Top Ad 728x90

,

JARING perkenal DDoS Armour

KUALA LUMPUR 19 Mac - JARING Communications Sdn. Bhd. (JARING) telah memperkenalkan satu perkhidmatan yang dinamakan "JARING DDoS Armour" yang memantau, mengesan dan secara automatik mengurangkan sebarang serangan DDoS terhadap jaringan para pelanggan.

Ia kini menawarkan kepada para pelanggan korporat JARING yang kini menggunakan Akses Internet Dedikasi, Pusat Data Internet atau OneCloud (perkhidmatan Pengkomputeran Awan).

"Perkhidmatan JARING DDoS Armour diuruskan sepenuhnya oleh pasukan teknikal yang sangat berpengalaman di JARING, jadi tidak melibatkan kos perbelanjaan modal yang mahal bagi pelaksanaan perlindungan segera itu terhadap ancaman yang berpotensi kepada perniagaan dan rangkaian para pelanggan kami," kata Ketua Pegawai Eksekutif, Nik Abdul Aziz Nik Yaacob dalam satu kenyataan hari ini.

DDoS atau Distributed-Denial-of-Service merujuk kepada serangan atau cubaan untuk menaikkan lebih muatan dan melimpahkan komputer/rangkaian ke tahap menghalang perkhidmatan, yang kadang kala bagi tempoh masa sementara atau ada kala sehingga satu tempoh masa yang tidak ditetapkan.

— BERNAMA

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90