Top Ad 728x90

,

Baharui lesen perniagaan RM50 untuk 5 tahun



KUALA LUMPUR 5 Jun - Jumlah penjaja dan peniaga kecil yang mendaftar kali pertama serta memperbaharui lesen perniagaan meningkat secara mendadak berbanding tahun lalu selepas Perdana Menteri mengumumkan yuran dikenakan kini hanya RM50 bagi tempoh lima tahun.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pendaftaran kali pertama meningkat sehingga 120 peratus kepada 2,283 peniaga berbanding 1,028 tahun lalu.

Katanya, dari segi pembaharuan lesen perniagaan pula, peningkatan yang dicatatkan mencecah 167 peratus apabila 5,464 peniaga memperbaharui lesen pada 1 Jun lalu berbanding 2,011 peniaga sahaja pada tahun lalu.

"Peningkatan yang ditunjukkan melalui pendaftaran kali pertama serta memperbaharui lesen dalam kalangan penjaja dan peniaga kecil membuktikan sambutan menggalakkan terhadap pengumuman tersebut.

"Sejak ia berkuatkuasa 1 Jun lalu, pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah diserbu oleh penjaja serta peniaga kecil untuk memperbaharui lesen dan mendaftar perniagaan baru," katanya pada sidang akhbar selepas melawat penjaja serta peniaga kecil di Jalan Petaling, di sini hari ini.

Pada 27 Mei lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan berita gembira untuk golongan peniaga dan penjaja kecil apabila menetapkan yuran pendaftaran kali pertama serta pembaharuan lesen cuma RM50 bagi tempoh lima tahun.

Najib yang mengakui golongan itu memainkan peranan besar dalam ekonomi negara berkata, kadar tersebut adalah istimewa berbanding bayaran sedia ada antara RM150 dan RM300.

Sementara itu, menurut Ismail, kementerian telah mengambil inisiatif untuk meletakkan van bergerak di kawasan tumpuan penjaja serta peniaga kecil bagi memudahkan mereka membuat pendaftaran kali pertama atau memperbaharui lesen perniagaan

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, sebuah unit khas untuk meneliti serta menyelesaikan permasalahan yang timbul dalam kalangan penjaja dan peniaga kecil telah ditubuhkan.

Katanya, unit khas tersebut juga akan sentiasa memantau perkembangan terkini situasi penjaja serta peniaga kecil dan berusaha mencari jalan membangunkan perniagaan golongan tersebut.

- UTUSAN

1 Comment:

  1. untuk mendaftar perniagaan anda di SSM, Kementerian Kewangan dan CIDB saya syorkan pergi laman web ni www.daftarsyarikat.biz , diorang tolong buatkan dari a-z , dapat percuma koleksi kertas kerja, senarai badan pembiayaan dibawah agensi kerajaan untuk dihubungi dan contoh template profail syarikat(senang kita tinggal nak key in maklumat je kat dalam profail tu) . kalau pergi sendiri pun boleh cuma tinggal renyah je la nak beratur pastu nama tak lulus kena pergi balik dah satu kerja plak, duit minyak lagi...yang ni saya just melalui facebook je dgn admin dia untuk berinteraksi secara on9...lesen saya sehari je diorangg siapkan. Lepas tu kendian2 kalau ada apa2 yang u all tak faham pasal perniagaan dan ingin bertanyakan maklumat lanjut ada live support di yahoo messenger, skype, facebook dan gmail.

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90