Top Ad 728x90

Si Manja seperti makhluk asing


BISHKEK (Kyrgyzstan): Dengan wajah seperti ini anda mungkin ingin bersembunyi di dalam rumah saja.

Rupa kucing Don Sphynx yang kelihatan seperti makhluk asing ET ataupun Gremlin menarik perhatian ratusan pengunjung dalam pameran kucing. Kucing dengan wajah menakutkan dalam foto ini yang seolah-olah mengalami hari malang dipamerkan di Bishkek, Kyrgyzstan hujung minggu lalu. Kira-kira 100 haiwan dari Kazakhstan dan Kyrgyzstan mengambil bahagian dalam acara itu, memberikan peluang kepada pamiliknya untuk mempamerkan haiwan peliharaan mereka yang cantik mahupun pelik.

Anak kucing ini menarik perhatian dengan giginya yang berbentuk seperti empat taring dan lidah merah menyala. Dengan berkulit hitam berkedut ia menunjukkan matanya yang hijau kehitaman serta telinga runcing seperti tanduk. Kucing kacukan ini disifatkan sebagai manja, suka berkawan dan bermain, selain cerdik.

Kucing Don Sphynx tanpa bulu berasal dari Russia. Pembiakan pertama bermula pada 1987 di bandar raya Rostov-on-Don di Russia.

Profesor di Institut Pedagogi Negeri, Elena Kovaleva menemui beberapa kanak-kanak lelaki bermain bola sepak dengan sebuah beg. Di dalam beg itu ada seekor kucing yang ketakutan dibawanya pulang dan dipelihara, tetapi ia membesar kehilangan banyak bulu dan kemudian melahirkan anak kucing tanpa bulu.

- DM

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90