Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon anak Negeri Selangor yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut:
1. Eksekutif Kewangan - Gred 41
2. Eksekutif Pentadbiran - Gred 41
3. Pembantu Eksekutif Perancang Tanah - Gred 17
4. Pembantu Eksekutif Teknologi Maklumat - Gred 17
CARA MEMOHON:
| 1) | Permohonan hendaklah menggunakan Borang BR.PWS BP (SM) /11/2011 yang boleh didapati di laman web, www.wakafselangor.gov.my mulai 16 Januari 2012. | |||||
| 2) | Penggunaan satu (1) borang permohonan hanya untuk satu (1) jawatan sahaja. | |||||
| 3) | Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan melampirkan Rekod Perkhidmatan Pegawai dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini. | |||||
| 4) | Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar dalam sampul surat dan ditulis nama jawatan yang dipohon di sebelah kiri bahagian atas sampul surat. | |||||
| 5) | Permohonan hendaklah sampai ke alamat berikut: | |||||
| PERBADANAN WAKAF SELANGOR (PWS), MAIS Tingkat 10, Menara Selatan, Bangunan Sultan Idris Shah, 40000 Shah Alam, Selangor. No. Tel : 03-5514 3759/3758 | ||||||
Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Januari 2012.







{ 2 comments... read them below or add one }
salam..jawatan ni untuk anak selangor sahaja ke?negeri lain tp bermastautin di selangor layak x pohon
W'salam. Memang untuk anak negeri Selangor sahaja atau jika ibu atau bapa berasal dari Selangor.
Post a Comment
Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.