Top Ad 728x90

4.7 juta rakyat Malaysia merokok

Seorang perokok di negara ini membelanjakan secara purata RM180 sebulan untuk membeli rokok.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman berkata, angka itu berdasarkan laporan Kaji Selidik Tembakau Dunia (GATS) Malaysia 2011 yang pertama kali dilakukan oleh pihaknya dengan kerjasama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pusat Kawasan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat terhadap 4,250 responden.

Tambah beliau, seramai 4.7 juta rakyat Malaysia berumur 15 tahun ke atas adalah perokok yang kebanyakannya didominasi oleh kaum lelaki.

"Sebanyak 87 peratus perokok sedar mengenai kempen antimerokok menerusi televisyen dan radio, manakala 46 peratus terfikir untuk berhenti disebabkan amaran bergambar oleh Kementerian Kesihatan.

"Berhubung asap rokok, 71 peratus orang ramai terdedah terhadap bahan itu ketika mengunjungi restoran, manakala 40 peratus ketika bekerja di bangunan dan 38 peratus di dalam rumah," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Maimunah A. Hamid; Pegawai Program WHO Malaysia, Brunei dan Singapura, Dr. Soo Chun Paul dan Penyelidik Kanan CDC, Jeremy Morton.

Hassan turut menjelaskan bahawa 92 peratus perokok percaya tabiat merokok boleh menyebabkan penyakit serius manakala 86 peratus mengetahui menghidu asap rokok oleh individu tidak perokok boleh menyebabkan penyakit yang sama.

Justeru, ujarnya, kerajaan telah melaksanakan pelbagai program gaya hidup sihat, termasuk kempen antimerokok sejak 1991 iaitu jutaan ringgit telah dibelanjakan untuk tujuan tersebut.

"Menurut kajian itu juga, 70 peratus dalam kalangan perokok menyokong peningkatan cukai ke atas produk tembakau.

"Sehubungan itu, kementerian akan terus melaksanakan program untuk mengajak rakyat Malaysia menjauhi tabiat buruk yang menjejaskan kesihatan berpandukan hasil kajian yang dibuat," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa rakyat yang berusia 30 tahun ke atas untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan memandangkan pada ketika itu, kebiasaannya mereka akan diserang pelbagai penyakit.

"Dalam satu tinjauan, didapati 6.9 peratus penduduk negara ini dimasukkan ke wad dalam tempoh setahun dan 54 peratus menerima rawatan di klinik dalam tempoh dua minggu.

"Kita mengharapkan orang ramai berjumpa doktor dengan segera bagi mengelak sebarang kemungkinan berlaku," katanya.

- UTUSAN

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90