Iklan Pengambilan Graduan Untuk Berkhidmat Sebagai Pegawai Angkatan Tentera Malaysia ATM 2012



ANGKATAN TENTERA MALAYSIA
PENGAMBILAN GRADUAN UNTUK BERKHIDMAT DALAM
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

1. Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempelawa graduan warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk berkhidmat sebagai pegawai dalam Perkhidmatan Tentera Darat (TDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).


SEKSYEN A - SYARAT KELAYAKAN AM

2. Jantina:
a. Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM) – Lelaki sahaja
b. Perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) – Lelaki dan wanita

3. Umur:
Tidak melebihi 27 tahun pada 1 Mac 2012.

4. Fizikal:
a. Tinggi minimum: 1.62m (Lelaki)/ 1.57m (Wanita).
b. Berat minimum: 47.5 kg (Lelaki)/ 45.0 kg (Wanita).
c. Ukuran dada minimum (Lelaki sahaja): 76sm.
d. Body Mass Index (BMI) 18.0 hingga 23.0.

5. Taraf Kesihatan: Tahap penglihatan ialah 6/6 tanpa kaca mata  dan kanta lekap. Calon-calon mesti lulus pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan ATM iaitu memenuhi taraf Darjah Kesihatan Tubuh (DKT – Forward Everywhere (FE).

6. Kriteria Pemilihan: Proses pemilihan adalah berdasarkan kepada merit Kelayakkan Akademik, Ujian Kepimpinan, Ujian Fizikal dan Prestasi Temuduga. Kecemerlangan dalam bidang sukan akan diberi keutamaan.


SEKSYEN B – SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK

7. Kelayakan Akademik:
a. Lulus SPM ATAU kelayakan setaraf dengan mendapat Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan), Bahasa Inggeris dan Matematik.

b. Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dan memperolehi keputusan Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) 2.70 ke atas dan memiliki kelulusan di dalam jurusan yang diperlukan seperti berikut:
(1) Tentera Darat Malaysia
(a) Kejuruteraan dan Arkitek
i. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Petroleum (Kepujian)
ii. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Ukur & Geomatik (Kepujian)
iii. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Persekitaran (Kepujian)
iv. Ijazah Sarjana Muda Senibina (Kepujian)
v. Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan (Kepujian)

(b) Pengurusan Dan Perniagaan
i. Ijazah Sarjana Muda Kesihatan dan Keselamatan Persekitaran (Kepujian)
ii. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian)
iii. Ijazah Sarjana Muda Kewangan (Kepujian)
iv. Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Mass (Perhubungan Awam) (Kepujian)
v. Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hotel & Katering (Kepujian)
vi. Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Perkhidmatan Makanan
vii. Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Seni Kulinari
viii. Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hartanah (Kepujian)
ix. Ijazah Sarjana Muda Knowledge Management (Kepujian)
x. Ijazah Sarjana Muda Facilities Management (Kepujian)
xi. Ijazah Sarjana Muda Pengangkutan (Kepujian)
xii. Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Kerja Sosial (Kepujian) Kajian Jenayah

(c) Sains Sosial Dan Kemanusiaan
i. Ijazah Sarjana Muda Perhubungan Dasar Luar Negara (Kepujian)
ii. Ijazah Sarjana Muda Psikologi & Kaunseling (Kepujian)
iii. Ijazah Sarjana Muda Sains Politik (Kepujian)

(d) Lain-lain Jurusan
i. Ijazah Sarjana Muda Sains Statistik (Kepujian)
ii. Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian)
iii. Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Remote Sensing
ix. Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Kepujian)
v. Ijazah Sarjana Muda Pendidikan TESL/TESOL (Kepujian)
vi. Ijazah Sarjana Muda Bahasa Asing (Jepun/Arab/Perancis/Rusia/Sepanyol) (Kepujian)
vii. Ijazah Sarjana Muda Digital Forensic (Kepujian)
viii. Ijazah Sarjana Muda Veteriner (Kepujian)

(2) Tentera Laut Diraja Malaysia
(a) Ijazah Sarjana Muda Senibina (Kepujian) Kapal
(b) Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Aktuari
(c) Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang(Kepujian)
(d) Ijazah Sarjana Muda Seni Muzik (Kepujian)
(e) Ijazah Sarjana Muda Kejurteraan (Kepujian) Teknologi Minyak dan Petroleum
(f) Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Teknologi Tekstil/Senireka Tekstil


8. Pengesahan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) : Calon-calon yang memiliki Ijazah dari Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan dan luar negara perlu mendapatkan pengesahan pengiktirafan dari JPA melalui Laman Web JPA - www.jpa.gov.my


SEKSYEN C – PERLANTIKAN DAN PENTAULIAHAN

9. Perlantikan. Calon-calon yang berjaya terpilih akan dilantik sebagai Pegawai Kadet untuk menjalani pengajian ketenteraan.

