Top Ad 728x90

Kutipan cukai di Brazil terbaik

by
Oleh BINTU RASYADA A. RAHMAN

APAKAH hukuman yang bakal diterima jika ada individu yang cuba mengelak daripada membayar cukai di negara ini? Pastinya, mereka bakal menerima surat amaran atau berdepan tindakan undang-undang atau mungkin hukuman penjara.

Namun, masih banyak pihak yang masih terlepas daripada tindakan undang-undang.

Di Brazil, lain pula halnya, perkara seperti itu tidak akan berlaku. Anda kena berwaspada kerana ada pihak berkuasa yang akan mencari anda sampai ke lubang cacing.

Seandainya anda didapati cuba mengelak membayar cukai, sekumpulan ejen lengkap bersenjata akan datang mengetuk pintu rumah anda dan ia sekali gus mengundang ketakutan kepada sesiapa saja yang cuba menggelak membayar cukai.

Malah, pasukan itu turut menggunakan helikopter untuk terbang ke seluruh negara bagi mengesan mereka yang 'culas' menunaikan tanggungjawab kepada negara.

Namun, ejen tersebut bukan polis. Sebaliknya daripada agensi pemungut cukai.

Perkhidmatan Hasil Persekutuan atau dalam bahasa latin Receita Federal do Brasil (RFB), dikenali di seluruh dunia sebagai satu-satunya agensi pemungut cukai yang menggunakan taktik kreatif dan 'ganas'.

Atas usahanya, badan itu menjadi kunci utama kepada prospek ekonomi Brazil pada tahun ini.

Presiden Dilma Rousseff mengharapkan keberanian anggota agensi pemungut cukai itu akan dapat membantu kerajaan mencapai sasaran bajet yang telah ditetapkan, walaupun negara itu berdepan keadaan ekonomi yang sedikit goyah.

RFB menguruskan semua hasil Persekutuan termasuk cukai (cukai pendapatan, cukai hasil industri, cukai dagangan antarabangsa, cukai kredit dan cukai insurans).

Ia turut menguruskan sumbangan ekonomi kepada negara (bayaran sumbangan berdasarkan aktiviti ekonomi) dan sumbangan keselamatan sosial (sumbangan yang patut dibayar kepada pesara, orang kurang upaya dan orang miskin).

Pegawai paling tinggi di RFB adalah Secretário da Receita Federal yang dilantik Menteri Kewangan dengan persetujuan Presiden.

Dari 1994 hingga 2001, agensi itu diterajui Everardo Maciel yang bertanggungjawab memperkenalkan teknologi dan prosedur pentadbiran baru, yang menyaksikan peningkatan kutipan hasil dan menambah kredibiliti kepada badan itu.

Maciel yang kini dilantik sebagai konsultan RFB, merupakan antara pemimpin yang suaranya sangat dihormati di Brazil apabila membicarakan mengenai hal berkaitan cukai.

RFB menggunakan 'singa' sebagai lambang rasminya dan mengejar individu yang cuba mengelak membayar cukai melalui kaedah yang boleh dikatakan keterlaluan.

Pelbagai taktik digunakan, antaranya membawa senjata ketika mengadakan operasi dan meletakkan meter pada tong arak di kalangan penjual arak bagi memastikan individu dan syarikat terbabit mengisytihar serta membayar cukai perniagaan mereka kepada kerajaan.

Operasi terbaru agensi itu menggunakan nama seperti 'harimau kumbang hitam' dan 'delta' yang biasanya dikaitkan dengan pasukan khas tentera.

Agensi itu turut menggunakan helikopter bagi mengukur luas dan nilai kediaman jutawan bagi memastikan mereka membayar cukai secara konsisten.

Satu daripada rahsia kejayaan RFB adalah kesediaan agensi itu mengenepikan status sosial dan hubungan politik dalam negara yang biasanya memberi golongan elit perlindungan daripada dakwaan mahkamah.

Rousseff sendiri pernah disiasat pada 2009, ketika beliau memegang jawatan menteri dalam kerajaan terdahulu, kerana menurutnya berlaku satu kesilapan berkenaan pemulangan cukainya.

Namun, kaedah yang digunakan agensi tersebut turut mengundang rungutan di kalangan penduduk di negara itu.

Mereka berpendapat kemudahan infrastruktur, pendidikan dan perkhidmatan lain di Brazil tidak setimpal dengan cukai yang mereka sumbangkan.

Namun, ada juga yang memuji tindakan itu kerana ia meletakkan negara itu dalam sejarah pungutan cukai tersendiri di kalangan negara Amerika Latin.

Sehingga kini, prestasi RFB boleh dipuji. Dalam tiga bulan pertama tahun ini, kerajaan Brazil berjaya memungut sehingga lebih satu pertiga daripada sasaran cukai yang ditetapkan.

Hasil cukai juga meningkat lebih tujuh peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.

Sikap ejen yang mencatatkan rekod bersih ketika menjalankan tugas wajar dipuji. Tidak banyak kes rasuah dicatatkan, berbeza dengan kes melibatkan polis dan juga institusi-institusi penguatkuasa lain di negara itu.

Malah kerajaan Chile, Tanzania dan China mengambil langkah menghantar pegawai mereka mengunjungi Brazil bagi mengkaji apa yang membuatkan agensi itu cukup efektif.

Ketika beberapa negara Amerika Latin seperti Mexico dan Paraguay kehilangan separuh hasil cukai berpotensi disebabkan pengelakan pembayaran dan juga kurang penguatkuasaan, Brazil pula mencatatkan anggaran hanya sekitar 16 peratus, menurut Institut Perancangan Cukai Brazil, sebuah badan swasta di negara itu.

Walaupun kadarnya masih tinggi jika dibandingkan dengan beberapa negara Eropah utara, namun pakar berkata, ia jauh lebih baik jika dibandingkan dengan negara-negara membangun yang berada pada tahap yang sama.

- UTUSAN

Fruktos, hormon dan obesiti

by
PASTINYA ramai yang tertanya-tanya apa kaitan antara fruktos, hormon dan obesiti atau kegemukan.

Tentu juga ramai yang kurang arif tentang apa itu fruktos. Fruktos atau fruktosa adalah gula tiruan yang dihasil menggantikan gula asli.

Disebabkan lebih murah, ia digunakan dengan meluas sebagai pemanis terutama dalam pembuatan roti, biskut, minuman dalam tin bahkan menjadi gula utama dalam industri makanan.

Ia yang diproses melalui ekstrak jagung berbeza dari glukosa yang merupakan gula penting bagi kegunaan sel. Fruktosa langsung tidak diperlukan oleh sel kita.

Apa pula kaitannya dengan hormon dan obesiti? Disebabkan tidak ada keperluan dalam badan, fruktosa diproses menjadi lemak trigliserida yang berbahaya dan asid urik yang menjejaskan kesihatan.

Fruktosa juga merosakkan hormon dengan cara mengeluarkan protein perosak hormon. Hormon yang rosak tidak mampu berfungsi memproses gula dan lemak kepada tenaga. Sebab itu tubuh kekal gemuk walaupun puas berdiet. Bagi kebanyakan kes obesiti, ia berpunca daripada pengambilan fruktosa dalam pemakanan seharian.

Di sini disertakan contoh-contoh kes obesiti degil yang dialami oleh masyarakat kita hari ini. Ia menunjukkan betapa sukarnya mengatasi masalah ini.

Ramai yang tidak sedar, mereka gagal kurus walaupun telah mencuba pelbagai kaedah rawatan dan diet kerana sistem pembakar lemak dalam tubuh sudah rosak.

Menurut pengamal perubatan estetik, Dr. Rushmini Maris Ismail, satu cara untuk mengatasi obesiti degil ialah dengan menghentikan pengambilan fruktosa. Cara itu katanya, membolehkan peningkatan enzim dan hormon bioidentikal yang menjadikan lemak mudah pecah.

Apabila seseorang mengawal makan atau berpuasa, tubuh akan membakar makanan yang tersimpan iaitu glycogen dalam otot dan hati.

Sekilogram glycogen akan membawa bersamanya empat kilogram air. Maka berat yang hilang ialah berat air dan glycogen. Apabila diet berhenti glycogen akan terhasil semula. Akibatnya, dalam keadaan enzim yang rosak tubuh akan memproses lemak lebih banyak.

Maka berat badan bukan ukuran tepat pemecahan lemak. Yang terbaik ialah mengukur saiz tubuh atau mengambil gambar dari semasa ke semasa.

Masalah obesiti dari zaman kanak-kanak berpunca dari paras hormon dan enzim yang rendah sememangnya boleh dipulihkan.

Pengambilan pil kurus pula biasanya akan mengganggu fungsi hormon dan enzim.

"Ia cuma merangsang kelenjar adrenal menjadikan seseorang kurus pada peringkat awal. Namun akhirnya merosakkan sama sekali kelenjar adrenal. Keadaan itu menyebabkan seseorang itu lemah dan lesu.

"Sebab itu cara penting untuk mengatasi obesiti degil ialah dengan meningkatkan fungsi hormon dan enzim," kata Dr. Rushmini.

Bagi mereka yang gemuk dan kurang tenaga, perlu dijalankan analisis bagi memeriksa tahap metabolik.

Sebab itu katanya, bagi yang mahukan kejayaan 100 peratus dalam mengatasi obesiti, fungsi hormon perlu dibetulkan terlebih dahulu.

Bagi yang berminat mengetahui rawatan hormon untuk atasi obesiti boleh hubungi 03-87234808 dan 013-2448484

- UTUSAN

Karikatur individu dilarang dalam PRU13

by
Parti-parti politik yang bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 nanti diingat agar tidak memasang poster atau sepanduk yang memaparkan karikatur mana-mana individu atau personaliti.

Timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata bahan kempen seperti itu tidak sesuai digunakan dan dilihat sebagai tidak serius untuk bertanding pada pilihan raya.

"Pilihan raya ini satu aktiviti yang serius dan kami tidak boleh benarkan parti-parti politik mempamerkan bahan kempen yang memperlekehkan seseorang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memberi taklimat pilihan raya kepada Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PPKPR) peringkat negeri Johor di Senai hari ini.

SPR akan menggunakan peruntukan di bawah Seksyen 4(a) Akta Pilihan Raya 1994 untuk menanggal atau menurunkan mana-mana poster atau sepanduk seperti itu pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Wan Ahmad berkata keputusan itu adalah untuk menjaga imej pemimpin dan calon yang bertanding di samping mewujudkan disiplin dalam pemasangan poster dalam pilihan raya umum itu nanti.

Sementara itu sebanyak 26 PPPKR diwujudkan di semua kawasan Parlimen di Johor bagi memantau dan menjalankan penguatkuasaan ketika tempoh kempen pilihan raya umum ke-13.

Johor mempunyai 1.5 juta pengundi berdaftar, katanya.

