CONTOH SOALAN EXAM / PEPERIKSAAN PTD 2014

Kepada calon yang akan menduduki peperiksaan PTD pada 1 November 2014
Daftar sekarang! --> http://jvsecurepay.com/access/116rg/28?camp_id=2264

Klinik kesihatan kerajaan dibuka pada waktu malam

on Monday, December 19, 2011

KUALA LUMPUR 18 Dis. - Kementerian Kesihatan memanjangkan waktu perkhidmatan 60 klinik kesihatan di kawasan bandar sehingga pukul 9.30 malam untuk memudahkan pesakit mendapat rawatan selepas waktu pejabat.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, langkah itu diambil bagi memastikan pesakit tidak perlu menunggu lebih lama bagi mendapatkan rawatan.

"Tujuan utama langkah ini diambil ekoran masa menunggu bagi kes-kes kecil di unit kecemasan semakin meningkat kerana pihak hospital memberi keutamaan terhadap mangsa trauma dan serangan sakit jantung.

"Selain memanjang waktu rawatan, kita juga akan menambah sumber manusia iaitu pegawai perubatan dan sokongan supaya ia sejajar dengan jumlah pesakit di setiap klinik kesihatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Ampang Sihat 2011 di sini, hari ini.

Hadir sama Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr. Azman Abu Bakar; Pengarah Hospital Ampang, Datin Dr. Aishah Ahmad Makinuddin dan Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Hospital Ampang, Aziz Md. Derus.

Karnival Ampang Sihat 2011 itu dianjurkan bagi memberi kesedaran mengenai penjagaan kesihatan, selain menggalakkan orang ramai supaya melakukan pemeriksaan kesihatan dengan kerap.

Tambah Tiong Lai, klinik-klinik swasta juga akan mengambil langkah memberi perkhidmatan pada waktu makan tengah hari iaitu dari pukul 1 hingga 2 petang.

"Kita telah berbincang dan bersetuju untuk melanjutkan juga tempoh perkhidmatan klinik-klinik swasta seluruh negara supaya pesakit mendapat rawatan yang sewajarnya," ujar beliau.

- UTUSAN
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© MY ADHA - Jawatan Kosong dan Info Pegawai Tadbir Diplomatik PTD | Hakcipta Terpelihara 2008 - 2014
D.I.Y Themes ByBelajar SEO