilancarkan dan diuji di Universiti Pittsburg serta Universiti Michigan. Amerika Syarikat sebagai pemegang harta intelek bersama yang mana fungsinya untuk membantu mereka yang menghadapi masalah kanser pankreas, ovari , prostat dan menyekat kuman kanser dari merebak.

Dengan kejayaan tersebut, Badaruddin telah dilantik sebagai ahli Majlis Herba Negara (MHN) oleh Menteri Pertanian dan Asas Tani , Datuk Seri Noh Omar.

Tempahan dihantar ke pintu rumah

Dengan kemampuan pengeluaran antara 2,000 dan 3,000 botol bagi setiap jenama, minuman herba tersebut memerlukan tempahan awal untuk memilikinya.

Produk jenama Bio-J dipasarkan dengan harga RM100 sebotol, Bio -99 yang bersaiz 750 mililiter dijual pada harga RM120 sebotol dan Bio-Prof pula dijual dengan harga RM90 sebotol.

Buat masa ini, produk yang ditempah akan dihantar ke rumah secara terus dan keselamatannya terjamin apabila botol yang pecah akan diganti kerana dilindungi insurans.

Badaruddin berkata, beliau berharap produk yang dihasilkan mampu memberi manfaat kepada penggunanya.

Meskipun masih baru dalam pasaran tetapi bakal disenaraikan bersama 10 herba tempatan lain untuk dibangunkan oleh Majlis Herba Negara Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Nasar Teguh Trading juga menawarkan perkhidmatan perundingan dalam bidang pembangunan herba tempatan bagi membantu usahawan usahawan tempatan yang berminat dalam industri herba yang semakin rancak ketika ini.

Selain itu, syarikat terbabit juga berhasrat mengadakan seminar kesihatan dengan mana-mana pihak yang mengutamakan gaya hidup sihat, dan amalan pemakanan yang baik .

Mereka yang berminat untuk membuat tempahan atau menjadi stokis boleh melayari www.biojantung.com atau www.topprofessor.com.my dan menghubunginya di talian 019-6356111 atau Saiful 012-2725545 dan Waridin 017-2416036.

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90