- Bernama

SEMAKAN KEPUTUSAN KEMASUKAN KE POLITEKNIK/ ILKA/ SKM (LEPASAN SPM) AMBILAN 2012

by
SEMAKAN KEPUTUSAN KEMASUKAN KE POLITEKNIK/ ILKA/ SKM (LEPASAN SPM) AMBILAN 2012
 Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Ke Politeknik, Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) untuk Lepasan SPM Ambilan 2012/2013 boleh dibuat di: https://online.mohe.gov.my/upu/hebahan/

Semakan Melalui SMS : Taip UPU TEVTILKA [NOKP] hantar ke 15888
30 Mei 2012
Unit Pusat Universiti (UPU)
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
http://upu.mohe.gov.my

KURSUS KPLI & KDPM UNTUK GURU KONTRAK SABK

by
Guru-guru Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) yang dilantik secara kontrak di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan ditawarkan untuk mengikuti Kursus Diploma Perguruan Malaysia Kursus Dalam Cuti (KDPM-KDC-SABK) dan Kursus Perguruan Lepas Ijazah Kursus Dalam Cuti (KPLI-KDC-SABK). Sila hubungi Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing untuk semakan nama dan tempat kursus yang ditawarkan.

Maklumat Kursus:
Tarikh Mendaftar : 4 Jun 2012
Tempoh Kursus :
Untuk KPLI - 18 Bulan
Untuk KDPM KDC - 3 Tahun 6 Bulan
Mod Kursus : Kursus Dalam Cuti (KDC)

Sila hubungi Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing untuk semakan nama dan tempat kursus yang ditawarkan.

1. JPN Perlis (En.Ahmad Nordin bin Awang)
2. JPN Kedah (En. Nazri bin Hamid)
3. JPN Pulau Pinang (En.Suhaimi Osman)
4. JPN Perak (En. Wan Salahuddin)
5. JPN Selangor (En. Abd Najeh bin Asmuin)
6. JPN Negeri Sembilan (En. Adnan bin Abdul Hamid)
7. JPN Melaka (En. Ridzuan)
8. JPN Pahang (En. Hasdan bin Hasan)
9. JPN Kelantan (En. Azlisham)
10. JPN Johor (En. Lokmanulhakim)
11. JPN Terengganu (En. Awang bin Sulong)
12. JPN Sarawak (Puan Julia)
13. JPN Sabah (En. Suffian Jasmani@ Amran)
14. JPN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (En. Suhaimi bin Mustafa)


http://www.moe.gov.my/?id=13&aid=2705

Nasihat Polis (PDRM) : Waspada Orang Tidak Dikenali

by
WASPADA ORANG TIDAK DIKENALI

Seorang penunggang motosikal diarah berhenti oleh orang yang tidak dikenali. Sejurus melemparkan pelbagai tuduhan yang tidak berasas, mangsa dirompak dan motosikal turut dilarikan.

Kita harus mengambil berat perkara ini bagi memastikan kesejahteraan masyarakat terus dipelihara.

Sila kongsi dan sampaikan kepada kawan-kawan agar sama-sama kita cegah dan sama-sama kita elak dari menjadi mangsa.

Nasihat PDRM.

1) Polis telah dilatih untuk menahan kenderaan bergerak secara selamat. Jika diarah berhenti oleh Polis bertugas, patuhi arahan dan sila lakukan dengan betul dan selamat.

2) Ketika di atas jalan, sentiasa berwaspada dengan keadaan persekitaran, terutamanya jika ada kenderaan yang mengekori.

3) Jika berasa curiga atau mengesyaki sesuatu, terus pergi ke tempat selamat seperti Balai Polis, Balai Bomba, Hospital, Kem Tentera (jangan rempuh masuk kawasan larangan, berhenti di luar sahaja dan dapatkan bantuan anggota tentera bertugas), ataupun pergi ke tempat yang ramai orang.

4) Dalam keadaan terdesak akibat diacu dengan senjata, elakkan konfrantasi (bertekak, cabar-mencabar) yang boleh membahayakan diri. Cuba ingat apa-apa butiran yang sempat kita perhatikan seperti keadaan fizikal penjenayah (muka, tatoo, tahi lalat, parut, cara/loghat pertuturan), atau kenderaan yang digunakan (jenis, nombor pendaftaran, warna). Perkara ini penting dalam siasatan.

5) Jika melihat kejadian yang mencurigakan berlaku di tepi jalan (seseorang dalam ketakutan dan berhadapan dengan dua atau tiga orang yang bengis atau bersenjata), sila hubungi pihak polis dengan SEGERA kerana mangsa tidak berpeluang meminta bantuan. Hotline: 03-22663333.

6) Jika kita mempunyai “Distress Button” (MyDistress), sila gunakan secara berhati-hati agar tidak dikesan oleh penjenayah.

7) Ingat, kejadian jenayah harus dilaporkan supaya pihak polis dapat kumpulkan maklumat atau keterangan untuk tindakan selanjutnya.

8) Jika kita yakin dan keadaan mengizinkan, bolehlah kita laksanakan langkah-langkah mengelak dan melarikan diri dari bahaya.

Polis dan Masyarakat bersama memerangi Jenayah.

SUMBER : POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM)

Jawatan Kosong di Kementerian Kerja Raya (KKR) - Jun 2012

by
JAWATAN:
1. OPERATOR LOJI
2. PEKERJA AWAM KHAS
3. PEKERJA AWAM
4. PEKERJA AWAM
5. PEMBANTU AM PEJABAT
6. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK
7. TUKANG K2 – JURUGEGAS JENTERA
8. TUKANG K3 – PENCARI KEROSAKAN
9. TUKANG K3 – PENDAWAI ELEKTRIK
10. TUKANG K3 – TUKANG BATU/SIMEN
11. TUKANG K3 – TUKANG CAT/TULIS
12. TUKANG K3 – TUKANG KAYU

IKLAN JAWATAN:
http://www.kkr.gov.my/files/Iklan%20Kekosongan%20Jawatan.pdf

CARA MEMOHON:
Permohonan hendaklah dibuat secara online di laman web : http://www.jobsmalaysia.gov.my/

TARIKH TUTUP : 11 Jun 2012

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Muar, Johor (MPM) - Jun 2012

by
JAWATAN:
1. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
2. Pentadbir Tadbir (Perkeranian/Operasi)
3. Pembantu Tadbir ( Kewangan)
4. Pegawai Khidmat Pelanggan
5. Pemandu Kenderaan

IKLAN JAWATAN:
http://www.mpmuar.gov.my/web/guest/pekerjaan

BORANG PERMOHONAN:
http://www.mpmuar.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=9f2cf8d4-122e-45e1-b572-a3e7d8a1a448&groupId=75876

TARIKH TUTUP : 11 Jun 2012

Jawatan Kosong di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) - Jun 2012

by
JAWATAN:
1. Pegawai Perubatan
2. Penolong Pendaftar
3. Jururawat Pergigian
4. Juruteknologi Pergigian
5. Pembantu Pembedahan Pergigian

IKLAN JAWATAN & BORANG PERMOHONAN ONLINE:
http://eiris3.usim.edu.my:8080/eiris/index.jsp?page=viewJawatan&jnsJwtn=2

TARIKH TUTUP : 9 Jun 2012

Jawatan Kosong di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia - Jun 2012

by
JAWATAN:
1. PEREKA
2. PENGAJAR KRAF
3. JURUTEKNIK KOMPUTER
4. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT/SETIAUSAHA PEJABAT
5. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)
6. PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN


IKLAN JAWATAN:
http://www.kraftangan.gov.my/resources/download/iklanjawatanmei2012.pdf

CARA MEMOHON:
Semua permohonan perlu dibuat secara ’on-line’ melalui laman web : www.jobsmalaysia.gov.my

TARIKH TUTUP : 9 Jun 2012

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Kota Tinggi, Johor (MDKT) - Jun 2012

by
JAWATAN:
1. Pegawai Tadbir
2. Pegawai Kesihatan Persekitaran
3. Penolong Arkitek Landskap
4. Penolong Jurutera
5. Penolong Pegawai Penilai
6. Penolong Juruaudit
7. Penolong Akauntan
8. Penolong Pegawai Tadbir
9. Penolong Pegawai Undang-Undang
10. Pembantu Setiausaha Pejabat / Setiausaha Pejabat
11. Pembantu Belia Dan Sukan
12. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
13. Pembantu Juruaudit
14. Pembantu Kesihatan Awam
15. Penghantar Notis
16. Pekerja Awam
17. Pegawai Pegawai Undang-Undang
18. Pembantu Penguatkuasa Letak Kereta

IKLAN JAWATAN & CARA MEMOHON:
http://www.mdkt.gov.my/web/guest/jawatankosong

BORANG PERMOHONAN:
http://www.mdkt.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=3c628e55-88d0-4fa9-b245-24ffbb3b28a8&groupId=21123

TARIKH TUTUP : 8 Jun 2012

Belanjawan 2013 Dibentangkan 28 September 2012

by
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa mengumumkan Belanjawan 2013 akan dibentangkan di Parlimen pada 28 September.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata Belanjawan 2013 akan memberi tumpuan terhadap pertumbuhan seimbang dan berkualiti selain kebajikan rakyat.

"Hari ini saya di sini untuk mendengar pandangan dan saranan anda terhadap isu-isu yang kita hadapi.

"Dalam perundingan Belanjawan, kita menerima 84 memorandum. Cadangan anda akan ditimbangkan sebagai input untuk Belanjawan 2013," kata Najib pada Majlis Konsultasi Belanjawan2013 yang dihadiri oleh semua pemegang kepentingan, di sini, Isnin.

Perdana Menteri yang mempengerusikan sesi itu, berkata tema Perundingan Belanjawan 2013 ialah Memacu Transformasi Ke Arah Negara Maju.

Najib berkata perundingan itu merupakan proses berterusan dan tidak berhenti selepas sesi hari ini, dengan perbincangan lanjut membabitkan isu-isu penting akan dijalankan menerusi kumpulan fokus yang lebih kecil.

"Majlis Konsultasi tahunan ini merupakan inisiatif Kerajaan bagi memastikan Belanjawan yang digubal mengambil kira pandangan dan penyertaan rakyat secara menyeluruh.

"Kerajaan sentiasa mengamalkan sikap terbuka untuk berinteraksi secara terus dengan sektor swasta, NGO, industri dan rakyat bagi memastikan perancangan dan pelaksanaan program dibuat secara berkesan dan bersifat inklusif.

"Melalui konsultasi sebegini, Kerajaan juga dapat mengumpul maklumat dan mendapat maklum balas secara langsung daripada pelbagai pihak bagi memastikan kerajaan membuat perancangan dasar yang betul dan efektif," katanya yang menambah, setiap belanjawan mesti menyumbang dan mendekatkan Malaysia untuk merealisasikan Wawasan 2020.

"Malaysia kini dalam tahun ketiga perjalanan ke arah menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi.

"Banyak yang sudah kita capai dalam tempoh yang singkat ini. Bagaimanapun, masih banyak yang mesti dilakukan," katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata kerajaan perlu menyediakan peluang saksama untuk pendidikan dan pekerjaan selain memastikan kualiti hidup rakyat yang lebih tinggi.

Beliau berkata kerajaan juga akan memberi tumpuan untuk meningkatkan produktiviti dan inovasi bagi mengukuhkan daya saing untuk bersaing dalam pasaran global.

