Top Ad 728x90

Kalendar Aktiviti & Peristiwa Penting Bulan Februari 2012

by

Temuduga Terbuka Jawatan Pekerja Sambilan Harian di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pada 29 Feb & 1 Mac 2012

by
TEMUDUGA TERBUKA JAWATAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH) STPM/DIPLOMA DI PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI  NASIONAL (PTPTN)

Sukacita dimaklumkan bahawa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), mempelawa permohonan daripada WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan untuk menghadiri temuduga terbuka jawatan Pekerja Sambilan Harian (PSH) STPM/ Diploma  yang akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat berikut :

TARIKH/HARI WAKTU TEMUDUGA TEMPAT TEMUDUGA

29 Februari 2012

dan

1 Mac 2012

(Rabu dan Khamis)
Waktu pendaftaran untuk sesi temuduga
 terbuka bermula jam 8.30 pagi – 1.00 tengah hari sahaja

Sesi I (Pagi)

9.00 pagi hingga 1.00 petang

Sesi II (Petang)
2.30 petang hingga 5.30 petang
Dewan Besar, Tingkat 3A,
PTPTN,
Wisma Chase Perdana,
Off Jalan Semantan,
Damansara Heights,
50490 Kuala Lumpur

Iklan Jawatan / Syarat-syarat Lantikan : klik sini
Borang permohonan jawatan : klik sini
Calon adalah diminta untuk membawa bersama borang permohonan yang telah diisi, dokumen sokongan asal dan salinan dokumen sokongan (yang telah disahkan) pada hari temuduga yang ingin dihadiri.

Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar terbaru berukuran pasport dan semua salinan sijil dan dokumen yang telah disahkan hendaklah disusun mengikut susunan berikut :

1)       Salinan Kad Pengenalan pemohon
2)       Salinan Surat Beranak pemohon
3)       Salinan STPM/STAM/SPM/PMR atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
4)       Salinan Ijazah berserta transkrip
5)       Lain-lain dokumen sokongan
6)       Pengiktirafan kelayakan Ijazah/Diploma/Sijil daripada JPA (sekiranya pemohon adalah lepasan IPTS)

http://www.ptptn.gov.my/web/guest/anjung/jawatan-kosong

Jawatan Kosong di Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) - Mac 2012

by
JAWATAN:
1. PEGAWAI EHWAL EKONOMI
2. PEGAWAI TADBIR
3. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
4. AKAUNTAN
5. JURUAUDIT
6. PEGAWAI UNDANG-UNDANG
7. PENOLONG PEGAWAI EHWAL EKONOMI
8. PENOLONG PEGAWAI TADBIR
9. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
10. PEMBANTU EHWAL EKONOMI
11. PEMBANTU OPERASI (KEWANGAN)
12. JURUTEKNIK KOMPUTER

IKLAN JAWATAN
http://www.mtib.gov.my/index.php?option=com_phocadownload&view=category&id=15&download=565&lang=en

BORANG PERMOHONAN
http://www.mtib.gov.my/repository/BKP/MTIB_BORANG_MOHON_JAWATAN_KOSONG.doc

Tarikh Tutup : 12 Mac 2012

Jawatan Kosong di Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) - Mac 2012

by
JAWATAN:
1. PENOLONG PEGAWAI EHWAL EKONOMI
2. PEMBANTU JURUAUDIT
3. JURUTEKNIK KOMPUTER
4. JURUTEKNIK
5. JURUUKUR BAHAN
6. JURUAUDIT
7. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN)
8. PEMBANTU AKAUNTAN
9. PEMBANTU EHWAL EKONOMI

IKLAN JAWATAN & BORAN PERMOHONAN ONLINE
http://epengambilan.lkim.gov.my/

Tarikh Tutup : 12 Mac 2012

Jawatan Kosong di Lembaga Getah Malaysia (LGM) - Mac 2012

by
JAWATAN:
1. PEGAWAI PENYELIDIK
2. PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA
3. PENOLONG PEGAWAI TADBIR
4. PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK
5. PENOLONG AKAUNTAN
6. JURUTEKNIK
7. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)
8. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT
9. PEMBANTU PENYELIDIK
10. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN)
11. PEMBANTU OPERASI

IKLAN JAWATAN
http://www.lgm.gov.my/whatsnew/IklanJawatanKosong_2012_02.pdf

BORANG PERMOHONAN ONLINE
http://www3.lgm.gov.my/RIIS2/vacancy/Login.aspx

Tarikh Tutup : 10 Mac 2012

Jawatan Kosong di Universiti Malaya (UM) - Mac 2012

by
JAWATAN:
1. PEGAWAI PSIKOLOGI S41
2. PEGAWAI TADBIR N41
3. PUSTAKAWAN S41
4. JURUTEKNIK J17
5. PEMBANTU KESELAMATAN KP17
6. PENGAWAL KESELAMATAN KP11
7. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK R17
8. PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN KP27
9. PENOLONG PEGAWAI SAINS C27
10. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27

IKLAN JAWATAN & BORANG PERMOHONAN ONLINE
http://e-recruitment.um.edu.my/bm_jawatankosong.php?PHPSESSID=il6jbj9535t730ua90267rbdj7

Tarikh Tutup : 5 Mac 2012

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Nilai, Negeri Sembilan (MPN) - Mac 2012

by
JAWATAN:
1. Pegawai Undang-Undang Gred L1-1
2. Juruteknik Mekanikal Gred JA3-1
3. Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) (Pengawas) Gred N4-1
4. Pembantu Operasi Gred N5-1
5. Pembantu Kemahiran (Elektrik) Gred H4-1
6. Pembantu Awam Gred H5-1

IKLAN JAWATAN & BORANG PERMOHONAN
http://www.mpn.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=e9564f07-23d5-4df5-8c66-0604703354cc&groupId=70726

Tarikh Tutup : 5 Mac 2012

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Padang Terap, Kedah (MDPT) - Mac 2012

by
JAWATAN:
1. Penolong Pegawai Undang – Undang
2. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
3. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
4. Pembantu Awam
5. Pembantu Operasi
6. Juruteknik
7. Juruteknik Perancangan Bandar dan Wilayah
8. Pembantu Kesihatan Awam
9. Pembantu Penguatkuasa

IKLAN JAWATAN
http://www.mdptk.gov.my/html/themes/download/IKLAN%20JAWATAN%20KOSONG%20SBPA%202.pdf

BORANG PERMOHONAN
http://www.mdptk.gov.my/html/themes/download/Borang%20Jawatan%20Kosong%20MDPT.pdf

Tarikh Tutup : 15 Mac 2012 

Jawatan Kosong di Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) - Mac 2012

by
Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk berkhidmat di PERHEBAT sebagai :-

JAWATAN :

1. Pengajar Jurubina Bangunan – Gred 19P (2 Kekosongan)

2. Pengajar Perabot – Gred 19P (1 Kekosongan)

3. Pengajar Kimpalan – Gred 19P (1 Kekosongan)

4. Pengajar Elektrik & Elektronik Industri – Gred 19P (1 Kekosongan)

5. Tukang Kadar (Seksyen Jahitan) – Gred 12 (1 Kekosongan)

6. Pegawai Kerani – Gred 12 (2 Kekosongan)

7. Tukang Masak – Gred 12 (3 Kekosongan)

8. Pekerja Rendah Awam – Gred 4 (2 Kekosongan)

9. Pembantu Am Rendah – Gred 4 (1 Kekosongan)

GAJI :

1.


Pengajar




Gred 19P : RM1,851.49 – RM4,862.05

2.




Tukang Kadar/ Pegawai Kerani/ Tukang Masak


Gred 12 : RM1,277.54 – RM2,888.34



3.


Pekerja Rendah Awam


Gred 4 : RM1,095.30 – RM1,735.62



4.




Pembantu Am Rendah




Gred 4 : RM1,078.44 – RM1,836.73



KELAYAKAN

1. JAWATAN 1 (Pengajar Jurubina Bangunan) :

i. Mempunyai sekurang-kurangnya Diploma dalam bidang Binaan Bangunan dari mana-mana Universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau

ii. Diploma Kemahiran Malaysia dalam bidang berkenaan dari mana-mana Institusi Latihan Tempatan yang diiktiraf oleh kerajaan; atau

iii. Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) sekurang-kurangnya Tahap 3 dalam bidang Jurubina Bangunan;

iv. Mempunyai sijil mengajar CIAST/ sijil VTO / sijil Induksi PP/PPD (JPK) adalah satu kelebihan;

v. Mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman bekerja dan mengajar di industri berkaitan atau institusi latihan; dan

vi. Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dalam Bahasa Malaysia (lisan dan tulisan) di semua peringkat.

UMUR : Calon mestilah berumur melebihi 25 tahun mulai tarikh tutup iklan.

TARAF JAWATAN : Kontrak



2. JAWATAN 2 (Pengajar Perabot) :

i. Mempunyai sekurang-kurangnya Diploma dalam bidang Pembuatan Perabot dari mana-mana Universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau

ii. Diploma Kemahiran Malaysia dalam bidang berkenaan dari mana-mana Institusi Latihan Tempatan yang diiktiraf oleh kerajaan; atau

iii. Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) sekurang-kurangnya Tahap 3 dalam bidang Pembuat Perabot;

iv. Mempunyai sijil mengajar CIAST/ sijil VTO / sijil Induksi PP/PPD (JPK) adalah satu kelebihan;

v. Mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman bekerja dan mengajar di industri berkaitan atau institusi latihan; dan

vi. Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dalam Bahasa Malaysia (lisan dan tulisan) di semua peringkat.

UMUR : Calon mestilah berumur melebihi 25 tahun mulai tarikh tutup iklan.

TARAF JAWATAN : Kontrak



3. JAWATAN 3 (Pengajar Kimpalan) :

i. Mempunyai sekurang-kurangnya Diploma dalam bidang Kimpalan dari mana-mana Universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau

ii. Diploma Kemahiran Malaysia dalam bidang berkenaan dari mana-mana Institusi Latihan Tempatan yang diiktiraf oleh kerajaan; atau

iii. Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) sekurang-kurangnya Tahap 3 dalam bidang Kimpalan;

iv. Mempunyai sijil mengajar CIAST/ sijil VTO / sijil Induksi PP/PPD (JPK) adalah satu kelebihan;

v. Mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman bekerja dan mengajar di industri berkaitan atau institusi latihan; dan

vi. Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dalam Bahasa Malaysia (lisan dan tulisan) di semua peringkat.

UMUR : Calon mestilah berumur melebihi 25 tahun mulai tarikh tutup iklan.

TARAF JAWATAN : Kontrak



4. JAWATAN 4 (Pengajar Elektrik & Elektronik Industri):



i. Mempunyai sekurang-kurangnya Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dari Universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau

ii. Diploma Kemahiran Malaysia dalam bidang berkenaan dari mana-mana Institusi Latihan Tempatan yang diiktiraf oleh kerajaan; atau

iii. Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) sekurang-kurangnya Tahap 3 dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik;

iv. Mempunyai sijil mengajar CIAST/ sijil VTO / sijil Induksi PP/PPD (JPK) adalah satu kelebihan;

v. Mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman bekerja dan mengajar di industri berkaitan atau institusi latihan; dan

vi. Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dalam Bahasa Malaysia (lisan dan tulisan) di semua peringkat

UMUR : Calon mestilah berumur melebihi 25 tahun mulai tarikh tutup iklan.

TARAF JAWATAN : Kontrak



5. JAWATAN 5 (Tukang Kadar – Seksyen Jahitan) :

i. Sekurang-kurangnya mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) di peringkat sijil tersebut; atau

ii. Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

iii. Calon yang mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan akan diberi keutamaan.

UMUR : Calon mestilah berumur melebihi 18 tahun mulai tarikh tutup iklan.

TARAF JAWATAN : Tetap/ Kontrak



6. JAWATAN 6 (Pegawai Kerani) :

i. Mempunyai sekurang-kurangnya SPM atau kelulusan yang setaraf dengannya diiktiraf oleh kerajaan;

ii. Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk ujian lisan) pada peringkat SPM kelulusan yang setaraf dengannya diiktiraf oleh kerajaan;

iii. Berkebolehan dalam komunikasi lisan;

iv. Mempunyai kemahiran dalam penulisan surat dan mahir menggunakan aplikasi komputer seperti MS Word, MS Excel dan MS Power Point; dan

v. Calon yang mempunyai pengalaman bekerja akan diberi keutamaan.

