Top Ad 728x90

, ,

Majlis Fatwa Tidak Pernah Keluar Fatwa Bersih 3.0 Haram

Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah mengeluarkan fatwa yang mengatakan perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu sebagai haram.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahimsebaliknya menjelaskan bahawa ahli Majlis Fatwa Kebangsaan hanya mengeluarkan nasihat mengenai perhimpunan berkenaan.

"Fatwa mengenai perhimpunan Bersih 3.0 tidak pernah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.

"Sebaliknya ia merupakan nasihat daripada ahli-ahli muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada 4 hingga 6 Mei 2012," katanya ketika menjawab ucapan penangguhan pada persidanganDewan Rakyat di sini, Selasa.

Selain itu Mashitah berkata perkara itu telah dipersetujui oleh semua ahli muzakarah supaya nasihat mengenai penglibatan umat Islam yang bertindak sebagai perusuh jalanan yang telah membawa kerosakan dan musibah kepada negara dikeluarkan melalui satu kenyataan media.

Baru-baru ini Majlis Fakwa Kebangsaan dilaporkan mengeluarkan fatwa yang mengatakan perhimpunan Bersih 3.0 sebagai haram selepas memandang serius terhadap tindakan sebahagian masyarakat termasuk umat Islam yang bertindak sebagai perusuh jalanan seperti yang berlaku dalamdemonstrasi Bersih 3.0 hingga membawa kerosakan dan musibah kepada negara.

Bagaimanapun pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan itu ditolak khususnya oleh pembangkang kerana didakwa mengeluarkan fatwa yang berpihak kepada sebelah pihak.

Bagaimanapun Mashitah menjelaskan bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan tidak dipengaruhi mana-mana pihak termasuk kepentingan politik melainkan kepentingan Islam.

"Perlu saya jelaskan bahawa ahli-ahli muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan adalah dilantik atas perkenan Majlis Raja-Raja.

"Justeru mereka tiada kepentingan politik melainkan untuk kepentingan agama dan ummah.

"Oleh yang demikian nasihat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan adalah bebas daripada pengaruh mana-mana pihak dan tidak terikat dengan kepentingan individu mahupun organisasi," katanya.

- MSTAR

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90