Top Ad 728x90

Warga Malaysia Kahwin Warga Asing Harus Daftar Perkahwinan Dengan JPN

Warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga asing harus mendaftarkan status perkahwinan mereka supaya anak mereka mendapat status kewarganegaraan, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Lee Chee Leong.

Katanya menurut statistik perkahwinan yang didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), lebih daripada 10 peratus perkahwinan berdaftar melibatkan perkahwinan dengan warga asing.

Bercakap kepada pemberita selepas menyerahkan sijil kewarganegaraan kepada seorang pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Hwa, Jonathan Loo Shon Sheuan, 15, di sini hari ini, beliau berkata statistik itu menunjukkan setiap 10 perkahwinan berdaftar, terdapat lebih daripada satu pasangan melibatkan warga asing.

"Antara warga negara asing yang banyak berkahwin dengan warga tempatan termasuklah dari Vietnam, Indonesia dan China," katanya.

Beliau berkata sekiranya perkahwinan itu tidak berdaftar atau anak dilahirkan sebelum pendaftaran perkahwinan, anak yang dilahirkan itu akan mengikut kewarganegaraan ibu.

Sementara itu, datuk kepada Jonathan, Loo Choon Seng, 72, berkata cucunya dilahirkan di Malaysia sebelum pendaftaran perkahwinan anaknya dan ini menyebabkan dia tidak dapat mendaftar sebagai pemilik Mykad.

Loo berkata anaknya berkahwin dengan seorang wanita warga Indonesia namun selepas cucunya berusia enam bulan baru mereka mendaftarkan perkahwinan.

"Kami telah membuat pemohonan Mykad sejak tiga tahun yang lalu namun disebabkan status kewarganegaraan adalah mengikut ibu, cucu tidak dapat berdaftar sebagai pemilik Mykad.

"Saya amat berterima kasih kepada kerajaan hari kerana meluluskan pemohonan cucunya saya sebagai warganegara Malaysia untuk membolehkannya memohon Mykad," katanya.

- BERNAMA

14 Comment:

  1. saya ada pertanyaan....saya lelaki warganegara malaysia nk perkahwinan dengan orang indonesi...jadi saya nak macam-mana urus kan hal ni atau di mana jabatan ?

    BalasPadam
  2. Buat pendaftaran dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Jika orang Islam, perlu juga pergi ke Jabatan Agama Negeri.

    BalasPadam
  3. Nama sy muhd nazirruddin b ahmad nak tnya apa dukumen yg perlu di ambik utk ber khawin dngan wanita warga asing..

    BalasPadam
  4. nama saya lam jun chong , warganegara malaysia.. di sini saya ingin tanya bahawa bolehkah saya berkhawin dengan gadis orang indonesia yang beragama islam? sesunggu pun saya beragama christian ?

    BalasPadam
  5. tumpang tanya. berapakah bayaran akan dikenakan kalau berkahwin dengan warga asing? seperti filipino.

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum saya nurul warganegara Malaysia beragama islam dan pasangan saya bangsa nepal bukan islam. .apakah prosedur yang harus kita orang buat..tengah buntu

    BalasPadam
  7. salam mekom dan salam 1 malaysia. saya sharifa aminah bt. mohammad cik saya nak tanya jika saya berkahwin dgn warga pilipina boleh ka saya menjamin dia dan boleh ka dia mendapat mykad atau IC merah, ?? apakah caranya tolong cik??

    BalasPadam
  8. assalamualaikum,,,
    sy ingin bertanya,,,
    sy lelaki warga asing ingin berkahwin dengan wanita PR malaysia,,,
    apakah syarat2 yang harus sy penuhi,,????

    BalasPadam
  9. assalamualaikum,,
    sy ingin bertanya,,,,
    sy lelaki warga asing ingin berkahwin dengan wanita berstatus PR malaysia,,,
    apakah syarat2 yang harus sy penuhi????
    terimakasih,,,

    BalasPadam
  10. Saya warganegara malaysia sudah berkahwin dengan warganegara india.bagaimanaka cara nak berdaftar perkahwinan kami di malaysia

    BalasPadam
  11. Salam saya warga malaysia mahu berkahwin dengan wanita warga indonesia apakah syarat,prosuder dan adakah perlu krusus kahwin untuk wanita tersebut?

    BalasPadam
  12. Entahlah, pengalaman saya dah empat tahun nikah tak pernah daftar kat JPN,namun bila anak pertama dah lahir,pihak hospital ada memberi satu sampul surat tertera urusan baginda tak silap saya, agaknya dalam sampul surat besar itulah 2 in 1 kot.daftar nikah? dan daftar kelahiran anak sekali.Allahualam.untuk pengetahuan, istri saya warga filipina,anak mendapat taraf warganegara, like father like son.hehe

    BalasPadam
  13. Ramai betul yg nk kahwin tapi tak tahu prosedur yg betul...sbgai seorg pegawai awam yg bekerja disesebuah kementerian eloklah sy bg sedikit panduan...untuk berkahwin dgn warga negara asing terlebih dahulu tuan/puan perlu ke jabatan imigresen untuk mendapatkn kebenaran berkahwin dan status dokumen perjalanan pasangan anda.jika memegang pas kerja sementara perlulah buat pembatalan dahulu kerana berkshwin mggunakan pas kerja adalah satu kesalahan di malaysia dan boleh disenarai hitam dan diusir kenegara asal....itu lgkah pertama sblum ke JPN ataupun jab.agama..

    BalasPadam
  14. salam..saya ainn..saya warganegara Malaysia pasangan saya warga Indonesia dan msih pakai permit kerja,kita nak kahwin tapi tak tahu prosedur macamana tapi sekarang dah ada anak seorang umut 3 tahun,apa perlu kita kahwin dulu di Indonesia dan batalkan permit kerja nya dulu..saya pun tak pasti banyak info yang dibaca.boleh bagitahu macamana sebetulnya?

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90