UMUR : Calon mestilah berumur melebihi 18 tahun mulai tarikh tutup iklan.

TARAF JAWATAN : Kontrak



7. JAWATAN 7 (Tukang Masak) :

i. Sekurang-kurangnya mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) di peringkat sijil tersebut; atau

ii. Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang penyediaan makanan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

iii. Sijil dalam bidang hotel dan katering daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

iv. Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan; dan

vi. Calon yang mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang masakan akan diberi keutamaan.

UMUR : Calon mestilah berumur melebihi 18 tahun mulai tarikh tutup iklan.

TARAF JAWATAN : Kontrak



8. Jawatan 8 (Pekerja Rendah Awam) :

i. Mempunyai sekurang-kurangnya Sijil Rendah Pelajaran/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

ii. Boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.

iii. Mempunyai minat kerja yang mendalam akan diberi keutamaan.

UMUR : Calon mestilah berumur 18 tahun ke atas mulai tarikh tutup iklan.

TARAF JAWATAN : Kontrak



9. Jawatan 9 (Pembantu Am Rendah) :

i. Mempunyai sekurang-kurangnya Sijil Rendah Pelajaran/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

ii. Boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.

iii. Mempunyai minat kerja yang mendalam akan diberi keutamaan.

UMUR : Calon mestilah berumur 18 tahun ke atas mulai tarikh tutup iklan.

TARAF JAWATAN : Kontrak

Permohonan boleh dibuat melalui surat dengan menyertakan butir-butir peribadi, pengalaman, salinan sijil-sijil akademik yang disahkan serta gambar berukuran pasport kepada :-



Ketua Pengarah

Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera

Kompleks PERHEBAT, Kem Sungai Buloh

Peti Surat 65, 47000 Sungai Buloh

Selangor Darul Ehsan

(U.P : Pengarah Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran)

dan hendaklah sampai pada atau sebelum 15 Mac 2012. Sila tulis nama jawatan di sudut kiri atas sampul surat. Hanya calon yang disenaraipendek akan dipanggil untuk ditemuduga.


http://perhebat.my/index.php?option=com_content&view=article&id=478%3Aiklan-jawatan-kosong-di-perhebat&catid=43%3Apeluang-kerjaya&Itemid=88&lang=bm

Tempahan Nombor Pendaftaran Kenderaan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 'WWW' Mulai 30 April 2012

by
Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan nombor pendaftaran kenderaan "WWW" yang bermaksud "World Wide Web" boleh membuat tempahan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mulai 30 April ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, tempahan akan dibuka selama 14 hari mulai 8 pagi hingga 12 tengah hari sehingga 14 Mei depan.

"Kita telah menerima banyak pertanyaan dan panggilan telefon tentang nombor pendaftaran "WWW'. Salah satu sebab kenapa mereka mahu sangat nombor itu kerana ia membawa maksud "World Wide Web"," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, terdapat empat kategori nombor yang boleh ditempah iaitu nombor bernilai utama, nombor menarik, nombor popular dan nombor semasa.

Katanya, nombor bernilai utama iaitu nombor satu angka 1 hingga 10 akan dibuka dengan harga jualan minimum RM10,000 manakala nombor menarik dijual dengan harga minimum RM2,000 manakala nombor popular dan nombor semasa masing-masing dibuka dengan harga minimum RM300.

Kong berkata, beliau percaya tempahan terhadap nombor pendaftaran "WWW" bukansahaja akan mendapat sambutan hangat daripada orang ramai, malah akan mencatatkan harga tempahan yang paling tinggi dalam sejarah tempahan terhadapnombor pendaftaran kenderaan di negara ini.

"Setakat ini harga nombor pendaftaran yang paling tinggi ialah pendaftaran kenderaan "MCA 1" yang dijual dengan harga RM300,100.

"Secara puratanya JPJ meperoleh pendapatan RM1.7juta setiap tahun daripada tempahan nombor kenderaan. Pada tahun lepas lebih RM1.8juta diperolehi daripada tempahan nombor kenderaan berbanding hampir RM1.6 juta dalam tahun sebelumnya" jelas beliau. Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai yang ingin membuat tempahan nombor agar mengikuti prosedur yang telah ditetapkan oleh JPJ termasuk mengisi borang dan membayar deposit yang ditetapkan.

Katanya, borang tempahan itu boleh dimuat turun dari portal JPJ di www.jpj.gov.my

- BERNAMA

Buku : Ledakan Facebook: Antara Dosa dan Pahala - Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

by






Zaman ini, Facebook digunakan di mana sahaja, di rumah, di pejabat, perniagaan kecil, besar, NGO malah kerajaan sesebuah negara juga mengggunakan Facebook. Daripada presiden sebuah negara, perdana menteri, artis sehingga pelajar sekolah sudah mahir menggunakan Facebook.
Cuma golongan yang masih kurang menggunakan Facebook adalah golongan agamawan. Antara hujah yang diberikan:
  • Facebook adalah agenda Yahudi yang cuba menyesatkan umat Islam.
  • Facebook ejen CIA. Facebook melalaikan.
  • Facebook mendedahkan diri kepada zina.
  • Facebook mendedahkan ain diri sendiri.
  • Dan banyak lagi
  •  
Benarkan dakwaan begitu? Benarkah Facebook begitu jahat sehingga haram digunakan oleh umat Islam. Tokoh terkenal, Dr. Zaharuddin Abd Rahman menjawab persoalan ini dengan penuh hikmah dan rasional.

BAHAGIAN 1
 
FACEBOOK: KE SYURGA ATAUPUN NERAKA? 1
BAB 1: Hukum Facebook dan Blog 3
BAB 2: Dosa-Dosa dan Facebook 13
BAB 3: Facebook Menjadi Tempat Promosi Maksiat dan Buka Aib Sendiri 23
BAB 4: Panduan Berblog dan Facebook 31
BAB 5: Blog dan Facebook Perantara Ulama dan Rakyat 39
BAB 6: Kaedah Mengambil Manfaat Daripada Facebook, Ceramah, dan
Blog Ilmuwan 51
BAB 7: Fenomena Puji, Ampu, dan Bodek di Facebook 55
 
BAHAGIAN 2
 
KONGSI STATUS FACEBOOK BERHIKMAH 67
BAB 8: Akidah 69
BAB 9: Ibadah 81
BAB 10: Bersih Jiwa 92
BAB 11: Keluarga dan Rumah Tangga 113
BAB 12: Lelaki dan Wanita 121
BAB 13: Motivasi 131
BAB 14: Hari Raya 161
BAB 15: English 165
 
 
 

Kitab Injil 1,500 tahun ditemui di Ankara, Turki mencatat ramalan kedatangan Nabi Muhammad

by

ANKARA, TURKI: Satu naskhah kitab Injil berusia 1,500 tahun yang mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad menarik perhatian Vatican apabila pemimpin agama Roman Katolik, Pope Benedict XVI, dilaporkan meminta untuk melihat kitab itu, yang disembunyikan di Turki sejak 12 tahun lalu.

Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Turki Ertugrul Gunay, memberitahu akhbar Daily Mail, naskhah yang dianggarkan bernilai AS$22 juta (RM66 juta) itu mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Muhammad.

Bagaimanapun Gereja Kristian menghalang maklumat itu daripada disebarkan dan diketahui ramai selama bertahun-tahun, berikutan persamaannya dengan pandangan Islam mengenai Nabi Isa, katanya.

Dalam Islam, Nabi Isa dilayan sebagai manusia, bukan Tuhan. Ia menolak idea Holy Trinity dan penyaliban serta mendedahkan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad.

Dalam satu versi kitab Injil itu, Nabi Isa dikatakan bercakap dengan paderi: Bagaimana hendak memanggil penyelamat itu? Dia Mohammed adalah nama diberkati.

Dalam satu lagi catatan, Nabi Isa menafikan beliau adalah penyelamat sebaliknya orang itu datang dari golongan Ismaili merujuk kepada bangsa Arab keturunan Nabi Ismail.

Menurut laporan, umat Islam mendakwa naskhah itu, yang dikatakan ramai ialah Injil Saint Barnabas, adalah tambahan kepada Injil asli Mark, Matthew, Luke dan John.
Saint Barnabas secara tradisi dikenali sebagai pengasas Gereja Cypriot dan seorang mubaligh era awal perkembangan agama Kristian.

Gunay berkata, kitab Injil berkenaan ditulis tangan di atas kulit haiwan dengan emas menggunakan bahasa Aramaik (dipercayai hampir serupa dengan bahasa Hebrew).

Beliau berkata, Vatican secara rasmi meminta untuk melihat buku itu, yang ditemui Turki ketika operasi antipenyeludupan pada 2000. Kumpulan samseng dilaporkan menyeludup pelbagai artifak purba.

Ia dikawal ketat oleh pihak berkuasa sebelum diserahkan kepada Muzium Etnografi Ankara dan akan dipamerkan tidak lama lagi. Salinan muka surat tunggal yang ditulis Nabi Isa dilaporkan bernilai AS$2.4 juta (RM7.2 juta).

Bagaimanapun, keraguan mengenai keaslian manuskrip bertulis tangan itu mula timbul. Paderi Protestan, Ihsan Ozbek, berkata buku versi itu dikatakan dari abad kelima atau keenam, manakala Saint Barbanas hidup pada abad pertama sebagai seorang daripada pesuruh Nabi Isa.

- Agensi

Kerajaan setuju tambah 150 kakitangan SPRM setiap tahun

by
PUTRAJAYA 27 Feb. - Kerajaan bersetuju menambah 150 kakitangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setiap tahun sehingga jumlah keanggotaannya mencecah 5,000 orang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, jumlah kakitangan SPRM kini amat membimbangkan kerana sehingga Julai tahun lalu rekod keanggotaan SPRM hanya seramai 1,805 pegawai.

"Bercakap mengenai tentang beban tugas, saya ingin nyatakan bahawa kerajaan amat faham dan mengambil serius kekangan dan kekurangan yang dihadapi SPRM khususnya dalam keanggotaan dan bajet.

"Dengan kelulusan terbaru ini saya yakin SPRM boleh menjalankan tugas secara berkesan, tambahan pula kuasa yang diperuntukkan mengikut Akta SPRM 2009 adalah lebih luas berbanding akta sebelumnya iaitu Akta Pencegahan Rasuah 1997," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Pegawai Integriti Bertauliah 2012 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Menurut Najib, jumlah pertambahan 150 orang setahun itu dibuat memandangkan proses pelantikan pegawai-pegawai SPRM bukan seperti mana prosedur pegawai kerajaan yang lain.

"Mereka memerlukan latihan dan kepakaran tertentu, justeru mereka perlu dilatih selama tempoh beberapa bulan untuk memastikan pengetahuan berhubung undang-undang dapat diperlengkap.

"Selain itu, jenayah rasuah kini semakin kompleks dan global merentasi sempadan, justeru SPRM sangat memerlukan kakitangan yang profesional dan pakar dalam pelbagai bidang bagi membanteras rasuah sebegini," katanya.

Dalam ucapan yang sama, Perdana Menteri turut bersetuju dengan pandangan Lembaga Penasihat SPRM bahawa bagi memperlihatkan kebebasan badan itu, maka satu Suruhanjaya Perkhidmatan Pencegahan Rasuah wajar diwujudkan.

Katanya, suruhanjaya itu kelak akan diberikan kuasa untuk melantik dan memecat anggota SPRM, namun buat masa ini semua proses pelantikan dan pemecatan pegawai-pegawai dibuat menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

"Sekiranya suruhanjaya itu terbentuk sebagai mana Suruhanjaya Polis dan Suruhanjaya Pendidikan maka SPRM boleh menapis, memilih, menemu duga, melantik dan memecat anggota-anggotanya sendiri.

- UTUSAN

Kerjaya bomba makin popular

by
Kerjaya anggota bomba semakin menarik minat ramai apabila Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menerima sebanyak 34,000 permohonan daripada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk menyertai jabatan itu tahun lalu.

