Top Ad 728x90

JobStreet perkenalkan aplikasi telefon pintar untuk mencari pekerjaan


Pengurus Pemasaran Produk Jobstreet.com Malaysia, Roslinda Abdul Ghani menunjukkan aplikasi Jobstreet.com melalui iPhone yang memudahkan pengguna mencari pekerjaan di Pusat Pameran MidValley, Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR 30 Mac - Laman sesawang pencari pekerjaan, JobStreet.com Sdn. Bhd. (JobStreet) berharap perkhidmatannya terus dapat menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada orang ramai, menerusi pelbagai inovatif menggunakan teknologi terkini.

Terbaharu, laman sesawang tersebut memperkenalkan aplikasi yang dinamakan sebagai 'Jobs near me' untuk pengguna telefon pintar iPhone, yang mana pengguna boleh mencari pekerjaan di tempat kerja yang berhampiran dengan mereka.

Pengurus Negara JobStreet Malaysia, Chook Yuh Yng berkata, bagi tahun 2011, bilangan peluang pekerjaan yang ditawarkan meningkat sebanyak 20 peratus berbanding tahun sebelumnya.

"Kami berharap tahun ini pencapaian yang sama mampu direkodkan," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Pameran Karier dan Latihan 2012 JobStreet.com Malaysia (MCTF 2012) di sini hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan dan Pengerusi AIC Exhibitions Sdn. Bhd., Datuk Rozali Isohak.

MCTF 2012 yang berlangsung bermula hari ini sehingga Ahad di Pusat Pameran MidValley di sini, menawarkan sehingga 15,000 peluang pekerjaan daripada 120 buah syarikat tempatan dan luar negara yang menjadi peserta pameran.

JobStreet selaku penganjur bersama menyasarkan 100,000 pelawat akan hadir ke pameran selama tiga hari itu.

Aplikasi 'Jobs near me 'boleh dimuat turun di laman sesawang www.jobstreet.com/app secara percuma. Pengguna boleh mengesan lokasi yang menawarkan peluang pekerjaan berhampiran mereka apabila menggoncangkan telefon pintar masing-masing.

Lokasi itu akan dipamerkan menerusi peta di dalam telefon pintar pengguna.

Menurut Ketua Pengurusan Produk JobStreet, Aina Zahari, aplikasi itu akan memudahkan orang ramai mengesan peluang pekerjaan mengikut lokasi pilihan mereka.

Katanya, aplikasi tersebut juga boleh digunakan secara percuma kepada telefon pintar Blackberry dan telefon yang menggunakan sistem android.

- UTUSAN

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90