Top Ad 728x90

,

Pesta komputer tablet Celcom 2012 di Plaza Low Lat


Celcom Axiata Bhd. (Celcom) menganjurkan pameran eksklusif komputer tablet, I Love Tablet Fair 2012 di Plaza Low Yatt, Kuala Lumpur bermula 26 Mac sehingga 1 April 2012.

Pameran tersebut menyediakan peluang kepada pelanggan untuk membeli barangan pada harga diskaun sehingga 35 peratus, selain berkesempatan untuk melihat tablet-tablet terbaharu di pasaran, telefon pintar serta tawaran hebat bagi jalur lebar Celcom.

Menurut satu kenyataan di sini hari ini, pameran tersebut bakal diadakan di seluruh negara bermula April sehingga Jun tahun ini.

Ketua Operasi, Data Terkini Celcom, Afizulazha Abdullah berkata, sebab utama pameran tersebut diadakan bagi membolehkan syarikat menawarkan lebih nilai kepada pelanggan.

"Cabaran terbesar di kalangan pemain industri adalah bagaimana untuk menjadikan jalur lebar sesuatu yang mampu dimiliki oleh semua orang," katanya.

Sebagai contoh, ketika acara tersebut diadakan, pelanggan boleh membeli Samsung Galaxy Tablet terpilih pada harga serendah RM918 dengan rebat tambahan RM120 pada komitmen bulanan jalur lebar mereka.

Selain itu, bagi para pelanggan yang mahu meningkatkan kuota jalur lebar di dalam pakej mereka, Celcom menawarkan kuota tambahan bulanan sehingga dua gigabit (2GB) secara percuma pada pakej-pakej terpilih.

Selain Samsung Galaxy Tab, pelbagai telefon pintar menggunakan sistem Android, BlackBerry, Windows Phone dan Symbian turut ditawarkan dengan harga menarik.

- UTUSAN

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90