Bagaimanapun, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Mahadi Md Ali, berkata hanya 10,000 calon dipanggil untuk temu duga selepas menjalani proses saringan.
Daripada jumlah itu pula, hanya 588 diterima menjalani latihan menyertai pasukan penyelamat untuk mengisi kekosongan jawatan yang ditinggalkan anggota yang bersara.
Namun, daripada 588 pelatih yang diterima, hanya 444 berjaya menamatkan kursus latihan selama empat bulan dan mereka akan dihantar untuk berkhidmat di balai bomba seluruh negara, termasuk balai baru, katanya selepas majlis tamat latihan Kursus Asas Sijil Sains Kebombaan siri 2/2011 di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai, di Marang, Terengganu.

Pada majlis itu, tiga pelatih iaitu Rushidey Miken, 21, dari Kampung Simpang Entilibon, Tongod, Sabah menerima Anugerah Pelatih Terbaik Keseluruhan; S D Sitra Arasan, 22, dari Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang (Anugerah Pelatih Terbaik Teori) dan Muhamad Ismail Abdullah, 26, dari Kampung Banggol Penyengat Karangan, Kulim, Kedah menerima Anugerah Pelatih Terbaik Praktikal.

Hadir sama Penolong Ketua Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Rusmani Muhamad dan Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai, Norazam Khamis.

Mahadi berkata, pelatih yang menerima ilmu asas dalam bidang kebombaan termasuk pengetahuan dan kemahiran operasi pemadaman kebakaran serta penyelamat, keselamatan kebakaran, penyiasatan kebakaran dan pengurusan kebombaan dapat menjalankan tanggungjawab dan memberi khidmat terbaik kepada komuniti.

Beliau berkata, pengambilan pelatih baru itu juga akan mengisi kekosongan di empat balai bomba baru dibangunkan kerajaan yang akan mula beroperasi sepenuhnya tahun ini iaitu Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Gambir, Muar Johor; Kinabatangan, Sabah; Melaka, manakala Balai Bomba dan Penyelamat Song, Miri Sarawak sedang dalam pembinaan.

- BERITA HARIAN

DMD Mobile - Telefon pintar mampu milik

by

KEBANYAKAN produk telefon bimbit pintar yang terdapat di pasaran hari ini dijual pada harga tidak kurang daripada RM1,500.

Dengan kos yang boleh dikategorikan sebagai tinggi itu, hanya individu yang mampu sahaja boleh memiliki dan menikmati perkhidmatan telekomunikasi yang tawarkan.

Membuka peluang yang sama kepada semua rakyat negara ini, sebuah syarikat telekomunikasi tempatan, DMD Mobile Sdn. Bhd. memperkenalkan telefon pintar mampu milik dikenali M3 Communicator.

Menurut Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Dr. Mohammed M. Daud, pelancaran produk itu bagi memberi peluang kepada ahli masyarakat untuk berkomunikasi dan berhubung secara lebih mudah dengan kos yang minimum.

''Kami memberi fokus kepada apa yang diperlukan oleh pelanggan. Telefon ini menawarkan perkhidmatan dan aplikasi terbaik sama seperti telefon pintar yang lain,'' katanya pada pelancaran model itu di ibu negara baru-baru ini.

Pelancarannya telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang.

Peranti komunikasi pertama keluaran syarikat tersebut dipacu oleh sistem operasi Android dengan sokongan kuasa pemproses 650 MHz.

Ia hadir bersama skrin sentuh QVGA bersaiz 2.6 inci, memori SRAM 256 megabit (MB) dan memori binaan luar sehingga 32 gigabit (GB) menggunakan kad microSD.

Spesifikasi lainnya, ia disokong oleh capaian rangkaian WCDMA 3.75 HSPA, akses Wi-fi, sistem penentu kedudukan global (GPS), Bluetooth 4.0 dan menyokong teknologi Near Field Communication (NFC).

Menerusi NFC, pengguna boleh berkongsi pelbagai kandungan multimedia seperti muzik, foto dan kontak bersama peranti yang mempunyai teknologi sama di samping membuat transaksi pembayaran secara maya.

Sesuatu yang menarik mengenai M3 Communicator, ia dibangun dan dipasang sepenuhnya di negara ini.

Produk yang bakal memasuki pasaran tempatan menjelang April ini didatangkan secara pakej bersama perkhidmatan data DMD Mobile untuk pengguna prabayar serendah RM10 sebulan.

Kemudahan itu bakal membolehkan pengguna untuk mengakses pelbagai perkhidmatan Internet seperti pelayaran web, capaian laman sosial, e-mel dan berborak secara dalam talian (IM).

Dengan segala kelebihan tersebut, M3 Communicator bakal dijual dengan harga tidak melebihi RM500.

Maklumat dan spesifikasi lengkap mengenainya boleh diperolehi daripada laman web www.dmdmobile.net

- UTUSAN

EON perkenal skim pajakan kenderaan

by
EDARAN Otomobil Nasional Bhd (EON), sebuah anak syarikat DRB-Hicom Bhd melancarkan perkhidmatan My Lease, iaitu satu skim pemajakan kenderaan komprehensif pertama di Malaysia.

Konsep itu yang popular di United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS), akan ditawarkan menerusi anak syarikat EON, DRB-Hicom Leasing Sdn Bhd.

Buat permulaan, My Lease akan ditawarkan kepada pengguna korporat sebelum diperluaskan kepada individu sebelum hujung tahun ini.

Skim itu akan memberikan pilihan kepada pengguna dalam pemilikan kenderaan, selain daripada skim sewa yang ditawarkan institusi kewangan ketika ini.

Ketua Pegawai Operasi EON, Azman Idris berkata, tidak seperti skim sewa beli, My Lease membolehkan pelanggan menggunakan kenderaan tanpa perlu memikirkan beberapa aspek pemilikan utamanya, iaitu servis dan penyelenggaraan serta pembaharuan insurans dan cukai jalan.

Menerusi My Lease pengguna kenderaan tidak perlu lagi bimbang memikirkan hal servis dan penyelenggaraan kereta, pembaharuan insurans, cukai jalan dan banyak lagi kerana semuanya akan ditanggung sepenuhnya oleh pemajak iaitu DRB-Hicom Leasing, sekali gus memberikan ketenangan dan kesenangan dalam menggunakan kenderaan setiap hari.

Pemajakan kenderaan ini juga menyediakan pilihan menarik kepada pengguna kerana secara amnya tanggungan bulanannya adalah lebih rendah berbanding sewa beli, katanya kepada media selepas pelancaran skim itu dan perasmian cawangan EON Chan Sow Lin yang di naik taraf kepada 4S di Kuala Lumpur, semalam.

Ia disempurnakan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha. Hadir sama, Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil; Pengerusi EON, Tan Sri Marzuki Mohd Noor; Pengerusi Institut Automotif Malaysia, Datuk Kamarudin Ismail; dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan DRB-Hicom, Datuk Lukman Ibrahim.

Azman berkata, bagi pelanggan korporat yang melanggan skim pemajakan, mereka antara lain akan menikmati penjimatan dari segi perbelanjaan modal yang rendah bagi pemilikan kenderaan kerana tidak perlu membuat bayaran pendahuluan yang tinggi berbanding sewa beli serta bebas dari menanggung kos penyelenggaraan.

Mereka juga tidak perlu bimbang mengenai nilai jualan semula kerana bila tamat tempoh pajakan atau bila mereka ingin menggantikan kenderaan dengan yang baru, kenderaan lama akan dikembalikan kepada DRB-HICOM Leasing, jelasnya.

Katanya, DRB-HICOM Leasing turut menyediakan pakej tambahan seperti, khidmat selepas pajakan, pusat khidmat pelanggan 24 jam, perkhidmatan tunda kenderaan di seluruh Malaysia, kemudahan pengambilan dan penghantaran kenderaan dan program penggantian kenderaan.

- BERITA HARIAN

Kegemilangan kerajaan Uthmaniah

by
PADA abad pertengahan, muncul kerajaan Islam yang berpusat di Turki dan merupakan salah satu daripada tiga kerajaan besar Islam pada masa itu selain Safawiyah dan Moghul. Kerajaan tersebut ialah Uthmaniyah.

Kerajaan Uthmaniyah pernah menjadi negara terkuat dan berkuasa setelah mengalahkan Constantinople (Istanbul) dan kerajaan Rom Timur (Byzantium).

Kerajaan itu memainkan peranan penting bagi agama Islam terutamanya dalam meluaskan wilayah Islam.

Kerajaan Uthmaniyah berkuasa selama lebih kurang tujuh abad (1300-1922) dan dipimpin oleh 36 sultan. Puncak kejayaan Uthmaniyah adalah pada zaman Sulaiman 1.

Namun setelah itu, ia semakin lama semakin lemah kerana berlakunya pemberontakan dan kalah dalam peperangan dengan bangsa Eropah sehingga akhirnya kerajaan Uthamaniyah dihapuskan dan digantikan dengan penubuhan Republik Turki.

Setelah ditubuhkan oleh Uthman 1, Sultan kerajaan Uthmaniyah terus berusaha untuk meluaskan wilayah kekuasaan mereka.

Tarekat Bektasyi

Agama Islam memainkan peranan utama bagi masyarakat Turki dan menjadi satu- satunya sumber hukum, dengan mazhab Hanafi sebagai mazhab negara.

Dalam bidang tasauf, ajaran Tarekat Bektasyi berkembang pesat. Tarekat ini diajar oleh Bektasyi Velidari Khurasan dan terkenal di Anatolia (Asia Kecil) pada 1281.

Tarekat Bektasyi amat terpengaruh di kalangan tentera Janissary, sehingga mereka sering disebut sebagai Tentera Bektasyi. Ajaran Tarekat Bektasyi sehingga kini masih terus berkembang.

Janissary

Sebagai sultan pertama, Uthman 1 lebih menumpukan usaha untuk memantapkan kekuasaan dan melindungi wilayah daripada serangan musuh, terutama Byzantium.

Setelah Uthman meninggal dunia, baginda digantikan oleh puteranya, Orkhan.

Untuk memperkukuhkan kekuasaannya, Orkhan membentuk pasukan yang kuat dikenal sebagai Janissary atau Inkisyariah.

Pada zaman Orkhan, peluasan wilayah bermula. Pasukan Janissary terus menakluki Broissa (Turki), Izmir (Asia Kecil) dan Ankara. Pasukan Janissary yang dibentuk oleh Sultan Orkhan merupakan pasukan kuat yang berjaya menakluki wilayah lain dan meluaskan kekuasaan kerajaan Uthmaniyah.

Bayazid 1

Uthmaniyah berkembang menjadi kerajaan besar setelah sultan Uthmanyiah keempat, Bayazid 1, meluaskan wilayah hingga ke Eropah, meneruskan tugas ayahnya, Murad 1.

Hal itu membuatkan Eropah menjadi marah lalu berperang menentang Uthmaniyah pada tahun 1396.

Peperangan itu dimenangi oleh Bayazid 1. Pada 1402, Pasukan Timurlane (pemerintah Moghul) menyerang Uthmaniyah. Bayazid 1 ditawan dan Uthmaniyah mengalami kekalahan.

Akibatnya, hamper seluruh wilayah Uthmaniyah jatuh ke tangan Timurlane.

Awal penubuhan

Kerajaan Uthmaniyah ditubuhkan oleh Uthman, putera Ertugrul dari kabilah Oghuz di daerah Mongol yang datang ke Turki untuk meminta perlindungan pemerintah Saljuk, Sultan Alauddin 11, daripada serangan orang Mongol.

Mereka juga membantu Alauddin berperang menentang Byzantium. Uthman dilantik sebagai panglima perang kerajaan Saljuk, menggantikan ayahnya. Setelah Sultan Alauddin mangkat, Uthman mengambil alih kuasa dan sejak itulah tertubuhnya kerajaan Uthmaniyah.

Sulaiman 1

Puncak kejayaan kerajaan Uthmaniyah dicapai semasa pemerintahan Sulaiman 1 (1520-1566). Baginda digelar al-Qanun (Pembuat Undang-undang) kerana kejayaannya mengubal undang-undang yang mengatur masyarakat.

