Kamera Facebook



Akhir-akhir ini, banyak muncul jejaring sosial yang secara khusus mengendalikan aplikasi sosial gambar sebagai media untuk berinteraksi. Salah satu jejaring sosial popular ialah Pinterest.

Melihat pertumbuhan baru laman sosial ini, Facebook meluncurkan jejaring sosial khusus fotografi dengan nama Facebook Camera.
Walaupun Facebook sudah mempunyai akses Instagram yang juga aplikasi perkongsian foto, namun Facebook nampaknya ingin segera membuat aplikasi atau jejaring sosial khusus fotografi.
Dengan menggunakan aplikasi Facebook Camera, pengguna boleh berkongsi lebih banyak foto dan lebih mudah untuk memberikan keterangan gambar atau tag.

Dalam aplikasi ini tersedia beberapa fungsi mengolah gambar ringkas seperti cropping, rotate dan menaikkan warna.

Bagi menjadikan foto yang dirakamkan tampak lebih menarik, Facebook Camera juga menyediakan beberapa filter khas Instagram.

Pengguna juga boleh menjadikan foto yang diambil menjadi privasi dan tidak boleh dilihat oleh pengguna lain. Aplikasi itu kini boleh didapati di Apple App Store.

- BERITA HARIAN

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Tawaran Istimewa E-Book

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan lebih 1,000 buah Koleksi E-book pelbagai topik dengan hanya RM20.00 sahaja. WhatsApp "E-BOOK RM20" ke: 0139790000

lihat tawaran