Top Ad 728x90

67.5 peratus pelajar 13-18 tahun alami masalah jerawat

Kajian pasukan penyelidik dari Unit Pembangunan Panduan Amalan Klinikal (CPG), Kementerian Kesihatan mendapati 67.5 peratus pelajar berumur 13 hingga 18 tahun dari dua buah sekolah menengah mengalami masalah jerawat.

Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL), Datuk Dr. Zaininah Mohd. Zain berkata, angka itu adalah tinggi dan membimbangkan kerana berlaku di kalangan remaja yang sensitif terhadap keterampilan diri dan boleh menyebabkan gangguan emosi.

Sehubungan itu, menurutnya, satu set buku CPG terbaru berkenaan jerawat akan diedarkan ke semua hospital dan klinik kesihatan seluruh negara dalam masa terdekat bagi memberi pendedahan mengenai cara mengatasi dan mengubati masalah tersebut secara lebih berkesan.

"Pendedahan mengenai cara mengatasi masalah jerawat ini perlu dilakukan bagi mengelak gangguan emosi terutamanya di peringkat remaja," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku tersebut di sini hari ini.

Menurut Zaininah, penerbitan buku panduan itu penting kerana masalah jerawat merupakan penyakit semasa yang sering dihadapi masyarakat terutamanya golongan remaja dan ia boleh memberi kesan bukan sahaja dari segi fizikal malah emosi.

Jelasnya, buku CPG itu memberi maklumat mengenai kawalan dari segi pemakanan dan perubatan yang boleh diambil mengikut tahap masalah jerawat.

Katanya, ia boleh digunakan oleh doktor dan pelajar perubatan untuk memahami serta mengetahui cara terbaik merawat pesakit yang mempunyai masalah jerawat.

"Ini penting kerana sekiranya masalah jerawat gagal dikawal di peringkat awal, ia akan meninggalkan parut menyebabkan pesakit terpaksa berbelanja besar untuk menghilangkan kesan itu," katanya.

Beliau berkata, di negara Asia lain seperti China, 38 peratus remaja berumur 13 hingga 18 tahun mengalami masalah jerawat manakala di Hong Kong, 9.8 peratus.

- UTUSAN

1 Comment:

  1. saya pun ada masalah jerawat,
    tapi berkesan dengan pengambilan vitamin.
    untuk saya berkesan,untuk anda pun inshaallah berkesan
    jika berminat,sila ke web:

    http://www.assalamvitashope.blogspot.com/2014/03/set-atasi-jerawat-eragat-shaklee.html

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90