Selain itu, Sulaiman 1 juga digelar Sulaiman Yang Agung. Pada zaman kekuasaannya, Uthmaniyah memiliki wilayah yang sangat luas. Oleh sebab itu, kerajaan Uthmaniyah menjadi Negara terkuat dan berkuasa pada waktu itu.

Sepeninggalan Sulaiman 1, Uthmaniyah mula lemah meskipun masih dianggap sebagai kerajaan besar sehingga empat abad berikutnya.

Muhammad 11

Pada 1453, Muhammad 11 menakluki Constantinople. Dengan penaklukan kota yang merupakan pintu masuk Eropah dan laluan perdagangan Timur dan Barat itu, nasib Barat bergantung sepenuhnya kepada kerajaan Uthmaniyah.

Muhammad 11 kemudian menjadikan Constantinople sebagai ibu kota kerajaan dan menukar namanya menjadi Istanbul (Takhta Islam).

Walaupun telah ditalukinya, Muhammad 11 tetap memberikan kebebasan beragama kepada penduduk Constantinople.

Muhammad Al- Fatih

Uthmaniyah kembali bangkit pada zaman Murad 11, dan diteruskan olehputeranya Muhammad 11, yang digelar al-Fatih (Si Penakluk). Pada zamannya, peluasan kekuasaan Islam dilakukan secara besar-besaran. Beliau berjaya menaluki Constantinople.

Dengan jatuhnya Constantinople, maka kerajaan Uthmaniyah semakin mudah menaluki wilayah lain seperti Serbia, Albania dan Hungary.

Abdul Hamid 11

Pada 1876, Sultan Abdul Hamid 11 menaiki taktha. Pemerintahannya bersifat mutlak dan penuh kekerasan. Oleh sebab itu, timbul rasa tidak puas hati di kalangan orang awam dan tentera.

Gerakan penentang yang menentang Sultan Abdul Hamid 11 inilah yang kemudian dikenal dengan nama Gerakan Turki Muda. Sementara itu, kumpulan tentera membentuk jawatankuasa rahsia untuk menggulingkan sultan, seperti Jawatankuasa Perkumpulan Persatuan dan Kemajuan dengan salah seorang pemimpinnya ialah Mustafa Kamal Ataturk.

Mustafa Kamal bersama-sama rakan-rakannya berupaya mengakhiri kekuasaan Sultan Abdul Hamid 11. Pada 1922, Majlis Agung yang dipimpin Mustafa Kamal menghapuskan jawatan sultan dan mengisytiharkan penubuhan Republik Turki.

Peninggalan

Sebagai 'bangsa tentera', Uthmaniyah lebih banyak menumpukan pada kegiatan ketenteraan, sementara dalam bidang ilmu pengetahuan, mereka kurang menonjol.

Oleh sebab itu, dalam khazanah intelektual Islam, hampir tidak ada ilmuwan terkemuka dari dinasti ini.

Bagaimanapun, dalam mengembangkan senibina Islam, kerajaan ini cukup berjasa. Mereka banyak mendirikan masjid yang dihiasi dengan seni khat indah dan bangunan khas lainnya.

Masjid Salimiyyah di kota Adrianople yang dibina pada 1570, pada zaman pemerintahan Sultan Salim 11 merupakan salah sebuah bagunan bersejarah peninggalan Kerajaan Uthmaniyah.

- UTUSAN

CD Panduan Bisnes Cupcake Dari Rumah

by

Tahukah Anda Kebanyakan Perniagaan Cupcake Di Rumah Sangat Lumayan?

Kenapa ya? Sudah tentu.

1. Anda tidak perlu membayar sewa kedai.
2. Anda tidak perlu mengeluarkan kos untuk pemasaran.
3. Anda tidak perlu peralatan yang mahal. Gunakan sahaja apa yang ada dirumah.
4. Dengan Internet, anda boleh mendapat pelanggan yang tidak putus.
5. Setiap bulan pasti ada orang yang melangsungkan majlis perkahwinan dan pertunangan.

Ini adalah antara sebab perniagaan cupcake sangat lumayan. Dan sesiapa sahaja boleh melakukannya walaupun tanpa pengalaman perniagaan.

Anda tidak perlu berkursus untuk menjadi seorang usahawan surirumah. Apa yang best, ia langsung tidak menganggu tugasan sebagai surirumah atau kerjaya anda.

Panduan Bisnes Cupcake Dari Rumah
-----------------------------------

Puan Shida merupakan seorang usahawan surirumah. Dengan bermula secara kecil kecilan, perniagaan beliau kini mula dikenali di sekitar Kuala Kangsar dan seluruh Malaysia.

Beliau mendedahkan bagaimanakah untuk memulakan bisnes Cupcake dari rumah berdasarkan pengalaman beliau.

Beliau menjana pandapatan sehingga 4 ANGKA menerusi perniagaan cupcake dari rumah ini.

Anda boleh mendapatkan CD Panduan ini menerusi:

http://www.buatcupcake.com/hop.php?ref=my

Ia boleh mempercepatkan proses pembelajaran anda.

Menerusi CD tersebut, beliau akan menunjukkan

1. Bagaimana membuat kek.
2. Bagaimana membuat krim icing.
3. Mewarna Krim.
4. Membuat dekorasi.

Dan banyak lagi. Ia memang satu panduan lengkap buat mereka yang ingin memulakan bisnes cupcake dari rumah secara part time.

Dapatkan segera! Klik sahaja link dibawah ini.

http://www.buatcupcake.com/hop.php?ref=my

Semoga ia memberi manfaat kepada anda.

Salam Usahawan!

Sebar Hadis Palsu Ibarat Pendustaan Terhadap Nabi - Ketua Pengarah JAKIM

by
Sesiapa yang mencipta, mengguna dan menyebarkan hadis "palsu" dianggap telah melakukan pendustaan besar terhadap Nabi Muhammad SAW.

"Jika mereka ini berniat jahat, ia boleh menyebabkan umat Islam hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap agama mereka," kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapha kepada Bernama.

Sambil melahirkan rasa bimbang terhadap penggunaan hadis palsu yang kini menular di Internet, beliau berkata ia boleh menyebabkan umat Islam beramal dengan suatu syariat yang salah kerana hadis berkenaan tidak berlandaskan sumber rujukan yang diperakui kesahihannya.

Othman berkata, mereka yang terlibat menggunakan hadis daif dan palsu disebarkan melalui blog atau laman sosial peribadi ini, kebanyakannya tidak mempunyai pengetahuan asas mengenai hadis.

"Ada pula yang tidak dapat membezakan antara kata-kata sahabat atau hukamak(cendekiawan) dengan hadis Nabi. Mereka menganggap semua itu sama sahaja daripada segi statusnya," katanya.

Othman berkata, hukum mengguna dan menyebarkan hadis palsu adalah haram disamping bererti suatu pengkhianatan kepada syariat Islam itu sendiri.

Beliau berkata, jika hendak menyebarkan sesuatu hadis kepada umum, sama ada melalui media cetak, media eletronik atau media baru, ia mestilah terlebih dahulu merujuk kepada mereka yang arif tentang hadis atau daripada sumber yang muktabar.

Kesalahan menyebarkan hadis palsu boleh dikenakan tindakan mengikut pelbagai seksyen seperti mencerca agama dan penerbitan agama bertentangan dengan hukum syarak.

Kesalahan ini terletak di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan, Seksyen 13 (1).

Othman berkata, tindakan boleh juga diambil mengikut Akta/Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri-negeri.

Memandangkan kesalahan ini dilakukan di alam siber, pihak berkuasa agama negeri perlu mendapat kerjasama daripada pihak yang mempunyai bidang kuasa dan kepakaran khususnya Suruhajaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), katanya.

Othman berkata, penyebaran seumpama itu akan memberi kesan yang besar kerana ia boleh diakses oleh sesiapa sahaja di serata tempat.

"Perbuatan ini seolah-olah menyebarkan fitnah dan pendustaan terhadap Rasulullah SAW kepada seluruh umat manusia dan merosakkan aqidah umat Islam dan kewibawaan nas-nas syarak itu sendiri," katanya.

Beliau berkata, berdasarkan penelitian Jakim, masih banyak kes yang berbentuk menghina Islam dan Rasulullah SAW yang dibuat secara terang-terangan, namun ia sentiasa dipantau.

- BERNAMA

Pemimpin kena berlaku adil tunai tanggungjawab

by
Oleh Syed Abi Ghufran Syed Ahmad al-Idrus
Guru Pendidikan Islam, di Sekolah Kebangsaan Satak, Raub, Pahang.

KEPEMIMPINAN dalam Islam mempunyai pengertian amat luas, mencakupi pemimpin dalam institusi keluarga, masyarakat dan juga negara. Semakin luas bidang kepemimpinan, maka semakin beratlah tanggungjawab perlu dilaksanakan.
Hadis daripada Abdullah bin Umar ra bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab terhadap orang yang dipimpinnya. Seorang ketua adalah pemimpin dan bertanggungjawab kepada rakyatnya, seorang lelaki adalah pemimpin dan bertanggungjawab terhadap isterinya, seorang isteri adalah pemimpin dan bertanggungjawab ke atas harta suaminya, seorang hamba adalah pemimpin dan bertanggungjawab ke atas harta milik tuannya.” (Riwayat al-Bukhari)
Dalam sejarah kepemimpinan Islam, Rasulullah SAW adalah pemimpin umat Islam pertama berjaya membentuk sebuah negara Islam di Madinah. Walaupun penduduk Madinah mempunyai pelbagai suku kaum dan bangsa, namun dengan kebijaksanaan dan keadilan Rasulullah, mereka dapat hidup aman dan damai.

Keadilan Rasulullah SAW sebagai pemimpin terserlah dalam banyak perkara. Ini berdasarkan beberapa riwayat sahih antaranya hadis daripada Sayyidatina Aisyah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Demi diriku yang berada di bawah kekuasaan-Nya, kalaulah Fatimah binti Muhammad mencuri nescaya akan aku potong tangannya”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dalam melaksanakan syariat Islam, Rasulullah SAW tidak pernah membezakan antara sesama manusia, sama ada ahli keluarganya, kaum kerabatnya, sahabatnya termasuk golongan berpengaruh atau sebaliknya.

Baginda sentiasa berlaku adil dalam semua perkara. Corak kepemimpinan Rasulullah SAW ini diikuti khalifah selepasnya seperti Saidina Abu Bakar as-Siddiq, Saidina Umar al-Khattab dan lain-lain lagi sehinggakan kemakmuran di kota Madinah dapat terus dikekalkan.
Inilah antara bukti nyata yang mana apabila seseorang pemimpin itu bersifat adil, maka rumah tangga, masyarakat dan rakyat seluruhnya akan hidup aman sejahtera manakala negara akan terus makmur dengan mendapat perlindungan daripada Allah SWT.

Dalam sebuah hadis diriwayatkan daripada Abu Sa'id ra, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesungguhnya orang yang paling dicintai Allah pada hari kiamat dan paling hampir tempat duduknya ialah ketua (pemimpin) yang adil, dan orang yang paling dibenci oleh Allah pada hari kiamat dan baginya azab yang paling pedih ialah ketua (pemimpin) yang zalim.” (Riwayat Imam Ahmad)

Seseorang pemimpin itu hanya akan dianggap sebagai pemimpin yang adil apabila ia dapat melaksanakan amanah dipertanggungjawabkan kepadanya dengan sempurna. Dua amanah utama yang harus dipikul seorang pemimpin ialah melaksanakan syariat Allah SWT dan menggerakkan serta memimpin ke arah kehidupan yang diredai Allah SWT.

Pemimpin yang adil hendaklah sentiasa menjadikan al-Quran sebagai panduan utama dalam menjalankan amanah yang diberikan kepadanya. Ini kerana al-Quran mengandungi peraturan Allah SWT paling lengkap berbanding peraturan dicipta makhluk.

Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 49: “Dan hendaklah menjalankan hukum antara mereka dengan apa yang diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkan kamu daripada sesuatu hukum yang diturunkan oleh Allah kepadamu.”

Sememangnya amanah ini ada adalah sesuatu yang amat berat untuk dilaksanakan. Cabaran yang akan dihadapi juga amat besar. Ini kerana tidak semua manusia memahami hikmah dan kebaikan di sebalik pelaksanaan syariat Allah SWT.

