Awasi SMS mengelirukan 'telan' kredit telefon - SKMM

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bertindak tegas terhadap syarikat pembekal kandungan yang dikesan aktif menyalahgunakan kod ringkas dengan menghantar iklan mengelirukan kepada orang ramai sehingga menyebabkan kredit telefon bimbit mereka 'menyusut' tanpa disedari.

Ketua Pegawai Kawal Selia dan Pengawasan Industri SKMM, Datuk Jailani Johari berkata, iklan mengelirukan untuk memerangkap pengguna itu dihantar melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada pelanggan telefon bimbit pascabayar dan prabayar.

Menurut beliau, mesej mengelirukan itu memperdaya pengguna untuk 'bersetuju' agar kredit telefon mereka dipotong secara beransur-ansur tanpa disedari.

''Kadar potongan kredit dipercayai di antara RM1 dan melebihi RM3 sebanyak beberapa kali dalam sebulan mengikut 'persetujuan' mangsa tanpa disedarinya,'' ujar beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Jailani berkata, kegiatan tidak bertanggungjawab itu dikesan bergerak aktif sejak dua tahun lalu selepas pihaknya menerima pelbagai aduan berkaitan penyusutan kredit telefon bimbit pascabayar dan prabayar.

Ujar beliau, di antara mesej mengelirukan yang diterima pengguna termasuk: ''RM0.00 SMS/MMS content*Telefon bimbit anda perlu diafktifkan semula skrg! Sila SMS ON DM dan ON DN ke 32655. Hubungi 21643273 untuk optout servis. *3gp".

Beliau menjelaskan, mesej itu memperdaya pengguna dengan menyatakan telefon bimbit tidak aktif dan mereka diminta menghantar kata kunci langganan dan tanpa disedari, pengguna sebenarnya melanggan perkhidmatan tersebut dan dikenakan caj berterusan sehingga ia ditamatkan.

Jailani menegaskan, syarikat- syarikat pemegang Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi yang menawarkan khidmat kandungan mudah alih mesti mematuhi piawaian mandatori yang mewajibkan mereka memaparkan maklumat terperinci seperti harga langganan.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai agar tidak mudah terperangkap dengan iklan-iklan mengelirukan dan sentiasa memastikan kesahihan SMS yang diterima sebelum bertindak balas atau bersetuju dengan promosi yang ditawarkan.

Ujarnya, mereka yang menjadi mangsa kecurian kredit telefon bimbit diminta segera membuat laporan kepada SKMM dengan menghubungi talian bebas tol 1-800-888-030 atau e-mel kepada aduanskmm@cmc.gov.my.

Aduan turut boleh dikemukakan kepada Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) di talian bebas tol 1-800- 18-2222 atau e-mel kepada enquiries@cfm.my Awasi SMS mengelirukan 'telan' kredit telefon - SKMM

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Tawaran Istimewa E-Book

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan lebih 1,000 buah Koleksi E-book pelbagai topik dengan hanya RM20.00 sahaja. WhatsApp "E-BOOK RM20" ke: 0139790000

lihat tawaran