Top Ad 728x90

,

Logam merkuri dalam krim Yoko

Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai supaya tidak membeli dan menggunakan 'Daily Protecting Cream: Jole et Beaute' dan beberapa jenis krim penjagaan muka jenama Yoko berikutan penemuan logam berat merkuri dalam produk itu.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi kementerian itu, Datuk Eisah A Rahman, berkata jenis krim Yoko yang dilarang penggunaannya adalah Yoko Whitening Cream Ginseng & Pearls, Yoko Whitening Cream With SPF-15, Yoko Yogurt Milk Whitening Cream, Yoko Beauteen Sunflower Whitening Cream, Yoko Freckle Cream, Yoko Whitening Cream dan Yoko Whitening Extract.

Eisah berkata, penggunaan produk itu boleh membawa kesan mudarat kepada pengguna kerana logam merkuri boleh diserap melalui kulit apabila disapu secara luaran dan cenderung berkumpul dalam badan.

Sehubungan itu, pengguna boleh menghubungi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan di talian 03-7883 5532/5534/8495 atau e-mel kepada kosmetik@bfpk.gov.my untuk pertanyaan.

– BERNAMA

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90