Islam meletakkan asas bahawa jawatan sebagai pemimpin tidak diberikan kepada orang yang tidak mempunyai kelayakan sebagai pemimpin. Apatah lagi sekiranya ia meminta atau berusaha mendapatkan jawatan tersebut dengan tipu helah.

Sikap seperti ini hanya akan menjadikan jawatan pemimpin itu sebagai bahan rebutan yang akhirnya akan menimbulkan aktiviti tidak sihat seperti rasuah, fitnah, penyelewengan dan sebagainya. Negara pula akan menjadi kacau bilau sekiranya orang seperti ini dilantik menjadi pemimpin kerana keinginannya hanyalah untuk kepentingan dirinya sendiri.

Justeru, kemakmuran atau kemunduran sesebuah negara atau organisasi adalah bergantung kepada baik atau buruknya pentadbiran pemimpin itu. Apabila pemimpin itu melaksanakan amanah kepemimpinan dengan adil maka akan makmurlah negara dan organisasi, tetapi jika gagal melaksanakan amanah diberikan maka akan roboh dan hancurlah negara dan organisasi itu.

Apa yang berlaku dalam dunia hari ini, ada kalangan pemimpin yang tidak berlaku adil menunaikan amanah yang diberikan kepadanya, bahkan mengkhianati dengan mencipta peraturan tidak berlandaskan kepada syariat-Nya.

Akibatnya pelbagai kejahatan dan jenayah yang berlaku tidak dapat diselesaikan. Justeru, kemakmuran yang diharapkan juga tidak dapat dicapai.

Keadaan sebegini akan mengakibatkan kemusnahan lebih besar di kalangan umat manusia keseluruhannya. Justeru, marilah kita berdoa supaya Allah SWT mengurniakan pemimpin yang benar-benar melaksanakan tuntutan Islam, amanah dan bertanggungjawab.

- BERITA HARIAN

Tips dan Panduan Kerjaya Selepas SPM

by

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Di sini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai serba sedikit mengenai maklumat dan perancangan kerjaya selepas SPM 2011 khususnya. Tips dan maklumat berikut insyallah akan terus membantu anda dalam mengejar impian dan cita-cita yang diidam-idamkan selama ini.

Jika tiada perancangan dari awal, kebanyakan dari anda masih mencari apa yang harus anda lakukan selepas tamat persekolahan peringkat menengah. Sebahagian besar dari anda sudah merancang dari awal untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM dan seterusnya memohon kursus tertentu di institusi-institusi pengajian yang terpilih.

Peluang untuk belajar di negara ini tidak terhad. Anda bebas untuk memilih dan memasuki mana-mana institusi pengajian mengikut kelayakan serta minat anda. Persediaan awal adalah penting untuk menjadikan anda sebagai calon terbaik dalam proses pemilihan kerjaya selepas SPM 2011 nanti.

Keputusan anda kelak akan menentukan masa depan anda pada masa hadapan. Jadi sebelum mengisi borang permohonan adalah penting untuk melihat latar belakang akademik, minat dan komitmen anda. Adalah lebih baik jika anda telah membuat satu pelan perancangan sebelum dan selepas membuat sesuatu keputusan.

Jika anda telah yakin untuk memilih satu kursus yang anda minati, anda haruslah berhenti untuk berfikir kembali. Kenapa tidak memilih itu dan ini? Kenapa tidak cuba kursus itu? Ini penting supaya setiap keputusan anda adalah jelas serta mempunyai alasan yang kukuh.

Namun begitu,komitmen dan motivasi haruslah diberi kepada setiap keputusan anda. Jika anda mempunyai idea yang jelas terhadap apa yang anda hendak capai, penyelidikan mengenai jalan serta cara-cara untuk mencapai kejayaan hendaklah dibuat. Ibu bapa adalah pendorong utama kepada cita-cita anda namun begitu anda adalah penggerak utama kepada diri anda sendiri.

Pembiayaan pelajaran semasa di IPT atau mana-mana institusi pengajian kelak sangat penting kerana hampir kesemua tempat pengajian mengenakan bayaran yuran pengajian.

Jika anda memilih untuk ke institusi swasta, bayaran yuran pengajian mungkin agak tinggi namun terdapat pelbagai kemudahan untuk mendapatkan pembiayaan. Pembiayaan sara hidup untuk tempat tinggal, makanan, buku dan kegiatan lain harus juga diambil kira.

Ini adalah sedikit sebanyak tips dan maklumat penting untuk anda semua khususnya pelajar Lepasan SPM 2011. Insyallah dengan doa dan iringan motivasi daripada ibu bapa, guru-guru dan sedikit tips dan maklumat daripada saya, saya yakin anda semua akan berjaya!!

Ingin mendapatkan buku Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2011/2012 yang terkini dan bantuan KHAS dari Cikgu Loh mengenai kerjaya?

Dapatkan rujukannya di : http://lepasanspm.com/hop.php?ref=com

Jawatan Kosong di Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) - Feb 2012

by
JAWATAN:
1. PENYELIA BANGUNAN/PEMBANTU TEKNIK (AWAM)
2. CHARGEMAN / JURUTEKNIK ELETRIK
3. PEMBANTU PENYELENGGARAAN
4. PELATIH PEMBANTU AMANAH
5. PEMANDU / PEMBANTU PEJABAT

IKLAN JAWATAN & CARA MEMOHON
http://www.aim.gov.my/~cms/Download_Form/Perjawatan/aim_jawatan_kosong.pdf

Tarikh Tutup : 9 Mac 2012

Jawatan Kosong di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) - Feb 2012

by
JAWATAN:
1. PEGAWAI KEBUDAYAAN B41/42
2. PEGAWAI SAINS C41
3. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41
4. JURUTERA (MEKANIKAL) J41
5. PUSTAKAWAN S41
6. AHLI FOTOGRAFI B27/28
7. PEREKA B27/28
8. PENOLONG PEGAWAI SAINS C27
9. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F29
10. PENOLONG PEGAWAI VETERINAR G27
11. PENOLONG JURUTERA J29
12. PENOLONG PEGAWAI SENIBINA J29
13. PENOLONG JURUUKUR BAHAN J29
14. PENOLONG PEGAWAI PENERBITAN N27
15. PENOLONG PEGAWAI PERPUSTAKAAN S27
16. PENOLONG PEGAWAI PSIKOLOGI S27
17. JURU X-RAY U29
18. PENOLONG AKAUNTAN W27
19. ARTIS BUDAYA B17/22
20. PEREKA B17/22
21. JURUTEKNIK KOMPUTER FT17
22. PEMBANTU PERTANIAN G17
23. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N17
24. TUKANG MASAK N17
25. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK R17
26. PEMBANTU PERPUSTAKAAN S17
27. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM S17
28. PEMBANTU BELIA & SUKAN S17
29. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W17
30. TUKANG K3 R9
31. PEKERJA AWAM KHAS R3
32. PEMANDU KENDERAAN R3
33. PEMBANTU AM PEJABAT N1

IKLAN JAWATAN
http://www.umk.edu.my/my/index.php/jawatan-kosong-2012

BORANG PERMOHONAN ONLINE
http://jobs.umk.edu.my/job/

Tarikh Tutup : 1 Mac 2012

Jawatan Kosong di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) - Feb 2012

by
JAWATAN:
1. ARKITEK J41
2. JURUTERA J41
3. JURU UKUR BAHAN J41
4. PEGAWAI KESELAMATAN KP41
5. PEGAWAI TADBIR N41
6. PEGAWAI PERUBATAN UD47
7. PENOLONG JURUTERA J29
8. PENGAWAL KESELAMATAN KP11

IKLAN JAWATAN & BORANG PERMOHONAN ONLINE
http://spj.ummc.edu.my/

Tarikh Tutup : 29 Februari 2012

Awasi penagih judi internet

by
KETAGIHAN berjudi di Internet bukan sekadar masalah penggunaan Internet yang berlebihan seperti laman sosial Facebook, Twitter atau bermain permainan komputer.

Ia melibatkan kerosakan psikososial yang lebih dahsyat sehingga boleh menjejaskan kehidupan dan masa depan seseorang.

Ia tidak seperti berjudi di kasino yang melibatkan pertaruhan wang ringgit terhadap keputusan sesuatu permainan tetapi menggunakan komputer peribadi yang telah dijaringkan ke Internet.

Pertaruhan boleh dibuat di rumah atau kafe siber.

Jenis permainannya terbahagi kepada;

1. Permainan pertaruhan elektronik berkonsepkan kebarangkalian rawak dengan sesuatu pertaruhan dilihat boleh memberi pulangan berganda atau tidak mengikut susunan algoritma yang disimpan di dalam papan litar sirkit, cip elektronik atau CD-ROM. Pertaruhan biasanya mengikut jumlah payline seperti permainan mesin slot.

2. Permainan pertaruhan elektronik secara langsung seperti permainan roulette atau baccarat.

Pertaruhan biasanya di buat melalui pengusaha kafe siber atau menggunakan kad kredit di laman web perjudian tersebut.

Di Malaysia, ketagihan judi Internet biasanya menjadi masalah dalam kalangan orang dewasa.

Pelbagai undang-undang seperti penguatkuasaan had umur dan sebagainya telah dibuat untuk mengelakkan masalah menular kepada remaja dan pelajar sekolah.

Bagaimanapun, kewujudan pusat pertaruhan Internet di kafe siber menunjukkan konsep perjudian berkenaan sudah mula diperkenalkan kepada anak-anak muda di sini.

Senario berkenaan memang membimbangkan kerana kajian Yayasan Annenberg di Amerika Syarikat (AS) menunjukkan lebih kurang 600,000 remaja berumur 14 hingga 22 tahun mengaku berjudi di Internet setiap minggu.

Dari segi perubatan psikiatri, ketagihan berjudi di Internet tidak jauh bezanya dengan ketagihan dadah atau alkohol.

Menurut klasifikasi DSM-IV oleh American Psychiatric Association (1994) masalah ketagihan berjudi tergolong dalam jenis penyakit mental yang dinamakan impulse control disorder dan pesakit sekurang-kurangnya mempunyai lima daripada ciri berikut:

1. Mempunyai ingatan sangat kuat untuk berjudi.

2. Sentiasa meningkatkan jumlah pertaruhan untuk memenangi wang lebih besar atau menebus kekalahan berjudi.

3. Kerap gagal untuk berhenti atau mengurangkan aktiviti perjudian.

4. Menjadi resah dan mudah marah apabila cuba untuk berhenti.

5. Berjudi untuk menyelesaikan masalah kewangan atau berharap untuk menghiburkan hati hasil wang kemenangan.

Apabila kalah dalam pertaruhan, mereka akan cuba menebusnya dengan berbohong kepada ibu-bapa, pasangan atau doktor untuk menutup segala kemudaratan disebabkan berjudi. Mereka juga sanggup melakukan aktiviti haram untuk mengganti wang pertaruhan seperti menipu, menerima rasuah dan mencuri.

Akibatnya berlaku keruntuhan rumah tangga, rosaknya hubungan keluarga, kerjaya dan pelajaran.

Penagih judi Internet terpaksa bergantung dengan orang lain untuk menampung kekurangan wang yang disebabkan oleh kemudaratan aktiviti perjudian.

Ketagihan judi di Internet sebenarnya berkongsi laluan yang sama seperti ketagihan dadah dalam merangsang pusat otak melalui neurotransmitter yang dipanggil dopamine dan adrenaline.

Setiap kali menang dalam sesuatu pertaruhan, mereka akan merasakan kenikmatan tidak terhingga (fenomena adrenaline rush) yang menyebabkan kerap teringat-ingat dan terus mencari kenikmatan tersebut di dalam pertaruhan seterusnya.

Kenikmatan ini bagi mereka melebihi kenikmatan seks semasa ejakulasi.

Pengulangan aktiviti berkenaan secara berterusan akan menyebabkan ciri penagihan tegar dan kehancuran kehidupan.

Pesakit yang mengalami ketagihan judi di Internet juga didapati mempunyai masalah mental yang lain seperti kemurungan, kerisauan melampau dan obsessive compulsive disorder (OCD).

