Top Ad 728x90

,

Wanita tertarik lelaki miliki kulit sihat berbanding maskulin

Wanita kini lebih tertarik kepada lelaki yang memiliki warna kulit sihat berbanding yang berwajah maskulin, menurut satu kajian terkini.

Kajian itu menafikan pandangan ramai sebelum ini yang merasakan wanita lebih tertarik kepada lelaki berwajah maskulin dengan bentuk wajah lebih panjang, tulang pipi yang menonjol, kening lebat dan tulang rahang terbentuk, kerana ia melambangkan kesihatan dan akan diwarisi oleh anak-anak.

Bagaimanapun, seorang pakar psikologi dari Universiti Notthingham Malaysia, Ian Stephen, baru-baru ini mendapati, lelaki dengan kulit bersinar juga menjadi penunjuk tahap kesihatannya.

Dalam kajiannya, Ian bersama pasukannya mengambil gambar 34 lelaki berwajah cerah dan 41 lelaki dengan wajah gelap. Kemudian dengan menggunakan program komputer, mereka mengukur warna dan menentukan tahap maskulin kepada setiap wajah.

"Kami menggunakan teknik ini bagi membandingkan secara matematik bentuk wajah setiap lelaki kepada contoh wajah wanita hampir sama daripada kalangan masyarakat yang sama," katanya dalam satu kenyataan.

Penyelidik kemudian menunjukkan gambar tersebut kepada 32 wanita berkulit putih dan 30 wanita berwajah gelap, kemudian meminta mereka melabel tahap menariknya lelaki berkenaan di mata mereka.

Daripada kajian itu didapati, wajah maskulin tidak menjadi kemestian berbanding warna kulit walaupun berbeza kumpulan etnik. Mereka juga tidak menemui kaitan antara maskulin dan tahap tarikan, namun menemui kaitan antara warna kulit dan tarikan.

Penyelidik juga mendapati, wanita tidak boleh mengesan perbandingan tidak ketara warna kulit lelaki yang berlainan bangsa.

Menurut Ian, warna kulit yang sihat boleh diperolehi daripada pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi pigmen karotenoid dalam diet harian. Selain itu, ia juga membantu kesihatan menyeluruh dan kesuburan lelaki.

"Kajian kami menunjukkan kesihatan adalah kunci untuk lelaki kelihatan lebih menarik. Anda boleh memiliki kulit yang cantik dan sihat melalui pemakanan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran," katanya.

- AGENSI

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90