Top Ad 728x90

,

200 ibu Malaysia meninggal setiap tahun ketika melahirkan anak

KUCHING 6 Jun - Kira-kira 200 golongan wanita di negara ini dilaporkan meninggal dunia setiap tahun ketika melahirkan anak.

Pengerusi Kongres Saintifik Antarabangsa, Kolej Diraja Obstetrik dan Ginekologi (RCOG) 2012, Dr. R. Gunasegaran berkata, jumlah tersebut bersamaan dengan nisbah 27 kes kematian ibu bagi setiap 100,000 kelahiran.

Menurut beliau, nisbah itu bagaimanapun menurun berbanding beberapa tahun sebelum ini, malah, prestasi negara juga agak baik berbanding negara jiran seperti Kemboja yang mencatat nisbah 200 kes bagi setiap 100,000 kelahiran.

“Namun, Malaysia masih ketinggalan jika dibandingkan dengan negara-negara maju lain yang kebanyakannya mencatatkan 10 kes kematian bagi setiap 100,000 kelahiran," katanya pada sesi tertutup bersama beberapa wakil media sempena kongres tersebut di sini hari ini.

- BERNAMA

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90