10. Pentauliahan. Pegawai Kadet yang berjaya lulus dengan cemerlang dalam pengajian ketenteraan akan dianugerahkan Tauliah Jangka Pendek (TJP) dengan menyandang pangkat Leftenan Muda (Lt Muda) atau setaraf setelah diperkenan oleh SPB Yang Di Pertuan Agong.

11. Gaji. Berdasarkan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA - ATM) yang sedang berkuatkuasa.


CARA PERMOHONAN

12. Dokumen Diperlukan. Tiada borang khusus disediakan untuk tujuan permohonan. Permohonan boleh dibuat dengan menyertakan dengan salinan dokumen-dokumen seperti berikut:
a. Profil peribadi (resume) beserta nombor telefon dan alamat e-mail yang boleh dihubungi.
b. Salinan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang yang ditawarkan.
c. Salinan Transkrip Akademik.
d. Salinan Sijil SPM/SPMV.
e. Salinan Kad Pengenalan Pemohon, Ibu dan bapa.
f.  Salinan Sijil Berhenti Sekolah.
g. Salinan Sijil Kelahiran Pemohon, Ibu dan bapa.
h. Salinan Sijil Sukan dan Ko-kurikulum.
i. Surat Pengesahan JPA (sekiranya berkaitan).
j. Sekeping gambar berukuran pasport.
k. Sampul surat Pos Ekspres berukuran 229mm x 162mm, beralamat sendiri.

13. Alamat. Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat:

Markas Angkatan Tentera Malaysia
Bahagian Perkhidmatan Anggota
Cawangan Tenaga Kerja
Kementerian Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR
(Untuk Perhatian: Sel C)

ATAU

Datang sendiri ke Cawangan Tenaga Kerja, Bahagian Perkhidmatan Anggota, Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur dengan membawa salinan dokumen–dokumen seperti di atas. Calon-calon juga boleh memohon melalui laman web www.jobsmalaysia.gov.my atau www.jobsperak.com

14. Maklumat Permohonan: Sila berhubung dengan pegawai pemilih seperti berikut:

  1. Mej Abdul Hamid bin Maarus - 03-20712382
  2. Kapt Ezril Redzuan bin Hj Zainudin TUDM – 03-20714526
Kapt Ridzuan bin Abdullah - 03-20714524
            Kapt Mohd Izham bin Ahmad Rashidi – 03-20712387
  1. Kaunter Pertanyaan dan Penyerahan Borang: 03-20712391
  2. Talian Bebas Tol : 1-800-88-7588
  3. Nombor Faks: 03-26985340 ,03-26986235
  4. Email: ctk.mtk@ mod.gov.my

15. Tarikh Tutup Permohonan : 31 Januari 2012


Maklumat Penting:
Pemohon tidak perlu mengisi sebarang borang permohonan untuk jawatan di atas. Hanya calon-calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk ujian dan temuduga di pusat pemilihan yang ditetapkan. Mereka yang tidak menerima sebarang surat tawaran setelah DUA (2) MINGGU dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.


6 comments.. read them below or add one

AnonymousAnonymous 26 January, 2012
salam..sy nk tnye,bg graduan wanita,adakah perlu menjalani training seperti anggota2 atm sblm ni..
MOHD. ADHA MOHD. ZAIN MOHD. ADHA MOHD. ZAIN 26 January, 2012
W'salam. Semua anggota akan menjalani training.
AnonymousAnonymous 27 January, 2012
berapa gaji basic pegawai graduan utk skim sbpa?
zulkarnai is an Army Personel.( Aree Bihunsup Ex Service ) zulkarnai is an Army Personel.( Aree Bihunsup Ex Service ) 18 May, 2012
zaman dah berubah.pegawai graduan skrg ni sqndang Lt Muda ja tapi gaji tinggi, inillah anjakan paradigma dlm ATM dan saya setuju sangat agar mereka di dedah dari peringkat Satu pip then baru naik step demi step.
tak macam dulu terus Kapt maka kurang la ilmu ketenteraan?

Syabas ATM
AnonymousAnonymous 16 July, 2012
Assalamualaikum..jika graduan yang ingin memohon masuk ATM namun ijazah yang dimiliki tidak tersenarai seperti senarai yang ada di atas.adakah kemungkinan untuk permohonan beliau diterima?
M!ss CoO1 M!ss CoO1 24 October, 2012
Assalammualaikum.. nk tnya, bila ada pengambilan bagi sesi 2013? dan klu just ada diploma dlm bidang sistem maklumat lyk tak memohon sebagai pegawai tentera darat??
klu layak akn di tauliah pangkat ape ye??
klu tak layak plak nk msuk skim mne ye tuk diploma?? graduan? kadet? atau prajurit muda?
terima kasih

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Tawaran Istimewa E-Book

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan lebih 1,000 buah Koleksi E-book pelbagai topik dengan hanya RM20.00 sahaja. WhatsApp "E-BOOK RM20" ke: 0139790000

lihat tawaran