Top Ad 728x90

,

SKMM Terima 716 Aduan Berkaitan Laman Sosial

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerima sebanyak 716 aduan berkaitan gejala negatif dan salah laku yang dilakukan menerusi laman rangkaian sosial pada tahun 2011.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, daripada jumlah itu sebanyak 289 kes berkaitan kandungan jelik atau mengancam, kandungan palsu (247), kandungan lucah dan sumbang (40), penggodaman (124) manakala lain-lain kes sebanyak 16 aduan.

Selain itu pihak SKMM juga menerima sebanyak 1,112 aduan berkaitan laman web, blog dan emel menjadikan jumlah keseluruhan aduan yang diterima suruhanjaya itu berkaitan media baru sebanyak 1,828 aduan.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Rabu.

Dalam pada itu Rais berkata, SKMM juga menerima sebanyak 693 aduan berkaitan phishing (percubaan mengambil data dari kumpulan data pihak lain).

Jelas beliau, sehingga kini tidak kurang 15 kes telah diambil tindakan di mahkamah.

"Selain daripada pendakwaan di mahkamah, SKMM juga akan mengambil tindakan menyekat akses kepada laman-laman web serta melakukankempen-kempen kesedaran dari masa ke masa bagi mendidik dan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang isu sosial dan teknologiyang dihadapi oleh pengguna internet," katanya.

"Ibu bapa dan masyarakat juga perlu memainkan peranan dalam bentuk kekangan sosial yang diperlukan," katanya.

- MSTAR

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90