Perdana Menteri juga memberi jaminan bahawa penyepaduan fiskal berada pada kedudukan yang baik untuk mencapai sasaran defisit jangka sederhana sekitar tiga peratus menjelang 2015.

"Saya menyedari mengenai kebimbangan terhadap pengurusan fiskal kita. Kami terus komited untuk mengukuhkan kewangan awam.

"Mengekalkan momentum pertumbuhan ketika wujud cabaran luar merupakan keutamaan, namun ia akan dilakukan dengan penuh tanggungjawab," kata Perdana Menteri.

Najib berkata beberapa inisiatif sedang dilaksanakan dalam regim perbelanjaan selain usaha untuk meningkatkan kutipan perolehan.

Beliau berkata pengurusan nilai telah dilaksanakan untuk projek-projek pembangunan melebihi RM50 juta manakala belanjawan pusingan dua tahun, yang diperkenal tahun lepas, menyediakan pengurusan perbelanjaan anjal.

"Selain itum Kajian Perbelanjaan Awam dilaksanakan dengan bantuan Bank Dunia dan kerajaan bertindak atas cadangan. Kita juga sudah membentuk jawatankuasa di Perbendaharaan untuk mengkaji isu-isu fiskal berkekalan jangka panjang," katanya.

- BERNAMA

Majlis Pecah Tanah Lebuh raya Rakyat Kota Bharu - Kuala Krai

by

MACHANG: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yakin projek pembinaan Lebuh Raya Rakyat dari Kuala Krai ke Kota Bharu bernilai RM1.8 bilion akan dapat disiapkan mengikut jadual.

Mursyidul Am PAS itu berkata pembiayaan kos projek itu akan turut melibatkan sumbangan wang daripada rakyat, lapor Malaysiakini.

"Kita yakin dapat melaksanakan projek bernilai RM1.8 bilion ini walaupun tidak sepenuhnya melalui sumbangan rakyat," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pecah tanah pembinaan projek lebuh raya itu di Kampung Berangan Mek Nab di Machang, hari ini.

Nik Aziz mengulas kenyataan sesetengah pemimpin politik, termasuk Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, yang sangsi dengan kemampuan kerajaan PAS Kelantan membina lebuh raya melibatkan kos besar dan menyifatkannya sebagai gimik politik.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Kewangan, Ekonomi dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata pembinaan lebuh raya sepanjang 73 kilometer itu bertujuan menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas, dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.

Katanya lebuh raya tanpa tol, dengan empat lorong (dua lorong sehala) itu turut dilengkapi dengan kawasan rehat dan rawat (R&R).

"Pembinaannya berkonsepkan wakaf di mana kos pembinaan serta penyelenggaraannya dibiayai sebahagian daripada dana hasil sumbangan derma dan wakaf oleh rakyat dan syarikat swasta, termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC)," katanya.

Tok Guru Nik Aziz sendiri menyumbangkan RM5,000 wang peribadinya semalam untuk menjayakan projek ini.

Anak syarikat kerajaan negeri, Ladang Sungai Terah menyumbang RM1 juta manakala syarika Ufuk Budiman menyumbang RM100,000 kepada projek ini.

Di majlis itu, Tok Guru Nik Aziz menyeru semua lapisan masyarakat turut derma atas rasa tanggungjawab dan rasa hak bersama.

"Iapun bertepatan dengan Islam derma yang menggalakkan kita buat jalan selain masjid dan kita akan dapat pahala berpanjangan," katanya.

- HARAKAH

Kos daftar syarikat turun RM50

by
Perdana Menteri mengumumkan penurunan kadar bayaran pendaftaran kali pertama bagi perniagaan milikan tunggal dan perkongsian kepada RM50 untuk tempoh lima tahun sekali gus.

Kadar baru itu memberi manfaat kepada lebih sejuta penjaja dan peniaga kecil seluruh negara yang pada masa ini perlu membayar RM30 bagi pendaftaran perniagaan milikan tunggal dan RM60 bagi perkongsian, setiap tahun.

Ini bermakna dalam tempoh lima tahun mereka terpaksa membayar RM150 bagi pendaftaran perniagaan milikan tunggal dan RM300 bagi perniagaan perkongsian.
Selain itu, Perdana Menteri turut mengumumkan jumlah bayaran kompaun pendaftaran lewat dan pembaharuan lewat lesen dikurangkan sebanyak 50 peratus berkuat kuasa 1 Jun sehingga 31 Disember ini.

Perdana Menteri berkata, pengumuman istimewa itu dibuat kerajaan bagi mengurangkan beban penjaja dan peniaga kecil yang banyak menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

"Selain itu, kita juga mahu mengemas kini pendaftaran supaya satu skim insurans kelompok dapat disediakan kepada penjaja dan peniaga kecil yang mana butiran lanjut mengenainya akan diumumkan sedikit masa lagi.

"Kita mengambil berat hal ini kerana kalau golongan ini sakit, mereka tidak ada SOCSO (Pertubuhan Keselamatan Sosial), justeru akan menjadi beban kepada keluarga untuk menanggung kos hospital," katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Ramah Mesra Warga Penjaja dan Peniaga Kecil 1Malaysia di Dataran Merdeka, di sini, malam tadi, sambil menerima tepukan gemuruh lebih 15,000 warga penjaja dan peniaga kecil yang hadir.

Turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia, Datuk Ramli Norani.

Perdana Menteri turut mengumumkan, hal ehwal penjaja dan peniaga kecil kini diletakkan di bawah tanggungjawab Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bagi memastikan kebajikan mereka lebih terbela.

Beliau berkata, kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan untuk membantu penjaja dan peniaga kecil termasuk melalui bantuan pinjaman daripada bank tempatan, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN).

"Kerajaan akan terus membantu dan membela nasib penjaja dan peniaga kecil ini dan kita harap anda semua akan terus menyokong kerajaan," katanya.

- BERITA HARIAN

Kaspersky Lab kesan virus licik Worm.Win32.Flame

by
Kaspersky Lab mengesan satu program virus berniat jahat yang sangat licik, Worm.Win32.Flame, yang kini digunakan secara aktif sebagai senjata siber yang mengancam entiti di beberapa negara.

Worm.Win32.Flame boleh mencuri maklumat penting, termasuk tetapi tidak terhad, kepada kandungan paparan komputer, maklumat mengenai sistem sasaran, fail yang disimpan, data hubungan, malah perbualan audio, kata syarikat antivirus berkenaan.

"Perisian perosak itu ditemui oleh pakar Kaspersky Lab semasa siasatan yang dimulakan oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU)," katanya dalam satu kenyataan.

ITU ialah agensi utama Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi teknologi komunikasi dan maklumat.

Kajian awal mendapati perisian perosak yang dikenali sebagai Flame sudah muncul lebih dua tahun lepas - sejak Mac 2010.

Berdasarkan kedudukannya yang sangat kompleks, selain bentuk sasaran serangan, tiada perisian keselamatan yang dapat mengesannya.

Kaspersky Lab berkata pakar-pakarnya kini menjalankan analisis mendalam ke atas Flame.

"Dalam tempoh beberapa hari siri catatan blog akan mendedahkan lebih banyak maklumat ancaman baharu itu apabila ia didedahkan," katanya.

Sementara itu, ITU akan menggunakan rangkaian Rakan Usaha Sama Multilateral Menentang Ancaman Siber (IMPACT) yang melibatkan 142 negara dan beberapa penggiat industri, termasuk Kaspersky Lab, bagi memberi amaran kepada kerajaan dan komuniti teknikal mengenai ancaman siber ini dan menyegerakan analisis teknikal.

- Bernama

Rakyat Syria dibedil dengan meriam

by

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan kuat mengecam kerajaan Syria kerana menggunakan meriam dalam pembunuhan beramai-ramai yang menyebabkan sekurang-kurangnya 180 orang terbunuh dan 300 lagi cedera sejak Jumaat lalu.

Pegawai-pegawai PBB berkata, pembunuhan kejam di Houla yang menjadi tajuk perbincangan ketika mesyuarat kecemasan Majlis Keselamatan semalam, turut menyebabkan 49 kanak-kanak dan 34 wanita terbunuh.

Rusia, sekutu kuat Syria, turut menandatangani kenyataan Majlis Keselamatan yang 'mengecam dengan kuat' pembunuhan di perkampungan berhampiran pusat tunjuk perasaan di bandar Homs itu.

Menurut kenyataan, angka korban telah disahkan oleh pemantau PBB dan menyatakan kematian berpunca daripada 'serangan melibatkan beberapa siri tembakan meriam dan bedilan kereta kebal kerajaan ke atas penduduk'.

Majlis yang dianggotai 15 negara itu turut membuat tuntutan baru terhadap Presiden Bashar al-Assad, mendesak beliau mengundurkan senjata berat dari kawasan penduduk dan mahu 'mereka yang bertanggungjawab melakukan keganasan dihukum'.

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan wakil damai Liga Arab-PBB, Kofi Annan menyifatkan pembunuhan beramai-ramai di Houla sebagai 'tindakan yang jelas melanggar undang-undang antarabangsa'.

Sementara itu, beribu-ribu orang mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan di seluruh Syria semalam bagi menentang pembunuhan di Houla.

Britain dan Perancis mencadangkan supaya PBB mengambil tindakan berbanding hanya membuat kecaman keras ke atas kerajaan Syria.

Namun, Rusia tidak bersetuju dan mahu satu mesyuarat khas diadakan sebelum meluluskannya.

Kerajaan Syria menafikan bertanggungjawab atas insiden itu dan Rusia masih tidak menerima jika Damsyik dipersalahkan.

- AFP

Belajar jadi setia

by
BERCERAI, bercerai, bercerai... Mungkin perkataan itu yang berada di dalam fikiran dua individu bergelar suami dan isteri sebaik berlaku masalah rumah tangga.

Biarpun benar, terdapat pelbagai masalah yang boleh mencetuskan konflik rumah tangga. Namun banyak daripada kes perceraian terjadi akibat faktor kecurangan atau ketidaksetiaan terhadap pasangan.

Untuk menjadi setia, apa yang anda perlu lakukan ialah sentiasa mengingati persetujuan bersama yang telah dicapai ketika diijabkabulkan.

Orang kata berakad nikah, berwali dan bersaksi merupakan satu ikrar taat setia yang seharusnya tidak dirungkai sewenang-wenangnya oleh pasangan.

Menerusi ijab dan kabul, anda berdua telah melakukan ikrar setia terhadap pasangan dalam apa jua keadaan.

Justeru, ketika anda berada di alam rumah tangga, inilah masanya saling meletakkan tahap kepercayaan yang tinggi antara satu sama lain.

Syak wasangka hanya akan menyebabkan anda dan pasangan hidup dalam kegelisahan.

Sepatutnya semakin lama sesuatu tempoh perkahwinan itu, lagi banyak kepercayaan terhadap pasangan dapat ditingkatkan.

Sekiranya kepercayaan ditingkatkan, andai satu hari ada pihak menuduh pasangan anda, pastinya hubungan tidak tergugat kerana anda `kenal’ siapa pasangan anda.