Kira-kira 20 peratus daripada mereka pernah cuba membunuh diri atau mempunyai keinginan untuk membunuh diri pada satu-satu masa sepanjang perjudian mereka.

- UTUSAN

Pengesanan Rabun Warna

by

PERNAHKAH anda terfikir mengapa warna biru dan putih menjadi warna latar Facebook?Di sebalik populariti laman web sosial ini, pengasasnya, Mark Zuckerberg sebenarnya lelaki tampan yang rabun warna.

Mengikuti temubualnya bersama Time, banyak warna yang tidak mampu dilihat olehnya termasuk hijau dan merah. Zuckerberg hanya boleh melihat warna biru dengan sempurna.

Namun, Zuckerberg tidak menjadikan kekurangan itu sebagai halangan untuknya memiliki rangkaian kawan dari seluruh dunia.

Walaupun penglihatannya tidak seperti orang normal, beliau berjaya menyesuaikan diri walaupun rabun warna.

Mungkin masih ramai lagi tidak tahu apakah yang dimaksudkan dengan rabun warna?

Buta warna sebenarnya bukanlah istilah tepat bagi pesakit yang memiliki persepsi berbeza terhadap warna.

Dunia mereka tidaklah terhad kepada warna hitam dan putih. Sebaliknya, mereka dapat melihat warna-warna lain cuma tidak dapat mengenal warna-warna tertentu.Sebab itulah kita kategorikan mereka sebagai rabun warna.

Lelaki lebih berisiko

Pakar Perunding Mata Hospital Pantai Ampang , Dr. Go Eng Soon berkata, jenis dan tahap keseriusan rabun warna adalah berbeza daripada seorang individu dengan individu yang lain.

"Dalam hal ini, tiada pengecaman ton warna yang sama antara dua orang penderita rabun warna .

"Kebanyakan kes rabun warna berpunca daripada faktor genetik," katanya.

Dr. Eng Soon menjelaskan, di belakang mata terdapat satu lapisan nipis yang dikenali sebagai retina.

Di lapisan retina terdapat dua jenis sel iaitu sel rod dan sel kon. Kedua-dua sel ini mempunyai tindak balas yang berbeza terhadap cahaya.

"Sel-sel rod sangat sensitif pada cahaya dan mampu bertindak balas terhadap cahaya walaupun dalam keadaan berkabus atau cahaya malap. Bagaimanapun, sel ini tidak dapat membezakan warna .

Terdapat tiga jenis sel kon iaitu setiap satunya bertindak balas dengan warna merah, hijau dan biru. Seseorang yang rabun warna akan mengalami kekurangan salah satu atau lebih sel kon," katanya.

Menurut Dr. Eng Soon, golongan lelaki lebih berisiko mendapat masalah ini khususnya dalam membezakan warna jenis merah-hijau.

Ini berlaku kerana gen penyebab defek merah-hijau ini diwarisi oleh kromosom X.

"Disebabkan lelaki hanya mempunyai satu kromosom X, maka gen ini bersifat dominan apabila bertemu dengan kromosom lain (Y). Lelaki biasanya mewarisi 'kekurangan' ini daripada ibunya yang merupakan pembawa," katanya.

Sebaliknya, sekiranya ibu ialah pembawa gen rabun merah-hijau (satu X normal dan satu X terubah), anak perempuannya tidak akan mendapat rabun warna tetapi kebiasaannya anak lelaki yang akan mewarisi penyakit genetik tersebut.

Beliau menjelaskan, anak perempuan pula kebiasaannya akan mempunyai penglihatan warna yang normal kecuali jika ibunya ialah pembawa dan ayahnya pula rabun warna .

Bermula daripada kanak-kanak

Walaupun rabun warna bukan satu masalah serius, Dr. Eng Soon berharap golongan ini diberikan sokongan dan pemahaman oleh ahli keluarga.

Tambah beliau, pesakit biasanya berada dalam dunia mereka sendiri kerana tidak sedar sebenarnya warna yang dilihat tidak betul.

Justeru apabila mereka mengetahui kekurangan tersebut, mereka mungkin rasa terpencil.

"Kita tidak mahu ada pesakit menganggap diri cacat kerana mereka juga boleh berjaya seperti orang lain. Mereka oleh dibantu sekiranya ibu bapa dapat mengesan dari awal," ujarnya.

Dr. Eng Soon menekankan pentingnya pengesanan awal kerana ia boleh mencegah mereka yang mengalami rabun warna daripada membesar dengan kekeliruan warna .

"Sekiranya anda rabun warna, cuba uji penglihatan anak-anak anda. Jika ibu bapa tahu anak mengalami rabun ini, sejak awal lagi bolehlah latih mereka mengingati dan tidak keliru dengan warna.

"Mungkin kita biasa menguji kanak-kanak tentang jenis warna. Jika mereka tidak dapat membezakan contohnya antara merah dan hijau, bawalah berjumpa pakar mata," ujarnya.

Ini kerana tanpa menjalani ujian penglihatan warna dan kepekaan ibu bapa, sukar untuk masalah rabun warna ini dikesan.

Beliau menjelaskan, ujian penglihatan warna kebiasaannya dilakukan dengan menggunakan carta yang direka khas untuk mengesan rabun warna hasil ciptaan Dr. Ishihara dari Jepun.

"Apabila rabun warna dikesan, ujian selanjutnya akan dijalankan untuk mengesan keterukan rabun warna tersebut dan jenis rabun warna yang dialami," ujarnya.

Setelah diagnosis diperoleh, satu surat khas akan dikeluarkan untuk menyatakan status penglihatan warna bagi orang rabun warna tersebut.

Jelas beliau lagi, rabun warna juga boleh berpunca daripada sesetengah jenis penyakit yang dihidapi oleh pesakit dewasa.

"Rabun warna boleh disebabkan faktor penuaan, masalah mata seperti glukoma, katarak dan diabetes, kecederaan mata dan kesan sampingan sesetengah ubat seperti ubat artritis reumatoid," katanya

Apa yang dapat dilakukan

Walaupun rabun warna boleh mengganggu kehidupan seharian seperti memandu kereta atau suai padan pakaian, masih ada cara yang boleh kita lakukan untuk membantu mereka.

"Kita boleh membantu mereka melabelkan warna. Bagi pemandu, mereka boleh diajar mengenal warna-warna pada lampu isyarat," katanya.

Bagi ibu bapa pula, anda boleh menolong anak anda dengan melabelkan nama warna pada pensel warnanya supaya dia dapat memilih warna yang sepatutnya apabila melakukan aktiviti mewarna.

Ini dapat mengelakkan dirinya daripada diejek oleh rakan-rakan.

Dr. Eng Soon menjelaskan, kelemahan ini juga boleh diperbetulkan dengan sejenis cermin mata tinta khas.

"Toyohashi Tech dari Jepun berjaya mencipta satu cermin mata unik untuk membantu mereka yang rabun warna. Namun, ini bukanlah satu kaedah rawatan yang dapat membantu untuk mendapatkan persepsi warna yang lebih normal tetapi hanya untuk membolehkan seseorang mengecam warna dengan lebih baik," ujarnya.

Mengenai lesen memandu, kebanyakan negara membenarkan orang yang rabun warna mengambilnya asalkan tiada masalah persepsi atau masalah mata yang lain.

Menurut Dr. Eng Soon, mereka selalunya boleh belajar daripada susunan lampu isyarat itu sendiri bukannya melalui warnanya.

Sekiranya seseorang itu gagal ketika mengambil ujian warna semasa mengambil lesen, jangan lekas kecewa dan berputus asa, pergilah mendapatkan pengesahan doktor mengenai tahap kerabunan warna anda.

Daripada pengesahan itu barulah pihak tertentu seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dapat membuat pertimbangan sewajarnya.

- UTUSAN

Kerajaan Bimbang Skim Pelaburan Emas Melalui Internet Bawa Keburukan

by
Kementerian Kewangan bimbang kemungkinan merebaknya skim pelaburan emas melalui internet yang menjanjikan pulangan tinggi, akhirnya memberi kesan buruk kepada pelabur.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata syarikat yang ditubuhkan di luar negara itu dikatakan memberi jaminan akan memberi keuntungan 10 hingga 20 peratus dalam tempoh yang singat.

"Peringkat awal mereka benar mendapat untung lumayan tetapi kita bimbang pada akhirnya mereka akan mendapat kesan buruk apabila tidak mendapat pulangan yang setimpalnya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen membaja Risda di Kampung Mak Lipah, Pak Badol di Bachok, Ahad.

Lebih 20 pekebun kecil menyertai kempen itu yang turut dihadiri Timbalan Pengerusi majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Bachok Datuk Dr Ilias Hussin dan Pengarah Pengembangan Risda Zahari Mat Amin.

Awang Adek berkata beliau pernah dihubungi seorang rakan yang meminta nasihat untuk melabur sebanyak RM48,000 dalam skim itu.

Katanya mereka dipengaruhi oleh rakan yang begitu ghairah dan rakus untuk mengejar keuntungan dan ada pula yang berusaha untuk menambah modal sedia ada bagi mendapatkan keuntungan yang lebih besar.

Beliau berkata Kementerian Kewangan tidak pernah mengeluarkan lesen mengenainya dan jika ada yang merasa tertipu mereka boleh membuat aduan kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk diambil tindakan.

- BERNAMA

Sikap Panas Baran Pemandu Punca Kemalangan

by
Rakyat Malaysia masih lagi mengamalkan sikap panas baran dan memandu secara berbaya di jalan raya.

Bukan itu sahaja, pemandu yang tidak berpuas hati akan menyatakan rasa marah mereka di laman web sosial dan ada antara mereka yang menulisnyadi Twitter dengan tujuan memalukan pemandu yang dianggap ‘tidak berhemah’ ini.

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Ketua Unit Faktor Kemanusiaan dan Kos Kemalangan dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros),

Karen Goonting, berkata sikap panas baran ketika memandu boleh meningkatkan risiko kemalangan satu hingga dua kali ganda.

Beliau berkata pemanduan secara agresif sangat membimbangkan kerana ia berlaku setiap hari dan hampir ‘semua orang berhadapan dengan masalah yang sama masa tertentu.’ Tambahnya, terdapat perbezaan antara keganasan jalan raya dan pemanduan secara berbaya. Hal ini kerana, keganasan jalan raya menyebabkan kecederaan ke atas pengguna lain atau menyerang seseorang yang mengakibatkan kecederaan pada tubuh badan malah yang paling ditakuti ada yang boleh menyebabkan kematian.

”Keganasan jalan raya lebih membimbangkan dan menakutkan ia tidak sama seperti seperti pemanduan agresif. Ia melibatkan tindakan seperti memandu laju, mengekori, melanggar lampu merah serta melanggar peraturan jalan raya yang lain,” katanya. Statistik polis pada tahun 2010 menunjukkan sikap pemanduan pemandu lelaki lebih agresif berbanding wanita. Sebanyak 203,436 kesalahan melibatkan pemanduan agresif

69,556 kes melibatkan pemandu wanita.

Statistik menunjukkan daripada 1.3 juta kesalahan yang dilakukan, melibatkan 870,472 pemandu lelaki sementara 293,505 pemandu wanita.

Memandu terlalu hampir dicatatkan sebagai punca utama kemalangan pada tahun 2010, dengan 150, 682 kes, diikuti membuat pusingan u berbahaya (65,131), memandu laju (39,526), dan memotong secara berbahaya (22,668).

- MSTAR

BR1M Penjawat Awam Dikecualikan cukai

by
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diterima penjawat awam bergaji hampir RM3,000 tidak akan dimasukkan dalam perkiraan cukai pendapatan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Beliau berkata perkara itu adalah selaras dengan tujuan BR1M iaitu bagi meringankan beban golongan berpendapatan rendah menghadapi kos sara hidup yang tinggi.

Awang Adek yang ditemui pemberita selepas Majlis Mesra Polis Bersama Masyarakat di Bachok pada Sabtu, diminta mengulas dakwaan pembangkang bahawa bantuan RM500 yang diterima penjawat awam bergaji hampir RM3,000 akan dikenakan cukai.

