Top Ad 728x90

Rutin harian Dr. Ezani, Juara MasterChef Malaysia


Lazimnya, selesai melakukan kerja-kerja seperti memasak dan mengemas rumah , Dr. Ezani Farhana Md. Monoto, 26 bersantai di ruang tamu sambil membaca buku-buku resipi.

Sesekali, apabila kebosanan menjengah, dia menghabiskan masa menyapu sampah atau menyiram pokok bunga di halaman rumahnya yang terletak di Bandar Bukit Mahkota, Kajang, Selangor.

Jika mempunyai masa lapang pula, dia pasti memasak menu baru.

Pendek kata, rutin hariannya sentiasa diisi dengan perkara berfaedah.

Bagaimanapun, sejak bergelar juara MasterChef Malaysia, masanya di rumah agak terhad.

Siapa sangka, minat mendalam seorang doktor gigi terhadap dunia kulinari membuahkan hasil.

Namun biarpun sudah bergelar juara, bagi Ezani, masih belum terlintas di fikirannya mahu meninggalkan kerjaya profesionalnya.

Minat

Ketika ditemui Mingguan Malaysia baru-baru ini, penampilannya yang santai dilengkapi apron sudah cukup menterjemahkan betapa dalamnya minat wanita muda ini terhadap dunia memasak.

Menurut Dr. Ezani, aktiviti berkenaan bukanlah perkara asing baginya dan keluarga.

Bak kata orang tua-tua, dapur mereka sentiasa berasap.

"Saya menyertai MasterChef Malaysia kerana minat yang sangat mendalam terhadap bidang kulinari. Memang dari kecil saya suka memasak dan menjadikan ibu sebagai idola dalam bidang masakan.

"Tetapi saya tidak pernah terfikir untuk menjadikan bidang kulinari sebagai kerjaya saya memandangkan ahli keluarga semuanya mempunyai pekerjaan profesional.

"Sewaktu menuntut di Australia, MasterChef Australia menjadi program yang tidak pernah saya lepaskan," ujar Eza

Dr. Ezani melihat bagaimana peserta MasterChef Australia memasak dan beraksi di dapur lalu ia memberikan inspirasi kepadanya untuk memberanikan diri menyertai MasterChef Malaysia.

"Pada masa sama juga, saya suka membaca dan membeli buku resipi. Dari situ, saya mendapat pelbagai idea untuk muncul dengan resipi sendiri sepanjang berada dalam MasterChef Malaysia," katanya.

Ringkas

Menyentuh dekorasi kediaman pilihan, Dr. Ezani gemarkan sesuatu yang ringkas.

Baginya, kediaman adalah tempat untuk dia mendapatkan ilham khususnya mencipta resipi sendiri.

Selain itu, dia banyak menghabiskan masa bersama keluarga berbincang tentang menu baru melalui buku-buku resipi miliknya.

Apa yang menariknya, Dr. Ezani juga memperuntukkan sebahagian masanya untuk mengumpul ilham fotografi di rumah.

Kebanyakan gambar-gambar milik peribadi dan keluarganya diambil sendiri.

"Adakalanya, lenyap rasa penat apabila berehat di ruang kediaman. Ia juga pencetus semangat untuk saya mencari idea resipi sendiri atau berehat pada waktu malam atau hujung minggu," tutur Dr. Ezani.

- MINGGUAN MALAYSIA

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90