Top Ad 728x90

,

Pelanggan jalur lebar TM cecah dua juta


ASAS pelanggan jalur lebar Telekom Malaysia Bhd (TM) kini mencecah dua juta, yang mencerminkan peningkatan penerimaan perkhidmatan itu di negara ini.

Syarikat telekomunikasi itu dalam kenyataannya berkata, ia adalah satu lagi mercu tanda utama bagi TM selepas mencatatkan 300,000 pelanggan bagi perkhidmatan UniFinya dua bulan lalu.

Ketika ini, TM mempunyai lebih 1.64 juta pelanggan bagi perkhidmatan Jalur Lebar Untuk Penduduk Umum (BBGP) di bawah jenama Streamyx, manakala perkhidmatan Jalur Lebar Berkelajuan tingginya (HSBB), UniFi pula sebanyak 359,000.

Ketua Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Seri Zamzamzairani Mohd Isa, berkata pencapaian itu akan membuka jalan bagi negara mencapai sasaran kadar penembusan 75 peratus jalur lebar di bawah agenda Jalur Lebar Negara.

"TM telah memainkan peranan penting memenuhi agenda ini apabila syarikat iini kini menyumbang lebih 40 peratus daripada penembusan jalur lebar negara," katanya.

- BERITA HARIAN

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90