Top Ad 728x90

Blackberry Curve 9220 & 9320 - Hayat bateri lebih lama



SALAH satu elemen utama yang sering diambil kira oleh pengguna telefon pintar hari ini adalah ketahanan kuasa baterinya.

Ia penting bagi memastikan mereka dapat terus berhubung dan menjalankan pelbagai aplikasi mobiliti sepanjang hari tanpa gangguan.

Melihat keperluan tersebut, syarikat pengeluar produk telekomunikasi BlackBerry, Research In Motion (RIM) tampil bersama dua model terbaru Curve 9220 dan Curve 9320 yang membawa kelebihan itu.

Selain hayat bateri lebih panjang, kedua-dua model berkenaan masih mengekalkan ciri popular peranti BlackBerry iaitu aplikasi mesej unggul dan akses mudah rangkaian sosial.

Menurut Pengarah Negara RIM Malaysia, Annamalai Muthu, pembangunan model Curve memberi tumpuan kepada kelancaran operasi dan fungsinya.

Ia bertujuan memastikan aktiviti capaian Internet dan komunikasi melalui platform BlackBerry Messenger (BBM) dapat dinikmati secara lancar oleh pengguna negara ini,'' katanya pada pelancaran model-model tersebut di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Daripada sudut teknikal, peranti-peranti berkenaan dipacu oleh sistem operasi BlackBerry 7.1 OS selain dilengkapi aplikasi Parental Controls bagi membantu ibu bapa mengawal anak-nak mereka daripada mengakses aplikasi yang tidak bersesuaian.

Untuk aplikasi Social Feed 2.0 pula, ia membolehkan semua rangkaian laman web media sosial diintegrasi pada satu paparan mudah.

Fungsi pengimejan juga menarik di mana kameranya dilengkapi lampu flash dan sokongan rakaman video selain fungsi merekod kedudukan foto yang diambil melalui sistem penentu kedudukan global (GPS) pada model Curve 9320.

Kelebihan lainnya, ia disempurnakan bersama fungsi penalaan radio, sokongan Mobile Hotspot dan kemas kini sumber berita RSS.

Maklumat lanjut mengenai model-model Curve tersebut boleh didapati daripada laman web www.blackberry.com.my/curve

2 Comment:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. chanija anicha..

    blackberry curve 9320 x ade kamera depan..blackberry Q5, Q10, Z10 n Z30 ada lah..

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90