Top Ad 728x90

,

Lebih sejuta mohon kerja melalui SPA pada tahun 2011


Lebih sejuta orang memohon pekerjaan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) tahun lepas, kata Setiausahanya Datuk Lamien Sawiyo.

Daripada jumlah itu, 150,159 pemohon dipanggil untuk temu duga dengan 36,810 telah berjaya dan ditawarkan pekerjaan dalam perkhidmatan awam, katanya pada perasmian pusat temu duga SPA di Sibu, Khamis.

Pusat itu, yang ketiga di negeri ini selepas Kuching dan Miri, akan digunakan untuk tujuan yang sama bagi mereka yang datang dari Bahagian Sibu, Kapit, Sarikei dan Mukah selain sebagai pusat peperiksaan bagi penjawat awam.

Di Sarawak, Lawien berkata 14,137 ditemu duga tahun lepas dan daripada jumlah itu 3,310 telah berjaya.

Beliau memberi jaminan bahawa SPA akan berlaku adil kepada semua pencari pekerjaan tanpa mengira kaum, agama, fahaman politik atau negeri asal mereka semasa ditemu duga.

Katanya adalah penting mereka mempunyai kelayakan akademik yang sesuai, kompeten untuk pekerjaan yang dipohon selain mempunyai personaliti yang baik.

- BERNAMA

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90