Anda telah memilih si dia menjadi pasangan untuk sehidup semati. Jaga tingkah laku kerana setiap perlakuan yang boleh membuatkan pasangan anda rasa tergugat atau rasa was-was boleh membawa kepada keraguan dan menyebabkan dia rasa tidak selamat.

Jangan cuba-cuba untuk bermain ‘api’ dengan mengapi-apikan hubungan sekadar untuk melihat reaksi pasangan anda. Kerana sekali pasangan anda tergugat kesetiaannya, sukar untuk dia menerima anda seperti biasa.

Anda perlu terima kenyataan yang anda kini tidak lagi bujang kerana mempunyai tanggungjawab terhadap pasangan dan begitu juga sebaliknya.

Anda tidak boleh pergi ke mana-mana dan pulang sesuka hati. Ada yang memerlukan keputusan yang dipersetujui bersama.

Jika sudah berumahtangga, banyak yang perlu anda korbankan. Begitu juga dengan perilaku. Belajarlah berkorban demi untuk melunaskan tanggungjawab terhadap pasangan dan keluarga.

Sebenarnya cinta adalah kepercayaan dan tanggungjawab dan bukannya dijadikan alat untuk mengawal pasangan anda.

Sekiranya mempunyai cincin perkahwinan, pakai cincin itu untuk memberi peringatan yang anda telah berumahtangga.

Bagi yang telah agak lama berumahtangga, cuba perbaharui cara berasmara dengan isteri agar ia tidak membosankan.

Sekiranya terdapat sebarang masalah dari segi hubungan seksual, sentiasalah berbincang mengenainya.

Perbuatan berkasih sayang seperti pelukan, ciuman, interaksi dan bisikan cinta sebenarnya adalah cara membuktikan perasaan cinta kepada pasangan anda selain membangkit api asmara dan kenangan terindah ketika bersama.

Sentiasa ingat mengapakah anda jatuh cinta dengan pasangan anda.

Selain itu, elakkan daripada segala bentuk pergaulan yang boleh mendatangkan ‘kesalahan’ kepada perhubungan anda. Sebagai contoh, jika ada seseorang yang memberikan ‘respons’ kepada anda, jangan panik.

Paling mudah, anda cuma memikirkan yang anda kini sudah berumahtangga dan bahagia dengan perkahwinan itu dan nyatakan ke dalam diri, anda tidak berminat dengan si dia.

Elakkan diri daripada terus terjebak dengan insan-insan perosak rumah tangga seperti itu.

Lebih senang, jangan biarkan diri anda bersendirian dan jangan sesekali berjumpa sama ada rakan lelaki atau perempuan secara bersendirian di luar rumah.

- UTUSAN

A400M : Gergasi udara TUDM

by

SEMASA Kementerian Pertahanan (Kementah) mengumumkan pembelian pesawat pengangkut Airbus A400M kira-kira enam tahun lalu, ada kalangan pemikir pertahanan tempatan beranggapan cadangan tersebut kurang bernas.

Alasannya, perolehan pesawat yang menelan kos berbilion ringgit itu ada risikonya kerana tempoh untuk menyiapkan pesawat dijangka memakan masa bertahun-tahun.

Ketika itu, Airbus melalui cabang firma pertahanannya, Airbus Military masih belum menghasilkan pesawat hakiki dan cuma mempamerkan visual komputer pesawat kepada negara bakal pembeli.

Namun, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pertahanan ketika itu, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak melihat ia sebagai perolehan serampang dua mata.

Dimeterai pada Pameran Antarabangsa Udara dan Maritim Langkawi 2005 (LIMA 05), pembelian empat pesawat pengangkut bernilai RM2.8 bilion itu merupakan keputusan bijak kerajaan.

Selain bagi menggandakan keupayaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) seperti yang dirancang, Najib sudah membayangkan bahawa perolehan tersebut menguntungkan industri hiliran tempatan khususnya teknologi mega aeroangkasa.

Ini kerana banyak syarikat tempatan yang berkelayakan bakal menerima limpahan ekonomi berganda seperti mengeluarkan bahagian tertentu pesawat. Walaupun hanya komponen kecil, ia akan digunakan di peringkat global.

Sebanyak 184 buah pesawat telah dipesan, antaranya Jerman dengan pesanan 60 buah pesawat, Perancis (50), Sepanyol (27), Britain (20) dan Turki (10).

Pengangkut

A400M diilhamkan pada tahun 1982 bagi Program Pesawat Pengangkut Masa Hadapan (FIMA) melibatkan tiga gergasi aeroangkasa Barat iaitu Aérospatiale, British Aerospace (BAe), Lockheed and Messerschmitt-Bölkow-Blohm (MBB).

Mengikut perancangan, pesawat yang dihasilkan dalam kategori sederhana nanti hendaklah lebih besar daripada Hercules C-130 tetapi lebih kecil berbanding pesawat Boeing C-17.

Malangnya, Lockheed menarik diri tujuh tahun kemudian sebelum disertai firma Alenia dan CASA dari Itali.

Hanya pada tahun 2003, pelan global pembangunan A400M dimeterai lapan negara Eropah iaitu Perancis, Jerman, Itali, Sepanyol, Britain, Turki, Belgium dan Luxemborg. Itali bagaimanapun menarik diri kemudian.

Pembelian A400M menyaksikan Malaysia menjadi negara tunggal Asia menyertai program pesawat pengangkut global itu manakala Afrika Selatan pula mewakili benuanya.

Pesawat A400M yang pertama siap dibina pada Jun 2008 sebelum melakukan penerbangan sulung pada 11 Disember 2009. Kini, sebanyak lima model pesawat ujian telah dihasilkan.

Ia direka bagi operasi di kawasan pendaratan tidak tersedia, boleh menggabungkan keupayaan logistik dan taktikalnya untuk membawa beban hingga 30 tan metrik sejauh 2,450 batu nautika.

Menurut penganalisis pertahanan, Muhammad Fuad Mat Nor, TUDM sememangnya memerlukan pesawat pengangkut berkeupayaan tinggi sesuai dengan peranan pelbagai misi yang perlu dilaksanakan dan bukan terhad kepada tugas ketenteraan.

Katanya, A400M dijana empat enjin turboprop (berkipas) yang kosnya lebih ekonomi sesuai dengan angkatan udara kecil seperti TUDM berbanding pesawat jenis sama sedia ada menggunakan enjin jet.

“Bagaimanapun dengan saiz lebih besar berbanding C-130 Hercules, ia meningkatkan kemampuan TUDM sebanyak dua kali ganda.

“Misalnya, misi membawa pulang 3,482 pelajar dan rakyat Malaysia dari Mesir ke Jeddah, Arab Saudi pada Februari tahun lalu selama 11 hari menggunakan tiga pesawat C-130 menjadi lebih pantas dengan sebuah A400M sahaja,” ujarnya.

Ruang kargonya yang luas dengan kapasiti membawa beban sehingga 37 tan membolehkan A400M berfungsi sebagai hospital udara untuk diterbangkan ke mana-mana kawasan bencana di dunia.

- KOSMO!

Bilakah hari Kiamat?

by
Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI

Tafsir Al-Quran & Asbabun Nuzul

SURAH ini diturunkan selepas surah al-Qari'ah. Keseluruhan ayatnya berjumlah 40 ayat. Ia termasuk dalam kategori surah Makkiah.

Hubungan surah ini dengan surah yang sebelumnya, bahawa di dalam surah sebelumnya ada menyebutkan tentang firman Allah SWT yang bermaksud: Sebenarnya (bukan kerana kemahuan mereka tidak berhasil) bahkan mereka (tidak percaya) dan tidak takut akan hari akhirat. (al-Mudassir: 53)

Mereka tidak berasa takut dengan kedatangan hari akhirat itu disebabkan keingkaran tentang kebangkitan semula.

Manakala dalam surah ini pula terdapat dalil tentang hari kebangkitan yang disebutkan dengan cara yang sempurna sehingga digambarkan hari Kiamat itu dengan segala kengeriannya.

Kemudian digambarkan pula apa yang berlaku sebelum terjadinya hari Kiamat, iaitu keluarnya roh dari badan. Dan disebutkan juga apa yang berlaku sebelum itu iaitu penciptaan yang pertama.

Firman Allah SWT: Aku bersumpah demi hari Kiamat. Dan Aku bersumpah dengan jiwa yang amat menyesali (dirinya sendiri). (al-Qiyamah: 1-2)

Al-Farra' berkata: "Tidak ada nafsu yang baik dan buruk kecuali ia mencela dirinya. Jika ia mengerjakan kebaikan, ia mengatakan 'mengapa aku tidak memperbanyakannya'. Sebaliknya jika ia mengerjakan keburukan, ia mengatakan 'seandainya aku tidak melakukannya'. Gambaran ini menunjukkan pujian terhadap jiwa dan boleh bersumpah dengan jiwa."

Sumpah Allah SWT dengan hari Kiamat itu untuk membesarkan dan menghormati keadaannya. Allah SWT sahaja boleh bersumpah dengan apa yang dikehendaki-Nya daripada makhluk-Nya.

Said Ibnu Jubair berkata: "Aku bertanya kepada Ibnu Abbas tentang firman Allah SWT: Aku bersumpah dengan hari Kiamat. Dia menjawab: Tuhanmu bersumpah dengan apa yang dikehendaki-Nya daripada makhluk-Nya."

Qatadah berkata: " Aku bersumpah dengan keduanya secara keseluruhan."

Ibnu Jarir berkata: "Yang lebih dekat dengan lahiriah ayat bahawa jiwa mencela pemiliknya atas kebaikan dan keburukan serta menyesali segala perkara yang telah berlalu."

Firman Allah SWT: Apakah manusia mengira, bahawa kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang belulangnya? Bukan demikian, sebenarnya kami kuasa menyusun (kembali) jari jemarinya dengan sempurna. (al-Qiyamah: 3-4)

Al-Maraghi berkata: "Allah SWT dapat mengumpulkan semua tulang-temulang, menyusun dengan sempurna dan mengembalikan seperti dalam keadaan asal selepas tulang-temulang itu bercerai-berai dan bertebaran di dasar lautan atau di padang pasir yang luas, mahupun di mana-mana tempat. Allah SWT juga dapat meratakan hujung kedua-dua tangan dan kakinya. Allah SWT jadikan kedua-duanya itu menjadi satu, seperti kuku unta, keldai dan sebagainya."

Ibnu Kathir berkata: "Apakah pada hari Kiamat kelak manusia akan mengira bahawa Kami (Allah) tidak akan mampu mengembalikan sekali gus dan mengumpulkan tulang-belulangnya dari tempat yang terpisah-pisah?"

Said bin Jubair dan al-'Aufi berkata daripada Ibnu Abbas: "Kami (Allah) mampu membuatnya beralas kaki ataupun tidak beralas kaki."

Sayid Qutub berkata: "Yang menjadi masalah kesedaran kaum musyrikin ialah kesulitan mereka untuk memikirkan kemungkinan tulang-tulang yang telah hancur reput di dalam tanah itu dapat dikumpulkan kembali untuk menghidupkan semula manusia yang telah mati. Mungkin masalah ini masih menjadi masalah kepada setengah-setengah manusia sehingga hari ini."

