Exco Pahang Datuk Tan Mohd Aminuddin meninggal dunia



Exco Pahang Datuk Tan Mohd Aminuddin Ishak, 64, meninggal dunia di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh pagi Selasa, selepas hampir dua minggu dirawat di unit rawatan rapi (ICU) hospital itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Felda Pahang itu menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira 9 pagi ini, menurut anak saudara allahyarham, Saiful Azman Mokhtar Affendi.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Datin Nooraihan Mohamad dan dua orang anak.

Saiful Azman berkata isteri Allahyarham juga sedang dirawat di hospital yang sama akibat tekanan darah tinggi.

Tan Mohd Aminuddin dimasukkan ke hospital itu pada 8 Jun lepas kerana mengalami cirit-birit serta muntah muntah dan kemudiannya ditempatkan di ICU akibat komplikasi penyakit lain termasuk sakit jantung dan kencing manis.

Anak jati Chenor itu merupakan Ketua Umno Bahagian Maran dan telah lima penggal menjadi anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Chenor.

Beliau juga pernah menjawat jawatan timbalan menteri besar Pahang sebelum ini.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan petang Selasa di Tanah Perkuburan Islam Chenor.

- BERNAMA

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Tawaran Istimewa E-Book

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan lebih 1,000 buah Koleksi E-book pelbagai topik dengan hanya RM20.00 sahaja. WhatsApp "E-BOOK RM20" ke: 0139790000

lihat tawaran