Pada majlis hari ini, lebih 200 masyarakat keturunan Cina dan Siam menyertai program anjuran Polis Diraja Malaysia yang antara lain bertujuan mendekatkan hubungan polis dan komuniti terutama dalam usaha mencegah jenayah.

- BERNAMA

Debat secara beradab, beretika elak dipengaruhi emosi

by
Oleh Amran Zakaria

ISU UNTUK berdebat dan cabar-mencabar semakin menjadi-jadi, terutama dalam usaha meraih populariti kumpulan mahupun peribadi. Cabaran untuk berdebat ini biasanya timbul apabila berdepan dengan pertembungan idea dan pendekatan dalam menangani sesuatu perkara. Dalam bahasa Arab disebut sebagai ikhtilaf.

Pada asasnya istilah ini merujuk kepada perbezaan pendapat terhadap sesuatu perkara. Dalam erti kata lain setiap orang mengambil yang berbeza sama ada dalam perkataan mahupun pendapat. Ikhtilaf juga memberi erti tidak sama. Oleh itu, setiap yang tidak sama dikatakan ikhtilaf, sementara khilaf ialah pertentangan atau berlawanan.

Harus diakui manusia memang berbeza pandangan, pendirian dan bebas membuat penafsiran terhadap sesuatu yang dirasakan benar baginya tetapi ketika yang sama, manusia diberi akal dan iman untuk mempertimbangkan ilmu secara beradab. Firman Allah yang bermaksud: “Serulah ke jalan Tuhanmu wahai Muhammad dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang lebih baik.” (Surah al-Nahl, ayat 125).

Risalah al-Mustarsyidin menggariskan 10 adab untuk berdebat iaitu tidak berada dalam keadaan marah, tidak cuba mencari masalah, tidak membanggakan diri, jangan menghukum, jangan ketawa, jangan menjadikan dakwaan sebagai dalil, apabila anda mendatangkan dalil, tujuan daripadanya adalah mencari kebenaran, apabila anda menggunakan akal, gunakanlah ia sebagai untuk menerangkan sesuatu, hendaklah anda menjadikan kebenaran berharga untuk umat Islam dan usah mencari kemenangan sebagai tujuan utama (dalam berdebat) dan yang akhir sekali janganlah anda berpaling kepada orang lain sewaktu pihak kedua sedang bercakap dengan anda.

Ertinya, penjagaan akhlak dan kesopanan amat dititikberatkan seandainya berlaku perdebatan. Saidina Ali Abi Talib pernah berkata: “Petunjuk sebaik-baik pemimpin, akhlak yang baik sebaik-baik teman, akal sebaik-baik sahabat dan adab sebaik-baik peninggalan (Kitab: al-Adab Islamiyyah Li an-Nasyiah).

Sesungguhnya akhlak dan adab ini akan menjaga diri kita daripada terjerumus ke dalam lembah kebinasaan dan kehancuran. Lebih-lebih lagi jika kita sangat inginkan perbahasan ilmu yang mempunyai khilaf padanya. Dengan mempelajari adab maka tenanglah hati menghadapinya.

Debat kalau berlaku mestilah secara beretika dan halus budi bahasanya. Setiap patah kata dalam ungkapannya dapat menjadi contoh mereka yang mencintai kebenaran. Tetapi sayang, sebahagian daripada pendebat sekarang menyimpang jauh daripada panduan kerana debat mereka untuk mencari pengaruh dan kemenangan, sedangkan debat yang dicadangkan ialah untuk mencari jalan yang lurus. Oleh itu, berhujah untuk memburukkan lawan, pelbagai kata kasar dan nista dihambur keluar akan memburukkan keadaan Dibimbangi keburukan demi keburukan orang didedah dan diaibkan melalui kata-kata.
Ramai yang suka bertikam lidah apabila berlaku perselisihan pendapat. Kadangkala timbul keadaan menyerang, menentang dan saling mencela antara mereka. Rasulullah SAW bersabda: “Aku ialah pemimpin di sebuah tempat di syurga bagi orang yang meninggalkan perdebatan walaupun dia benar.” (Riwayat Abu Daud).

Cucunda Rasulullah SAW, Saidina Hussain berkata, seseorang yang menceritakan keburukan orang lain di hadapanmu, jadi dia akan menceritakan keburukanmu (juga) pada orang lain. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa mampu menjaga apa yang ada antara dua janggut dan apa yang ada di antara dua kaki, maka aku jamin dia masuk syurga. (Hadis riwayat Sahl bin Sa'ad)

Apabila seseorang memahami dan mengerti bahawa setiap perkataan diucapkan melalui lidahnya akan dihisab dan dibalas maka dia akan tahu untuk menjaga lidahnya, menjaga tutur katanya dan mempertimbangkan dengan teliti sebelum berkata-kata.

Termasuk dalam adab menjauhi perdebatan ialah berwaspada seandainya sesuatu perbincangan yang dimulakan dengan adab Islam akan berubah menjadi satu perdebatan yang dibina atas dasar keangkuhan. Oleh itu hendaklah sentiasa prihatin kepada tanda-tanda yang bakal mengubah satu perbincangan kepada perdebatan, seperti sikap berlemah lembut mula berubah kepada perkataan yang kesat, bahasa yang kasar, nada yang tinggi dan gerak badan yang mengancam, manakala format perbincangan berubah daripada ilmiah kepada emosi.

Cara penuturan seseorang memudahkan kita mengenali watak ahli pendebat. Bahasa yang terhambur keluar melalui lidah yang tidak bertulang amat membahayakan kerana tajamnya melebihi sembilu. Justeru, jangan biarkan lidah itu lebih cepat daripada akal dalam menuturkan kata-kata. Apalagi apabila akal gagal mengawal tutur katanya menyebabkan apa yang terkeluar itu menjadi zarah amarah dan nafsu semata-mata.

Rasulullah SAW pernah mengumpamakan lidah itu sebagai kunci segala perkara, yakni perkara baik dan buruk. Sabda Baginda kepada Muaz bin Jabal yang bermaksud: “Mahukah engkau aku beritahukan mengenai kunci semua perkara ini? Aku (Muaz) menjawab: Mahu wahai Rasulullah SAW. Lalu Baginda SAW memegang lidahnya dengan berkata: Awas, jagalah ini (lidah) baik-baik. Aku (Muaz) pun berkata pula: Wahai Rasulullah SAW, apakah kami akan dituntut atas tutur kata kami? Lalu Baginda SAW menjawab: Moga-moga Allah memelihara engkau. Tiada lain yang akan menjerumuskan manusia menerusi muka atau batang hidungnya ke dalam neraka, melainkan tutur katanya sendiri.” (Hadis riwayat al-Tirmizi).

- BERITA HARIAN

Bagaimana mengkaji permintaan pasaran

by
Oleh HASANI HASSAN

Ramai orang tahu internet menyediakan peluang untuk memasarkan pelbagai bentuk produk dan perkhidmatan ke seluruh dunia tanpa batas sempadan.

Justeru ramai yang berminat untuk menceburi perniagaan menerusi Internet tetapi malangnya tidak pasti apakah bidang yang ingin mereka libatkan diri mempunyai permintaan pasaran yang kuat.

Membuat sedikit kajian tentang bidang yang ingin diceburi adalah satu faktor penting agar kita tidak serkap jarang, terlanggar dinding atau sesat di alam siber yang akhirnya membuat kita kecundang di pertengahan jalan.

Untuk mengelak daripada keadaan itu, anda perlu tahu serba sedikit tentang bagaimana untuk menentukan produk atau perkhidmatan yang dikehendaki oleh para pengguna.

Biasanya dalam perniagaan tradisional kajian mudah ini boleh dilakukan dengan melihat kepada persekitaran contohnya berdasarkan barangan apa yang paling laku dijual di pasar raya atau pasar malam.

Firma penyelidikan

Syarikat-syarikat besar menentukan penawaran produk atau perkhidmatan mereka berdasarkan kajian-kajian yang lebih bersifat komersial yang dijalankan oleh firma-firma penyelidikan profesional.

Biasanya laporan-laporan yang disediakan oleh firma seperti itu adalah berkualiti dan tentulah ada harga yang tinggi perlu dibayar.

Namun kadang-kadang ada sebahagian daripada laporan itu yang diterbitkan secara percuma oleh media tradisional seperti akhbar dan majalah, dan seringkali juga anda boleh mencari ringkasan-ringkasan kepada hasil penyelidikan ini menerusi internet.

Contohnya JupiterResearch.com yang menyediakan analisis pasaran untuk membantu vendor-vendor teknologi untuk memahami peluang pasaran semasa.

Sebuah lagi firma penyelidikan, comScore juga menyediakan laporan berdasarkan kaji selidik. Kajian mereka adalah berdasarkan lebih dua juta pengguna yang memberi kebenaran kepada comScore untuk melihat tabiat mereka melayari dan melakukan transaksi di internet serta di dunia luar.

Sebagai usahawan yang kreatif, sebenarnya ada banyak lagi saluran percuma yang kita boleh gunakan untuk membuat penyelidikan ini secara sendiri untuk setiap bidang yang kita inginkan.

Google AdWords

Salah satu alatan atau aplikasi kesukaan saya untuk membuat kajian permintaan pengguna ialah Google AdWords Keyword Tool yang boleh diakses di https://adwords.google.com/select/KeywordToolExternal.

Aplikasi ini membolehkan kita membuat kajian tentang permintaan ke atas sesuatu produk atau perkhidmatan berdasarkan jumlah carian bagi kata kunci yang berkaitan. Anda cuma perlu masukkan kata kunci atau frasa kata untuk melihat jumlah carian yang dilakukan oleh pengguna di seluruh dunia.

Contohnya jika saya membuat kajian tentang remote control car, Keyword Tool ini memaparkan bahawa terdapat 673,000 carian pada setiap bulan di seluruh dunia mengenai tajuk tersebut manakala di Malaysia pula terdapat 9,900 carian untuk tajuk yang sama.

Selain jumlah carian global dan carian tempatan berdasarkan negara yang kita pilih, ia juga akan memaparkan Competition iaitu persaingan bagi iklan AdWords untuk topik berkenaan, yang boleh memberikan gambaran kepada kita tentang tahap penawaran untuk topik itu juga.

Keyword Tool turut memaparkan idea- idea kata kunci yang berkaitan dengan apa yang kita cari tadi, termasuk variasi ejaan dan carian bagi topik yang sama.

Contohnya jika saya menguji topik remote control car, Google juga akan paparkan topik yang berkaitan seperti radio control car dengan hasil carian global sebanyak 246,000, atau yang lebih popular ialah rc cars dengan 1 juta hasil carian.

Ini memberikan AdWords Keyword Tool satu lagi kelebihan kerana ia akan menjana lebih banyak idea yang berkaitan kepada kita, mungkin sesuatu yang kita tidak terfikir pun!

eBay Pulse

Satu lagi lokasi untuk melihat apakah barangan yang sedang panas di pasaran ialah dengan melayari laman pulse.ebay.com dan pulse.ebay.com.my untuk melihat trend jualan terkini masing-masing di laman eBay antarabangsa dan eBay Malaysia.

Laman ini memaparkan carian popular, kedai maya terbesar, barangan yang paling banyak dilihat oleh pengunjung, pilihan-pilihan utama, serta barangan-barangan menarik, yang berubah-ubah mengikut keadaan semasa pada setiap hari.

Ini akan memberikan anda idea yang jelas tentang produk-produk yang sedang laris di pasaran pada ketika itu.

Ruangan carian popular akan memberi indikasi tentang kata kunci atau bidang carian umum, sementara ruangan barangan yang paling banyak dilihat adalah indikator populariti kepada sesuatu jenama atau model barangan secara spesifik.

Di samping itu anda juga boleh meninjau kedai-kedai maya di dalam ruangan Largest Stores, sekaligus mencontohi teknik-teknik yang mereka gunakan.

Klik pada pautan See more eBay Pulse Categories untuk lihat pecahan kategori yang lebih mengkhusus dan terperinci.

Amazon Best Sellers

Amazon boleh dikategorikan sebagai pasar raya besar online dengan berpuluh juta produk disenaraikan dalam pelbagai kategori.