Ayat ini juga menerangkan tentang proses penyusunan semula jari-jari yang merupakan proses pembentukkan semula seseorang manusia dengan sehalus-halus dan serapi-rapinya. Dan penyusunan semula itu dilakukan dengan sempurna.

Firman Allah SWT: Bahkan manusia itu hendak membuat maksiat terus menerus. (al-Qiyamah: 5)

Al-Maraghi berkata: "Allah SWT beralih daripada perbincangan tentang orang yang berprasangka itu, kepada pemberitahuan tentang keadaan orang yang berprasangka tadi, seolah-olah dikatakan: "Tinggalkan mencacinya kerana dia telah sampai kepada tahap, dia ingin meneruskan kemaksiatannya pada masa akan datang dan tidak ingin meninggalkannya."

Said mengatakan daripada Ibnu Abbas: Iaitu berjalan terus.

Al-Aufi mengatakan daripada Ibnu Abbas juga iaitu angan-angan.

Manusia berkata: "Aku akan melakukan ini dan kemudian akan bertaubat sebelum hari kiamat."

Ali bin Abi Talhah menceritakan daripada Ibnu Abbas iaitu orang kafir yang mendustakan hari perhitungan.

Firman Allah SWT: Ia berkata: Bilakah hari kiamat itu? (al-Qiyamah: 6)

Menurut Al-Maraghi, mereka mengingkari hari kebangkitan lantaran dua perkara berikut:

1. Kekaburan yang wujud dalam pemikiran, seperti ucapan mereka yang mengatakan bahawa anggota tubuh ini, apabila telah bercerai-berai dan bercampur-aduk dengan tanah serta berserakan di bahagian timur dan barat bumi, maka bagaimana mungkin untuk dibeza-bezakan dan dikembalikan semula keadaannya yang asal itu.

2. Sentiasa ingin berada dalam kenikmatan dan suka menurut nafsu syahwat sehingga orang tidak mahu mengakui kedatangan hari perhimpunan dan kebangkitan, supaya kenikmatannya itu tidak terganggu.

Ibnu Kathir berkata: " Dia bertanya, bilakah hari Kiamat itu tiba? Pertanyaan ini menuju ke arah menganggap mustahil berlaku kejadian hari Kiamat dan mendustakan keberadaannya."

Sayid Qutub berkata: "Pertanyaan dengan menggunakan kata-kata ayyana (bilakah) yang bernada panjang itu menyarankan betapa jauhnya bagi mereka kemungkinan berlakunya hari Kiamat itu. Ini sesuai dengan keinginan mereka untuk terus melakukan kejahatan dan maksiat tanpa diganggu dan dihalang oleh bayang-bayang kebangkitan semula atau bayang-bayang akhirat. Sebenarnya akhirat itu merupakan pengawal nafsu kejahatan dan penghalang hati yang ingin melakukan maksiat, sedangkan manusia mahu menghapuskan pengawal dan penghalang ini supaya mereka bebas melakukan kejahatan dan maksiat tanpa memperhitungkan hari hisab."

Dalam surah yang kita bincangkan di atas jelas menunjukkan betapa berkuasanya Tuhan di dalam mengatur kejadian dan ciptaan-Nya yang Maha Agung. Allah SWT boleh melakukan apa sahaja, sedangkan manusia dengan sifatnya yang lemah kadang-kadang terbabas dalam melayari bahtera kehidupan sehingga melanggar perintah dan arahan Allah. Semoga kita menjadi hamba-Nya yang sentiasa taat dan patuh terhadap perintah-Nya.

- UTUSAN

Melabur dalam simpanan tetap atau unit amanah?

by
Simpanan dan pelaburan, walaupun kadangkala digunakan dalam konteks yang sama, adalah aktiviti berbeza dari segi perancangan kewangan.

Simpanan bermakna meletakkan tunai dalam sesuatu yang sangat cair, seperti akaun simpanan atau akaun deposit tetap. Sebaliknya, pelaburan bermakna menggunakan tunai untuk membeli aset, yang anda harap boleh meraih pulangan yang berpatutan dalam tempoh tertentu dengan mengambil risiko yang boleh diterima.

Simpanan dan pelaburan berbeza dari segi risiko. Anda boleh menanggung sedikit kerugian atas pelaburan, tetapi simpanan anda adalah untuk dimanfaatkan dalam tempoh masa terdekat dan tidak seharusnya menimbulkan sebarang risiko.

Berapa banyak harus disimpan dan berapa banyak untuk dilaburkan? Simpanan perlu sentiasa diutamakan. Anggap simpanan sebagai asas pelan kewangan anda.

Sebelum melakukan apa-apa, anda perlu menyimpan untuk membina tabung kecemasan. Sebagai panduan, dana kecemasan anda seharusnya meliputi perbelanjaan peribadi untuk tempoh sekurang-kurangnya enam bulan.

Dengan cara itu, seandainya anda diberhentikan kerja, anda ada wang untuk menampung keperluan hidup selama enam bulan sehingga anda kembali berdikari.

Seterusnya, anda mungkin mahu memperuntukkan sejumlah simpanan untuk memenuhi sebarang matlamat kewangan dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.

Ini mungkin termasuk wang pendahuluan untuk membeli rumah atau tabung mendirikan rumah tangga. Sebarang jumlah wang yang anda perlu dalam tempoh lima tahun akan datang seharusnya diambil daripada simpanan anda.

Ini kerana pasaran pelaburan mungkin turun naik dalam jangka pendek. Melabur dalam tempoh masa kurang daripada lima tahun mungkin menimbulkan risiko dan kegusaran kerana turun naik pasaran. Setelah anda mencapai matlamat simpanan asas yang saya terangkan di atas, anda boleh mempertimbangkan soal pelaburan.

Seperti yang saya sebutkan sebelum ini, melabur melibatkan risiko yang lebih tinggi daripada simpanan, tetapi ia juga berpotensi menghasilkan pulangan lebih tinggi. Anda perlu tanya kepada diri sendiri sama ada anda sudah bersedia untuk melabur? Pertama sekali, pelajari tentang pilihan pelaburan yang ada.

Adakah anda fasih tentang selok-belok pelaburan saham atau anda rasa lebih baik menyerahkan tugas itu kepada pengurus profesional. Anda mungkin perlu meluangkan sedikit masa untuk memahami cara kelas aset berbeza bergerak dalam keadaan pasaran berbeza, serta caj jualan dan jumlah pelaburan yang diperlukan untuk bermula.

Kedua, luangkan masa untuk memahami kecenderungan pelaburan anda? Adakah kerugian nilai pelaburan sebanyak 10 peratus akan menyebabkan anda tidak dapat tidur lena? Jika ya, anda mungkin tidak sanggup menerima risiko yang tinggi. Cari produk pelaburan yang sesuai dengan profil risiko anda.

Jangan laburkan sesuatu di luar bidang kefahaman anda. Jika anda kurang selesa, tanya soalan sehingga anda mengenali pelaburan yang anda buat. Jika sesuatu pelaburan kelihatan terlalu hebat, kemungkinan besar ada udang di sebalik batu! Tidak ada pelan pelaburan yang boleh menjadikan anda cepat kaya.

- UTUSAN

Gergasi internet hebat bersaing

by
PERSAINGAN antara peserta industri perkhidmatan pelayar tercetus sekali lagi dan kali ini, ia membabitkan perebutan untuk mendominasi segmen internet mudah alih.

Google, Apple, Microsoft dan Yahoo! - semua gergasi internet itu sedang bergelut untuk bersama-sama dengan pelayar baru seperti Opera yang dibangunkan syarikat Norway serta perisian sumber terbuka terkemuka Firefox daripada Mozilla.
Tumpuan di sebalik persaingan itu bukan sekadar untuk meraih hak mereka sebagai pelayar eksklusif, tetapi juga untuk mendominasi web mudah alih yang akan membawa pengguna ke laman web mereka sekali gus mengumpulkan data yang boleh digunakan bagi pengiklanan.
“Pembangun pelayar ini memerlukan kehadiran dalam peranti mudah alih untuk memastikan mereka terus kekal berdaya saing,” kata analisis Opus Research, Greg Sterling.

“Setiap peserta cuba menguruskan strategi masing-masing dalam dunia pelbagai-skrin dan pelbagai-platform,” katanya.

Firma Penyelidikan StatCounter mendapati akses global menerusi peranti mudah alih, tidak termasuk komputer tablet melonjak sepanjang tahun hingga Januari lalu kepada 8.5 peratus berbanding semua penggunaan internet.

Google meningkatkan usahanya awal tahun lalu dengan melancarkan versi penuh pelayar Chrome untuk peranti mudah alih yang akan menggantikan pelayar yang tiada namanya menggunakan platform terbuka Android miliknya.
Pelayar Android-Google meraih 21.5 peratus daripada laman web mudah alih, mengatasi Opera, peneraju awal yang memiliki 21.3 peratus penguasaan pasaran berdasarkan StatCounter.

“Chrome sudah pasti akan menjadi pesaing terbesar kerana adanya Android dan ia mempunyai momentum yang besar kepada pengguna komputer,” kata Sterling.

Di kedudukan ketiga adalah pelayar Safari milik Apple, pelayar yang digunakan pada iPhones, dengan penguasaan pasaran 20 peratus. Nokia, BlackBerry dan beberapa peserta lain hanya memegang peratusan yang kecil.

Namun, apabila mengambil kira komputer tablets pula, Apple menjadi peserta utama bagi pelayar yang paling banyak digunakan dengan 63 peratus berdasarkan data daripada tinjauan Net Applications’ NetMarketShare manakala Android hanya menguasai hampir 19 peratus.

– AFP

21 projek baru NKEA

by

PETALING JAYA 28 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan 21 projek baru di bawah tujuh Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) yang dijangka mampu melonjakkan Pendapatan Negara Kasar (GNI) sebanyak RM4.59 bilion menjelang 2020.

Menurut Perdana Menteri, kesemua projek melibatkan pelaburan RM20.46 bilion itu akan mewujudkan sebanyak 39,9218 peluang pekerjaan baru dalam tempoh tersebut selari dengan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Bagi NKEA Pertanian, katanya, ia melibatkan pelaburan bernilai RM456.69 juta dan RM367.58 juta GNI serta mewujudkan 2,539 peluang pekerjaan bagi menambah baik jaringan keselamatan makanan negara.

Katanya, NKEA Perkhidmatan Perniagaan pula menyaksikan pelaburan sebanyak RM2.4 bilion dan RM1.41 bilion GNI di samping mewujudkan 10,909 peluang pekerjaan dalam bidang pembuatan dan pembaikan kapal, kejuruteraan reka cipta, pusat maklumat serta pusat perkhidmatan global.

“Bagaimanapun, perjalanan yang masih jauh harus ditempuhi untuk kita nyatakan bahawa misi telah selesai dengan jayanya walaupun pelbagai usaha telah dijalankan oleh sektor swasta dan kerajaan dalam usaha mentransformasi negara," katanya.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika berucap pada majlis pengumuman pencapaian ETP di sini hari ini.

