Top Ad 728x90

Astro Bella ganti Astro B4U di Pakej Mustika


BERMULA 5 Mac 2012 ini, para penggemar rancangan telenovela di Malaysia pastinya akan lebih teruja dengan pelancaran Astro Bella.

Menghimpunkan telenovela-telenovela terbaik dari seluruh dunia seperti Latin, sekitar Asia dan juga tempatan, Astro Bella bagaimanapun tidak akan menayangkan cerita-cerita sinetron dari Indonesia. Malah, saluran Astro Bella itu juga bakal menggantikan saluran B4U yang akan ditamatkan siarannya pada 5 Mac ini.

Menurut Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh, pihak Astro memutuskan untuk melakukan sedikit rombakan pada pakej Mustika yang merangkumi saluran Warna, Citra dan B4U setelah mengambil kira maklum balas daripada penontonnya.

“Pakej Mustika yang diperkenalkan pada tahun 2009, pada mulanya merangkumi saluran Warna, Citra dan B4U. Setelah hampir dua tahun pakej ini dilancarkan dan setelah mengambil kira maklum balas daripada pelanggan kami, Astro memutuskan untuk menamatkan siaran B4U dan menggantikannya dengan saluran Bella,” ujarnya.

Menyasarkan golongan wanita berusia 18 tahun ke atas, Astro Bella akan bersiaran selama 24 jam dengan pengisian telenovela-telenovela yang menarik antaranya Fish Port Princess (Filipina), Rivals (Filipina), Diabla Daniela (Latin), Pasion Morena (Latin), Eternamente Tuya (Latin) dan siri mini Girlfriends (Itali).

Telenovela yang sememangnya terkenal dengan pengisian melodramatik yang rata-ratanya berunsurkan cinta, dendam, perebutan kuasa, persahabatan serta keperibadian setiap watak yang dilakonkan, dijangka menyentuh hati penonton.

Jelas Khairul, dengan pelancaran saluran Astro Bella itu ia akan menyempurnakan lagi pakej Mustika serta menyokong dua saluran yang sudah menempah tempat di hati para penonton iaitu Astro Warna (saluran 132) dan Astro Citra (saluran 131).

“Astro akan terus mengekalkan penyiaran saluran Warna yang telah berjaya menghasilkan komedi terbaik daripada pelawak-pelawak tempatan. Rancangan seperti Raja Lawak, Maharaja Lawak Mega telah meraih antara penilaian yang tertinggi dan semestinya menjadi peneraju utama pakej Mustika.

“Begitu juga dengan saluran Astro Citra yang juga begitu sinonim dengan filem-filem blockbuster serta siri drama epik antarabangsa dan tempatan,” katanya.

Tambahnya, bagi peminat-peminat filem Bollywood yang pernah melanggan pakej Mustika untuk menikmati filem-filem Hindi di bawah saluran B4U, mereka masih boleh menikmati filem-filem tersebut menerusi saluran 108, Zee.

Astro Bella yang akan disiarkan di saluran 133 akan mula bersiaran bermula 5 Mac ini melalui pakej Mustika pada harga RM12.95 sebulan. Untuk melanggan, sila layari laman web www.astro.com.my/mustika atau hubungi 1-300-82-777.

- KOSMO!

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90