Top Ad 728x90

Jualan telefon bimbit Samsung atasi Nokia

Setelah 14 tahun, kedudukan Nokia sebagai penjual telefon bimbit terbesar di dunia, kini tempatnya telah diambil alih oleh Samsung, menurut firma penyelidikan, Gartner.

Hasil penyelidikan jualan bagi suku pertama tahun ini, Samsung berjaya menjual 86.6 juta telefon bimbitnya mengatasi Nokia yang hanya mencatatkan jualan sebanyak 83 juta unit dan Apple melalui jualan 33 juta unit iPhone keluarannya.

Kejayaan Samsung itu disumbangkan oleh jualan telefon bimbit pintarnya untuk mengatasi Nokia.

Ia menyumbang 43.9 peratus kepada jualan keseluruhan Samsung berbanding Nokia hanya 16 peratus.

Berdasarkan penguasaan pasaran dalam suku pertama itu, Samsung menguasai 20.7 peratus pasaran, diikuti Nokia (19.8 peratus), Apple (7.9 peratus), ZTE (4.2 peratus) dan LG (3.5 peratus).

Bagaimanapun menurut Gartner, jualan telefon bimbit dunia dalam suku pertama 2012, merosot dua peratus kepada 419.1 juta unit berbanding tempoh sama 2011 iaitu berjumlah 427.8 juta unit.

Menurut Penyelidiknya, Anshul Gupta, kejatuhan jualan itu mengatasi jangkaan awal terutamanya permintaan perlahan di pasaran Asia Pasifik.

"Kebiasaannya jualan suku pertama ini merupakan yang paling kukuh khususnya dipengaruhi oleh sambutan Tahun Baru Cina. Kemungkinan ia berpunca akibat kurangnya pengenalan produk telefon bimbit terbaru.

"Keadaan ini sekali gus boleh memberi kesan kepada jualan keseluruhan bagi tahun ini," katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, jualan telefon bimbit pintar terus mencatatkan jualan memberangsangkan iaitu sebanyak 144.4 juta unit dijual dalam suku pertama tahun ini, iaitu meningkat 44.7 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Bagaimanapun, dari segi persaingan jualannya, Samsung kembali mengatasi Apple apabila berjaya menjual 38 juta unit di seluruh dunia.

- UTUSAN

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90