Turut hadir, beberapa menteri kabinet, ketua serta wakil syarikat tempatan serta luar negara yang menjadi rakan kongsi pelaburan ETP negara.

Najib menambah, NKEA Pemborongan dan Peruncitan pula melibatkan pelaburan berjumlah RM466.8 juta yang menyumbang kepada RM1.1 bilion nilai GNI dan mencipta 16,363 peluang pekerjaan.

Menurut beliau, NKEA Penjagaan Kesihatan menyaksikan pelaburan RM107.14 juta dengan RM238.06 juta GNI dan menyediakan 3,735 peluang pekerjaan dalam tempoh lapan tahun akan datang.

Bagi NKEA Pendidikan, kata Perdana Menteri, ia melibatkan pelaburan RM535.58 juta dan menyumbang RM146.39 juta dalam GNI serta mewujudkan 660 peluang pekerjaan dalam tempoh itu.

Kata beliau, NKEA Elektrikal dan Elektronik pula menyaksikan pelaburan RM4 bilion dan 1,000 peluang pekerjaan dengan 400 daripadanya merupakan pekerjaan berkemahiran tinggi.

Menurut Najib, NKEA Greater KL pula melibatkan pelaburan RM12.5 bilion termasuk pembinaan Bandar Antarabangsa Sepang dengan RM1.34 bilion GNI dan menyediakan 4,712 peluang pekerjaan.

“Dengan keadaan ekonomi global yang masih tidak menentu, inilah masanya untuk kita mengorak langkah lebih pantas menuju destinasi impian dengan memberi fokus tidak berbelah bahagi terhadap enjin-enjin pertumbuhan ekonomi negara supaya kita dapat berdaya saing di peringkat antarabangsa," katanya.

- UTUSAN

Semak Arah Kiblat jam 5.16 petang pada 28 Mei dan 5.28 petang pada 16 Julai Setiap Tahun

by

Istiwa utama (istiwa a'dzam) adalah satu keadaan di mana matahari akan berada tepat di titik zenith (ghayah) ketika istiwa.

Peristiwa ini akan berlaku dua kali dalam setahun, apabila nilai sudut istiwa matahari (mel syams) bersamaan dengan nilai latitud tempatan. Fenomena ini berlaku bagi negeri-negeri yang nilai latitudnya kurang daripada nilai sudut istiwa maksimum matahari sebanyak 23.5°.

Berdasarkan keadaan ini, matahari akan mengalami istiwa utama dengan Kaabah dua kali dalam setahun. Fenomena ini boleh dimanfaatkan untuk menyemak dan menentukan arah kiblat dari tempat-tempat lain di muka bumi.

Fenomena istimewa matahari di atas KAABAH dan ini merupakan peluang bagi kita untuk menyemak arah kiblat yang betul.

Matahari akan berada betul betul di atas kaabah pada 2 tarikh tersebut

1) 28 hb Mei Jam 5.16 Petang
2) 16 hb Julai Jam 5.28 petang

Dalam setahun hanya 2 kali kedudukan matahari terletak di tengah-tengah Kaabah, yang boleh dijadikan panduan untuk menentukan kiblat umat Islam ketika bersolat.

Sumber :
1) http://www.youtube.com/watch?v=YlSyfX_jmIM&feature=player_embedded , uploaded by marlboro79
2) http://zikrihusaini.com/cara-untuk-mencari-arah-kiblat-sembahyang-tanpa-menggunakan-kompas-dan-ketika-darurat/
3) http://iidyll.blogspot.com/2011/05/istiwa-utama-matahari-di-kaabah-mari.html
4) www.falak-online.net

Sultan Johor Menang Bidaan Nombor Plat "WWW 1"

by
Sultan Johor telah memenangi bidaan dalam merebut nombor plat kenderaan "WWW 1", dengan tawaran tertinggi sebanyak RM520,000.

Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar mendahului 9,999 pembida lain termasuk Yang di-Pertuan Agong, yang memenangi nombor plat "WWW 5", dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, memenangi nombor plat "WWW 15".

Keputusan bidaan boleh didapati di laman web Jabatan Pengangkutan Jalan (JP).

Pada Khamis, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha mengumumkan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 telah mencatatkan tawaran bidaan tertinggi sehingga kini.

Nilai ini melepasi rekod yang dicatatkan "MCA 1" pada tahun 2010 yang telah dijual pada harga RM300,100.

Bidaan terhadap nombor pendaftaran dikehendaki ramai ini bermula pada 30 April dan berakhir pada 14 Mei.

Dalam tempoh tersebut, beribu-ribu membanjiri tiga cawangan JPJ Kuala Lumpur untuk meletakkan tawaran mereka untuk awalan "WWW", yang merupakan singkatan bagi "World Wide Web".

- MSTAR

China juara Piala Thomas 2012

by
China mempertahankan kejuaraan Piala Thomas buat kali kelima berturut-turut selepas Chen Long menewaskan Shon Wan-ho 21-9, 21-13 dalam aksi perseorangan kedua, dan keputusan itu sekaligus memberikan tuan rumah kemenangan mutlak 3-0 ke atas Korea Selatan.

Kejuaraan kali ini boleh dikatakan paling manis untuk Negara Tembok Besar itu kerana buat julung kalinya ia dikecapi di bumi sendiri.

China kali terakhir menganjurkan Piala Thomas pada 2002 di Guangzhou, tetapi ketika itu dikejutkan Malaysia pada separuh akhir.

Praktik amalan sunat sebelum tiba Ramadan

by
REJAB bermaksud mengagungkan atau memuliakan. Bulan Rejab adalah bulan ketujuh dalam kalendar hijrah.

Ia dinamakan Rejab kerana orang Arab pada zaman jahiliah memuliakan bulan ini lantas mengharamkan apa juga bentuk peperangan.

Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya bilangan bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam kitab Allah ketika Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati.

Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang bertakwa.” (Surah at-Taubah, ayat 36)

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya zaman itu akan terus berlalu seperti mana saat Allah menciptakan langit dan bumi. Setahun itu ada dua belas bulan. Empat di antaranya ialah bulan yang haram, tiga di antaranya ialah berturut-turut, iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam. Rejab adalah bulan Mudhar (nama satu kabilah) yang terletak di antara Jamadilakhir dan Syaaban.” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

Adalah masyhur dalam kalangan masyarakat disunatkan untuk berpuasa pada hari pertama Rejab, Khamis minggu pertama Rejab, 15 Rejab dan 27 Rejab sempena Israk Mikraj.

Selain itu, ada juga yang mengamalkan berpuasa berterusan selama tiga bulan iaitu pada Rejab, Syaaban dan Ramadan.

Imam Ibnul Qayyim berkata: “Rasulullah tidak berpuasa pada tiga bulan itu secara terus menerus seperti dilakukan sebahagian orang dan Baginda sama sekali tidak berpuasa pada Rejab dan Baginda pun tidak menggalakkan berpuasa pada Rejab. Bahkan diriwayatkan bahawa baginda melarang berpuasa pada Rejab seperti diriwayatkan oleh Ibnu Majah.”

Walaupun begitu jika seseorang itu berpuasa pada Rejab tanpa niat mengagungkan bulan berkenaan tetapi berpuasa bertepatan dengan hari disunatkan berpuasa seperti Isnin dan Khamis atau puasa Nabi Daud (puasa selang sehari) pada Rejab, maka puasa sebegini dibenarkan syarak.

Ada juga pandangan bahawa pada Rejab disunatkan untuk mengerjakan ibadat umrah. Namun begitu, menurut Aisyah, Rasulullah SAW tidak pernah mengerjakan atau menganjurkan umrah untuk dikerjakan pada Rejab.

Tarikh 27 Rejab dikaitkan dengan Israk dan Mikraj dan pelbagai program diatur bagi mengingati peristiwa itu.

Ia adalah usaha murni untuk mengingatkan kembali umat Islam supaya mengambil pengajaran daripadanya.

Banyak amalan sunat umum belum kita amalkan boleh dipraktikkan pada Rejab sebagai persediaan menanti kedatangan Ramadan dengan membanyakkan solat malam, puasa sunat Isnin dan Khamis serta tadarus al-Quran.

- BERITA MINGGU

'Oh My English!' Cecah 50,000 Pengikut Di Facebook

by

Rancangan terbaru terbitan Astro TViQ iaitu Oh My English! kini diikuti lebih 50,000 pengikut di laman sosial Facebook walaupun program berkonsepkan pendidikan dan hiburan itu baru ditayangkan.

Naib Presiden Bahagian Remaja dan Kanak-Kanak Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin berkata, sambutan hangat itu menjadi bukti bahawa program berbentuk pendidikan mendapat tempat di hati penonton di negara ini.

"Tujuan program ini diwujudkan adalah bagi memperbaiki pertuturan dan penggunaan Bahasa Inggeris di kalangan rakyat Malaysia yang kadang-kala terlepas pandang tentang perkara-perkara remeh dalam penggunaan seharian.

"Dengan sambutan yang cukup memberansangkan itu ia bukti penonton dapat menerima program berbentuk pendidikan tapi dalam format yang menyeronokkan," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran program itu di sini pada Khamis.

Oh My English! ke udara pada setiap hari Ahad pada pukul 10 pagi di Astro TVIQ (Saluran 610) dan Astro Prima (105) pada setiap hari Jumaat pukul 9.30 malam bermula 8 Jun nanti.

Tambah Yasmin, selain Facebook, Oh My English! turut ditonton 900,000 orang di laman Youtube dan masih terus meningkat dan menjadi topik hangat yang kerap diperkatakan di laman Twitter.

Dalam pada itu, Yasmin berkata, Oh My English! mengambil pendekatan yang unik dalam pembelajaran Bahasa Inggeris yang mana setiap episod sitkom selama setengah jam itu mempunyai tema perbualan yang boleh diguna pakai di dalam kehidupan seharian seperti perhubungan, sukan, muzik dan makanan.

Tambahnya, episod-episod tersebut juga mengandungi tiga kapsul pendek yang menerangkan penggunaan Bahasa Inggeris dengan betul sama ada dari segi tatabahasa, perbendaharaan kata, struktur ayat mahupun sebutan.

"Sebagai tambahan, Astro juga telah bekerjasama dengan British Council dalam pembangunan kandungan pembelajaran Bahasa Inggeris, termasuk bahan-bahan dan kertas latih tubi lengkap, yang boleh didapati di laman rasmi Oh My English!

"Program itu juga akan dilengkapi pengalaman pembelajaran multimedia melalui internet, butang merah interaktif pada alat kawalan Astro, laman sosial, radio, siri bengkel di sekolah dan dalam bentuk cetakan," ujarnya.

Sementara itu, Yasmin berkata, pihaknya telah bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam merealisasikan program tersebut yang menggalakkan pembelajaran berterusan sepanjang hayat di kalangan masyarakat.

Yasmin berkata, kerjasama ini juga sebagai penanda aras bahawa Astro sentiasa menyokong usaha KPM yang ingin memberi informasi berguna kepada masyarakat.

