Top Ad 728x90

, ,

Keputusan EURO 2012 : Greece 1 Russia 0 (Kumpulan A) Greece layak ke Suku Akhir




GREECE mempamerkan aksi luar biasa apabila bangkit untuk menebus kekecewaan dengan menumpaskan Rusia 1-0 dalam aksi penuh mendebarkan, sekali gus layak meneruskan saingan di peringkat suku akhir Euro 2012.

Juara edisi 2004 ini, yang berdepan dengan situasi 'hidup mati' apabila gagal mengutip tiga mata dalam dua perlawanan sebelum ini, nyata kembali 'bernyawa' apabila jaringan Giorgos Karagounis pada minit ke-47 berjaya membolosi gawang lawan untuk mencatat kemenangan pertama.

Sebaliknya, Rusia yang sudah selangkah kaki menuju ke suku akhir dan hanya memerlukan satu mata untuk menyempurnakan misi mereka, gagal dikutip oleh anak didik Dick Advocaat.

Akhirnya Rusia terpaksa berputih mata.

Pada babak awal permainan yang dilihat sedikit hambar apabila kedua-dua pasukan dilihat bermain dengan berhati-hati dan sering melakukan beberapa serangan, namun berjaya dikekang benteng pasukan masing-masing.

Bagaimanapun, Greece yang bersemangat untuk membuktikan kemampuan setelah dikritik hebat berjaya menjaringkan gol kemenangan sekali gus menjadi pasukan pertama layak ke suku akhir.

Bersambung babak kedua, Rusia yang tersentak dengan jaringan awal Greece, cuba bangkit untuk menyamakan kedudukan, namun tiada berkesudahan.

Sebaliknya, peluang yang terbuka luas kepada Rusia untuk menyekat kemaraan Greece gagal dilaksanakan dengan baik apabila semua percubaan yang dilakukan tersasar.

Kegagalan Rusia jelas mengecewakan peminat setia mereka apabila gagal menghargai peluang yang ada.

Berdasarkan rekod pertemuan mereka sebelum ini, Rusia dan Greece terikat seri 1-1 pada perlawanan tahun lepas.

Pada pertemuan suku akhir yang akan berlangsung 22 Jun ini, Greece dijadualkan akan bertemu naib johan Kumpulan B.


Sekilas fakta perlawanan:

Keputusan semasa: (1) Greece (0) Rusia

Penguasaan bola: 60% (Rusia); 40% (Greece)

Sasaran ke gawang: 13 (Rusia); 2 (Greece)

Sepakan penjuru: 12 ( Rusia); 5 (Greece)

Kad kuning: 2 (Karagounis; Holebas; Greece); 4 (Aniukov, Zhirkov, Dzagoev dan Pogrebniak; Rusia)


Barisan pemain Rusia:

16 Vyacheslav Malafeyev
2 Alexender Anyukov
12 Alexei Berezutsky
4 Sergei Ignashevich
5 Yuri Zhirkov
7 Lgor Denisov
6 Roman Shirokov
8 Konstantin Zyryanov
17 Alan Dzagoyev
10 Andrei Arshavin
11 Alexander Kerzhakov


Barisan pemain Greece:

13 Michalis Sifakis
15 Vasilis Torosidis
5 Kyriakos Papadopoulos
19 Sokratis Papasthopoulos
20 Jose Holebas
21 Kostas Katsouranis
2 Giannis Maniatis
10 Giorgos Karagounis
14 Dimitris Salpingidis
17 Fanis Gekas
7 Giorgos Samaras

- SINAR HARIAN

1 Comment:

  1. boleh terangkan kenapa greece layak, sedangkan pperbezaan gol lebih memihak kepada russia....

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90