Daripada pangkalan data yang besar, agak mudah bagi Amazon menentukan produk-produk apakah yang paling laris dijual di dalam laman webnya dan anda boleh mengakses maklumat tersebut menerusi URL http://www.amazon.com/gp/bestsellers.

Amazon menyenaraikan hingga 100 produk paling banyak terjual dalam setiap kategori.

Setiap produk itu juga dinyatakan jumlah hari ia telah berada dalam carta top 100 serta sama ada popularitinya sedang menaik, menurun atau stabil.

Selain jumlah jualan yang tertinggi, Amazon juga memaparkan produk-produk yang diberi rating paling tinggi oleh para pengguna atau pembeli.

Rating ini menjadi indikator kepada tahap kepuasan pelanggan bagi setiap produk berkenaan.

Manakala produk-produk yang baru tiba di pasaran dan terus mendapat perhatian, dipaparkan dalam bahagian Hot New Releases. Ia menyenaraikan barangan baru yang pantas mendapat tempat di hati pembeli.

Selain produk-produk yang menjadi perhatian ramai, Amazon juga menyenaraikan produk-produk yang tiba-tiba naik atau jatuh dengan mendadak dalam tempoh 24 jam yang lalu menerusi ruangan Moves 7 Shakers. Kategori ini boleh memberikan idea tentang trend-trend pelik pembeli masa kini.

Selain menjual produk, Amazon juga telah lama mempopularkan konsep hadiah yang mana pembeli akan membelikan sesuatu barangan untuk dikirimkan sebagai hadiah kepada seseorang yang lain dan Amazon akan menghantarkan barangan berkenaan terus kepada si penerima. Produk-produk yang popular dijadikan hadiah ini disenaraikan dalam ruangan Gift Ideas.

Satu ruangan lagi yang menarik ialah "Most Wished For yang menyenaraikan produk-produk yang paling diinginkan oleh pengguna atau pembeli. Senarai ini memberi gambaran tentang apakah produk-produk yang sangat berpotensi untuk dijual.

Walaupun data Amazon lebih cenderung kepada para pengguna di Amerika Syarikat atau di peringkat global, namun ia masih berguna dalam mencetuskan idea-idea menarik untuk perniagaan kita sendiri.

Laman-laman web lain

Selain laman-laman web yang dibincangkan ini, anda juga boleh menggunakan Google Trends dan Google Insight untuk melihat perkembangan dan trend pasaran terhadap sesuatu topik secara umum atau berdasarkan geografi.

Kebanyakan laman web atau blog juga ada memaparkan topik hangat atau topik popular mereka sendiri dan boleh anda gunakan sebagai panduan dan untuk menjana idea.

Khidmat iklan melalui Facebook juga boleh digunakan untuk menentukan saiz pasaran dalam komuniti Facebook untuk sesuatu kata kunci yang diinginkan.

Layari blog hasanihassan.com untuk perbincangan serta rujukan tentang laman-laman web yang dinyatakan serta laman-laman yang berkaitan.

- UTUSAN

Ramai graduan wanita sia-siakan kepakaran

by
BANGI: Pemenang Hadiah Nobel Keamanan 2006, Prof Dr Muhammad Yunus berpendapat banyak bakat wanita di Malaysia yang menguasai sehingga 70 peratus kemasukan di institusi pengajian tinggi (IPT), menjadi sia-sia berikutan hanya sebahagian daripada mereka mengisi keperluan pasaran kerjaya.

Katanya, wanita terbabit terbukti mampu bersaing dalam cabaran melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, sekali gus memiliki ilmu pengetahuan yang dapat memberi sumbangan besar kepada negara dan masyarakat.

Beliau berkata, kekurangan peratusan wanita dalam pasaran kerjaya mungkin berpunca daripada faktor sistem sosial atau pun wanita berasa tidak selesa terutama untuk menceburi bidang profesional sehingga mewujudkan jurang gender bagi jawatan peringkat atasan.

“Justeru, punca mengapa wanita kurang menceburi pasaran kerja walaupun menguasai kira-kira 70 peratus tempat di IPT, perlu dikaji secara mendalam supaya langkah wajar diambil untuk menanganinya.

“Sebagai contoh bagaimana untuk membolehkan mereka berasa selesa menduduki jawatan peringkat atasan,” katanya kepada Berita Harian selepas menyertai Wacana Bitara Srikandi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi, semalam.

Bagaimanapun, Muhammad yang juga Laureate Bermastautin UKM, bangga dengan pencapaian wanita Malaysia, termasuk menduduki jawatan tertinggi dalam pengurusan perniagaan dan pentadbiran universiti.

Katanya, pencapaian itu memberi imej positif berbanding gambaran lazim diperoleh mengenai pembabitan wanita yang masih jauh ketinggalan di negara Islam.

“Namun, kita tidak harus puas hati. Masih banyak harus dimanfaatkan seperti (meningkatkan kedudukan wanita) pada peringkat pembuat keputusan, CEO (ketua pegawai eksekutif) syarikat, supaya tiada lagi yang menyatakan pembabitan wanita masih jauh ketinggalan di negara Islam,” katanya.

- BERITA MINGGU

Amaran balasan dosa bagi penyebar hadis palsu

by
Oleh Dr Fadlan Mohd Othman

SESUNGGUHNYA Allah Taala menurunkan al-Quran kepada hamba-Nya sebagai petunjuk sepanjang jalan untuk mereka di muka bumi ini kembali kepada-Nya di akhirat nanti. Al-Quran mengandungi segala sesuatu yang diperlukan oleh hamba Allah untuk menyelamatkan mereka di dunia dan akhirat daripada segala bentuk kesengsaraan baik yang sementara mahupun yang kekal.
Antara perkara utama yang ditekankan dan diarahkan oleh al-Quran ialah menjadikan Muhammad bin Abdullah, Rasulullah SAW sebagai ikutan kita di alam ini. Kepercayaan kita kepada al-Quran sebagai kitab petunjuk sejati tidak sempurna jika tidak disulami dengan kepercayaan bahawa Rasulullah SAW adalah wakil Allah kepada kita.
Sebagai wakil Allah, Bagindalah yang paling mengetahui kehendak Allah dalam al-Quran. Justeru, apa saja kefahaman kita terhadap mana-mana saja ayat al-Quran tidak boleh diterima sekiranya tidak melalui pengesahan kefahaman Rasulullah SAW.

Dalam satu riwayat, Ibnu Mas’ud berkata: “Allah melaknati pembuat tatu, orang yang meminta tatu, orang yang mencabut bulu badan dan juga orang yang merenggangkan gigi untuk kecantikan yang mengubah ciptaan Allah.”

Kenyataan ini sampai ke telinga seorang wanita daripada Bani Asad yang bernama Ummu Ya’qub lalu dia datang lalu berkata: “Saya dengar kamu melaknat sekian dan sekian!” Ibnu Mas’ud menjawab: “Apa salahnya saya melaknat orang yang dilaknat oleh Rasulullah SAW dan juga yang terdapat dalam kitab Allah?” Wanita itu berkata: “Saya sudah membaca keseluruhan al-Quran dan saya tidak menjumpai apa yang kamu sebutkan itu.” Ibnu Mas’ud menjawab: “Jikalau engkau benar-benar membacanya pasti engkau akan menjumpainya. Tidakkah engkau membaca (ayat 7 Surah al-Hasyr) yang bermaksud: “Dan apa yang dibawa oleh Rasul maka hendaklah kamu semua ambil dan apa yang ditegah olehnya maka hendaklah kamu tinggalkan?” Wanita itu menjawab: “Sudah tentu.” Ibnu Mas’ud berkata: “Sesungguhnya Rasulullah SAW menegah perbuatan itu.” (HR al-Bukhari, No. 4886).

Selepas diketahui bahawa tiada perbezaan dari sudut penghujahan antara ayat al-Quran dan hadis Nabi SAW, perlulah diketahui bahawa al-Quran tidak dapat diselewengkan dengan sewenang-wenangnya dari sudut ‘thubut’ iaitu ketetapan. Ini berbeza dengan hadis yang tidak mengalami proses penulisan seperti al-Quran. Dengan itu, masih ada ruang bagi musuh Islam untuk membuat penyelewengan dalam hadis dengan memalsukan kenyataan dan menyandarkannya kepada Rasulullah SAW.
Walaupun begitu, Allah sudah menjanjikan bahawa agama-Nya akan kekal terpelihara. Kewujudan ulama yang pakar dan mahir dengan selok-belok hadis dapat mengatasi kemelut pemalsuan ini. Dr Subhi al-Salih dalam kitabnya Ulum al-Hadis wa Mustalahuh menyatakan bahawa apabila al-Imam Abdullah bin al-Mubarak ditanya: “Bagaimana dengan hadis palsu?” Beliau menjawab: “Akan muncul pakar yang membanterasnya. Allah telah berfirman (dalam Surah al-Hijr ayat 9) yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah menurunkan peringatan dan pasti Kami akan menjaganya.”

Secara umumnya membezakan lalu membanteras hadis palsu adalah satu-satunya jalan untuk menjaga kemurnian agama Islam daripada diselewengkan dari sudut ini. Semoga Allah memperbanyakkan individu Muslim yang kritis dan cergas dalam mempertahankan agama Islam dengan mempertahankan hadis Rasulullah SAW.

Kerosakan sesuatu perkara hanya akan diketahui dengan tahap dosa yang dikaitkan dengannya. Di sini kita akan menyingkap tahap dosa yang dikaitkan dengan mereka yang menyebarkan hadis palsu. Dr. Syaraf Mahmud al-Qudhah dalam kitabnya al-Minhaj al-Hadis fi ‘Ulum al-Hadis halaman 183, mengkategorikan periwayatan hadis palsu ini kepada tiga bahagian seperti berikut:

Pertama, meriwayatkan hadis palsu secara sengaja. Ulama bersepakat mengatakan bahawa hukum meriwayatkan hadis palsu adalah haram berdasarkan kepada hadis Nabi SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang menipu ke atas-Ku secara sengaja maka hendaklah dia sediakan tempatnya dalam neraka.” (HR al-Bukhari, No. 6197)

Kedua, meriwayatkan hadis palsu secara tidak sengaja. Orang yang meriwayatkan hadis palsu secara tidak sengaja pula, dia dimaafkan dan tidak mendapat apa-apa dosa berdasarkan hadis Nabi SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah mengampunkan maksiat yang dilakukan umatku kerana tersilap, terlupa atau dipaksa.” (HR Ibnu Majah, Kitab al-Thalaq, Bab Thalaq al-Mukrah wa al-Nasi, No. 2033. Dihukum Sahih oleh al-Albani dalam Sahih Ibnu Majah No. 1675).

Ketiga, meriwayatkan hadis palsu secara jahil atau sambil lewa. Orang yang meriwayatkan hadis palsu secara jahil atau sambil lewa pula, dia tidak dimaafkan dan tetapi akan mendapat dosa menyebarkan hadis palsu walaupun dosa ini tidaklah sama seperti dosa orang yang mengetahui mengenai kepalsuan hadis itu.

Ini berdasarkan beberapa dalil seperti berikut; pertama, Firman Allah dalam surah al-Isra ayat 36 bermaksud: “Dan janganlah engkau ikut apa yang engkau tidak mempunyai ilmu mengenainya.”

Dalil kedua, hadis Nabi yang bermaksud: “Sesiapa yang meriwayatkan hadis daripadaku sedang ia diketahui oleh para ulama sebagai tipu, dia dikira salah seorang daripada golongan penipu.” (HR Muslim dalam Muqaddimah Sahih Muslim).

Dalil ketiga, hadis Nabi SAW yang bermaksud:,“Kadi terbahagi tiga golongan; satu dalam syurga dan dua dalam neraka. Kadi yang di dalam syurga ialah yang mengetahui kebenaran lalu menghukum dengannya. Kadi yang mengetahui kebenaran lalu menzalimi dalam hukum, dia dalam neraka. Kadi yang menghukum antara manusia dalam keadaan jahil pula, dia juga dalam neraka.” (HR Abu Daud, Kitab al-Aqdiyah, Bab fi al-Qadi Yukhti’, No. 3573. Dihukum Sahih oleh al-Albani dalam Sahih Abi Daud No. 3573.)

- BERITA MINGGU

Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90