Rancangan 20 episod itu menampilkan barisan pelakon yang berpengalaman dan baru antaranya pelakon dan penyanyi terkenal Adibah Noor yang membawa watak sebagai pengetua.

Tidak ketinggalan pelakon-pelakon komedi dan peserta Raja Lawak Mega Mr. Os dan Harun Salim Bachik. Zain Saidin pula membawa watak Henry Middleton, guru Bahasa Inggeris baru yang merupakan rakyat Malaysia yang dibesarkan di Britain.

Di samping itu, Oh My English! turut menonjolkan bintang–bintang muda berbakat seperti Izara Aishah, Addy Ashraf dan pasangan adik beradik Ahmad Ezzrin Loy dan Nurul Ezlisa Loy.

Antara pelakon-pelakon lain termasuklah Mohd Zhafir Muzani, Kaameshaa Ravindran, Amer Sharrif, Tan Teong Sik dan Muhammad Akhmal Mohamad Nazri.

Tidak ketinggalan juga artis-artis tersohor tanahair seperti Lisa Surihani, Rozita Che Wan dan Nabil Raja Lawak yang akan membuat penampilan istimewa serta memeriahkan lagi episod-episod tertentu.

Sebarang maklumat lanjut mengenai Oh My English! peminat boleh melayari www.ohmyenglish.com.my untuk mempelajari Bahasa Inggeris menerusi permainan-permainan interaktif dan kandungan-kandungan lain.

Video-video terkini program itu juga boleh dilayari di www.youtube.com/ohmyenglishtv. Sebagai alternatif, penonton juga boleh mengikuti laman Oh My English di laman sosial facebook di www.facebook.com/ohmyenglish untuk berkongsi pengalaman masing-masing tentang cara-cara memperbaiki penggunaan Bahasa Inggeris.

- MSTAR

RM520,000 Untuk Nombor Pendaftaran "WWW 1"

by

Kenderaan bernombor pendaftaran "WWW 1" mencatat rekod baru apabila menjadi kombinasi termahal yang pernah dijual di Malaysia dengan tawaran bidaan tertinggi yang pernah dicatatkan sebanyak RM520,000.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha dalam satu kenyataan berkata, jumlah itu melepasi rekod terdahulu "MCA 1" pada tahun 2010, yang dijual pada harga RM300,100.

"Siri "WWW" juga telah mencatat rekod sendiri, dengan 13 pembida yang berjaya membida dengan nilai lebih daripada RM100,000 dan tiga daripada mereka berjaya membida RM300,000 setiap satu," kata Kong.

Kong berkata jumlah bidaan yang diterima setakat ini adalah lebih daripada RM64 juta.

Beliau berkata bidaan yang berjaya untuk siri "WWW" dianggarkan meraih RM11.3 juta, 10 kali lebih tinggi berbanding kutipan yang diterima untuk siri yang lain.

"Bilangan tertinggi bidaan (dalam siri ini) ialah "WWW 333", yang menerima 84 bidaan," kata Kong.

Kong menjelaskan daripada 10,000 nombor dalam siri ini, 4,908 nombor telah diterima tawaran bidaannya, manakala baki 5,091 akan akan dijual kepada orang ramai.

Beliau berkata surat memaklumkan keputusan kepada pembida akan dihantar bermula 6 Jun.

Kementerian dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum ini mengumumkan bahawa keputusan penuh tender akan diumumkan pada Khamis.

Di ibu pejabat JPJ Kuala Lumpur di Wangsa Maju, pembida yang berharap dapat menegtahui keputusan kecewa kerana keputusan tidak diletakkan di papan kenyataan.

Kong berkata keputusan penuh hanya akan dikeluarkan melalui portal JPJ (www.jpj.gov.my) pada hari Isnin kerana pihaknya memerlukan lebih banyak masa untuk meneliti 18,243 bidaan, jumlah besar yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Bidaan bermula pada 30 April dan berakhir pada 14 Mei.

- MSTAR

Bank Letak Lebih 'Halangan' Banteras Penipuan Perbankan Dalam Talian

by
Bank akan memperkenalkan satu lagi lapis keselamatan yang baru dengan menjalinkan kerjasama dengan pihak berkuasa keselamatan siber dan pihak polis untuk membanteras penipuan dalam talian yang semakin menjadi-jadi.

Menurut Cybersecurity Malaysia, kes-kes penipuan yang dilaporkan kepada agensi ini adalah dua kali ganda, daripada 606 pada tahun 2009 kepada 1,328 pada tahun 2010 dan 3,142 tahun lepas.

"Sehingga April tahun ini, kami menerima hampir 2,000 kes penipuan perbankan dalam talian," kata ketua pegawai eksekutif (CEO) Lt Kol (RET) Prof Datuk Husin Jazri, yang mengesahkan agensi ini telah bergabung tenaga dengan Persatuan Bank-Bank Malaysia untuk memerangi penipuan di internet.

Agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi ini akan bekerjasama dengan bank untuk menjalankan kempen intensif bagi meningkatkan kesedaran daripada penipuan.

Perkara ini menjadi begitu serius apabila CIMB dan Maybank baru-baru ini membuat usaha bersepadu memberi amaran mengenai penipuan perbankan dalam talian dengan mengambil satu iklan berhalaman penuh dalam akhbar The Star, menggesa pelanggan mereka melaporkan dengan serta-merta jika mereka menerima TAC (Kod Pengesahan Transaksi) yang tidak diminta.

TAC yang dihantar melalui SMS kepada telefon mudah alih pengguna berdaftar, adalah lapisan kedua keselamatan. Yang pertama adalah butiran 'username' dan kata laluan.

Menurut pembekal perkhidmatan mudah alih untuk 16 buah bank tempatan, Macro Kiosk Bhd, institusi kewangan mungkin mengamalkan "lapisan ketiga" keselamatan bagi sistem talian mereka tidak lama lagi.

Ciri "Faktor Ketiga Pengesahan" akan mengesan percubaan untuk menggodam akaun perbankan dalam talian berdasarkan lokasi telefon bimbit pengguna.

"Ia akan membolehkan bank-bank untuk mengesan lokasi komputer yang digunakan untuk log masuk ke akaun sepadan dengan lokasi telefon bimbit pengguna.

"Sebagai contoh, jika orang yang mengakses akaun didapati berada di luar Malaysia, manakala telefon bimbit pengguna berada di negara ini, mungkin ada sesuatu yang tidak kena," kata Ketua Pegawai Eksekutif Macro Kiosk, Kenny Goh.

Kemudian pengguna akan dihantar SMS untuk mengesahkan sama ada mereka mahu meneruskan urus niaga.

"Ini akan memberi amaran kepada pengguna jika seseorang itu cuba untuk menggodam akaun perbankan mereka secara dalam talian."

- MSTAR

Akhlak belia paparan imej negara masa depan

by
PATRIOTISME ialah perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air. Ia membawa maksud keterikatan kepada kumpulan rakan senegara dan tanah air. Dalam Bahasa Arab ia diwakili dengan perkataan wataniah. Jika ditinjau dari sudut pandangan Islam, ia dihubung kait dengan sifat cintakan tanah air.

Rasulullah SAW sebagai pemimpin umat dan ketua negara memberi penekanan khusus membimbing belia dengan cara menggesa mereka berakhlak mulia, taat beribadah kepada Allah, taat kepada pemimpin dan mencintai negara.
Bimbingan ini akan menentukan belia menjadi pemimpin masa depan yang bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara. Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Allah sangat kagum kepada pemuda yang tidak ada padanya kelakuan pelik dan menyeleweng.” (Hadis riwayat Ahmad)
Patriotisme bukanlah satu ideologi tetapi semangat dan gagasan mendidik serta memberi kefahaman kepada manusia supaya mencintai kehidupan dan tanah air. Manusia perlu membina semangat patriotik untuk menjamin kesejahteraan dan perpaduan rakyat.

Membina semangat patriotisme ini, berkait rapat dengan jati diri, perasaan kasih, kesetiaan rakyat terhadap negara serta pemimpin secara menyeluruh. Berasaskan dalil al-Quran dan hadis, ulama sepakat mengatakan taat kepada pemerintah fardu kepada setiap Muslim, manakala menderhaka adalah satu dosa besar.

Rasulullah SAW bersabda dengan maksudnya: “Tiga golongan Allah SWT tidak menegurnya pada hari kiamat, tidak melihat kepada mereka, tidak membersih dosa mereka dan mereka menerima azab yang pedih, seorang yang mengaku setia kepada pemerintah, ia berbuat demikian kerana keduniaan, jika diberi ia tunaikan kesetiaannya tetapi jika tidak diberi, ia menderhaka.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Golongan belia penting dalam membawa perubahan daripada negatif kepada positif, lemah kepada kuat, mundur kepada maju dan terbaik kepada cemerlang.
Tokoh ulama semasa yang berpengaruh, Syeikh Yusof Al-Qaradhawi berkata: “Apabila kita hendak melihat wajah sesebuah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya pada hari ini. Jika golongan muda hari ini adalah daripada kalangan berakhlak, tentunya sesebuah negara itu akan datang adalah sebuah negara yang aman makmur, tetapi jika keadaan adalah sebaliknya, maka bersedialah untuk berhadapan dengan kemungkinan buruk yang akan berlaku.”

Kebangkitan golongan belia akhir-akhir ini amat menggembirakan namun ada juga kes yang mana idealisme kebebasan dan hak diperjuangkan mereka perlu diberi arah tujuan selaras prinsip Islam.
Kegelojohan menyuarakan pandangan dan memperjuangkan hak menyebabkan ada segelintir mereka terjebak aktiviti ekstrim, demonstrasi jalanan, melakukan kekacauan dan huru-hara.

Golongan belia sebenarnya mempunyai idealisme tetapi pada masa sama masih mentah pengalaman hidup dan terbawa-bawa dengan jiwa muda bergelora. Ingatlah, Islam telah menetapkan setiap insan tidak memiliki kebebasan hakiki, bahkan setiap tindak-tanduknya dibimbing oleh prinsip dan peraturan ditetapkan syarak yang bersumberkan wahyu Allah SWT.

Manusia yang baik menurut pandangan Islam ialah orang yang hidup menggunakan sepenuhnya potensi diri untuk memajukan keluarga, masyarakat, bangsa, agama dan negara. Generasi belia patriotik inilah yang menjadi cita-cita negara untuk membentuk tamadun Islam dihormati dan disegani masyarakat dunia.

Firman Allah yang bermaksud: “Ingatkanlah ketika serombongan orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: Wahai Tuhan kami! kurniakanlah kami rahmat dari sisimu, dan berilah kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami.” (Surah Al-Kahfi, ayat 10)

- BERITA HARIAN

Ular sawa kuning jenis Anaconda lahir 30 anak

by

KUALA PILAH – Taman Ular Sawa Hutan Rekreasi Ulu Bendul dekat sini menerima ahli baharu apabila dua ekor ular sawa jenis Anaconda Kuning melahirkan sebanyak 30 ekor anak pada 3 dan 19 Mei lepas.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, Ahmad Fadzil Abdul Majid berkata, ibu pertama ular itu melahirkan tiga ekor anak manakala ibu kedua pula sebanyak 27 ekor.

