Top Ad 728x90

, ,

Keputusan EURO 2012 : Denmark 2 Portugal 3 (Kumpulan B)



Pertembungan Denmark dan Portugal dalam perlawanan kedua Kumpulan B Euro 2012 baru sahaja berakhir dan sebagaimana telah diramalkan menyajikan aksi yang rancak dan sengit apabila masing-masing turun untuk mencari kemenangan.

Kedudukan akhir Portugal mengatasi Denmark 3-2.

Selepas gagal dalam perlawanan pertama Kumpulan B, Portugal nyata beraksi garang untuk mengatasi Denmark 3 -2 dalam pertemuan penuh dramatik, sekali gus menghidupkan peluang dalam saingan Euro 2012.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Arena Lviv, menyaksikan pertembungan sengit kedua-dua pasukan apabila masing-masing turun untuk mencari kemenangan penting.

Denmark yang mengasak kubu lawan pada babak awal perlawanan bagaimanapun tersentak apabila Portugal memperoleh gol pertama pada minit ke-25 menerusi Kleper Pepe.

Portugal yang semakin menemui rentak kecemerlangan memperolehi gol kedua pula menerusi Helder Postiga pada minit ke-35.

Denmark yang turun untuk mengukuhkan kedudukan selepas berjaya mengutip tiga mata sebelum ini merancakkan permainan dengan menjaringkan gol tunggal kira-kira lima minit kemudian menerusi Nicklas Bendtner pada minit ke-41.

Bersambung babak kedua perlawanan, kedua-dua pasukan saling mengasak kubu masing-masing, namun tiada berkesudahan.

Portugal yang memperolehi banyak peluang untuk menjarakkan mata namun tidak berjaya dilakukan apabila semuanya tersasar.

Namun percubaan Denmark akhirnya membolosi gawang lawan apabila Nicklas Bendtner berjaya mengikat kedudukan 2-2.

Portugal yang tersentak dengan jaringan tersebut mula mengatur strategi dan serangan demi serangan gawang Denmark berjaya dibolosi pada minit ke-86 untuk mendahului 3-1.

Kemenangan ini membolehkan Portugal berjaya membawa pulang tiga mata untuk membuka peluang mencari slot ke suku akhir nanti.

Berdasarkan rekod pertemuan mereka sebelum ini, negara Scandinavia itu pernah membenam Portugal 2-1 di laman sendiri, tahun lepas.

Dalam perlawanan sulung Ahad lalu, Denmark menang ke atas Belanda 1-0 manakala Portugal pula tewas kepada Jerman 0-1.

Berdasarkan perkembangan minggu lalu, Denmark telah melakar kejutan menjadi peneraju Kumpulan B.

Sebaliknya, Portugal turun dengan misi 'hidup mati' untuk mencari tiga mata penting untuk terus bernafas dalam saingan Euro 2012.

Di Kumpulan B sekarang, Portugal, Denmark dan Jerman memiliki tiga mata. Pada jam 2.45 pagi ini (waktu Malaysia), Jerman akan bertemu Belanda.



Sekilas fakta separuh masa pertama:


- Penguasaan bola: 42% (Portugal); 58% (Denmark)

- Sasaran ke gawang: 17 (Portugal); 9 (Denmark)

- Sepakan penjuru: 6 (Portugal); 7 (Denmark)

- Kad kuning: 1 (Meireles and Ronaldo, Portugal); 2 (Poulsen and Jacobsen, Denmark)



Barisan pemain Denmark
1 Stephan Andesen
6 Lars Jacobasen
3 Simon Kjaer
4 Daniel Agger
15 Michael Silberbauer
7 Willian Kvist
21 Niki Zimling
10 Dennis Rommedahl
8 Chritian Eriksen
9 Michael Krhon-Dehli
11 Nicklas Bendtner


Barisan pemain Portugal
12 Rui Patricio
21 Joao Pereira
2 Bruno Alves
3 Pepe
5 Fabio Coentrao
16 Raul Meireles
4 Miguel Veloso
8 Joao Mountinho
17 Nani
23 Helder Postiga
7 Cristiano Ronaldo

- SINAR HARIAN

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90