“Ular spesies ini tidak menetaskan telur tetapi melahirkan anak. Anak-anak ular itu berukuran 30 sentimeter dan berat antara 200 hingga 300 gram.

“Kami mengasingkan anak-anak ular ini daripada ibunya dan dikuarantin selama enam bulan. Selepas itu, kami akan lihat perkembangannya sebelum ia dipamerkan,” katanya kepada Bernama di sini semalam.

- KOSMO!

KDN Haramkan Penerbitan Buku Tulisan Irshad Manji

by

Kementerian Dalam Negeri mengharamkan penerbitan buku tulisan Irshad Manji bertajuk 'Allah, Kebebasan dan Cinta' dan versi Bahasa Inggeris 'Allah, Liberty and Love' kerana mengelirukan orang awam dan menyalahi syariah yang ditetapkan dalam al-Quran dan hadis.

Timbalan Menterinya, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, perintah larangan itu dibuat mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984 kerana kandungannya 'boleh menggemparkan fikiran orang ramai dan memudaratkan keselamatan dan ketenteraman awam.'

Buku itu diharamkan selepas kementerian menerima laporan dan ulasan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), katanya.

"Antaranya, pandangan terhadap perkahwinan campur antara Muslim dan bukan Muslim sebagai sesuatu yang harus dan pemahaman ini boleh menjurus kepada pluralisme," katanya dalam kenyataan di sini Khamis.

Beliau berkata, buku itu juga mengandungi unsur penghinaan terhadap Rasulullah SAW yang digambarkan dalam keadaan yang boleh mencemar kesucian agama Islam.

Selain itu, katanya, buku itu juga mempertahankan fahaman sekularisme dengan mencampuradukkan dengan nilai-nilai akidah.

"Ia turut memberikan penerangan terhadap pelaksanaan kewajipan solat fardu lima waktu yang boleh didirikan dalam pelbagai pergerakan dan bahasa malah lebih dari lima kali sehari," katanya.

Abu Seman berkata, kenyataan ini boleh menimbulkan kekeliruan kepada orang awam terhadap kewajipan menunaikan solat fardu lima waktu.

Buku ini juga menyeru kepada logik akal semata-mata dalam ijtihad dan penolakan konsep ijmak yang dikhuatiri akan menggalakkan interpretasi hukum-hukum agama yang tidak berpegang kepada nas-nas al-Quran dan al-hadis.

- BERNAMA

Tablet '1Malaysia Pad' Kini Di Pasaran

by

MalTechPro Sdn Bhd pada Khamis memperkenalkan tablet pertama buatan Malaysia dikenali '1Malaysia Pad' yang dilengkapi aplikasi terkini dan skrin sesentuh.

Mensasarkan jualan awal sebanyak 5,000 unit dengan harga pengenalan RM999, tablet selebar 7 inci itu juga dilengkapi dengan kemudahan 1Malaysia Messenger.

Pengerusi Eksekutifnya Datuk Sohaimi Shahadan berkata menerusi kemudahan itu, pemilik tablet yang sama boleh berhubung secara percuma dengan pesanan ringkas, menghantar gambar, rakaman video dan rakaman suara.

"Tablet itu dicipta degan pelbagai aplikasi tambahan yang mesra pengguna dan bercirikan identiti Malaysia di samping aplikasi sama yang terdapat pada tablet jenama lain," katanya kepada pemberita selepas majlis prapelancaran di sini.

Majlis itu disempurnakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sohaimi berkata tablet yang menggunakan sistem android itu juga dilengkapi dengan sambungan jalur lebar tanpa wayar dan 3G. "Syarikat kami juga bersedia untuk mengubah suai aplikasi itu mengikut kehendak pengguna yang ingin membeli dengan jumlah besar untuk kegunaan jabatan atau agensi masing-masing," katanya.

Selain itu katanya, pelajar institusi pengajian tinggi yang mempunyai kad diskaun siswa boleh membeli tablet tersebut dengan diskaun istimewa.

Mereka yang berminat boleh menempah secara dalam talian di laman web www.maltechpro.com atau mengunjungi ejen jualan yang terdapat di seluruh negara.

- BERNAMA

Penangan cinta online

by

DAHULU, orang menulis surat sambil menyapukan minyak wangi, lalu diposkan kepada kekasihnya yang jauh yang mungkin tidak dikenalinya.

Berbulan-bulan ditunggu, adakalanya dijawab, adakalanya tidak. Bernasib baik kalau surat itu dijawab. Kini, posmen tidak lagi perlu menjadi orang tengah menghantarkan surat cinta.

Dunia hari ini, semua jenis aplikasi online seperti Facebook, Twitter, MySpace dan e-mel menjadi medium baharu manusia menjalinkan hubungan cinta.

Medium baharu ini juga tidak mengenal usia, sama ada tua atau muda. Sebab itulah, kita selalu mendengar banyak rumah tangga yang musnah kerana cinta online. Ada yang mula menjalin semula cinta dengan kekasih lama, walaupun pada masa yang sama sudahpun berumah tangga. Hal sebegini selalu kita dengar.

Cinta online itu juga adakalanya menyebabkan ramai anak gadis kita yang terpedaya. Tidak kurang juga wanita yang berkerjaya. Bahkan, ada yang terperangkap dengan cinta palsu hingga sanggup melabur puluhan ribu ringgit ke akaun kekasih online yang tidak mereka kenali.

Inilah hebatnya cinta dalam talian, malah ada yang patah hati dan tidak kurang juga yang membawa kebinasaan.

Tahun 2006, Megan Meier, gadis berusia 13 tahun telah membunuh diri hanya kerana teman lelakinya, Jose, menyakiti hatinya dengan tiba-tiba memutuskan hubungan mereka secara dalam talian.

Dua minggu setelah Jose tidak lagi membalas mesejnya, Megan akhirnya membunuh diri. Malang sekali, 'Jose' sebenarnya tidak pernah wujud. Ia hanya nama samaran yang Megan sendiri tidak ketahui siapakah jejaka palsu itu.

Lantaran medium online merupakan penghubung ikatan manusia zaman moden, banyak laman web muncul sebagai medium penjalin hubungan. Online Dating Magazine salah satu daripadanya. Tahun 2007, dalam tempoh sebulan sahaja, lebih 20 juta pengunjung melakukan janji temu secara online sekurang-kurangnya sekali.

Sifat terbuka

Secara psikologinya, apakah bentuk emosi yang terjalin setiap kali manusia melakukan komunikasi secara dalam talian? Anda sebagai pengguna Facebook atau Yahoo Messenger tentu pernah merasainya walaupun anda tidak tahu menghuraikannya.

Dikatakan bahawa melalui komunikasi online, manusia akan mengalami disinhibition effects. Dalam erti kata lain, dalam keadaan yang bersifat anonymous, didapati bahawa manusia lebih cenderung untuk bersikap terbuka dan meluahkan emosi tanpa segan silu. Dikatakan juga bahawa manusia lebih cenderung menyatakan rasa hati dengan lebih baik jika dibandingkan secara bersemuka.

Kajian juga mendapati bahawa perhubungan melalui internet menjadikan manusia lebih cepat mesra. Komunikasi secara bertulis, menjadikan manusia berfikir dahulu apa yang patut ditulis dan bagaimana untuk mempersembahkan diri. Ia sukar dalam keadaan perhubungan secara fizikal kerana ada hal-hal yang tidak boleh dilakonkan.

Dikatakan juga, komunikasi melalui internet ini adakalanya lebih memungkinkan manusia menunjukkan diri mereka yang sebenar (true self). Mereka mungkin menyembunyikan nama sebenar tetapi watak, sifat dan diri mereka sebenar banyak ditonjolkan melalui tulisan.

Sebab itulah, dalam banyak situasi, ada ramai manusia baik yang boleh kita temui secara dalam talian. Bagaimanapun, jangan pula terpedaya. Ada manusia yang pandai memanipulasi keadaan ini.

Kita sering didedahkan dengan kisah mangsa yang telah dijual ke luar negara kerana terpedaya dengan cinta palsu, sama ada sebagai keldai dadah atau pelacur. Ini adalah antara musibah di sebalik tabir keindahan dunia online.

Kecurangan

Jalinan online juga sebenarnya memberikan kesan terhadap perasaan cemburu manusia. Dulu, rasa cemburu akan timbul kalau ada pasangan yang bermain mata dengan orang lain. Sekarang ini orang tidak bermain mata lagi. Facebook telah menjadi medium baharu yang tidak ada pada zaman sebelumnya.

Bagaimana agaknya sifat cemburu manusia kalau tahu pasangannya ada hubungan online dengan orang ketiga?

Kajian mendapati bahawa cybersex atau komunikasi yang terarah kepada rangsangan seks dianggap sebagai sama dengan perlakuan melakukan hubungan seks dengan orang lain. Ia dianggap sebagai satu bentuk kecurangan.

Wanita juga didapati sangat marah kalau mendapat tahu bahawa pasangan lelakinya mempunyai hubungan online dengan wanita lain, seolah-olah pasangan lelakinya itu ada ikatan emosi dengan wanita lain. Ini dibuktikan dalam banyak kajian.

Bahkan, wanita juga lebih besar kemungkinannya jika dibandingkan lelaki untuk sanggup memutuskan hubungan kalau mendapat tahu pasangannya menjalinkan hubungan online dengan wanita lain.

Bagaimana dengan anda?

Hakikatnya, medium online bukan sekadar menjadikan kita lebih mudah menjalin hubungan dengan teman-teman lama atau rangkaian perniagaan tetapi ia juga satu cabaran terhadap rumah tangga dan hubungan cinta.

Ia cabaran baharu yang sedang kita lalui. Bergantung sejauh manakah kita bijak memanfaatkannya, ia juga bakal menjadi medium menjadikan hidup manusia semakin huru-hara.

- KOSMO!

Jawatan Kosong di Universiti Malaysia Pahang (UMP) - Jun 2012

by
JAWATAN:
- PEGAWAI PERHUBUNGAN INDUSTRI GRED N48
- PEGAWAI PENYELIDIK GRED Q41
- PEMBANTU MAKMAL GRED C17
- JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT17
- PEMBANTU JURUAUDIT GRED W17

IKLAN JAWATAN:
http://apps.ump.edu.my/online/cms/eRecruitment/attachment/Iklan%20jawatan%20kosong%20UMP%20Siri%203-2012%20e-Recruit%20%2016%20MEI%202012_doc.pdf

CARA MEMOHON:
Permohonan hendaklah dibuat secara Online di: http://apps.ump.edu.my/online/cms/eRecruitment/

TARIKH TUTUP : 8 Jun 2012

Jawatan Kosong di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) - Jun 2012

by
JAWATAN:
- Pegawai Tadbir N41
- Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) N17
- Pembantu Am Pejabat N1
- Pekerja Awam R1
- Pengawal Keselamatan KP11

CARA MEMOHON:
Pemohon hendaklah memohon melalui borang permohonan jawatan secara atas talian (HROnline) : https://hronline.unimas.my/jobs_unimas

TARIKH TUTUP : 5 Jun 2012

Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90